Rabu, Mei 22, 2013

UMNO Perlu Pembersihan Akar Umbi


Puas menegur pembangkang, tak salah teman menegur tunjang kerajaan, iaitu UMNO.

Di beberapa kawasan yang dimenangi UMNO, para 'mammoth' yang menjadi liabiliti kepada parti yang menduduki jawatan-jawatan tinggi peringkat komuniti terus berhidung tinggi. Merasa sedap atas usaha jerih perit orang lain. 

Mereka-mereka yang sebenarnya tanpa pengetahuan pihak atasan, tidak lagi dialu-alukan oleh penduduk setempat tetapi masih menganggap bahawa kemenangan calon UMNO di kawasan tersebut adalah atas usaha mereka. Mereka kah yang menjaga negara?

Ada cawangan yang masih mengekalkan Ketua Cawangan selama berbelas tahun. Bukan kerana tidak ada yang mahu menentang, bukan tak ada muka baru, tetapi mereka terbelajar dengan cara membungkam suara ahli UMNO yang lain dan menguruskan sesebuah Cawangan dengan tidak demokratik. Belajar dari DAP? Atau DAP belajar dari mereka? Atau perlu kah mereka masuk DAP?

Selalunya, perilaku sebeginilah yang menjauhkan orang ramai dari parti. Dari situlah mula mereka dihasut untuk memihak parti lain. Yang kena getah ialah pemimpin atasan yang sentiasa memikirkan cara membantu mereka. Buktinya, ramai berjenis BR1M mereka ambil, undi tetap pembangkang. Jika bukan masalah dari pemimpin akar umbi, tak mungkin mereka tercari-cari dakyah pembangkang untuk dianuti.

Teman pernah disanggah, hal parti bincangkan dalam parti. Tetapi jika muka-muka mammoth itu terus dipertahankan pihak tertinggi atas dasar 'kawan baik sekian lama', rentikan ler nak berbincang. Inilah jalan terakhir.

INGATLAH, pilihanraya melibatkan rakyat keseluruhannya. Calon memang melibatkan parti. Tetapi bukan hanya ahli parti yang mengundi semasa pilihanraya. Ahli parti hanya 2 - 5% dari pengundi. Kita perlu tunjukkan sebuah organisasi yang disenangi 95 - 97% yang lain.

Mengekalkan pemimpin masyarakat yang tidak disukai masyarakat hanyalah liabiliti kepada Ketua Bahagian  atau Ahli Parlimen. Liabiliti kepada mereka yang bekerja menggerakkan sokongan tanpa dipandang 'para mammoth' ini walau sebelah mata. Menjadi liabiliti kepada para pejuang maya pro-BN yang berjuang di alam nyata mahupun cyber.

Ada Cawangan yang mempunyai ketua yang sanggup untuk tidak meluluskan permohonan keahlian UMNO dari golongan yang kononnya sedikit terpelajar, sedikit berotak dan sedikit berpandangan jauh dari mereka.

Ada Cawangan yang memboloti jawatan JKKK yang meliputi beberapa kampung dan tetap mahukan jawatan Ketua Kampung yang didiaminya. Tetapi bila rakyat beratur memohon sekadar sokongan, birokrasinya seperti negara Uganda. Tentu jauh lebih buruk dari negara Botswana. CPI mereka dua kali ganda di hadapan kita. Jangan tak tahu.

Dikhabarkan, ada yang minta diberitahu oleh orang rumah bahawa dia 'tak ada'. Majukah kita di peringkat bawahan dengan pemimpin sebegini? Orang bukan tuntut duit. Orang tuntut tanggungjawab dia. Memang hak mereka untuk menuntut!

Walaupun persepsi membenci sang pemimpin masyarakat kedengaran di mana-mana, muka tebal mereka kini telah ditebalkan lagi dengan kemenangan calon UMNO di kawasan tersebut. Persoalannya adakah pemimpin atasan yang menang ini tahu bahawa di peringkat bawahan, orang ramai tidak suka langsung dengan kelompok raja kelas bawahan  ini?

Memanglah segalanya baik sempurna sifatnya kerana penentangan tidak dipertonjolkan kerana penyokong UMNO masih ramai, yang mengagumi Ketua Bahagian dan Presiden UMNO. Tetapi jika 'mammoth-mammoth' ini masih menjadi perantara mereka, sampai bila ia akan bertahan? 

Kita tahu bahawa UMNO telah sedar, menyokong rejuvenikasi dan mahu lebih dekat dengan rakyat, adalah segera untuk bertindak hari ini dalam merubah struktur akar umbi yang tua, karat, tidak relevan dilihat sebagai Little Napoleon , tidak mesra orang ramai, penyusahcara dan berhidung tinggi - yang segalanya berpunca dari berakar umbinya punggung mereka di kerusi-kerusi jawatan peringkat komuniti tersebut.

Mendengar keluhan 10 orang di luar lingkungan kita adalah lebih rasional dari mendengar ampuan 1000 orang yang di kalangan kita-kita sahaja.

Beruntunglah mereka kerana demi masa depan anak cucu mereka, ada yang berjuang tanpa mengharap balasan apa-apa dari golongan yang dipulau masyarakat ini, tetapi masih menongkat langit dengan ranting tua.

Kali ini, kita perlu ubah. UMNO perlu 'diperbaharui' agar masyarakat lebih yakin dengan kita. Begitu juga para pemimpin masyarakat yang menyembunyikan kepada peringkat atasan bahawa dia sebenarnya ditolak oleh masyarakat sejak sekian lama.

Untuk itu, seruan teman ke seluruh pelusuk negara, haruslah para pelapis muda yang berkelayakan mula menggerakkan pasukan untuk merubah lanskap UMNO akar umbi yang tidak menyenangkan rakyat lagi mulai sekarang bagi persediaan menghadapi pemilihan UMNO hujung tahun ini.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sokong!!!!....bukan pembersihan akar umbi bang.....bersih akr umbi...tumbang pokok nanti

Dekati golongan muda-mudi ini...
KJ kate pagi tadi dlm Hot FM, nak hidupkan kembali sukan bolasepak peringkat daerah...kg....

tapi bang di kampung tinggal orang tua sahaja...:)

Tanpa Nama berkata...

Sokong!!!!....bukan pembersihan akar umbi bang.....bersih akr umbi...tumbang pokok nanti

Dekati golongan muda-mudi ini...
KJ kate pagi tadi dlm Hot FM, nak hidupkan kembali sukan bolasepak peringkat daerah...kg....

tapi bang di kampung tinggal orang tua sahaja...:)

Terbey berkata...

Tepat sekali ulasan dan cadangan tuan, inilah yang terjadi sekarang dalam cawangan kampung saya, malah lebih terok lagi bapa jadi jkkk anak jadi setiausaha, buat mesyuarat sembunyi2 dengan kroni, arah jangan cerita apa2 kt ahli2 lain.
saya pernah paparkan dalam blog saya ini tapi sapalah kita, orang kuat kt atas nak ambik kisah. Peti undi kt sini tak pernah menang. Mengadu kt bahagian deme senyum je, sbb itu pekara biasa, jadi mereka masih tak mau berubah jangan tunggu rakyat semua yang ubah. Umno kampung masih ditakok lama tahun 70an. Sedih betul...

Darth Ader berkata...

di kampung skrg ni mana ada orang yang boleh buat kerja untuk UMNO. yang lama dan tua tua tu lah tinggal untuk UMNO terus bernafas sebagai barang antik party Melayu akhir zaman. AJK UMNO yang hampeh, berjuang di dalam komunity Melayu yang lebih hampeh. Penduduk kampung yang tak tahu mengenang budi dan tak tahu nak berbakti kpd UMNO. banyak kampung macam tu, lebih baik ada barang antik daripada takde langsung.

Tanpa Nama berkata...

Bro.. Benda ni dh jd barah. Aku prnah ckp kt kwn org kuat bahagian d P.P n kedah. Depa stuju tp x da sapa pun brani sanggah dlm mesy d prngkt cwg @bhg. Watak little napoleon mmg wijud. Jgn marah bila profesional lari ke pkr/pas. Umno kena berubah dr akar(pinjm ayat bro d atas). Dinasour pupus sbb x bleh terima prubahan. Kelansungan umat melayu melalui umno. Aku ksian kt najib ibrat jen tanpa askar.

Pangeran Akram berkata...

Setuju dengan tulisan tuan.

UMNO perlu berubah..
Walaupun BN ada wujudkan Siswa4U di peringkat kampus dengan tujuan untuk menarik mahasiswa bersama-sama menyokong BN, namun apa yang perlu di buat, bagaimana mahu mengajak golongan muda mendekati UMNO.

Kata Tun Dr.Mahathir memang benar. Golongan bijak pandai semuanya lari ke pihak pembangkang.

UMNO perlukan perubahan.. Jika tak lakukan sekarang, berkemungkinan PRU 14 atau 15 UMNO/BN bakal tumbang berdasarkan keputusan PRU 13 baru-baru ini. Disebabkan golongan muda rata-rata sudah lari menyokong Pakatan Rakyat.

Gerakan Mahasiswa di kalangan pembangkang cukup kuat. Namun, aktivis mahasiswa yang membantu BN ternyata sedikit lambat memulakan gerakan.

Perubahan mesti dibuat untuk menarik kembali golongan muda dan bijak pandai dalam UMNO..

nasirwise berkata...

HARAPAN SYAY KEPADA NAJIB, UMNO DAN BN.

Pada hakikatnya BN menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen dan gagal mendapat majoriti 2/3 walaupun pelbagai insentif, bantuan dan peruntukan kepada rakyat khasnya kepada orang Cina.

Ramai yang berpendapat BN mesti menarik minat sokongan pengundi Cina ke pangkuan BN. Yang tidak sedap, ia akan melibatkan peruntukan kewangan, kelulusan berkenaan pendidikan dan masa. Mereka tidak perlukan peruntukan tetapi mereka hendak kuasa politik. Boleh ke UMNO/BN berikan KUASA kepada Pakatan Pembangkang khasnya DAP dan PKR.?

Penulis mencadangkan UMNO/BN menumpukan perhatian kepada `benda yang ada’ di depan mata atau yang sedang di kendong. Takut takut pepatah Melayu iaitu `Yang dikejar tidak dapat, yang di kendong tercicir’ betul betul berlaku.

UMNO/BN mesti menjaga harta yang ada sekarang. Pengundi UMNO/BN, pengundi India dan Bumiputera di Sabah / Sarawak. Perkukuhkan sokongan mereka, pertingkatan ekonomi, luaskan skop bantuan, luaskan peluang niaga dan pekerjaan kepada mereka dan sebagainya.

Disamping memberikan perhatian khas kepada kumpulan di atas, UMNO/BN mesti menarik sokongan penjawat awam Melayu kepada Kerajaan. Penjawat Awam yang tidak menyokong Kerajaan mesti di kenalpasti dan usaha menyedarkan mereka mesti dilakukan. Cara baik atau kurang baik mesti dilakukan terhadap mereka. Penulis banyak menuliskan mengenai `pembersihan’ di dalam Penjawat Awam dan GLC. Penulis sudah menyentuh kakitangan PETRONAS, TNB, PNB, KWSP, SIME DARBY, FELDA dan banyak lagi yang bermusang dan pisau dalam lipatan.

Tumpuan `pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’ boleh di mulakan di Lembah Klang. Ini adalah kerana Lembah klang adalah PUSAT PENTADBIRAN (penjawat awam dan GLC), PUSAT PEKERJAAN (multi nasional swasta seperti Bank dan kilang kilang seperti PROTON dan banyak lagi) dan PUSAT PENDIDIKAN (Universiti Kebangsaan Malaysia, UiTM dan banyak lagi).

Kementerian Luar
Setiap Kementerian di dalam Kabinet 2013 ini mesti berusaha melakukan pembersihan anasir jahat politik dan pengukuhan sokongan’. Kementerian Luar harus kerja kuat dengan Duta Negara. Melalui facebook, penulis perhatikan pegawai dan keluarga yang di hantar ke Dubai, sebagai contohnya, adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Ramai lagi yang sedang berkhidmat di luar Negara adalah anti kerajaan. Penulis minta Datuk Anifah Aman bertindak tegas terhadap pegawainya. Mereka seumpama `melepaskan anjing tersepit’. Duta duta yang bekerja di luar Negara di Timur tengah khasnya (Negara lain pun mustahak) perlu mendekati pelajar Malaysia `convert’ pendirian mereka. Bekerjasamalah dengan kelab Penuntut Malaysia di sana. Jangan asyik membuang masa `shopping’, bergambar sakan serta melancong ataupun sibuk melayan kedatangan orang Malaysia ke Negara tersebut. Ini satu contoh Kementerian. Pengundi luar Negara tersebut yang telah berdaftar mesti dijemput berdialog. Semaikan maklumat yang terkini. Media yang benar perlu diketengahkan.

Bercakap pasal pelajar luar Negara tadi, selain duta dan pegawainya di Negara berkenaan, penaja Pusat dan Negeri mesti `berat sebelah’ dan melakukan diskriminasi didalam pemberian biasiswa dan pinjaman. Kita mesti melakukan `diskriminasi’ untuk mengelakkan kekacauan negera di tahun mendatang.
SELANJUTNYA sila ke www.nasirwise.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Ipoh malay: dari dulu lagi aku dah bg tau kat ko... Yg UMNO dan MELAYU nie antara benda yg paling keji dan bacul. Tapi ko bantah apa yg aku sampaikan kat ko. Ko kate "last sekali kacang merah masuk dlm cendol mamak" . Plak tu ko siap tambah "cina berak, aku yg angkut taik". Tapi aku tetap bersyukur ko dah mula ambil kate2 aku . Pintu PR terbuka 24 jam khas utk ko brok. Last nasihat aku kat ko... Telo ko makin lama mkin dekat kat kepala lutut.

satu ummah berkata...

setuju laku transformasi. byk kena ubah. cawangan, bahagian, beri org baru yg boleh memimpin dan yg penting lebih islamik. slogan pun kena tukar supaya org lebih memahami. AGAMA BANGSA DAN NEGARA jd bahan kutukan. terus letak ISLAM MELAYU DAN MALAYSIA. TIBAI pun boleh tiru PAS ada musyidul am napa UMNO tak boleh. Bagi Ulamak tempat yg lebih mulia. Bukan sekadar BIRO. ILMU yg ditubuhkan bagus tapi nama pun hanya untuk ulamak muda. Yg berumur nak g maner?? terpaksa pegi ke PAS. UMNO pun harus ada kepimpinan ulamak untuk menjadi pemantau dan penasihat. Tak salah meniru yang baik. Yg buruk kita buang la. Lambang BN pun dah tiada sinar. lambang BN biarlah menampakkan keterampilan terbaik. Lambang dan logo itu ibarat wajah kita. Kita kena bersama-sama menaikkan martabat parti kita. tq.

QalamQabut berkata...

Setuju sangat dan harap pihak atasan ambil tindakan.

Spatutnya Ketua Cawangan (KC) bleh pegang jawatan dua penggal saja. Jgn bagi selesa sgt nak bergayut sampai mati. Kalau dia buat kerja baik dan terpuji ttu dah dpt terpilih balik lepas selang sepenggal. KC baru pun ttu akan kerja kuat utk pegang sepenggal lagi.

Yang terjadi kat aku... cuba buat kempen bersih kampung, KC kata aku nak cantas betis dia. Aku sakit mata sbb semak samun, bukan sakit hati nk jawatan dia.

Kali ke2 aku buat kertas kerja dgn Bomba. Bomba dan setuju, seronok nk berkelah dan bergotong-royong demi keselamatan kampung kami. Mintak KC sbg Pengerusi JKKKP keluar surat rasmi saja. Dah 3 tahun dia peram walhal kertas kerja yg dikomen Bomba dah aku serahkan.

Tahniah KC/Pengerusi JKKKP kampung kami yg amalkan kempen bumi hijau, Belantara di Tengah Kota.

Tanpa Nama berkata...

umno perlu buang org2 bodoh mcm ni
penat najib buat kerja kalo bodoh2 skolah xtggi ni perasan hasil kerja dorg