Monday, May 06, 2013

Pengundi Tambun Beri Mesej Jelas Kepada Husni



Tahniah teman ucapkan kepada Ahmad Husni Hanadzlah atas peningkatan majoriti kemenangan dari 5000 lebih kepada hampir 10,000 di Parlimen Tambun.

Namun penzahiran itu nampaknya menunjukkan ada perubahan corak mengundi pemilih dalam Parlimen Tambun apabila calon UMNO bagi kerusi Parlimen Tambun, 'menang besar' tetapi untuk kerusi DUN Manjoi di dalam parlimen tersebut, nyaris kalah.

Jika sepanjang masa 5 tahun kebelakangan ini Manjoi ditatang bagai minyak yang penuh pun nyaris memberi kekalahan kepada UMNO, teman hanya senyum sajalah.

Nampaknya ramai yang mengundi Husni di peringkat Parlimen tetapi memilih pembangkang di peringkat DUN di Manjoi. Malah undi rosak melebihi undi majoriti.

Ini memberi mesej jelas kepada Husni bahawa kerja cemerlangnya dinilai pengundi ke atas dirinya sahaja, bukan partinya. Maka di lain masa, adalah tidak molek untuk meletakkan calon yang dirasakan sesuai tanpa memerhatikan kehendak rakyat pengundi secara keseluruhannya.

Mujur sahaja Hulu Kinta ditandingi PKR dengan calon India.

Apapun, tahniah kepada UMNO kerana berjaya mempertahankan Parlimen Tambun dan kerusi-kerusi DUN dalam parlimen tersebut.



4 comments:

Anonymous said...

tahniah jugak yob. Benci aku tengok mamat PAS gila yang usung cincin besar (nak kutuk Rosmah la tu..) masa kat sek. keb. Taman Perpaduan semalam. Akhirnya parti yang mamat gila tu sokong kalah di DUN dan Parlimen, terubat sikit kemarahan aku arini...

pemerhati said...

hurm..sy ni bukan org perak so sy x tau apa yg berlaku kt sana.. boleh bagi ulasan knapa org tolak husni kat peringkat dun tapi terima kat parlimen?

Anonymous said...

kerana perak antara negeri yg dap boleh membentuk kerajaan... tapi dap perlukan sokongan pas di tempat melayu.. dap sgt cemerlang di perak.kesemua 18 kerusi dun yg ditandingin mereka menang bergaya. malangnya perak ada 59 kerusi dun.. lebih 3 dr selangor.. nak tubuh kerajaan perlu kerjasama pas.dap perak sanggup memberi undi kepada pas asal mereka boleh perintah negeri...kalau ikut logik mana mungkin pas menang besar.mereka mana ada cawangan dan bahagian mcm umno..tak penah mesyuarat pun.. peerhimpunan agong sahaja..penyokong mereka tak ramai.tapi dap sanggup bg undi kepada pas asal dpt memerintah..

Anonymous said...

sekrg trend di perak dap ubah tempat mengundi ke kawasan melayu untuk memenangkan pas.. di perak kalau pas lawan umno, majoriti pas kalah. tapi kalau berlaku perpindahan kawasan pengundi cina, pas boleh menang tipis..itu taktiknya di dun sungai rapat menyebabkan dato midah kecundang.. tak mustahil akan berjangkit ke dun2 yg lain untuk merampas perak dgn majoriti mudah..