Tuesday, July 09, 2013

Ahli Parlimen pembangkang penyokong militan LTTE ditahan


KUALA LUMPUR 8 Julai - Tiga rakyat tempatan dipercayai penyokong militan antarabangsa, Barisan Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditahan oleh polis kerana terlibat menganjurkan penayangan filem dokumentari kontroversi bertajuk 'No Fire Zone' di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di sini, Jumaat lalu.

Turut ditahan kerana terlibat dalam penganjuran tayangan dokumentari yang diharamkan oleh kerajaan Sri Lanka itu ialah seorang Ahli Parlimen juga merupakan Naib Pengerusi sebuah parti pembangkang.

Filem dokumentari 'No Fire Zone' terbitan stesen televisyen Amerika Syarikat, Channel 4 diarahkan oleh Callum Macrae iaitu seorang pembuat filem yang pernah memenangi anugerah, penulis dan wartawan.

Filem berkisar tentang penyiasatan itu memaparkan kisah tentang peringkat akhir perang saudara di Sri Lanka dari September 2008 sehingga 2009 yang menyaksikan beribu-ribu masyarakat Tamil diserang dan dibunuh oleh tentera Sri Lanka termasuk Balachandran Prabhakaran iaitu kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang merupakan anak kepada Ketua LTTE, Velupillai Prabhakaran.

Tentera Sri Lanka bagaimanapun menafikan dakwaan dipaparkan dalam dokumentari tersebut dan kerajaan Sri Lanka mengharamkan penayangannya.

Sumber berkata, penahanan tersebut dilakukan oleh sepasukan anggota polis bersama pegawai dari Kementerian Dalam Negeri setelah menerima aduan Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka di Malaysia tentang penayangan filem itu oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dipercayai menyokong kumpulan pengganas berkenaan.

"Pesuruhjaya Sri Lanka di Malaysia telah menghubungi pihak berkuasa negara ini bagi menghalang penayangan filem dokumentari 'No Fire Zero' kerana didakwa memaparkan laporan tidak benar dan tanpa tapisan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, tayangan dokumentari yang diharamkan itu dianjurkan oleh kumpulan penyokong LTTE yang berselindung di sebalik sebuah pertubuhan komuniti.

Semasa serbuan dijalankan, terdapat kira-kira 150 orang berkumpul untuk menonton dokumentari tersebut.

Mereka kemudian diarahkan bersurai oleh polis, manakala tiga penyokong militan LTTE dan seorang Ahli Parlimen yang terlibat menganjurkan penayangan filem itu ditahan namun kesemua mereka dibebas dengan jaminan setelah diambil keterangan.

"Tindakan menayangkan dokumentari itu dan menyokong kegiatan LTTE adalah satu kesalahan kerana kumpulan tersebut diiktiraf sebagai pengganas antarabangsa.

"Ahli Parlimen pembangkang yang terlibat menganjurkan penayangan dokumentari itu pula sebenarnya mengambil kesempatan menarik sokongan masyarakat Tamil untuk kepentingan politik," katanya.

Sumber berkata, polis sentiasa memantau dan memandang serius aktiviti LTTE di negara ini kerana kehadiran kumpulan pengganas terbabit boleh mengancam keselamatan dan menggugat hubungan diplomatik negara dengan kerajaan Sri Lanka.


3 comments:

Anonymous said...

kalau orang islam dah lama masuk kemunting di tuduh pengganas.tapi keling yang buat kenapa tak di tahan sebagai pengganas atau penyokong pengganas?tak da telor?

IPOH MALAY said...

betoi setuju.. tapi elok panggil deme tamil.. keling tu asalnya untuk india muslim sebenonye

Anonymous said...

Aku pulak tak suka panggil deme keling atau tamil. Deme ni sebenornya paria.....