Tuesday, July 09, 2013

Hempasan Pesawat Asiana Airlines Di San Franscisco Dirakam Video


Melihat kepada video yang terakam saat pesawat Asiana Airlines milik Korea Selatan yang terhempas semasa mendarat di San Franscisco pada hari Sabtu lalu, siapa sangka apabila didapati daripada 307 orang penumpang pesawat Boeing 777 tersebut, hanya 2 orang terbunuh, 181 cedera dan 123 orang selamat tanpa kecederaan. 

Mangsa yang terbunuh duduk di bahagian belakang pesawat yang putus ekornya. Salah seorang mangsa yang terbunuh, tercampak di landasan dengan kecederaan, diselimuti debu akibat nahas tetapi maut digilis kenderaan pasukan penyelamat yang tidak menyedarinya. Kedua-dua mangsa adalah pelajar China yang menaiki pesawat yang bertolak dari Seoul itu.

Kemalangan berpunca dari pendaratan yang kurang sampai ke landasan mengakibatkan ekor pesawat melanggar benteng laut dan putus. Saksi menyebut, pesawat bergegar beberapa kali ketika hendak mendarat.





No comments: