Thursday, July 25, 2013

Guru Besar SK Pristana Lapor Polis Kes Fitnah Babitkan Islam

KUALA LUMPUR 25 Julai - Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana di Sungai Buloh, hari ini membuat laporan polis kerana merasakan dia telah difitnah.

Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Mohamad Nasir ketika dihubungi Utusan Online berkata, beliau membuat laporan polis kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.

Laporan itu telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir, beliau telah menempatkan murid-murid di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu.

Ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

"Pada sebelah pagi matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Ini adalah kerana kata beliau, murid-murid jarang menggunakan bilik persalinan kerana mereka dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Apatah lagi kata beliau, bilik berkenaan telah dibersihkan dan mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Dalam pada itu Mohamad Nasir memberitahu, beliau diarahkan supaya bercuti rehat selama seminggu dan sebarang tindakan oleh Jabatan Pelajaran akan diputuskan selepas itu. - UTUSAN ONLINE

9 comments:

Otak geliga said...

mmg patutpun dia lapo sbb keputusan jadikan bilik persalinan yg diubahsuai kpd kantin sementara bukan keputusan dia seorang, tapi keputusan dlm mesyuarat PIBG.

jgn lepaskan blogger Amenoworld & Mohan perumal...dakwa mereka sekali

oh ye lg satu....jom luangkan sedikit masa baca artikel menarik dr AIDC ttg perancangan Cina DAP nak melaga2kan Melayu dgn India di Malaysia....sila baca di sini

http://www.anwaraidc.com/?p=37409

Anonymous said...

BAGUS BAGUS, BUAT REPORT, PADAN MUKA MUKA SIAL TU.

Anonymous said...

Dia arahkan bercuti rehat seminggu ?.Apa salah beliau?.Macam mana Kementerian pun boleh terpedaya dek bloger peminfitnah.Itulah aku tak nampak sorang pun menteri Melayu yg berwibawa dari PM sampai ke bawah,termasuk Mohidin 2X5 je.Tenat

Anonymous said...

Yang terbaik Tuan Guru Besar. Kalau saya pun saya akan buat laporan polis. Sebelum ini sesiapa saja asyik kena tuduh, sekarang siapa yang berani sila kehadapan dan berhadapa dengan realiti...

Melayu/Muslimin/Muslimat lain perlu ambil iktibar dan jangan kita dilanyak buta oleh mereka yang berniat songsang, jahat dan mengaibkan seseorang penjawat awam...
Syabas dan tahniah

Anonymous said...

Antara dua darjat:

KALAU ADA ISU DITIMBULKAN OLEH ORE ISLE, terus dikaitkan dengan agama. Walhal masakan serkor kerbau bawa lumpur, harus semua terpalit. Lebih haru apabila Parti Isle hanya mampu terkedu, membisu dan mengunci mulut.

Kalau ada isu ditimbulkan oleh Dapir, Dapig dan Dapork, pandai pulak depa melenting bila dikaitkan dengan raisme. Dan mereka bertambah lemak apabila mendapat dokongan dan jilatan dari Parti Isler dan Parti Melilau Songsang.

MELAYUJATI said...

Betul tu aku pun sama berpendapat Menteri2 melayu ni macam tak bertelor, kalau kene pada anak melayu sekor pun tak ambil pusing, kalaui kene pada bangsa lain, cepat pulak ambil tindakan, yang peliknya yang kene cikgu Besau yang tak bersalah, ikut logik le takkan bodoh sangat Cikgu Besau tu nak bagi murid makan dalam toilet. Tapi pak 2 menteri ni boleh percayakan pulak tuduhan blogger2 haprak tu...

Anonymous said...

berita fitnah yang cuba menimbulkan ketegangan agama dan kaum yang disebarkan oleh Guneswari Kelly dengan cerita-cerita fitnah dia ditambah lagi disokong oleh orang-orang yang singkat akal yangmana turut menghina bulan ramadhan dan orang Muslim ..

tahniah kepada guru besar terbabit , bawak Guneswari Kelly ke muka pengadilan , jangan biar dia lari dengan cerita fitnah dia ..

Anonymous said...

Bagai mana kalau ada yang ingin membantu guru besar untuk ambil peguam , kita derma setakat yg kita mampu demi agama bangsa dan negara

Anonymous said...

Keling2 bila buat cite memang paria kelas bontot lembu. Kalau aku jadi gb tu aku humban semua anak2 keling dgn mak bapak dia kedalam lubang jamban. Pundek lah guneswari. Aku cari kau siap lah.