Wednesday, July 10, 2013

Ini Maksud Sebenar Nasi Ganja di Ipoh



Asal nama Nasi Ganja ialah apabila tibanya bulan puasa, ianya dijual seperti menjual dadah kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa. Ia dijual seperti drive-through di lorong sebelah kanan kedai tersebut dan Nasi Ganja yang siap dibungkus dengan suratkhabar dan plastik dibungkus pula ke dalam plastik jinjing berwarna hitam.

Ramai orang luar Ipoh kerap mencari kedai menjual Nasi Ganja di Ipoh. Mereka menemuinya di Jalan Yang Kalsom. Bila ditanya mengapa nasi tersebut dipanggil Nasi Ganja, penjualnya berbohong dengan mengatakan keenakan nasinya boleh membuatkan orang ketagih.

Di Ipoh, umat Melayu terdahulu menyebutnya Nasi Ganja. Umat Melayu terkemudian menyebutnya Nasi Wonggey yang berasal dari perkataan Tamil ' Vanggey' yang bermaksud 'mari'. 

Ini kerana penjual Nasi Ganja ini sepanjang tahunnya memanggil orang supaya singgah di kedainya dengan laungan 'vanggey, vanggey, vanggey' . Maka bersepahlah pula cawangan Nasi Vanggey di Ipoh kemudiannya.

Semoga Ramadhan kali ini membuatkan pengusaha Nasi Ganja ini tidak lagi meraup untung dari perbuatan berdosa umat Islam lain.

Juga adalah diharapkan umat Islam di Ipoh telah berubah dengan tidak menjadikan Nasi Ganja ini sebagai penyebab untuk tidak berpuasa.

8 comments:

Anonymous said...

Berhati-hati dengan restoran ni. Ada cawangannya dimiliki oleh bukan muslim. Aku dah terkena. Perempuannya siap pakai Pottu dan bau setanggi lagi. Ni dekat nak ke kastam ipoh,jika dari utara. Di dinding diletakkan ayat quran dan sijil sembelih ayam berbangsa melayu.

Anonymous said...

tobat x nak makan lagi serbuk perasa lima kilo taruk kot pening nak gila bila makan jangan makan nasi ini jika alah pada ajinomoto.kedai CINA DAP ke ni?

IPOH MALAY said...

yang meniaga nasi ialah india muslim. dia sewa tapak kedai cina tu. jadinya..

Anonymous said...

Nasi ganja/wongey ni nasi kandar. Yg paling sedap dia punya ayam masak hitam. Rasa pasal dah maju dia bukak satu lagi cawangan yang lagi besar di blok sama tapi sebelah hujung kiri. Yang dia sewa kedai cina tu sampai sekarang ada lagi sebab regular customer ramai termasuk hantu-hantu tak posa bulan ramadhan curi2 makan.

Anonymous said...

horiga said....
kalau sedap, bersih,halal,murah...beli je lah....makan....pastikan bukan kedai kelingpariah menyamar islam.mamak tak apa...

Unknown said...

benda haram mmg sedap...

Anonymous said...

Pilihan di tangan kita, nak syurga atau …..

Anonymous said...

Kalau Nak tahu kedai makan atau masak Melayu pun belum tentu HALAL. Sebab menjadi Melayu Bukan semesti dah dapat CREDIT HALAL. Semua umat tak kira kaum harus mengajar Satu sama lain kearah KEHALAAN. DiMalaysia ianya semak in susah.