Wednesday, July 10, 2013

PAS Dan Rejim Bashar Al-Assad

PAS masih belum memberi ulasan penafian mahupun penjelasan yang meyakinkan di sebalik gambaran sokongan mereka ke atas rejim Bashar Al-Assad di Syria sehingga hari ini. Hari ini, hampir 100,000 telah terbunuh di Syria. Majoritinya adalah rakyat berfahaman Sunnah. 

Pengakuan PAS bahawa Revolusi Syria bukan satu tuntutan rakyat tetapi pergerakan terancang untuk mensabotaj rejim Bashar Al-Assad tidak pernah diakui sebagai kesilapan.

Ini menguatkan lagi pendapat bahawa PAS menjadi 'harbour' bagi gerakan Syiah di negara ini. Syiah yang diciptakan Yahudi ke atas bangsa Parsi kini menular ke Malaysia akibat Melayu ikut-ikutan yang 'nak try' berfahaman Syiah pula.

Rabu, Januari 23, 2013


PAS Anggap Revolusi Syria Satu Konspirasi Untuk Jatuhkan Rejim Bashar Al-Assad

Kini kekejaman kerajaan Syiah Alawi Syria pimpinan Bashar Al-Assad telah membunuh lebih 60,000 orang awam berfahaman Sunni di negara tersebut.

Di hadapan kita, pemuka-pemuka hipokrit PAS mengutuk rejim Assad, malah menyamakan kerajaan UMNO-BN seperti kerajaan Assad yang perlu ditumbangkan.

Tiada satu pun pemuka-pemuka hipokrit PAS ini berani menempelak hakikat bahawa Timbalan Presidennya, Mat Sabu ketika mengunjungi Syria menyokong rejim Bashar Al-Assad dengan menyatakan PAS bersetuju bahawa itu bukan revolusi rakyat melainkan perlakuan tersembunyi dari mereka yang mahu menghancurkan Syria.

Jika demikian, mengapa penganut PAS di negara ini masih bermati-matian menentang rejim Bashar Al-Assad  sedangkan parti mereka sendiri berpendirian bahawa penentangan tersebut hanyalah 'rekayasa puak-puak jahat'?

Sama ada anda pernah atau belum pernah mengetahuinya, sama-sama kita imbas kembali melalui gambar-gambar di bawah :
Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:
Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)
Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit ”bahasa Inggeris” yang diguna Mat Sabu 
Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri
SUMBER : IBRAHIM BABA 
Video asal dari TV di Syria
  

No comments: