Demonstrasi yang mewakili sebilangan kecil suara seperti di Mesir dan dalam misi menjayakan matlamat peribadi seseorang individu atau penjajahan anti-establishment mengikut konspirasi tertentu juga ditakrifkan sebagai bodoh malah jahat kerana kaya dengan penipuan dan pengambilan kesempatan atas ketengingan sekelompok marhaen yang diselewengkan.
Namun apabila ia melibatkan kepentingan Islam, ia melibatkan 64% dari keseluruhan penduduk negara ini. Ia adalah suara majoriti. Ia adalah suara orang-orang yang layak memerintah kerana memiliki suara majoriti. Itu harus diingat.
Demonstrasi yang ditakrifkan sebagai bodoh dan sia-sia adalah demonstrasi yang diselit provokasi membuta tuli dan disertai puak anarkis yang akhirnya menimbulkan kerosakan harta benda awam contohnya kereta polis! Bukan harta polis. Itu harta dari wang kita.

Begitulah yang berlaku ketika kesilapan demonstrasi sebelum ini yang kemudiannya bertukar aman dan patuh arahan ke Stadium Merdeka.
Berhimpun dan menunjuk perasaan sebagai cara menyuarakan pandangan adalah diizinkan perlembagaan. Jadi wajarlah kita manfaatkan dengan cara yang tegas berotak serta sedar akan permainan pihak-pihak tertentu.
Janganlah langsung terjebak dalam kerusuhan dan bersifat anarkis yang bersekongkol dengan perkataan 'demo'yang kita fahami sekarang kerana ada pihak lain yang menunggu peluang, walau apa pun keputusannya khususnya untuk demonstrasi bantahan di bawah.

Bersama kita tunjukkan perasaan. Dijemput hadir beramai-ramai. Tolak anarki.
No comments:
Post a Comment