Khamis, Ogos 22, 2013

Pemandu Bas Maut Di Genting Bekas Pemandu Bas Di Singapura






Sementara itu Ong Cheng Hoe, 54, berkata saudaranya Lim Kok Hoe, 44, baru dua bulan bekerja sebagai pemandu di syarikat bas berkenaan dan tinggal bersamanya di Pandan Indah.

Sebelum ini Lim yang berasal dari Johor, bekerja sebagai pemandu bas di Singapura, katanya menambah lelaki itu keluar dari rumah pada pukul 8 pagi. Lim antara mangsa yang disahkan maut. 
.BERNAMA

Kebanyakan yang teman dengar, bas GENTING ini selalunya dipandu laju. Tetapi saksi dalam kejadian ini menyebut bas dipandu poerlahan. Mungkin kerana pemandunya baru dan rajin menekan brek.

Bas yang kemalangan di pinggir puncak Genting ini membawa 53 penumpang. Bermakna terdapat kira-kira 10 penumpang berdiri. Namun tak lah dinamakan kemalangan jika selama bertahun-tahun, setiap hari ia dipandu laju pun, tiba harinya, ia menjunam ke gaung.

NAMUN APABILA IA MELIBATKAN KEGAGALAN BREK SEPERTI MENURUT SAKSI,  IA TENTU SEKALI BUKAN KESALAHAN PEMANDU MELAINKAN PIHAK YANG MENYELENGGARA BAS TERSEBUT YAKNI SYARIKAT.

PIHAK GENTING PERLU MEMBAYAR PAMPASAN SEWAJARNYA KEPADA KELUARGA MANGSA.

Dan sebuah lagi bas yang telah bertahun menguasai lebuhraya MEX antara Putrajaya dan Kuala Lumpur dengan kelajuan 'mengerikan' iaitu RapidKL E1. Perjalanan KL ke Putrajaya pada ketika tertentu hanya memakan masa 24 minit! Bas ini juga sarat dengan penumpang berdiri pada ketika tertentu.

Boleh untuk dipandu laju jika undang-undang DAN REKABENTUK BAS membenarkan. Dengan cermin tingkap seluas hingga ke peha penumpang yang sedang duduk, bayangkan bas yang ada ketikanya membawa hampir 80 orang, dipandu laju dan mengalami kegagalan. Maka tragedi yang dapat dilihat cukup mengerikan.



Nampaknya buat masa ini, penguatkuasaan undang-undang trafik yang keras hanya berjaya menakutkan pemandu kenderaan persendirian.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hahahahahaha...Menteri Pengangkutan sekarang ni merupakan Menteri Amaran....mesti dia hanya akan beri amaran je kepada syarikat bas ni..tu pun dah kuar statement..play safe lagi..mcm dia jaga KDN dulu gak lak

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan cereka malah ia adalah nukilan benar dan soheh yang ikhlas saya kongsikan.

Saya bertolak dari Sungai Lembing semalam 21/08/2013 jam 11.50 pagi dan tiba di rumah (Gombak Setia) jam 3.05 petang (berhenti makan tengah hari 20 minit di Gambang). Di sepanjang perjalanan itu saya sentiasa dan terus menerus bergerak mengikut kelajuan yang ditetapkan. Di Lebuhraya Pantai Timur had laju ialah 110 km/jam dan di Lebuhraya Karak 90 km/jam. Tetapi semua Bas Ekpress (saya ulang: SEMUA Bas Ekspress) memotong saya dengan laju dan bagak sekali (yang sudah tentu bergerak melebehi had laju saya). Walhal kelajuan bas-bas itu sepatutnya tertakluk kepada had yang dibenarkan, iaitu di bawah daripada kelajuan kenderaan-kenderaan persendirian lain.

Bila tiba di rumah dan setelah solat zohor jam 3.15 petang saya mendapat tahu mengenai kemalangan Bas Ekspres di penurunan Jalan Genting Highland.

Maka terimbaulah di pemikiran saya; lambat laun ada yang menerima musibah disebabkan bas-bas ekpress yang dipandu laju tanpa sebarang kekangan. Musibah sedemikian bukan lah sesuatu yang pelik. Ia hanya menunggu masa untuk terjadi. Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Selama 49 tahun saya hidup tak pernah saya lihat walau sekali pun bas express ditahan oleh pihak berkuasa atas alasan melebihi hadlaju!
Fikir fikirkan lah kenapa ini boleh berlaku sedangkan kita tahu bagaimana bas express dipandu dijalanraya Malaysia.

raismazzadam berkata...

Kita mulakan dengan post moterm....nak hukum pemandu dah mati...ok selesai satu kes....ok sekarang semua pihak buat siasatan...operasi tuduh-menuduh bermula...cadangan pemasangan kotak hitam letak pegawai dlm bas pun diusulkan...akhirnya diam....result di perolehi...TIADA PIHAK BERSALAH DAN KEKAL BEROPERASI TANPA HUKUMAN...pihak berkuasa Malaysia mmg hebat...

Tanpa Nama berkata...

hal bas ni nk salah menteri pun susah sbb tabiat dan kebebalan pemandu bas skrg. Bas2 skrg berenjin besar dan canggih, tk seperti dulu enjin xpower tp bunyi je lebih.. skrg bas enjing belakang, senyap, driver syok melenjan 130-140km/j kt higway..

Rekabentuk BAS kt Malaysia follow european style. Bg bas henti/ bandar mmg direka lower floor supaya titik graviti rendah, berdiri selesa, xmudah terbalik. cermin luas tu sesuai utk kegunaan dlm bandar supaya mudah lihat tempat nk henti. Sesuai dgn bas bandar henti2. Tp di sana pemandu xgila mcm kt Malaysia.

Macm mana Menteri nk kawal gelagat pemandu bas ekspres/ bas awam yg mcm pelesit terutama ditgh malam hari.. merempit mengalahkan mat rempit.

Ini satu cabaran selepas kegagalan alat elektronik kotak hitam yg diperkenal suatu masa dlu.

Company2 bas sgt cerewet bila suatu peranti dipasang konon krn kos. Mereka boleh beli bas dgn harga cecah 3/4 juta ringgit tp BEBAL bla gov mntk pasang peranti yg hage RM1-2K.

S, susah nk ckplah. keadaan di Malaysia undang2 jg xkonsisten, pemandu ada byk bangsa, byklah songeh dan tabiatnya.

Tanpa Nama berkata...

Selama 36 tahun aku hidup dah beberapa kali aku tengok bas-bas ekspres ni ditahan oleh pihak berkuasa - atas alasana apa aku tak tahu kerana alhamdulillah aku tidak pula ditahan bersama

& selama itu juga dah banyak kali aku tengok di lebuhraya2 kita bagaimana pemandu-pemandu bas ekspress ini bekerjasama memberi 'signal' kepada semua rakan-rakan pemandu bas ekspress akan kewujudan operasi pihak berkuasa. cth. kalu dia nampak polis trafik dok tembak speed trap, dia akan bagi signal lampu tinggi tau isyarat lain pd member-member dia

fikir-fikirlah yer & jangan hanya fikir yg buruk sangka