Khamis, September 26, 2013

Azizan Razak Meninggal Dunia


Innalillahi wa inna ilaahi rooji'uunn.

Takziah dari teman kepada keluarga Tan Sri Azizan Razak atas kembalinya Tan Sri ke rahmatullah. Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Bekas MB Kedah Meninggal Dunia


ALOR SETAR, 26 Sept (Bernama) -- Bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini pukul 11.10 pagi Khamis.

Timbalan Pengarah Perubatan 1 HSB Dr Norzaini Morad berkata Azizan, 69, menghembus nafas terakhir di sisi keluarga di wad Unit Rawatan Rapi HSB.

Jenazah beliau dijangka dikebumikan di Muassasah Darul Ulum di sini pukul 5.30 petang.

-- BERNAMA

Tiada ulasan: