Khamis, September 26, 2013

Mohd Azraai Khor Kekal Jurulatih Perak

Inline image 1

Azraai Khor yang selesai disiasat SPRM Perak dari jam 3 petang hingga 12:30 tengah malam semalam disahkan kekal sebagai jurulatih Perak.

Kemelut memalukan ini dinilai disingkap secara berlebihan sehinggakan menjadi kecaman sesetengah warga Sarawak di media sosial berikutan tuduhan rasuah yang dianggap turut boleh mengakibatkan integriti pasukan mereka tercalar.

Sebab itulah teman bilang, kita perlu cantas berantas dalang dan tangani isu ini secara senyap tapi tegas.

Harian Metro

Mohd Azraai kekal jurulatih Perak

 0  5 Google +0  0  0

IPOH: Jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah akan terus menerajui skuad Seladang untuk musim Liga Super akan datang, walaupun pasukannya kini berdepan siasatan dakwaan rasuah.

Beliau semalam turut membantu siasatan dengan memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri dari jam 3 petang hingga jam 12.30 tengah malam.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/26

Tiada ulasan: