Rabu, Februari 26, 2014

Adakah masyarakat di didik jimatkan air ketika berlaku kemarau?

Kemarau yang melanda Semenanjung Melayu kali ini boleh dikatakan antara yang terburuk dalam dua dekad ini. Pembenihan awan segera dilakukan oleh pihak berwajib di Subang, Selangor pada 26/2/2014. Di Putrajaya, rumput menghijau sudah tiada lagi berganti rumput kuning dan perang.

Keadaan relatif kering ini telah bermula awal Januari lalu dengan hembusan angin dingin dari timur laut, melintasi Laut China Selatan  ribuan kilometer hingga ke Kepulauan Melayu. Semenanjung Melayu menerima kesan langsung melihat corak pergerakan gelombang udara kering ini yang turun menghala ke barat daya.

Empangan menyusut pada tahap kritikal dan jangka hayat bekalan hanya bertahan dalam kiraan hari sementelahan orang ramai lebih banyak menggunakan air.

Malang sekali, masyarakat di kawasan terdampak tidak dididik di televisen, radio dan internet soal menggunakan air dengan berkesan. Akibatnya air digunakan dengan banyak sekali akibat cuaca yang panas dan kering. Ini bagaikan tindakan 'bunuh diri' jika hujan tidak turun selama lebih 40 hari.

Udara kering ini tidak menggalakkan turunnya hujan meski ada berlaku sedikit curahan di tempat-tempat yang berawan padat. Namun, kekeringan tanah telah agak dalam ketika ini dan pokok-pokok hiasan di jalanraya kini mula menguning.

26.2.14

 21.2.14




Tiada ulasan: