Rabu, Februari 19, 2014

Candy Crush mahu disenaraikan di New York Stock Exchange


LONDON 19 Feb. - Pereka permainan atas talian terkenal, Candy Crush menyatakan semalam bahawa pihaknya sedang cuba untuk menyenaraikan saham-sahamnya di New York Stock Exchange.

Pereka permainan tersebut, syarikat King.com berkata, pihaknya telah bertanya kepada badan kawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) untuk penyenaraian berkenaan.

“Syarikat itu berhasrat untuk menyenaraikan saham biasanya di New York Stock Exchange di bawah simbol KING. Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi tawaran itu belum lagi ditentukan," kata firma itu dalam satu kenyataan. - AFP


Tiada ulasan: