Rabu, Februari 19, 2014

Anwar bakal kalah di Kajang?


Anwar Ibrahim diramalkan boleh kalah jika bertanding PRK DUN Kajang. Kekalahan yang akan menutup peluang 'penipu berlesen' ini dari terus memimpin 'para pemberontak'  ke haluan yang salah negara dengan ucapan-ucapan palsu, membawa kudis atas kedaulatan agama rasmi negara ini untuk dijadikan polemik supaya dibahas dengan penuh kebencian oleh orang awam generasi muda yang jahil pada proses pembentukan negara ini. Ia berdasarkan analisa lisan dari beberapa responden atas pagar dan pro pemerintah yang teman pertanya. Tetapi ini hanya akan berlaku sekiranya :

1. Pengundi DUN Kajang bukan terdiri dari golongan buta perut yang gemar dikencing.
2. Calon lawan Anwar bukan dari kalangan bukan Melayu. Kerana ia akan menarik pengundi atas pagar kelompok Melayu untuk mengundi orang Melayu. 
3.. Calon lawan Anwar adalah dari kalangan orang yang disegani masyarakat Kajang.
4. Semua pengundi Melayu dan India menolak Anwar Ibrahim. 

Kelihatan hakikat bahawa, tradisi BN dengan  kerusi parti ini akan diberikan kepada parti ini adas dasar tradisi adalah tidak popular lagi kerana
1. Komponen BN adalah parti berasaskan kaum - Maka tiada calon kaum A mewakili parti yang dikuasai kaum B dan seumpamanya tetapi tidak bagi pembangkang. Justeru pembangkang lebih meraih populariti ekoran konsep 1Malaysia yang makan tuan.
2.Tidak menepati ciri demokrasi majoriti apabila dibandingkan secara pecahan kaum, pihak yang majoriti diwakili wakil pihak minoriti.

FOTO: THE MALAYSIAN INSIDER


Jika menilai perkara 2 di atasm 'pendaulatan' suara majoriti atas suara minoroti telahpun dimainkan Anwar Ibrahim dengan terma 'undi popular' selama ini yang  dihasilkan dari fakta Pakatan Rakyat memperoleh 51% suara keseluruhan pengundi di Malaysia semasa PRU ke 13.

Kudis akibat dogma ini semakin membarah dalam masyarakat dan kesannya, masyarakat bandar masih dalam keadaan jauh dari BN.  Apabila segmen Melayu contohnya dalam DUN Kajang terpecah kepada pro-pemerintah dan pro-pembangkang setiap puak hanya mewakili 22% dari keseluruhan pengundi.

Ini memperlihatkan bahawa penentu kemenangan di PRK Kajang adalah undi masyarakat India dan setengah lagi undi orang Melayu nasionalis. Masyarakat Cina tidak perlu ditagih apa-apa lagi kerana mengetahui dan masak sudah dengan fakta merekalah yang paling lantang menentang kerajaan BN pimpinan UMNO lantaran struktur yang digunapakai meletakkan sebuah parti menjadi kepala kepada parti-parti lain yang mereka anggap sesuatu yang tidak adil.

Ada pendapat keras yang menyebut bahawa tidak ada apa yang boleh diharapkan dari masyarakat Cina untuk kempen kalahkan Anwar Ibrahim buat kesekian kalinya ini. Ini kerana imbalan faedah kepada mereka apabila berwakil rakyatkan seorang yang digembar-gemburkan akan menjadi Menteri Besar sangatlah merupakan gula-gula yang disukai. Nampaknya Anwar sudah mendapat 40% undi sebelum PRK lagi.

Memandangkan DUN Kajang terkategorikan sebagai kawasan masyarakat bandar yang terdiri dari warganegara berketurunan pendatang Cina dan Melayu yang hampir seimbang, tidak mustahil suara Melayu nasionalis yang menentang liberalisasi demografi negara ini menjadi sangat kecil dan tidak mampu memenangkan mana-mana calon BN yang akan disokong secara siapa pun calonnya.

Jadi di mana kalahnya Anwar kelak? Tentu sekali hanya atas izin Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia dengan kehendakNya melalui perancanganNya.

Kerana di atas kertas setakat ini, laluan Anwar kelihatan mudah walaupun dia tidak layak lagi diangkat  sebagai wakil rakyat lagi memandangkan sikapnya menutup peluang ramai calon Pakatan Rakyat lain yang lebih layak.

Namun sentimen pro PR masih menebal di kalangan rakyat Selangor serta pembutaan mata secara sukarela oleh semakin ramai spesis manusia di negara ini ke atas sandiwara boneka gaya Anwar. Jika MCA di bawah Liow Tiong Lai merasa cukup yakin, maka silakan untuk mencuba nasib.

Jangan andai sesudah tewas, ada yang menyebut untuk apa BN bertanding?   

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku berdoa pencerahan dari tulisan Ipoh Malay ni menjadi kenyataan dan PKR terkubur sekali dan perpaduan melayu-muslim kembali bersatu setelah kekalahan AI membuka hijab dimata melayu-muslim yang celik tapi buta.

Semoga PAS tergolek dan tersedar dari mimpi ngeri ni.

Amin