Sikap tidak mesra pelanggan, menyusahcara dan birokratik sesetengah syarikat berasaskan perkhidmatan turut menyumbang kepada penurunan keuntungan sesebuah syarikat tersebut. Berikut adalah antara keluhan dari pengguna MAS yang merasakan telah dilayan seperti tidak sewajarnya dalam berurusan dengan syarikat penerbangan milik negara itu.
assalammualaikum saudara ,
> izinkan saya mengadu nasib pada saudara mengenai perkhidmatam syarikat penerbangan MAS.
>saya bakal melangsungkan perkahwinan pada 7/6/2014( cuti sekolah-saya paham tambang mahal sikit dan cepat naik) dengan orang dari sabah. sudah tentu saya dan keluarga memerlukan perkhidmatan pernerbangan
>tetap memilih MAS atas dasar syarikat glc negara, walaupun harga sedikit mahal dari airasia(ceo yang anti utusan) dan malindo
>pertama , beli tiket untuk bakal bapa mertua dan adik ipar datang ke kuala lumpur RM1004 pada13/6/2014 (no ruj W1FJM).pihak MAS telah mengenakan cas dua kali kepada saya,menyebabkan kad kredit mencapai limit, tidak dapat beli tiket untuk keluarga saya pergi ke kota kinabalu.
> bila diadukan pada MAS mereka just suruh saya tunggu 2 hingga 3 hari bayaran akan dikembalikan, bila sudah 2-3 hari telifon lagi, tetap jawapan yang sama,akhirnya setelah lebih 4 kali telifon saya terpaksa tunggu hingga1/12/2013 baru duit itu dipulangkan pada kad kredit.
>pada 1/12/2013 (setelah duit dikembalikan) tambang sudah naik untuk keluarga saya pergi ke kota kinabalu.
> terpaksa tambah duit dalam kad kredit untuk beli tiket keluarga saya dari kl ke kota kinabalu pada 6/6/2014, 9am.total RM2880.(bukan jumlah yang sikit bagi saya)
>apa yang mengejutkan saya tidak dapat nombor pengesahan dariMAS, dan yang lebih penting duit telah dipotong dari kad kredit,
> saya telifon MAS,setelah hanpir sejam menunggu , baru disambungkan pada operator.(saya paham syarikat terbaik pasti punya ramai pelanggan hingga terpaksa berbaris untuk dilayan).
>bila saya adukan masaalah saya, jawapan yang saya dapat ialah "booking encik reject, walaupun kad kredit sudah dipotong, tapi dalan sistem kami booking tidak berjaya,encik kena tunggu 2 hingga 3hari ,MAS akan kembalikan duit encik, saya tak boleh buat apa-apa"........... perasaan saya?.
>saya pasrah dan saya tahu operator tersebut hanya akan bagi jawapan yang standard(lebih baik bagi mesin yang jawap).penat kalau hendak bergaduh, jadi saya minta nombor aduan saya..mereka masih ulang jawapan yang sama.walaupun saya tegaskan saya ingin membuat aduan rasmi. saya tetap tidak dapat nombor aduan saya, cuma nama operator tanpa nama bapa yang diperolihi ,Azizi
>maknanya sia-sia saya menaikkan bil telefon saya,tanpa mendapat sebarang jawapan yang memuaskan,apatah lagi membuat sebarang aduan..tiada maknanya saya menelifon talian 1300883000. jika hanya untuk jawapan tunggu 2-3 hari( saya yakin lebih seminggu).untuk membuat aduan pun tidak dilayan.
>saudara , saya buntu, dalam masa setengah bulan saya terpaksa melayan dua kali kerenah syarikat gergasi negara dalam mendapatkan layanan sebagai pelanggan,
>situasi saya sekarang,,,1).tiada duit untuk beli tiket untuk keluarga,2). bakal menunggu dan termenung 2-3 hari(saya yakin lebih seminggu).3). terpaksa beli tiket yang bakal naik (takkan nak kawin bulan puasa kut, baru ada tiket murah).4). aduan sikerdil yang takkan dilayan oleh sang gergasi.5). masih lagi termenung
> harapan saya, bolehlah kiranya saudara panjangkan masaalah saya ini kerna saya begitu naif dalam mengadukan masaalah. dan tidak tahu saluran yang betul jika hendak membuat aduan.,bukan niat untuk memburukkan syarikat gergasi pernerbangan terbaik dirantau ini, apatah lagi membandingkan dengan syarikat warna merah.
saya juga berharap ini bukan salah satu cara pilihan syarikat gergasi ini menurunkan nilai 'keuntungan' bagi tahun mendatang. mungkin harapan semua pembayar cukai seluruh negara.
yang benar,
insan kecil
akta zainuzzaman mohd saimi
0162179117
akta_zaman@yahoo.com.sg
2 comments:
Kasihan betul En. Akta Zainuzzaman ini -dilayan mcm. SAMPAH oleh MAS! Maklumlah, kita RAKYAT, terutamanya yg. bukan dr. golongan ELIT, spt. Datuk-Datin atau pun Omputih, nampaknya TAK PENTING buat MAS!
MAS dan PETRONAS nampaknya, telah diGADAI jiwa dan semangat NASIONALISMAnya, yg. hanya mementingkan keuntungan semata-mata; tapi rakyat terutamanya kaum Bumiputera yang bukan elit, diTINDAS! Ini bukan tujuan Allahyarham YAB PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita - beliau mahukan MAS dan PETRONAS diserap nilai NASIONALISMA utk. memperjuangkan DEB, demi kepentingan dan hak Bumiputera miskin.
Sepatutnya, setiap rakyat Malaysia, terutamanya yang miskin, warga emas dan pelajar diberi tambang DISKAUN - demi semangat NASIONALISMA kita utk. menaiki kapalterbang NEGARA MAS (bukan SWASTA dan kepunyaan orang kaya semata)! Omputih dan yg. dr. Singapura - mereka boleh naik MAS kita, sesuka hati kerana matawang mereka yg. lebih tinggi, jadi MURAH utk. mereka! Dan benarkan PARAMUGARI MAS memakai HIJAB - kerana orang Islam/Melayu adalah Bumiputera majoriti dan Islam adalah AGAMA PERSEKUTUAN (iaitu Malaysia adalah NEGARA ISLAM.
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM-TPM/UMNO/Bahasa Melayu, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (Bumiputera juga bermakna Pribumi/Orang Asal-Asli/Indigenous/Native/Aboriginal/First Nation).
MAS tidak kesah untung atau rugi. Kalau rugi pun perkerja MAS tidak dibuang. Gomen boleh bantu kalau rugi itu lah GLC
Post a Comment