Tuesday, February 18, 2014

Ramai pandang ringan ancaman kemarau ke atas bekalan air



Setiap kali tiba musim kemarau di negara ini, bekalan air adalah menjadi masalah utama bagi penyedia perkhidmatan dan konsumer.

Kini pantai barat Semenanjung mengalami musim kemarau di mana ada sesetengah tempat, hujan sudah 1 bulan tidak kunjung turun.

Kebergantungan rakyat negara ini kepada bekalan air paip yang diproses di loji pembersihan air menjadi satu krisis juga rupa-rupanya.

Dengan hujan purata 2,000 mm setahun, rakyat negara ini tetap rawan kepada krisis bekalan air.

Jumlah rumah yang mempunyai perigi jatuh drastik dan kebergantungan kepada air paip naik mendadak.

Keadaan menjadi lebih parah apabila wujud dolak-dalik dari kerajaan pembangkang yang menguasai negeri Selangor dalam isu pembinaan loji pembersihan air dan memberi kesan besar ke atas 7 juta penduduk. Mujurlah akhirnya kesepakatan dicapai antara kerajaan pusat dan kerajaan Selangor.

Hari ini, cuba kita ingati rumput-rumput kering, tanah-tanah tandus tatkala kita 'flush' tandas selepas kencing. Sekali pam, kita menggunakan tidak kurang 5 liter air. 

Mengetahui empangan-empangan bekalan air utama di Lembah Klang susut parasnya semua, belum ada pihak yang prihatin tentang mendidik masyarakat dalam menggunakan air secara berhemah.

Adakah kita menjimatkan air pada musim hujan sukar untuk turun ini?

Apa lagi bekalan air dari loji pembersihan itulah yang digunakan untuk kegiatan basuh kereta, mandi setengah jam dan siram tanaman hiasan domestik yang kering.

Empangan Sungai Selangor yang susut teruk ini tidak mampu menyedarkan warga kota soal rasa bertanggungjawab untuk menggunakan air secara berhemah.

No comments: