Friday, September 26, 2014

Pengkalan Kubor indikasi PAS semakin kurang diyakini

Kemenangan calon BN di PRK Pengkalan Kubor merupakan natijah tidak langsung dari kelemahan PAS dalam Pakatan Rakyat yang semakin ketara dilihat oleh masyarakat Melayu Islam di negara ini yang celik matanya.

Apatah lagi peningkatan majoriti yang diraih berlaku dalam PRK yang berlangsung di dalam negeri kubu kuat PAS selama ini.

Masyarakat Melayu Islam di Pengkalan Kubor dengan jelas memberi indikasi bahawa kebanyakan Melayu Islam di negara ini telah muak dengan koalisi haram Pakatan Rakyat yang dilihat menekan keberadaan orang Melayu Islam dalam tampuk politik dan terlalu mengetengahkan tuntutan kesamarataan dan terlalu tunduk dengan suara minoriti yang mengetengahkan suara-suara pelampau minoriti.

Hanya Melayu Islam di bandar-bandar rata-ratanya yang masih berpihak kepada Pakatan Rakyat walaupun sedar diri mereka sekadar melukut di tepi gantang mencuci kaki 'tuan-tuan besar' mereka mungkin kerana faktor kebergantungan hidup kepada puak tersebut.

Apapun tahniah diucapkan kepada calon BN , Mat Razi Mat Ali yang menang dengan pertambahan 899 undi menjadi 2,635 daripada 1,736 undi pada PRU13 yang lalu.



2 comments:

Anonymous said...

TRAND PENGUNDI MASAKINI LEBIH MESRA PEMBANGKANG(BN PEMBANGKANG DIKELANTAN)

Anonymous said...

Lagipun org Melayu suka TS Muhyiddin.
Kalau Najib parasit PR turun ke Kelantan dan berucap meleret2 rasanya BN akan jatuh majoriti.. sbb Najib dgn Nuar ni sama spesis..
spesis liberal

Sorry to Say.. save UMNO jgn biarkan puak liberal rosakkan spt PAS.