Tuesday, November 25, 2014

Subsidi dikembalikan jika harga minyak naik mendadak

Kebimbangan masyarakat berhubung kesan kenaikan minyak mendadak selepas pengapungan terkawal harga minyak RON95 yang berlaku setelah penghapusan subsidi minyak mulai 1 Disember ini telah mendapat jawapan dari kerajaan.

Blog ini juga mengupas persoalan ini melalui posting Penghapusan subsidi minyak Malaysia yang tiba-tiba bertarikh 22 November 2014 bagi mengetengahkan persoalan ini.

Pihak kerajaan semalam telah memberi jaminan bahawa kenaikan harga minyak mendadak akan membawa campurtangan kerajaan semula untuk mensubsidikan semula harga minyak pada paras tertentu melalui mekanisme subsidi yang bersesuaian.



Subsidi diperkenal jika harga tinggi
25 November 2014 1:04 AM


KUALA LUMPUR 24 Nov. – Kerajaan sedia melaksanakan semula bantuan subsidi petrol jika harga minyak dunia kembali meningkat dengan ketara.

 

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, bagaimanapun sistem subsidi yang akan dilaksanakan itu lebih terarah untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan menengah dan rendah yang akan terkesan akibat kenaikan harga minyak.

 

Katanya, kerajaan sentiasa memantau pergerakan harga komoditi itu bagi memastikan rakyat negara ini mendapat faedah daripada penurunan harga minyak dan pada masa sama menyediakan bantuan yang sesuai jika harga minyak meningkat dengan tinggi.

 

Beliau berkata lagi, berdasarkan situasi semasa harga minyak mungkin tidak naik mendadak kerana Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak merancang untuk mengurangkan pengeluaran minyaknya.

 

"Jika harga minyak naik mendadak, sudah tentu kerajaan akan mengkaji bantuan yang sesuai dan bertindak bagi mengurangkan kesan kepada rakyat, khususnya golongan yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pasaran Modal Malaysia ke-19 di sini hari ini.

 
Bacaan lanjut : UTUSAN

1 comment:

Anonymous said...

hakkkk tuiii...