Tuesday, August 11, 2015

Bala. Ringgit menjunam MYR 4.00 bagi USD 1.00

Menteri Kewangan Kedua, Husni Hanadzlah, yang juga Ahli Parlimen Tambun beberapa hari lalu menyebut ringgit tidak akan mencecah RM4.00 bagi satu dollar Amerika.

Hari ini, untuk terburuk dalam rekod sejarah, ringgit jatuh menjunam dari RM3.92 semalam ke RM 4.00 dalam masa sehari.

Apa sudah jadi? Seluruh negara mahu penjelasan yang lengkap mengenai bencana ini.



Kesan ini berlaku akibat lonjakan nilai matawang USD yang menyaksikan ia mengukuh dengan tinggi ke atas matawang-matawang lain dan kejatuhan Ringgit sebanyak 1.2% hari ini berbanding USD tidak sebanyak Dollar Singapura yang jatuh 1.4% berbanding USD.



Viral kacang putih di Hospital Ipoh : Pelajar KSKB Ulu Kinta tampil mohon maaf

Fitnah ke atas penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh berkaik kacang putih terabur yang tersebar berpunca dari pelajar tahun akhir Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah Ulu Kinta, berakhir hari ini apabila pelajar berusia 22 tahun itu tampil meminta maaf.

Namun mulut laknat pengguna media sosial terutamanya segolongan bangsa India yang menunjukkan belang perkauman mereka tidak terpadam di media sosial. 

Begitulah hati nurani kelompok yang kononnya menjadi mangsa diskriminasi padahal hati masing-masing busuk walaupun beribu biji kelapa dihempas ke jalan bagi upacara menghapus dosa saban tahun.

Kepada pelajar tersebut, bertanggungjawablah. Pendidikan anda ditanggung Kementerian malah diberi elaun tertentu. Mengapa bangang melampau? Masa kecilmu minum susu lembu atau susu getah? Haha.


Published On: Tue, Aug 11th, 2015 UTAMA
Setelah MBI dicaci, pemuda tampil mohon maaf

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej di Ipoh memohon maaf kerana memuat naik status tidak tepat sehingga mencemarkan kredibiliti penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Muat naik itu antara lain memaparkan seorang wanita sedang menangis dan barang-barang jualannya berselerak sambil diperhatikan penguatkuasa MBI.

Ia memberi gambaran bahawa penguatkuasa MBI sengaja membuli peniaga wanita terbabit dengan menyelerakkan barangan jajaannya.Tetapi pelajar itu akhirnya mengakui wanita itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajanya.

“Saya memang nampak makcik itu sendiri yang menyelerakkan barang-barang jajaannya, namun disebabkan saya berasa amat marah saya pun memuat naik status seolah-oleh pegawai penguatkuasa yang membuat semua perkara itu,” jelas Nuruddin Abdul Mujid, 22, dalam sidang media di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada Isnin.

Sidang media itu diatur bagi menjelaskan perkara sebenar semasa insiden berkenaan.


Turut hadir, Setiausaha MBI, Mohd Zakuan Zakaria dan Ahli Majlis MBI, M. Veeran serta Pengerusi Lembaga Pelawat HRPB, Datuk Omar Ahmad.

Nuruddin yang memuat naik gambar itu di laman akaun Facebook peribadinya berkata, semasa kejadian, dia sedang menghabiskan waktu rehatnya.Gambar itu menjadi viral di laman sosial Facebook sejak Ahad.

“Saya mohon maaf di atas tindakan saya dan saya tahu itu adalah tindakan bodoh kerana tidak berfikir panjang.

“Tambah pelajar kursus Pembantu Perubatan lagi, penjaja wanita itu hanya menangis lalu menyelerakkan barang-barang jajaan kerana tidak puas hati terhadap tindakan terhadapnya.

Bagaimanapun muat naik statusnya ke Facebook menyebabkan salah anggap masyarakat sehingga ada penguna media sosial menghemburkan kata-kata berbaur perkauman terhadap MBI dan penguatkuasanya dan kerajaan negeri .


Nuruddin yang merupakan pelajar tahun terakhir dari Kolej Sains Kesihatan Bersekutu (KSKB) Sultan Azlan Shah mengakui faham dengan kedudukan pihak penguatkuasa... KLIK UNTUK BACAAN LANJUT

Monday, August 10, 2015

IKEA Sweden kalah perebutan nama dengan 'IKEA' Surabaya di Indonesia



Keputusan Mahkamah Agung di Indonesia yang memenangkan syarikat berasal dari Surabaya dalam sengketa penggunaan nama IKEA dengan syarikat antarabangsa IKEA, penjual hiasan rumah terkenal, menjadi bahan jenaka di Indonesia.

Rata-rata mereka tidak faham bagaimana IKEA yang telah wujud sejak 1943 itu boleh kalah kepada pengeluar perabot dan barangan kegunaan rumah dari Surabaya tersebut.

Mereka juga mendakwa ia adalah ciri keterbelakangan pengetahuan para hakim ataupun ia menampakkan kurangnya integriti pihak yang memutuskan tersebut.

Untuk rekod, sebelum ini seorang peniaga pernah berjaya mendapat perintah mahkamah untuk melarang penggunaan perkataan 'kopitiam' yang didakwa milik perniagaannya.

Minggu 09 Aug 2015, 17:21 WIB

Orang Terkaya di Dunia Kalah, Merek IKEA Dimiliki Pengusaha Surabaya

Andi Saputra - detikNews
Jakarta - Mahkamah Agung (MA) menolak kasasi IKEA dan menguatkan putusan Pengadilan Negeri Jakarta Pusat (PN Jakpus). Alhasil, merek IKEA kelas 20 dan 21 dimiliki oleh perusahaan asal Surabaya, PT Ratania Khatulistiwa.

Berdasarkan website Mahkamah Agung (MA) yang dikutip detikcom, Minggu (9/8/2015), kasus bermula saat PT Ratania Khatulistiwa menggugat IKEA ke PN Jakpus dan meminta merek IKEA dihapus. Gayung bersambut. PN Jakpus mengabulkan permohonan PT Ratania Khatulistiwa.

"Dalam pokok perkara, mengabulkan gugatan Penggugat," putus majelis PN Jakpus yang diadili oleh ketua majelis hakim Lidya Sasando Parapat dengan anggota majelis Robert Siahaan dan Rochmad.

Vonis yang diketok pada 17 September 2014 menyatakan penghapusan pendaftaran merek IKEA atas nama Tergugat dengan Nomor Pendaftaran IDM000277901 tanggal pendaftaran 27 Oktober 2010 untuk kelas barang 20 dari Daftar Umum Merek Direktorat Jenderal HAKI dengan segala akibat hukumnya. Majelis PN Jakpus juga menghapus merek IKEA untuk kelas barang 21.

Kelas barang 20 adalah barang antara lain perabot rumah, cermin, bingkai gambar, benda dan lainnya. Adapun kelas 21 adalah barang antara lain perkakas atau wadah untuk rumah tangga, sikat dan sebagainya.

Tidak terima dengan putusan ini, IKEA lalu mengajukan kasasi. Tapi apa kata MA?

"Menolak permohonan kasasi Inter IKEA System BV," ucap majelis hakim yang diketuai Syamsul Maarif. Dalam putusan yang diketok pada 12 Mei 2015 ini, duduk sebagai hakim anggota yaitu Abdurrahman dan I Gusti Agung Sumanatha.

Lantas, siapakah IKEA itu? IKEA merupakan akronim dari 4 kata yaitu Ingvar, Kamprad, Elmatayd dan Agunnaryd dan disingkat IKEA. Ingvar nama pendiri perusahaan, Kamprad nama keluarga pendiri, Elmatyrad nama pertanian tempat Ingvar Kamprad beranjak dewasa dan Agunnaryd adalah nama kelompok gereja Ingvar menjadi anggotanya.

Dalam perjalanan bisnisnya, Ikea sejak 1943 telah mengantongi registrasi merek di 75 negara lebih dengan 1.300 item sertifikat merek. Produknya tersebar di berbagai negara seperti Canada, Jerman, Israel, Swiss, Singapura, Swedia, Portugal, India, Malaysia, Mesir, Inggris, Afrika Selatan, Perancis, Jepang, Selandia Baru dan Indonesia. Atas keberhasilannya membangun kerajaan bisnis, Ingvar masuk sebagai salah satu orang terkaya di dunia. Sejajar dengan Bill Gates, Warren Buffet dan Li Ka-Shing.

Di Indonesia, IKEA telah membuka gerainya yang sangat luas di Alam Sutera, Tangerang, Banten. Adapun PT Ratania Khatulistiwa, berdasarkan websitenya, www.ratania.com, perusahaan itu beralamat di Jalan Greges 17A, Kecamatan Aserowo, Surabaya.(asp/try)

Peniaga kacang putih hospital Ipoh dan media sosial Facebook


Media sosial Facebook ternyata menjadi 'tandas awam' terbaik untuk golongan beragenda mengencing puak berminda sempit kerana dengan mudahnya mereka akan tertipu dan menyebarkan pula penipuan itu.

Terbaharu kelmarin kecoh kisah wanita peniaga kacang putih di Hospital Raja Perempuan Bainun yang dikatakan dianiaya oleh penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh.

Berbagai kecaman keras dilemparkan pengguna media sosial ke atas tindakan tersebut hanya berdasarkan penyampaian maklumat tidak jelas oleh pemuat naik yang terdiri dari laman-laman popular yang menyerah kepada khalayak untuk menilai. Menilai? Hahaha.

Pengguna Facebook Malaysia jumud dan keterbelakangan pemikiran mereka jauh diatasi Singapura dan Indonesia dalam menilai sesuatu yang tidak dilihat dengan mata kepala sendiri.

Jika mereka itu bagus, mereka tentu sedar tidak mungkin penguatkuasa mahu mencampak dagangan peniaga ke atas jalan di mana itu akan mengotorkan kawasan jagaan mereka.

Malah penguatkuasa MBI yang menyaman letak kereta leluasa juga tidak bertindak apa-apa, hanya buat bodoh, apabila dimaki hamun oleh pemilik kereta yang mental ketika di saman. Apatah pula peniaga selemah itu.

Akhirnya ramai saksi mata yang tampil mendakwa peniaga tersebut mengamuk dengan melempar dagangannya ke jalan kerana diminta untuk tidak berniaga di kawasan tersebut kerana tidak mempunyai permit dan mengganggu urusan keluar masuk di kawasan hospital yang sememangnya sesak.

Jenis manusia pelempar komen nista begini tak mungkin akan berpusu memadam komen mereka semula. Lalu kebodohan mereka dipertinggalkan begitu sahaja untuk diperlihatkan. Mungkin saja mereka tidak mampu untuk mencari semula komen mereka untuk dipadam. Itulah bagaimana parahnya dunia media sosial hari ini.

Keterkebelakangan intelektualiti ini telah menjadi-jadi malah jika ditegur, tanpa segan silu mereka akan memaki kita kembali.




Kapal minyak ke Langkawi pula hilang

Sebuah kapal tangki milik Singapura yang dalam perjalanan dari Tanjong Pinang, Indonesia ke Langkawi membawa muatan minyak mentah bernilai RM2.8 juta telah hilang pada Sabtu malam.

Namun kapal tersebut ditemui berhampiran Pulau Rupat, sebuah pulau berseberangan dengan Melaka, dengan muatan minyaknya hilang lewat malam tadi.

Kegiatan lanun Indonesia dalam merampas kapal semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan amat menghairankan apabila pihak berkuasa di sana mampu menahan nelayan asing, dan menenggelamkan bot mereka, tetapi tidak mampu mengatasi masalah lanun dalam negara mereka sendiri.

Untuk rekod, sebuah kapal minyak bermuatan petrol milik Malaysia yang hilang beberapa bulan lalu di perairan Indonesia berhampiran Singapura ditahan oleh pihak berkuasa Vietnam bersama lanun-lanun warga Indonesia.

Minggu 09 Aug 2015, 23:48 WIB

Kapal Tanker Singapura yang Hilang Ditemukan Tanpa Muatan Minyaknya

Yudhistira Amran Saleh - detikNews

Foto: marinetraffic.com
Jakarta - Sebuah kapal tanker yang membawa 3.500 ton bahan bakar minyak mentah dilaporkan hilang tadi malam, Sabtu (8/8/2015). Kapal yang berlayar dari Tanjung Pinang, Indonesia ke Langkawi, Malaysia hari ini sudah ditemukan, namun tidak bersama dengan kargonya.

Seperti dilansir dari Bernama, Minggu (9/8/2015), kapal milik Singapura dengan nama MT Joaquim ini ditemukan 14 mil sebelah timur dari Pulau Rapat, Indonesia. Kapal tersebut dilepaskan oleh perompak yang membajaknya pada pukul 08.55 WIB.

"Sebanyak 10 orang kru kapal dinyatakan selamat, namun kami meyakini bahwa kargo senilai RM 2,8 juta telah disita oleh perompak," ujar Wakil Direktur Jenderal Operasi Maritim Malaysia Datuk Ahmad Puji Ab Kahar.

Pada jumpa pers hari ini, pihak maritim Malaysia menerima laporan bahwa ada kapal hilang sekitar pukul 09.30 waktu setempat. Setelah itu, operasi pencarian dan penyelamatan segera diluncurkan.

Kapal Kargo sekitar pukul 23.00 WIB, dilaporkan terlihat di Pelabuhan Tanjung Pinang. Kapal itu sebenarnya dijadwalkan tiba di Langkawi pada dini hari tadi.(yds/imk)

Saturday, August 08, 2015

Lelaki hina Raja Thai dipenjara 30 tahun



Seorang lelaki, Pongsak Sriboonpeng,  yang didapati bersalah menghina Raja Thai semalam dijatuhkan hukuman penjara 30 tahun. Seorang wanita yang melakukan Kesalahan sama pula dipenjara 20 tahun.

Hukuman tersebut adalah paling berat dalam beberapa hukuman ke atas penghina raja negara tersebut yang mencatatkan peningkatan kes yang dibicarakan sejak kerajaan tentera berkuasa.

Pelaku kesalahan tersebut telah di sabitkan atas kesalahan menghina melalui Facebook.

Lelaki yang pada mulanya dihukum penjara 60 tahun atas 6 post di Facebooknya yang mana setiap satu dikenakan hukuman penjara 10 tahun, telah dikurangkan kepada 30 tahun setelah dia mengaku bersalah.

Kesalahan lelaki yang bekerja dibidang pelancongan itu pula dinilai terlalu biadap sehingga pendakwaan ke atasnya dilakukan secara tertutup dan pertuduhan dibacakan dengan perlahan ketika menyentuh apa yang ditulis olehnya yang membuatkan dia disabitkan dengan kesalahan tersebut.

Sabtu 08 Aug 2015, 03:53 WIB

Penghina Raja Thailand Dipenjara 30 Tahun

Ray Jordan - detikNews
Penghina Raja Thailand Dipenjara 30 TahunFoto: REUTERS/Stringer
Jakarta - Pengadilan militer Thailand memvonis penjara seorang pria selama 30 tahun dan seorang wanita selama 20 tahun. Pria dan wanita ini dinilai bersalah setelah menghina kerajaan Thailand.

Seperti yang dilansir situs berita BBC, Jumat (7/8/2015), hukuman ini adalah yang paling keras berdasarkan hukum kejahatan pelanggaran terhadap kerajaan atau 'lese majeste' Thailand, yang melarang kecaman terhadap Raja Bhumibol Adulyadej.

Vonis ini terkait dengan sejumlah tulisan di Facebook. Penghukuman karena pelanggaran terhadap kerajaan meningkat di Thailand sejak kudeta militer tahun lalu.

Menurut kelompok hak Thailand, 'iLaw', hanya terjadi dua penghukuman karena kejahatan sejenis sebelum kudeta. Sekarang jumlahnya mencapai paling tidak 65 kasus.

Seorang penyelenggara tur wisata, Pongsak Sriboonpeng (48), diadili di salah satu pengadilan di Bangkok. Hakim menghukumnya 10 tahun penjara bagi enam postingan yang dibuatnya tentang kerajaan Thailand di media sosial. Tetapi hukuman 60 tahun itu dikurangi setengahnya setelah dia mengaku bersalah.

Raja Bhumibol (87), adalah raja yang terlama berkuasa di dunia. Dia sangat dihormati tetapi keadaan kesehatannya memburuk dan jarang terlihat di depan umum. (jor/idh)

Thursday, August 06, 2015

Serpihan ditemui disahkan milik MH370


Misteri kehilangan pesawat Boeing 777 MH370 terjawab akhirnya selepas 515 hari apabila pakar yang menganalisis serpihan sayap pesawat yang di temui mengesahkan ia adalah milik pesawat yang hilang tersebut.

Ia adalah ekoran keputusan bersama oleh pakar di pusat ujian aeronotik di Tulouse, Perancis yang mengkaji serpihan tersebut dan mengesahkan bahawa tidak syak lagi, berdasarkan fakta-fakta munasabah tentang sejarah terhempasnya pesawat model serupa, serpihan itu milik pesawat penerbangan Malaysia yang malang tersebut.

MH370: Reunion debris is from missing plane -BBC

Part of the aircraft wing found on Reunion Island is from the missing MH370 plane, Malaysian Prime Minister Najib Razak has confirmed.
Mr Najib said international experts examining the debris in France had "conclusively confirmed" it was from the aircraft.
The Malaysia Airlines plane carrying 239 people veered off course from Kuala Lumpur to Beijing in March 2014.
The debris was found on the remote French Indian Ocean island a week ago.
In a statement, Mr Najib said the "the burden and uncertainty faced by the families" in the 515 days since the aircraft disappeared had been "unspeakable".
"We now have physical evidence that flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean," he added.

'Very strong indications'

French prosecutor Serge Mackowiak later confirmed the wing fragment, known as a flaperon, was from a Boeing 777 - the same make and model as the missing Malaysian airliner.
He said initial tests showed there were "very strong indications" the flaperon was from flight MH370. But he said confirmation would only come after further tests on the fragment, which would begin on Thursday.

"[Investigators] will try to do it as soon as possible in order to provide total and reliable information to the family of victims, who are on our minds at the moment," Mr Mackowiak added.
The debris is being examined at an aeronautical test centre near Toulouse.
The BBC's Hugh Schofield in Paris said there was some frustration that Mr Mackowiak refused to categorically confirm the fragment was part of the missing aircraft.
But there is little doubt now that the flaperon will be declared the first evidence of the plane in the coming days as no other Boeing 777s are thought to have crashed in the region.

Monday, August 03, 2015

Indonesia mula dilanda kesan El Nino

El Nino mula dirasakan oleh Indonesia apabila sebahagian pulau Jawa mengalami kemarau. Kedatangan El-Nino juga telah pun diramal oleh Jabatan Meteorologi Malaysia sejak beberapa bulan lalu berdasarkan ramalan badan meteorologi dunia.

Ramalan menjangkakan sebaik sahaja El-Nino memberi kesan, kemarau di Asia Tenggara berulang seperti tahun 1997 yang turut memberi dampak ke negara ini.

Ia bagaimanapun banyak dipengaruhi oleh angin kering dari Australia tempias musim sejuk yang melanda hemisfera selatan.



Jumat 31 Jul 2015, 11:30 WIB

Kekeringan Melanda, Awas El-Nino Kuat 'Menyerang' Indonesia

Nala Edwin - detikNews

Jakarta - Kekeringan melanda Indonesia di sejumlah daerah. Ini sebagai dampak dari fenomena El-Nino. Dan untuk tahun ini, El-Nino kuat yang datang.

"Sejak beberapa bulan yang lalu sebenarnya sudah diprediksi akan terjadi fenomena El-Nino, sebuah fenomena yang terjadi akibat memanasnya suhu muka laut di Perairan Pasifik barat yang dikenal dengan daerah Nino," kata Peneliti Meteorologi Tropis BPPT, Dr. Tri Handoko Seto, M.Sc, dalam penjelasannya, Jumat (31/7/2015).

Menurut dia, El-Nino kuat yang melanda Indonesia bisa dilihat dari kenaikan suhu muka laut. Di Indonesia anomali kenaikan suhu muka lautnya 1,5 derajat celcius.

"Memang beberapa bulan lalu Elnino yang terjadi masih lemah hingga sedang. Saat itu masih banyak yang berpendapat bahwa Elnino lemah hingga sedang tidak akan banyak berpengaruh pada berkurangnya curah hujan di wilayah Indonesia. Tetapi saat ini sudah nyaris terjadi Elnino kuat. Jadi kita tidak boleh menganggap remeh," urai dia.

Data suhu muka laut daerah Nino 3-4 seminggu terakhir ini rata-ratanya 1,48 derajat celcius dan pernah mencapai di atas 1,5 derajat celcius.

"Kita tidak lagi boleh mengatakan bahwa kondisi pada saat ini daerah saya masih mempunyai persediaan air yang cukup. Sekarang mungkin masih cukup, tapi paradigm berpikir kita harus memproyeksikan sampai kapan akan cukup. Karena berbagai model prediksi di dunia memperkirakan bahwa akan terjadi Elnino kuat hingga akhir tahun," tutup dia. 

Perpaduan kaum hanya boleh dicapai melalui sekolah satu aliran - TPM



Timbalan Perdana Menteri, Zahid Hamidi menyebut bahawa perpaduan antara kaum hanya boleh dicapai melalui sistem pendidikan yang tidak berdasarkan bangsa.

Kenyataan tersebut merupakan tindakan populis pertama selepas beliau dilantik menggantikan Muhyiddin Yassin dan boleh dianggap berani.

Ini kerana gerakan untuk mewujudkan sekolah satu aliran telah mekar sejak tahun 2009 namun terbungkam setelah pemimpin UMNO tunduk kepada selaran MCA yang mengugut untuk mendakwa pihak yang mengetengahkan idea tersebut.

Zahid Hamidi bercakap dalam temubual bersama Berita Harian pada 31 Julai lalu.

Sekolah satu aliran disokong oleh ramai rakyat Malaysia dan kewujudan sekolah jenis kebangsaan rata-rata dipertahankan oleh parti Cina dan India di dalam Barisan Nasional.

Berbillion ringgit telah dihabiskan untuk sekolah aliran vernakular ini tanpa memberikan implikasi positif ke atas masyarakat majmuk di negara ini.

Bahkan ramai lulusan sekolah Cina tidak tahu berbahasa kebangsaan. Mahu pulang ke Taiwan kah?

Untuk rekod, Singapura dengan 75% penduduk Cina telah memansuhkan sekolah Cina dan sekolah Tamil pada tahun 1982.

Racial unity possible if race-based education abolished, Ahmad Zahid says 
Published: August 1, 2015 10:40 AM GMT+8 
KUALA LUMPUR, Aug 1 — Malaysia can achieve racial harmony if the country adopts a single-stream “national” education system and puts an end to vernacular schools, newly-appointed deputy prime minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi told an interview with Berita Harian.
In the interview published today, the Umno leader admitted, however, that implementing such a system would take a long time, perhaps even “an entire generation” and not just “one or two decades”.
Zahid said Malaysia’s current education system, which comprises both national-type public schools and vernacular schools, should be replaced with a universal system that goes beyond race and religion.
“What is happening now, we must look at the country’s education system that exists in various mediums until there is no meeting point.
“How can a country have three different systems based on race and religion with no meeting point. We must have national education that crosses the barriers of race, religion and ethnicity,” Zahid was quoted by the Malay-language daily.

MH370 : Lagi serpihan ditemui di Reunion

Lagi serpihan ditemui di Pulau Reunion pada hari Sabtu lalu namun ianya masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Serpihan berupa pintu pesawat itu merupakan rentetan dari penemuan beberapa barangan lain yang diyakini dari MH370.

Dalam laporan lain dari pulau tersebut pula, terdapat penemuan beg, botol air mineral dengan jenama bertulisan Cina dan botol cecair peluntur yang bertulisan Melayu dipercayai dari Indonesia.

Namun penemuan-penemuan tersebut tidak memberi petanda yang besar kerana arus laut mampu membawa apa sahaja entah dari mana.


Serpihan pintu pesawat ditemukan

SERPIHAN pintu sayap Boeing 777 dipercayai milik pesawat MH370
SAINT-DENIS 2 Ogos - Sebuah serpihan pintu pesawat yang dihanyutkan ke Pulau La Reunion, ditemui penduduk tempatan hari ini, kurang seminggu selepas penemuan serpihan sayap yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di Lautan Hindi pada Mac tahun lalu.
Menurut laporan portal Sky News, serpihan pintu pesawat itu ditemukan tidak jauh daripada tempat penemuan flaperon iaitu serpihan pesawat yang kini telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis bagi mengesahkan sama ada ia milik pesawat MH370 atau sebaliknya.
Menurut wartawan David Bowden, objek yang baharu dijumpai di selatan bandar Saint-Denis itu sedang diuji oleh pakar tempatan tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia mempunyai kaitan dengan pesawat MAS yang hilang pada 8 Mac tahun lalu itu.
Jelasnya, terdapat tulisan bahasa Cina dan Melayu pada objek berukuran 30 sentimeter persegi dan dipercayai merupakan bahagian di dalam pesawat.
“Objek itu diletakkan di dalam kotak oleh anggota polis sebelum dibawa pergi dan mereka enggan mengulas lanjut tentang penemuan tersebut,” katanya.


Minggu 02 Aug 2015, 16:59 WIB

Potongan Logam Kembali Ditemukan di Pulau Reunion, MH370?

Rita Uli Hutapea - detikNews

Kuala Lumpur, - Potongan logam kembali ditemukan di Pulau La Reunion di wilayah Samudera Hindia. Temuan ini didapat menyusul ditemukannya puing yang diduga bagian dari sayap pesawat Malaysia Airlines MH370, di pulau yang sama.

Sumber yang dekat dengan penyelidikan soal ini mengatakan, serpihan logam tersebut ditemukan hari Sabtu, 1 Agustus waktu setempat di La Reunion, yang masuk wilayah Prancis.

Dikatakan sumber tersebut seperti dilansir kantor berita AFP, Minggu (2/8/2015), potongan logam itu akan diperiksa sebagai bagian dari penyelidikan mengenai nasib MH370 yang hilang tahun lalu. Namun saat ini belum bisa dipastikan apakah potongan logam itu berasal dari pesawat MH370. 

Tidak disebutkan lebih detail mengenai potongan logam yang baru ditemukan itu. Sebelumnya, puing sepanjang 2 meter telah ditemukan di La Reunion. Sejumlah pakar meyakini bahwa puing tersebut merupakan flaperon atau bagian sayap dari pesawat jenis Boeing 777. Jika hal ini terkonfirmasi, maka hampir dipastikan bahwa puing tersebut berasal dari pesawat MH370 yang berjenis Boeing 777.

Pesawat MH370 hilang pada Maret 2014 lalu saat dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju Beijing, China. Pesawat yang mengangkut 239 orang itu diyakini jatuh ke Samudera Hindia.(ita/ita)

Saturday, August 01, 2015

Dana dari sumbangan luar tak salah

KUALA LUMPUR – Susulan pendedahan video konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sumbangan dari luar negara untuk kegunaan parti UMNO, inilah jawapan paling tepat bagi memahami isu itu.

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataan media pada Jumaat menjelaskan, di Malaysia bukanlah satu kesalahan pihak luar memberi sumbangan kepada parti politik.

Keadaan itu jauh berbeza dengan beberapa negara maju yang mewajibkan semua parti mengisytiharkan sumber kewangan mereka termasuk daripada derma syarikat gergasi, orang perseorangan dan pihak berkepentingan.

Beliau yang pernah menjadi ahli Jawatankuasa Khas Suruhanjaya Pencegahan  Rasuah (SPRM) untuk tempoh 2008-2013 malah mendedahkan, idea untuk mewajibkan perkara itu pernah dibawa untuk dilaksanakan.

“Ironi, orang pertama menyokong idea ini ialah Najib yang mahu ia turut disegerakan tetapi tahukah anda, orang pertama membantah cadangan ini ialah pemimpin kanan DAP!” jelas ahli Parlimen Kota Belud di Sabah itu.

Abdul Rahman mengulas penyebaran video dirakamkan secara sembunyi menunjukkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa konon Najib menerima derma jutaan ringgit dari Timur Tengah.

Rakaman itu yang menjadi sensasi kebetulan disebarkan selepas beliau digugurkan daripada Kabinet nyata cuba menjejaskan imej Perdana Menteri yang melantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan baharu.

Mengulas lanjut Abdul Rahman berkata, DAP memberi alasan, dengan mewajibkan pengisytiharan sedemikian, ia akan mendedahkan kepada umum khasnya pengundi Melayu Islam siapakah syarikat yang menyokong mereka.

Beliau memberi contoh DAP mampu membina ibu pejabat baharu di Pulau Pinang padahal parti itu tidak sampai dua tahun memerintah negeri itu hasil derma tokoh korporat tertentu kepada mereka yang terlalu banyak.

Sebaliknya Gerakan yang menguasai Pulau Pinang sebelum itu sejak 1969 pun mengambil masa 12 tahun untuk membina bangunan parti mereka dan itu pun masih lagi sebuah bangunan kecil dengan reka bentuk biasa.

Begitu juga pengalaman ketika kempen pilihan raya di Permatang Pauh yang menyaksikan jika bendera BN dipasang di situ, keesokannya bendera pembangkang jauh lebih banyak sehingga menutup langsung imej BN.


Berikut ialah kenyataan media Abdul Rahman:

Pembiayaan Politik: Menangani Realiti

Pertamanya, mari kita berbincang mengenai fakta.

Sumbangan untuk politik adalah sah dari segi undang-undang Malaysia.

Jika anda mempunyai kecenderungan terhadap sesebuah parti politik dan meyakini perjuangannya, anda boleh membantu mereka mencapai matlamat dengan menyumbang wang dan/atau aset.

Sebetulnya, anda boleh menyumbang seberapa banyak yang dimahukan: RM10, RM1,000 atau sejuta ringgit  – malah satu bilion ringgit sekalipun – jika mampu berbuat demikian.

Mengimbas kembali, saya pernah menganggotai Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima tahun (2008-2013).

Saya tahu barisan anggota SPRM berusaha keras untuk mendapatkan persetujuan parti politik dalam mewujudkan prosedur lebih telus berhubung sumbangan politik.

SPRM berhasrat mahu melihat semua sumbangan diisytihar secara rasmi atas nama ketelusan dan kebertanggungjawaban.

Apabila SPRM mula-mula mencadangkan perubahan dari segi pembiayaan politik, pemimpin politik pertama yang menyokong idea itu mungkin mengejutkan anda.

Tidak lain tidak bukan, ia adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO yang secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap cadangan SPRM dan mahukan ia dilaksanakan serta dimasukkan ke dalam inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Antara parti yang paling awal membantah reformasi pembiayaan adalah DAP. DAP memberi alasan yang mementingkan diri – dan itu amat mengecewakan. Pemimpin DAP bimbang perubahan berkenaan bakal merugikan parti terbabit.

Dalam mesyuarat Transparency International – Malaysia (TI-M) bersama Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pada 1 Disember 2010, minit mesyuarat melaporkan Tian Chua sebagai berkata: “Beliau bimbang pengisytiharan penuh akan menjejaskan penyumbang dan seterusnya menjejaskan pembiayaan bagi parti pembangkang,  kebimbangan bahawa penyumbang mungkin didakwa oleh parti yang menang kerana menyokong pakatan pembangkang dalam mana-mana pilihan raya umum.

Ini dengan sendirinya akan menyebabkan pengurangan sumber kewangan bagi pakatan pembangkang.” Ahli Parlimen DAP dari Rasah, Anthony Loke turut menyuarakan perkara sama menerusi Forum Majlis Peguam mengenai pembiayaan politik pada 29 September 2011.

Berdasarkan alasan sama, mengapa Pakatan Rakyat tidak boleh mendedahkan sumbangan diterima daripada ahli perniagaan dan individu sejak 2008 di dua negeri terkaya di Malaysia yang diperintahnya – Pulau Pinang dan Selangor?

Jelas sekali, kebimbangan seperti disuarakan Tian Chua dan Anthony Loke tidak lebih daripada alasan remeh dan bukannya atas nama ketelusan.

Semua pihak mengetahui parti pembangkang agak kreatif dalam meraih dana bagi menampung operasinya. Bukan rahsia juga bahwa mereka menerima pembiayaan politik daripada ahli perniagaan dan individu yang menyokong perjuangan, selain penganjuran majlis makan malam amal yang berkesan dan diadakan hampir setiap minggu (jika bukan setiap malam).

Walaupun tiada yang terkejut jika pembiayaan diterima daripada sumber domestik, ramai yang membuat spekulasi bahawa parti pembangkang turut menerima sumbangan daripada sumber luar negara. Sesetengahnya berselindung sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang kononnya membiayai bagi kemajuan aspirasi demokratik. Lebih kurang begitulah.

Kembali kepada isu diperkatakan dan dengan bantahan keras daripada DAP, inisiatif perubahan pembiayaan politik terpaksa dilupakan – tanpa sempat dimulakan. Ia tidak pernah digerakkan. Ia terbantut.

Sehingga sekarang, ramai yang sukar mempercayai mengapa DAP – parti politik yang menjulang dirinya sebagai parti reformis – tidak bersetuju dengan idea berkenaan.

Bagi kebanyakan pihak, sumbangan politik adalah amat penting bagi DAP. Justeru, sebarang gangguan terhadap aliran pembiayaan politik akan memusnahkan rancangan besar DAP ke arah membentuk Malaysian Malaysia.

Jika tidak, tentangan jelas DAP terhadap inisiatif perubahan seperti ini tentungan kelihatan aneh.

Gara-gara DAP, Malaysia kehilangan peluang keemasan untuk menangani kebimbangan banyak pihak terhadap kerahsiaan yang melingkari pembiayaan politik di negara ini.

Oleh itu, saya dapati agak menghairankan kebelakangan ini apabila pemimpin DAP seperti  Tony Pua dan Lim Kit Siang kelihatan hipokrit dalam mendesak Dato’ Sri Najib mendedahkan sumber pembiayaan politik bagi BN dan UMNO, sedangkan mereka dengan keras menentang inisiatif perubahan pembiayaan politik sejak awal.

Saya teringat perbahasan di Parlimen selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Saya bertanya kepada Ahli Parlimen DAP dari mana DAP mendapat wang yang banyak bagi membina ibu pejabat parti yang baru bernilai jutaan ringgit di Pulau Pinang dalam tempoh 2 tahun Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri.

Tambahan pula, saya katakan, Gerakan mengambil masa 12 tahun untuk membina ibu pejabatnya yang kebetulan hanya merupakan sebuah premis biasa. Saya turut mengingatkan DAP supaya tidak melupakan asal usul sosialis parti itu, termasuk menolak sebarang bentuk kemewahan.

Bagai dirancang, beberapa Ahli Parlimen DAP bangkit dan mencelah bagi mengganggu perbahasan saya. Seorang daripadanya, Ahli Parlimen DAP dari Bruas, Ngeh Koo Ham, menjerit dari tempat duduknya dan mengatakan DAP mempunyai ramai penyokong yang sanggup memberi sumbangan wang ringgit kepada DAP.

Dalam satu lagi contoh, pada Pilihan Raya Umum 2008 di Permatang Pauh (ketika Anwar Ibrahim bertanding kerusi Parlimen) buat pertama kalinya dalam kerjaya politik saya, BN benar-benar berhabis dari segi logistik dan jentera pilihan raya seperti poster, kain rentang dan aktiviti kempen.

Saya masih ingat, setiap kali pekerja parti BN memacak satu bendera BN, ia pasti ditenggelami oleh bendera pembangkang dalam tempoh dua jam. Setiap kali BN memasang kain rentang besar, pembangkang akan melakukan perkara sama dengan kain rentang yang dua kali besar saiznya pada hari yang sama.

Ternyata, tanpa pembiayaan politik yang banyak, parti pembangkang tidak mungkin dapat menggerakkan jentera pilihan raya secara besar-besaran.

Berdasarkan persekitaran pembiayaan politik sedemikian, BN juga tidak terlepas daripada amalannya. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad mengingati catatan dalam blognya yang disiarkan pada 13 Jun 2008, yang mana beliau mengaku menyerahkan lebih RM1.4 bilion – dalam bentuk tunai dan aset – kepada Presiden UMNO yang baharu ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2003.

Itu adalah nilai tunai dan aset UMNO pada waktu itu.

Melangkah 12 tahun ke hadapan ke hari ini, dengan mengambil kira inflasi sepanjang beberapa tahun dan cabaran lebih hebat dalam membiayai jawatankuasa Badan Perhubungan Negeri UMNO dan BN di empat negeri (Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan) sejak 2008, saya tidak akan terkejut jika pucuk pimpinan perlu bersikap lebih proaktif dalam mendapatkan pembiayaan daripada penyokong serta penyumbang.

Di akhirnya, kini wujud keperluan lebih mendesak untuk mengawasi pembiayaan politik dan hakikat ini tidak boleh dinafikan oleh pembangkang terutama DAP.

Bagaimanapun, sementara menunggu lonjakan keyakinan itu menjadi kenyataan dalam kalangan pakatan pembangkang, tiada pihak yang berhak mendabik dada dan mendakwa dirinya lebih baik berbanding yang lain.