Friday, January 30, 2009

Penjenayah Kini Boleh Jadi Wira?


LIHAT STATIK INI :
Mengikut statistik SUARAM jumlah kematian dalam tahanan polis adalah seperti berikut:

i) Tahun 2005 - 5 orang Melayu dan 6 orang India.
ii) Tahun 2006 - 5 orang Melayu, 3 orang India dan 2 orang Cina.
iii) Tahun 2007- 4 orang Melayu, 2 orang India dan 4 orang Cina.
iv) Tahun 2008 - 2 orang Melayu, 1 orang India dan 4 orang Cina.

Ada pihak perlu di ajar "APA AKIBAT DARI PROPAGANDA BODOH YANG SANGAT PERKAUMAN". Pepatah Melayu berkaitan ular memang menunjukkan sikap pihak tersebut sejak sekian lama. Atau polis Malaysia perlu belajar sesuatu dari tentera Thailand?

Ulasan

Dengan berjaga malam, minum arak, dan menghisap dadah, kebanyakan penjenayah tidaklah sesihat mana. Dipukul dipalu pun boleh mati. Kisah Mahathir, seorang pemuda yang liar di Batu 8, Ulu Kinta yang dipukul polis dalam tahanan pernah tersiar di Harian Metro sekitar tahun 2000. Mujur tidak mati. Itu hanya kes terhampir yang penulis tahu. Pasti banyak kes seumpamanya di Malaysia.

Abang penulis sendiri pernah dipukul dengan cota dan disumbat ke dalam kereta peronda pada tahun 1989 kerana disyakki penagih dadah. Apabila pihak polis mengetahui risikan mereka salah, pihak polis meminta maaf dan seluruh keluarga memaafkan kekhilafan anggota bertugas tersebut.

Itu kejadian 20 tahun lalu. Hari ini, pihak polis telah mempunyai unit risikan yang lebih baik. Mereka tidak mungkin tersalah pilih suspek. Apabila siasatan dibuat mereka telah tahu pengetahuan suspek berhubung soalan fakta siasatan.

Apabila suspek enggan bekerjasama, berdolak dalik, sedikit kekerasan sudah tentu diperlukan. Sebutlah di mana juga di dunia ini. Ianya ada berlaku. Anda mahu jadi negara pertama yang tidak melakukannya? Didik anak bangsa anda supaya jangan membuat jenayah.

Tetapi jika suspek menghamburkan kata-kata kesat, menghina agama, keluarga dan bangsa serta mengugut untuk mencetus kacau bilau, sedikit lagi kekerasan mungkin diperlukan.

Tetapi, andai suspek sendiri manusia yang tidak sihat mental dan fizikal, kematian boleh berlaku. Apa lagi andai kematian itu akan menukar imej penyamun haram jadah sebagai wira. Pastinya dia akan mencari jalan untuk mati. Bukankah sesetengah bangsa itu terkenal dengan tabiat bunuh diri?

Kini penjenayah boleh bertukar menjadi wira. Mudah, cari jalan untuk mati dalam tahanan polis. Ludah muka pegawai penyiasat atau katakan yang 'aku akan rogol anak perempuan kamu' atau ' aku akan bunuh semua kaum kamu selagi aku mampu kalau kamu tak pukul aku sampai mati' atau 'pukul lah lagi, kamu polis pondan!'. Jika ayat ini dihamburkan, tidak ada polis di dunia yang tidak bersifat melanggar batas dalam 'mengajar' suspek.

Polis tidak mungkin mencekup salah orang dan orang yang tak bersalah tidak mungkin tertangkap hasil risikan yang dipantau dari masa ke semasa sebelum cekupan dibuat.

Sikap melampau sesetengah pihak sangat tidak berterima kasih atas ketelusan yang ada kerana, hanya 400km di utara, di luar sempadan negara, polis dan tentera bekerjasama untuk menangkap suspek beramai-ramai, membunuh, dan menanam mayat suspek tersebut ditempat yang tidak diketahui DENGAN melihat kepada kaum, warna kulit dan bahasa.

Namun, khabar angin dakwaan terdapat unsur rasuah dari sindiket curi kereta adalah berat dan perlu disiasat. Dan keluarga Kugan, sila diam kerana anda sendiri tidak pandai menjaga anak.

Dan lihatlah pihak mana yang cuba mendapat manfaat politik dalam kes ini. Moga mereka disamun tetak satu hari nanti setelah melepas anjing tersepit. Sudah terhantuk baru kemudian terngadah.

"Ya, saya letak jawatan" - Tajol Rosli

Tajol Rosli Ghazali menafikan bahawa beliau ada membuat sebarang pengumuman perletakan jawatannya. "I have never given any press statement" katanya. Penulis memohon maaf atas sangkaan awal yang dibuat berdasarkan berita radio, beberapa jam sebelum itu. Tetapi penulis percaya itulah yang keluar dari mulut Tajol Rosli dalam mesyuarat tertutup yang beliau pengerusikan Rabu lalu.

Nampaknya dalam UMNO Perak ada lagi 'Nasarudin'. 'Nasarudin' bermaksud golongan yang galak menjadi 'mat point' kepada Anwar. Memecah cerita dalaman ke pihak luar yang menawar dengan hadiah palsu. Perlukah mereka ini?

Hakikatnya, UMNO di Perak mempunyai 26 kerusi dari 59 kerusi DUN di Perak tetapi berkuasa seperti hanya memiliki 1. Keluarkan mereka-mereka yang mahu keluar kerana merekalah raja politik wang. UMNO tidak memerlukan mereka. PKR mahukan mereka. BN pasti bertambah murni untuk kekuatan dalaman bersinar kembali kerana rosaknya seseekor ikan di pasar berpunca dari kawasan kepalanya.

Akhirnya Tajol Rosli mengumumkan perletakan jawatannya serta merta setelah bermesyuarat dengan MT UMNO dipengerusikan PM Abdullah pada Jumaat, 30.01.09 jam 12.30 malam.

Thursday, January 29, 2009

Tajol Rosli Percepatkan Peralihan Kepimpinan

Perletakan jawatan Tajol Rosli Ghazali dari menyandang Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak adalah sekadar mempercepatkan peralihan kuasa yang dijanjikan beliau pada bulan Mac ini. Dialas pula dengan peristiwa lompat parti oleh ADUN Bota, Tajol Rosli menggunakannya sebagai alasan untuk beliau melepaskan jawatannya.

Hakikatnya, Tajol Rosli telah lama hilang kekuatan dalamannya setelah dikejutkan dengan rampasan kuasa negeri Perak melalui undi Cina dan India pada PRU12 yang lalu.

Kesenanghatian beliau melepaskan jawatannya kali ini, (bukannya pada hari Perak tergadai ke bukan pribumi) merupakan satu tanda tanya. Beliau mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden Nasarudin lompat parti.

Sebenarnya, Tajol Rosli bukanlah seorang yang tidak berapa pandai berfikir. Dia juga tak perlu menjadi boneka / proksi mana-mana pihak semasa memimpin UMNO negeri. Cuma dia kadang-kadang tidak dapat menyorokkan sesuatu yang akhirnya dapat dihidu oleh 'penyiasat' politik negeri.

Walau apapun, selamat meletak jawatan. Tetapi, teruskan kelantangan anda di Sidang Dewan Undangan Negeri yang membuka mata banyak pihak, Tajol Rosli hari ini bukan Tajol Rosli semasa menjawat jawatan MB Perak dahulu. Apa yang ditunggu ialah hasil dari percaturan yang sedang dibuat yang mana menjadi rahsia dari pengetahuan ramai orang tetapi bukan rahsia bagi sebilangan yang lain.

Wednesday, January 28, 2009

Makanan Old Town White Coffee Tidak Halal

Anda selalu melepak coffee house? Kemudian terikut-ikut gaya lepak kopitiam? Anda wajar fikirkan kembali. Old Town White Coffee dalam lamanwebnya menyenaraikan semua sijil yang diperolehinya termasuk sekeping sijil pengesahan halal oleh Majlis Agama Islam Perak untuk White Cafe Sdn. Bhd. pada produk KOPI, TEH DAN SERBUK MOCCHA SAHAJA.

Sijil tersebut hanya laku pada Kopi Putih Pekan Lama yang berasal dari Pekan Lama di Ipoh. Selain dari itu, TIADA SIJIL HALAL dikeluarkan untuk pemasaran makanan yang tersedia di situ. Anda boleh mencarinya jika ada.




Namun dengan sekeping sijil tu, pihak OTWC telah menggunakannya pada lamanwebnya tetapi jelas menyatakan bahawa sijil tersebut adalah untuk hidangan minumannya. Siapa yang sanggup rugi dengan mengatakan "tiada sijil halal dikeluarkan untuk makanan kami"?

Adakah hanya dengan meletak tanda NO PORK & LARD ( Tiada daging babi dan lemak babi ), ianya menjamin bahawa minyak haiwan yang dihasilkan dan kepingan daging dari Asia Timur serta ketul-ketulan ayam adalah bukan bangkai (tidak disembelih mengikut syarak)?

Mulai hari ini, anda YANG TIDAK TAHU, pasti akan merasa ragu untuk menikmati hidangan di Old Town White Cafe dan anda dinasihati untuk untuk menjauhi premis tersebut.

Bagi yang YANG TIDAK PEDULI, terpulang. Sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (BUKAN SYIAH), saya perlu menasihati anda supaya jangan mendatangkan fitnah ke atas agama Islam.

Monday, January 26, 2009

Jawapan Kepada Macai Politik Anwar

Carbonara berkata...
Muahhahaha....kata nak rampas perak dari pakatan...la ni macam mana? Dulu BN rampas Sabah pasal lompat party tak sebut pun nak gubal undang-undang baru. Tunggu la...lagi banyak akan ke seberang.
2009 Januari 26 00:48


Erm.. bukan ke satu parti (PBS) lompat masuk ke dalam BN.. Bukannya atas kepentingan individu. Tapi atas kepentingan bumiputra Sabah keseluruhannya. Berikan aku 20 lagi wakil rakyat BN yang melompat masuk ke PKR dan ketawa aku akan bertambah besar, bukan kerana gembira kerana PKR akan bertambah kuat. Tetapi gembira kerana PKR mudah diserang anai-anai.
:-)

Sunday, January 25, 2009

Apa Sebab ADUN Bota Lompat Ke PKR?

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.

Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.

Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.- Dato' Nasarudin Hashim


Ulasan

Istilah keluar parti bersamaan maksud dengan meninggalkan. Meninggalkan terbahagi dua kepada kerana benci atau demi cinta. Walau apapun niat di lubuk hati Nasarudin Hashim dalam tindakan beliau, penulis pasti ada rahsia besar yang tersembunyi di punca pemikirannya. Sama ada demi diri sendiri atau demi agama dan bangsa, itu perkara kedua.

PKR di Perak kini mempunyai 8 kerusi DUN dalam negeri Perak. Dengan kuasa 8 anggota dalam kerajaan negeri, Nasarudin sebagai orang 'lebih pandai' kini dalam barisan PKR di Dewan Negeri yang dulunya TIDAK ADA, juga dengan kapasitinya, mampu menyingkirkan Nizar Jamaluddin yang selama ini dicemuh oleh orang Melayu di Perak yang enggan dimalukan dengan kerajaan berkepalakan pemimpin boneka.

Apapun hasil tindakan beliau ke atas politik negeri Perak merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Beliau mungkin menganggap tindakannya mengguris UMNO tetapi beliau pasti tahu apa yang beliau lakukan.

Tiada parti lagi yang relevan apabila agama dan bangsa dipersenda.

Tetapi, satu sudut lain yang pasti ialah, pada PRU10 1999, Bota jatuh ke tangan PKR. Apakah Nasarudin merupakan 'penyampai radio' yang selama ini berkhidmat untuk Anwar?

Itulah politik. Teman tak akan mengubah kawasan penyokong UMNO dalam peta di kolum kanan ini kerana secara teknikalnya, seseorang wakil rakyat yang melompat parti perlu dipertandingkan semula. Suatu hari nanti, satu pindaan pasti perlu berlaku kerana itulah keadilan untuk rakyat.

Wednesday, January 21, 2009

Seruan Najib Agak Terlewat

Nampaknya, bakal PM Malaysia, Datuk Seri Najib telah terjaga dari lena. Saranan beliau agar UMNO dan BN melakukan perubahan boleh dikatakan tepat walaupun telah terlambat. Sepatutnya saranan ini bergema ketika ahli-ahli akar umbi membuat pemilihan di peringkat cawangan.

Penulis, meletak jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Cawangan beberapa ketika sebelum PRU12 kerana bosan dengan politik melampau dalam parti. Lalu, penulis yang telah menang tanpa bertanding untuk 4 penggal bagi jawatan tersebut tidak dinamakan lagi pada pemilihan yang lalu. Kemudian penulis terdengar ada ura-ura cadangan untuk melantik penulis menjadi Exco Pemuda Bahagian, tetapi penulis keberatan dan faktor jarak jadi penghalang. Buat masa ini, penulis selesa untuk memerhati dari jauh.

Dengan tidak berada di dalam UMNO, penulis tidak pula mengatakan Pakatan Rakyat adalah parti yang betul. Penulis faham tentang politik akhir zaman di mana yang salah akan dipandang betul. Justeru apa yang telah terjadi adalah apa yang dikehendakki untuk terjadi.

UMNO sebagai sebuah parti berusia 63 tahun mempunyai pasang surut relevensinya tersendiri. Seperti pantai, jika berlaku surut melampau, maka bersedialah untuk dihempas tsunami. Kini UMNO telah ternyata surut dengan melampau dan tsunami kebangkitannya hanya menunggu detik bila.

Bila? Ketika UMNO itu sendiri mengalami perubahan drastik yang ramai diantara kita tidak mengetahui bagaimana. Puluhan jika tidak ratusan nama-nama yang berkaliber diperingkat bahagian telah 'terbunuh' dalam pemilihan baru-baru ini. Apakah seruan Datuk Seri Najib itu terlewat?

Mungkin benar, Datuk Seri Najib terlewat. Perubahan hanya boleh berlaku dengan pemilihan yang akan datang.

Perubahan boleh berlaku dengan membawa masuk kembali nasionalis-nasionalis yang sebenar, yang tidak mengintai peluang untuk mengisi tembolok sendiri semahunya.

Ini bukan lagi zaman Azizah dan Si Penarik Beca. Ini zaman di mana anak orang susah, apabila mendapat peluang, akan tegak hidungnya setinggi tiang bendera.

Bukan hendak mengutuk bukan hendak mengata, sekadar renungan buat semua. Walaupun PRU12 ada memberi amaran, pemilihan UMNo peringkat akar umbi yang lalu tetap berjalan tanpa ada langsung kesedaran terhadap usaha untuk memartabatkan parti.

Bergelumanglah mereka dalam acara yang seperti sudah-sudah. Kami di luar akan terus memerhati dan meneliti.

Wednesday, January 14, 2009

Cina Malaysia Patut Malu....

...apabila Peter James Butler, jurulatih pasukan bolasepak Kelantan berbahasa Melayu lebih fasih dan tepat nahunya berbanding majoriti kaum Cina di Malaysia.

Peter James Butler (born August 27, 1966 in Halifax), England is an EnglishLiga Indonesia's Persiba Balikpapan and currently the coach of Malaysian Premier League team Kelantan FA football manager and former of the

Playing career

Butler was a professional footballer who played as a midfielder for Huddersfield Town, Cambridge United, Bury, Southend United, West Ham United, Notts County, Grimsby Town, West Bromwich Albion & Halifax Town.

Coaching career

Butler was in charge at Halifax Town as the caretaker manager for a while but then opted to moved to Australia where he became player/manager of Sorrento SC. After Australia he had spells as a coach in Singapore with Singapore Armed Forces and Malaysia (with Sabah FA) and in Indonesia with football Persiba Balikpapan. He is now the coach of Kelantan FA.



Apabila Sistem Persekutuan Mula Disanggah

Penentang pemerintah Malaysia dalam arena politik mula berani mempersoalkan sistem persekutuan. Pada masa yang sama, mereka mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang memihak kepada mereka.

Mereka memberi gula-gula beracun kepada rakyat peringkat 'pengikut tanpa mahu berpikir panjang' bahawa kerajaan persekutuan tidak adil.

Kemudian kedengaran kini suara-suara yang menyebut kekalutan ini berpunca dari sistem negara bersekutu. Ini dalam jangka masa yang panjang akan memupuk sekelompok generasi yang kurang pandai dan bersifat anti-federalism yang akan dipergunakan oleh puak berhaluan kiri.

Alternatif kepada sistem federalisma ialah sistem pemerintah pusat seperti Indonesia yang berhak untuk tidak memulangkan hasil bumi kepada negeri-negeri yang dikaut kekayaan mereka.

Sistem khalifah Islam adalah kuasa pusat. Kuasa menaung tetap bergantung kepada suara pusat. Jadi sistem apakah yang mereka mahukan.

Mereka tidak sedar bahawa jawapannya ialah 'anarki'.

Friday, January 09, 2009

PR Simpan Ramai Penyokong Israel


Tiada apa lagi yang boleh digambarkan dengan keberanian tidak bertempat salah seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat yang secara terang dan seronok, menyatakan sokongannya ke atas Israel. Ini hanyalah salah satu dari beberapa individu penyokong Pakatan rakyat yang terang-terang memperlekehkan kesengsaraan rakyat Palestin.

Apa yang pasti, orang-orang Islam dari Pakatan Rakyat yang terkenal dengan sikap menghalalkan apa jua yang memberi manfaat kepada mereka, pastinya ada alasan mereka tersendiri dalam membenarkan perbuatan Yahudi Malaysia ini, yang kini tidur di bawah selimut yang sama dengan mereka.

Alasan mereka nanti, UMNO tak sokong Hamas lah, UMNO itu UMNO ini, yang merupakan setting minda yang telah diterapkan keatas droid-droid PAS dan PKR untuk melawan musuh mereka, padahal mereka tidak mengetahui apa-apa. Sama atau lebih malas dari golongan pemalas membaca yang lain.

Apakah sama mereka yang didatangi penyuntik doktrin dan menerima bulat-bulat sesebuah fahaman yang didakwa penyebar fahaman tersebut sebagai benar, berbanding mereka yang mencari, bertanya, membuka buku, kitab dan rujukan demi mencari sesebuah kebenaran?

Mereka tak mungkin akan melakukan serangan ke atas pihak itu, malah mereka lebih suka untuk mencari alasan untuk menyerang kembali penyingkap tirai kekejian dalam Pakatan Rakyat.

Anda digalakkan memberi komen menempelak pemilik blog tersebut di URL :
http://politics101malaysia.blogsome.com/2009/01/08/support-for-israel-defence-forces/

Surat Terbuka Kepada Dewan Ulamak PAS

Kristian hari ini tidak mengiktiraf bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu Rasulullah. Mereka melanggar hukum-hukum yang ditetapkan oleh ajaran Nabi Isa a.s. itu sendiri. Mereka bukan orang Yahudi dan Nasrani dari tanah Arab yang menggunakan frasa Al-Ilah ( Allah ) yang membawa maksud Tuhan Yang Satu. Kristian di Malaysia bukan Kristian asal dari tanah Arab. Kristian di Malaysia adalah bangsa pribumi atau bangsa India dan Cina yang dikristiankan.

Mengapa mereka, penganut agama Kristian Roman Katolik, diberi hak untuk menggunakan nama Allah sebagai Tuhan Yang Beranak , Tuhan Bapa dan Tuhan Ruhul Kudus ? Mereka bukan Kristian Arab yang memperakui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W! Mereka menafikan Rasulullah S.A.W malah mereka-reka cerita dalam khutbah mereka tentang perkara buruk berkaitan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W!

Dalam Wikipedia berkenaan Arab Christian, ulasan doktrin Arab Kristian ialah:
Like Arab Muslims and Arab Jews, Arabic-speaking Christians refer to God as Allah, since this is the word in Arabic for "God". The use of the term Allah in Arabic-speaking Christian churches predates Islam by several centuries. In more recent times (especially since the mid 1800s), some Arabs from the Levant region have been converted from these native, traditional churches to more recent Protestant ones, most notably Baptist and Methodist churches. This is mostly due to an influx of Western, predominantly American Evangelical, missionaries.

Siapa pembawa doktrin ini? Dan seluruh penganut Kristian di Malaysia dikristiankan lebih lewat dari tarikh itu kecuali saki-baki penduduk Portugis. Itu pun Kristian tahun 1400 yang telah didoktrinkan oleh pemikir Jesuit. Apatah lagi Kristian hari ini?

Kristian hari ini adalah 'corrupted version' dari Kristian di luar pengaruh Vatican. Terlalu banyak percanggahan dengan Kristian Orthodoks di tanah Arab sendiri. Begitu juga kewujudan Sikh pimpinan Guru Nanak yang digambarkan sebagai 'corrupted version' dari Islam setelah bercampur aduk dengan pengaruh karut-marut. Adakah penganut Sikh menuntut untuk menggunakan nama 'Allah'? Apakah PAS akan membenarkannya andai mereka mahukan Gurdwara Sahib mereka dihiasi kalimah-kalimah Allah?

Perlu diingat, penyembah berhala di Kota Mekah sebelum datangnya Islam mendakwa berhala Latta, Uzza dan Manat itu adalah anak-anak perempuan Allah. Kaum Badwi di padang pasir yang sebilangannya pemuja semangat dan sebilangan lagi mengikut ajaran Injil 600 tahun sebelum itu turut bermohon doa pada Allah. Ketakwaan mereka atas ajaran Injil sebenar yang tidak dikotori membuatkan mereka mudah menerima Islam dan bernaung di bawah undang-undang syariah yang dibawakan Rasulullah kerana undang-undang tersebut memang melengkapi apa yang telah ada di dalam Injil.

Bagaimana pula Kristian di Malaysia? Apakah cara hidup mereka telah benar-benar Islam? Siapa tangan dibelakang gereja hari ini? Apakah mereka bersetuju dengan 'divine laws' yang mereka kata undang-undang ketinggalan zaman dari Old Testament? Hudud yang disebut pun mereka tentang habis-habisan, ibarat cair telinga mereka mendengar 'Hudud'. Apa lagi jika disebut Hududallah! Bisinglah mereka. Beginikah hati mereka yang memohon untuk menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan mereka? Muslihat apa yang masih belum terang bagi mereka.

Memang Allah itu adalah terma kepada Tuhan Yang Satu bagi bangsa Arab. Bukan sahaja bagi Kristian dan Yahudi. Tetapi bagi semua kepercayaan musyrikin yang membuat perantaraan antara mereka dengan Tuhan Yang Satu pada zaman itu. Dan pemakaiannya hari ini adalah kesinambungan nenek moyang mereka sejak beribu-ribu tahun lalu walaupun secara lojiknya, hak pemakaian itu telah terbatal akibat kerja-kerja American Evangelical.

Persoalannya kini, mengapa PAS mahu mengizinkan pemakaiannya ke atas penganut Kristian akhir zaman yang datang dari bangsa yang bukan sahaja tidak menutur bahasa Arab, malahan TAKUT akan tulisan-tulisan Arab. Mereka datang dari fahaman yang bersifat baharu tetapi mahukan sesuatu yang bukannya menjadi hak mereka lagi. Siapakah kini yang termakan muslihat?

Ini dapat dilihat oleh orang yang tidak melihat perkara ini dari sudut politik. Selama beratus-ratus tahun, usaha memelihara nama Allah S.W.T dari diselewengkan oleh Yahudi dan Nasrani di luar tanah Arab telah hampir berjaya disekat. Tetapi, hari ini, bagi mereka yang mementingkan sokongan politik seperti PAS, matlamat mereka telah menghalalkan banyak cara yang tidak kena, lalu di sokong membuta tuli oleh penyokong-penyokong mereka yang taksub.

Jika saya yang bukan ahli dalam perkara ini, terpaksa untuk berpendapat mengikut kolektif pendapat orang-orang Islam di sekeliling DI ALAM NYATA, DI LUAR KEPOMPONG POLITIK, tidak dibenarkan untuk berkata-kata, siapa yang boleh saya harapkan di saat ini? Penyokong PAS? Mereka hanya boleh berkata, kami pun tak tahu (sebab kami pun malas membaca dan bertanya). Jadi baik kami diam. Memang patut untuk mereka diam.

Harap pihak Dewan Ulamak PAS mengkaji semula kenyataan yang telah dikeluarkan dan melihat dengan teliti agenda disebalik polemik ini dan membuat keputusan yang betul-betul bertepatan dengan keadaan. Jangan terlalu mengikut rentak Anwar Ibrahim.

Thursday, January 08, 2009

Isu Nama Allah & Penyelewengan PAS

Para pemikir PAS yang menghalalkan penggunaan 'Allah' oleh penganut Kristian mungkin tidak terfikir bahawa dengan menggunakan nama Allah, mereka akan membentuk sebuah kepincangan yang serius. Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menulis :

The first misunderstanding is in the false equivalency that "Malay is Islam" and "Islam is Malay", which makes Malay the language of Muslims. Newsletters in Malay for religions other than Islam is a form of a culture shock for many Muslim Malaysians, who, of course, forget that if any language has a right to claim such a position, it would be Arabic. Yet we find Christian Arabs comfortably delivering sermons in church in Arabic throughout the Arab world. They even use the word "Allah" with no objections from the Muslims there because, as every Arab knows, the word "Allah" means "God".

Di sini ingin saya bertanya: Adakah orang Kristian dan Yahudi di tanah Arab semasa pemerintahan Rasulullah, bebas memakan khinzir dan meminum arak seperti di negara ini? Nanti! Bukan sahaja sebagai konsumer, malahan sebagai pejuang kilang arak dan ternakan babi! Ini berbeza dengan Arab Kristian dan Yahudi yang hanya mempunyai perselisihan tentang rasul akhir zaman dan berkongsi kesemua undang-undang syariah Injil (Old Testament) mahupun Al Quran yang hampir sama. Adakah penganut Kristian di negara ini bersetuju dengan undang-undang syariah? Hatta dari Old Testament itu sendiri? Sudah tentulah mereka Arab Kristian dan Yahudi berasal dari ahli kitab yang boleh dinikahi oleh orang Islam tanpa mereka perlu menukar agama. Adakah ini situasi orang Kristian di Malaysia?

Pastinya, dikemudian hari, akan ada tuntutan mengelirukan mereka yang kurang arif dengan mengatakan bahawa tidak perlu seseorang Kristian untuk memeluk Islam seandainya berlaku perkawinan antara keduanya. Maka akan berleluasalah pernikahan Islam Kristian dengan masing-masing mengekalkan agama masing-masing di negara ini. Inikah yang PAS mahukan? Sudah tentu penggunaannya nanti akan mewujudkan situasi di mana akan ada majlis yang melibatkan hidangan haram dan minumam haram dan dikelilingi perempuan-perempuan muda untuk dizinai, bersahut-sahutan mereka saling menyebut " MAY ALLAH BLESS US!! " ???

Pada masa itu, PAS sudah pasti menyalahkan 'pihak lain' dengan alasan bahawa ketungganglanggangan tersebut adalah hasil pemerintahan kerajaan Pusat padahal merekalah yang memberi izin kepada kekacauan akidah yang terjadi.

Sementara itu, web Dewan Ulamak PAS Pusat dalam artikel bertajuk "Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH" menyebut dengan penuh hati-hati tentang perkara ini :

" Mengulas lanjut, Dato’ Mohamed berkata, ayat-ayat al-Quran turut menyatakan bahawa orang bukan Islam juga memperakui keesaan dan penciptaan dunia oleh Allah SWT termasuk menyebut kalimah Allah.Dalam pada itu, beliau menegaskan jika akhbar Herald mempunyai agenda tertentu seperti mengelirukan orang ramai bahawa Allah juga meredai agama mereka, maka itu adalah dilarang."

...walhal mereka sendiri tahu, hukum fitnah akhir zaman tidak dapat membendung agenda pemurtadan belia Islam. Pun begitu, mereka masih membenarkannya.

PAS menghalalkan sebuah cara yang tidak kena dengan tempat, keadaan dan zaman demi matlamatnya. Ia ibarat seorang yang enggan berpuasa kerana bermusafir dengan menaiki pesawat selama 1 jam yang membawanya merentas jarak 500km.

Pendakwah Kristian di rantau ini berjaya memberi gambaran kepada PAS bahawa kelemahan mereka memiliki nama Tuhan membuatkan nama Allah dipohon untuk digunakan sebagai nama tuhan mereka demi sebuah kelulusan yang sebenarnya didalangi muslihat.

Muslihat terbesar yang telah terlaksana ialah dengan membuatkan PAS memperakui bahawa Allah mempunyai anak. Ini berlaku secara teknikal apabila PAS sendiri membenarkan Allah itu sebagai Tuhan agama triniti tersebut! Jika PAS kemudiannya akan menyebut pula bahawa "itu Tuhan mereka, bukannya Tuhan kita", bukankah ianya perbuatan menduakan Allah? Kemudian berkata pula mereka, Tuhan kita adalah Tuhan sebenar tetapi Tuhan mereka adalah khayalan, mengapa perlu diperakui penggunaan nama Allah sebagai tuhan dalam agama tersebut? Dan mengapa menggadaikan agama sendiri untuk diperolok-olokkan? Kristian hari ini bukan lagi Kristian di zaman Rasulullah!

Maksud ayat Surah Maryam (Ayat 88 - 92):

88. Dan mereka berkata: "Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak." 89. Sesungguhnya kamu telah mendatangkan sesuatu perkara yang sangat mungkar, 90. hampir-hampir langit pecah karena ucapan itu, dan bumi belah, dan gunung-gunung runtuh, 91. kerana mereka menda'wakan Allah Yang Maha Pemurah mempunyai anak. 92. Dan tidak layak bagi Tuhan Yang Maha Pemurah mengambil (mempunyai) anak.

Perlu diingat, golongan yang diingatkan Allah tentang kemuslihatannya ialah golongan yang menyatakan Allah itu mempunyai anak.

Perbuatan PAS merestui penggunaan Allah sebagai nama tuhan Kristian yang didakwa penganutnya sebagai mempunyai anak, dan para penganutnya pula bebas berzina, minum arak dan memakan daging babi tanpa ada batasan yang menghalang adalah kesilapan besar parti itu ke atas akidah umat Islam hatta umat manusia di negara ini, di masa depan.

Adakah PAS benar-benar tidak tahu tentang ini? Atau sesetengah mereka memang telah tahu dan itulah yang mereka mahu!

Wednesday, January 07, 2009

Dendam 243,981 Undi

Berikut adalah sedikit fakta dari PRU12 untuk kerusi-kerusi DUN negeri Perak yang membentuk kerajaan Perak hari ini.

Seramai 848,229 pemilih atau 71% dari 1,196,160 orang pengundi berdaftar telah membuang undi pada hari tersebut. BN telah memperoleh 404,106 atau 47.64% undi manakala PR memperoleh 52.36%.

Dari undi-undi kepada calon-calon BN, calon-calon UMNO memperoleh 243,981 undi atau 60.37% dari keseluruhan undi untuk BN dan 28.76% undi dari keseluruhan undi rakyat Perak.

Calon-calon DAP memperoleh 188,484 undi atau 22.22%, PAS sebanyak 135,034 undi atau 15.92% manakala PKR memperoleh sebanyak 120,605 undi atau 14.22% undi.

Dengan memiliki seramai 560,690 pengundi Melayu berdaftar atau 46.87% dari keseluruhan senarai pemilih, dikirakan seramai 392,500 orang pengundi Melayu telah keluar mengundi. Juga dengan mengambilkira bahawa 70% pengundi Cina memilih untuk tidak mengundi BN, dikirakan bahawa bilangan pengundi Melayu yang memangkah calon UMNO adalah antara 58% hingga 62%.

Maka inilah punca mengapa DAP-PKR-PAS sama-sama mempunyai dendam kesumat ke atas orang Melayu di Perak. Ini kerana kali ini mereka berpeluang menguasai kaum majoriti yang majoriti mereka memilih untuk menyokong parti yang kini menjadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri.

Ini mengingatkan kita kepada tragedi dua tiga minggu pemerintahan Bintang Tiga pada tahun 1946 yang menyaksikan MPAJA membalas dendam dengan membunuh beribu-ribu orang Melayu hanya kerana orang Melayu mempunyai hubungan baik dengan Jepun.

Mujur kita hidup di tahun 2008 pada kali ini. Tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Bahkah, kitalah yang gemar melupakan sejarah.

Tuesday, January 06, 2009

UMNO Tiang Negeri Perak?

Mungkin ianya kebetulan atau ianya gambaran bahawa penentangan terhadap penjajahan akan bermula di Sungai Perak, tempat bermulanya kerajaan Perak kira-kira 500 tahun dahulu, yakni 350 tahun sebelum kedatangan imigran Cina dan Tamil.

Hari ini, secara simboliknya, penguasaan politik UMNO, parti bumiputra atau lebih molek disebut keturunan asal rakyat sultan, seakan-akan membentuk kerangka kepada negeri Perak dan menjadi tiang penegak negeri itu walaupun keturunan asal rakyat Sultan Perak kini dipencilkan demi menaikkan penguasaan kaum Cina yang telah diterima menjadi rakyat Perak kurang 60 tahun lalu.

UMNO menguasai sepanjang Sungai Perak melebihi 300km merentas negeri itu dan membahagikannya kepada dua bahagian.

Sepertimana penentangan terhadap British yang berlaku di pinggir Sungai Perak, penentangan ke atas kerajaan boneka pimpinan parti sosialis Cina mungkin bermula dari kekuatan tulang yang menjadi asas tegaknya negeri Perak.

Walaubagaimanapun ianya merupakan satu kebetulan yang menggambarkan kekuatan bagi sebuah kebangkitan.

Monday, January 05, 2009

MB Perak Sebenar Buat Penafian

Ngeh Koo Ham menafikan bahawa kerajaan negeri ada mengarahkan agar Tabika Kemas ditutup. Mengapa Ngeh yang menjadi jurucakap kerajaan negeri? Mana Nizar? Oh, Nizar cuma boneka. Sudah banyak tindakan baling batu sembunyi tangan yang dibuat oleh Kerajaan Perak bagi memperbodoh-bodohkan orang Melayu berkat restu jeneral-jeneral berkopiah yang memenangi 6 dari 59 kerusi DUN.

Jika penutupan Tabika Kemas di Ampang, Ipoh pagi tadi adalah bukan dari arahan kerajaan negeri, ia dibuat oleh siapa? Samseng-samseng PAS? Atau konco-konco ketua kampung PAS yang baru dilantik? Atau tangan para konspirasi yang mahu Mat Taib datang menjenguk ke situ?

Harus diingat bahawa konsistensi DAP-PKR-PAS di Perak sangat-sangat diragui terutama berhubung soal orang Melayu. Memang Tabika Kemas memiliki murid dari pelbagai kaum tetapi 90% dari mereka adalah anak-anak Melayu.

Kelak, dengan alasan ianya beroperasi di premis awam milik kerajaan, mereka akan tetap memastikan Tabika Kemas yang dianggap ejen kerajaan pusat, ditutup. Adakah harta awam itu milik DAP-PKR-PAS? Mengapakah kanak-kanak menjadi mangsa? Adakah ini taktik ala Israel yang mensasarkan kanak-kanak kerana kanak-kanak itu dibimbangi akan membesar dan menentang mereka?

Memang Ngeh boleh menafikan tetapi apa yang ada di dalam master plan di pejabatnya tiada siapa yang tahu hatta Nizar sendiri. Kejatuhan Islam di dalam mana-mana peradaban dunia sekalipun, bermula dengan situasi sebegini.

Kerajaan Perak Semakin Zalim

Pemerintah yang zalim nescaya akan diberi penghinaan di dunia apatah lagi di akhirat. Bahkan, yang menyokong mereka juga tidak mungkin akan terkecuali.

Kerajaan DAP di Perak melalui kesepakatannya dengan PAS kali ini bertindak di luar batas manusiawi dengan mengarahkan penutupan Tabika Kemas yang membabitkan 700 buah premis, kira-kira 13000 murid dan beratus-ratus guru KEMAS yang mungkin kehilangan perkerjaan.

Ya, kini sekolah-sekolah rendah telah menawarkan pendidikan pra-sekolah. Tetapi wajarkah anak bangsa yang tinggal di pendalaman yang mana selama ini memiliki Tabika Kemas, terpaksa keluar jauh untuk mencari sekolah rendah? Kerajaan Perak adalah kerajaan negeri paling kejam di negara ini!

Apakah murid-murid tabika ini diajar siapa UMNO siapa PAS siapa DAP? Apa nasib beratus-ratus pendidik anak bangsa yang tidak lagi dapat mencurahkan bakti?

Apakah kerajaan BN pernah mengarahkan PASTI yang terang-terang tegak atas nama PAS supaya ditutup?

Mengapakah anak Melayu yang 90% mengikuti pra-sekolah di Tabika Kemas dinafikan hak mereka?

Ini merupakan diskriminasi besar apabila kindergarten-kindergarten persendirian yang diragui corak pembelajaran dan halal haram makanannya seperti tajaan syarikat besar contohnya di Tiger Lane, Ipoh, mula tumbuh bersepah-sepah.

Begitu juga Tadika-tadika Methodist yang menyebarkan agama Kristian secara halus.

Jika tadika-tadika yang dikatakan berlatarbelakangkan parti politik perlu ditutup, tadika-tadika kendalian PAS juga perlu ditutup kerana pernah satu masa dahulu tersiar bahawa kanak-kanak tadika PAS di ajar supaya membenci sesetengah pemimpin Islam.

Kerajaan Perak mula mengambil pendekatan totalitarian, kuku besi dan menindas kurang setahun mereka merampas, merogol dan meliwat tampuk pemerintahan negeri. Rakyat Perak akan bangkit sedikit masa lagi.

Thursday, January 01, 2009

Sandaran Resolusi Politik Perak 2009

Selamat menempuh hari-hari dalam kalendar baru tahun 2009 Masehi. 2008 telah berlalu membawa satu kegemparan bukan sahaja ke atas iklim politik negara, tetapi ke atas perubahan tatacara pengendalian manifestasi sesetengah pihak demi memperoleh sokongan walaupun terpaksa menipu penyokong-penyokong sendiri demi sokongan dari penyokong-penyokong pihak yang bersepakat dengan mereka. Resolusi politik 2009 untuk rakyat Melayu Islam Perak haruslah bersandarkan sebab-sebab berikut:

Sebab 1
Lim Guan Eng membayangkan bahawa kerjasamanya dengan PKR adalah tidak ada kena mengena dengan PAS kerana perumpamaan yang diberi ialah : DAP adalah Malaysia. PKR adalah USA dan hubungan Malaysia dan USA tidak mungkin dapat dilihat sebagai Malaysia mempunyai hubungan istiewa dengan Israel semata-mata USA adalah rakan akrab Israel. Hari ini, DAP terpaksa 'fake the whole relationship' dengan PAS demi memerintah Perak.

Sebab 2
Pilihanraya Umum 2008 merubah segala-galanya. PAS bergembira kerana dilantik sebagai MB Perak walaupun on 'puppet basis' kerana DAP tiada pilihan lain. DAP pula memasang strategi bagi memastikan negeri Perak Darul Ridzuan dapat dikawal dari belakang tabir bagi melampiaskan nafsu terhadap dendam mereka kepada Undang-Undang Tubuh Negeri yang tidak membenarkan mereka memegang jawatan MB.

Sebab 3
PAS menempelak Mufti Perak dengan menyatakan bahawa beliau telah diracun oleh UMNO Perak untuk menyeru penyatuan UMNO-PAS sedangkan mereka tahu, selama UMNO memerintah Perak, Mufti Perak lantang menyatakan pendirian yang cenderung ke arah sokongan terhadap PAS. Selang beberapa ketika, dek keberanian PAS, Ngeh Koo Ham ( Menteri Besar Perak sebenar ) telah turut menempelak Harussani dan PAS merestui seorang Mufti di tempelak oleh seorang Kristian Methodist.

Sebab 4
PAS tidak mempunyai kuasa di dalam Kerajaan Negeri Perak dan terpaksa menjadi 'rubber stamp' dalam pemerintahan negeri walaupun dengan jelas, puak DAP mula membolot peluang-peluang sebagai agen pemerolehan kerajaan negeri.

Sebab 5
PAS membisu dan tidak ambil pusing soal akhlak Exco dari PKR yang dengan bangga menyebut sogokan perempuan PRC untuk kepuasan nafsunya adalah ibarat sedekah. Malah dia diberi jawatan dalam Persatuan Bolasepak Amatur Negeri Perak bagi menaikkan semula martabat seseorang yang buruk moralitinya itu.

Sebab 6
PAS Perak tidak bersikap selari dengan PAS Pusat dalam menyebut tentang isu agama. Contohnya ADUN PAS dari Taiping dengan bangga, merasmikan majlis pecah tanah kuil Hindu sedangkan ianya terang-terang merupakan langkah tidak Islamik yang semata-mata bertujuan memancing undi.

Sebab 7
Pecahan undi Melayu Perak terhadap Pakatan Rakyat membawa mesej buruk kepada masa depan Negeri Melayu Perak sehinggakan menimbulkan rasa kurang senang pihak istana.

Sebab 8
Kerajaan Negeri Perak terlalu menumpukan kebajikan kaum Cina hingga kaum Melayu Islam semakin terpinggir. Pembinaan masjid-masjid baru dan sekolah-sekolah agama diperlahankan manakala sekolah-sekolah cina diberikan tanah dan kampung-kampung baru yang bersifat sementara dikekalkan.

Sebab 9
Pemberian kelulusan pendudukan tanah secara besar-besarkan kepada pekebun Cina dan pengusaha penternakan di bekas lombong telah mengakibatkan timbulnya sikap menghakmilikkan tanah kerajaan negeri yang telah mencabul peruntukan dalam Kanun Tanah Negara dan semestinya mencabul hak Raja dalam penganugerahan tanah dalam jajahannya.

Sebab 10
Penyatuan Melayu Islam di Perak dalam memberi kemenangan ke atas parti Melayu Islam yang bebas pengaruh penentang Islam dapat memberi satu impak maksimum ke atas pentadbiran kerajaan negeri yang mampu dibina dengan 100% ADUN Melayu Islam.

Fikirkanlah mana yang baik dan mana yang buruk untuk masa depan anak-anak cucu anda.