Sunday, August 30, 2009

Pelan pembangunan terancang di Tambun

Mingguan Malaysia, Ahad, 30 Ogos 2009

Pelan pembangunan terancang di Tambun

IPOH 29 Ogos - Kawasan Tambun yang sedang pesat membangun dengan kewujudan Bandar Sunway Ipoh, bakal mempunyai pelan pembangunan mulai tahun depan.

Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, pembangunan tidak boleh dibuat secara ad-hoc tetapi memerlukan satu pelan pembangunan yang teratur supaya ia memberi manfaat kepada rakyat.

''Kita mesti ada pelan induk di mana kita mahu pembangunan dijalankan. Kita mesti tahu di mana kedudukan sekolah, jalan dan bandar supaya memberi manfaat kepada rakyat selain pembangunan di sektor pertanian.

''Kita sedang merangka pelan pembangunan ini dan berharap ia dapat siap menjelang hujung tahun ini untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat," katanya merangkap Menteri Kewangan Kedua kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan jalan susur Lebuh Raya Utara Selatan ke Tambun di sini hari ini.

Pembukaan jalan tersebut dijangka dapat menarik kedatangan lebih 10 juta pelancong ke Sunway City Ipoh setiap tahun sekali gus merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan Tambun.

Syarikat Sunway City (Ipoh) Sdn. Bhd. turut menyumbangkan RM1.5 juta bagi kos pembinaan laluan tersebut yang menelan belanja RM15 juta.

Ahmad Husni berkata, pembangunan bidang pertanian terutamanya tanaman limau tambun turut dimuatkan dalam pelan pembangunan Tambun.

''Walaupun Ipoh sebuah bandar raya, kita mempunyai petani di Tambun dan kita mahu menukarkannya kepada pertanian moden pada masa akan datang," katanya.

Menurut beliau, Tambun menerima peruntukan sebanyak RM360 juta bagi membina infrastruktur daripada Kerajaan Pusat dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Friday, August 28, 2009

Pembumiputraan Berperingkat Diperlukan?

Satu Malaysia mungkin menakutkan Cina dan India jika terselit 'Satu Bahasa'. Adakah ini benar? Apakah pejuang bahasa kebangsaan akan berakhir di dalam penjara kerana mahukan bahasa kebangsaan didaulatkan sepenuhnya?

Apakah peguam-peguam putarbelit dalam kem pembangkang akan menggunakan isu tersebut untuk dimanipulasikan undang-undang ke atasnya lalu membuatkan pejuang bahasa kebangsaan dipanggil untuk penghakiman?

Perkara ini mungkin diramal berlaku di Malaysia sekiranya khalayak tidak mengambil peduli tentang PENTINGNYA dasar-dasar bahasa kebangsaan dijadikan tiang penyatuan bangsa Malaysia.

Jika Jawa, Minang, Kelantan, Kedah, Bugis, Banjar, Aceh, tidak menjadikan bahasa Melayu Johor-Riau ( wilayah tengah Nusantara ), tiada komunikasi berkesan berlaku antara mereka seperti di awal zaman hijrah Nusantara sekitar 1600 hingga 1700 Masehi.

Oleh kerana mereka bersetuju berkomunikasi dalam bahasa Melayu Johor-Riau, hari ini mereka menjadi BUMIPUTRA di dalam Malaysia.

Tetapi, penggunaan bahasa VERNAKULAR secara meluas dan dipersuburkan sangat menggugat masa depan bangsa BUMIPUTRA di Malaysia. Bila soal bumiputra disebut, ia mendorong sebuah pertanyaan untuk terpampang ke muka BUKAN BUMIPUTRA. Mengapa mereka enggan dibumiputrakan mengikut Perlembagaan?

Ini termasuk meyakini, mempertahankan dan menyertai tentera untuk menunjukkan negara ini sebagai sebuah KERAJAAN MALAYSIA yang memerlukan mereka! Pastinya mereka dengan BERANG menunjukkan keengganan. Jadi mengapa perlu dipersoalkan dasar-dasar BUMIPUTRA?

Pembumiptraan bangsa-bangsa di Malaysia BUKAN MUSTAHIL. Pindaan boleh dibuat untuk membentuk syarat-syarat yang digubal yang menjelaskan keperluan proses pembumiputraan berperingkat.

Contoh paling mudah ialah dengan mengadakan temuduga awam untuk memiliki KAD PENGENALAN pada usia 12. Ini bermakna, tiada pendidikan vernakular dibenarkan untuk rakyat berusia bawah 12 tahun.

Pada usia 17 tahun, rakyat perlu menjalani temuduga awam sekali lagi bagi membolehkan kelayakan pembumiputraan dipenuhi. Dua peringkat ujian ini perlu dijadikan mandatori ke atas setiap warganegara.


Jika ini dilakukan proses asimilasi dapat dilakukan dengan teratur maka mudahlah jalan untuk kita memastikan kedaulatan bahasa kebangsaan diperkasakan dan seterusnya mendatangkan cinta pada setiap warganegara untuk mempertahankannya.

Thursday, August 27, 2009

Semakin Ramai Cina Tak Tahu Berbahasa Melayu!

Satu ketika, di zaman pertengahan di antara tahun negara mencapai kemerdekaan hingga hari ini, tahap perpaduan kaum di negara ini boleh dibanggakan. Murid-murid Cina berlumba-lumba memasuki sekolah kebangsaan dan ramai sudah pandai berpantun dan bersajak.

Hari ini, keadaan menjadi buruk. Seolah-olah kaum Cina di negara ini baru tiba dari tanah Tongsan. Penulis berhadapan dengan banyak keadaan di mana orang Cina tidak faham bahasa Melayu. Terlalu banyak Cina yang terpinga-pinga apabila ditanya soalan dalam Bahasa Malaysia. Penulis yang memahami beberapa kerat bahasa Kantonis turut kecewa apabila mereka ini memerlukan 'jurubahasa' dikalangan kaum mereka setelah mereka berkata " hoi kong meh aa " yang bermaksuud " apa dia kata? " pada rakan mereka yang lebih tahu. Rakannya pula membantu berbahasa Melayu dalam tunggang langgang.

Inilah hasilnya apabila sekolah-sekolah vernakular di negara ini terlalu diperkasakan. Bayangkan satu hari nanti apabila 60% penduduk Cina negara ini tidak lagi mampu menguasai bahasa Melayu dengan baik tetapi pada masa yang sama menuntut jawatan dalam perkhidmatan awam.

Apakah kerajaan akan mula mencetak Perintah-perintah Am dan Pekeliling-Pekeliling dalam bahasa Cina? Apakah negara ini akan dicinakan akhirnya? Pada ketika negara ini hanya mempunyai 25% penduduk Cina, Kerajaan akan akhirnya terlalu menuruti kehendak minoriti ini secara melampau.

Jika mereka ini tidak diberikan tempat dalam perkhidmatan awam atas sebab buruknya penguasaan bahasa kebangsaan mereka, bayangkanlah apa tindakan parti chauvinist Cina yang mereka sokong. Lebih malang, parti ini disokong pula oleh sebilangan Melayu tidak sedar diri.

Akhirnya, negara ini akan hilang jati dirinya dek kerana terlampau 'baik hati' terhadap bangsa penghijrah. Umpama pohon hujan yang ditumpang pepohon parasit, lambat laun, dahan yang perkasa pasti mereput dan patah gugur apabila ditiup angin kencang.

Zaman di mana murid-murid Cina menghafal lagu "Malaysia Oh Tanahairku", "Bahtera Merdeka" dan "Malaysia Berjaya" sudah berlalu. Mereka kini rakyat Malaysia yang tidak ada nilai kebangsaan.

Wednesday, August 19, 2009

Natijah Pengguguran "Bangsa" Pada Borang-Borang Rasmi

Utusan Malaysia, Rabu, 19 Ogos 2009

Kaji gugur 'kaum' pada borang rasmi

PUTRAJAYA 18 Ogos - Kerajaan masih mengkaji cadangan untuk menggugurkan ruangan 'kaum' pada borang dan dokumen rasminya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurutnya, kerajaan sedang melihat setiap implikasi yang mungkin timbul sekiranya langkah tersebut dilaksanakan nanti.

"Perkara ini sedang dikaji dan kita akan teliti sebelum keputusan muktamad dibuat. Beberapa perkara perlu dilihat sama ada ia perlu dilaksanakan atau tidak," katanya.

Beliau ditemui selepas melancarkan buku Siri Evolusi Kepimpinan 1 : Tinjauan Teori-Teori Terpilih yang ditulis oleh Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Profesor Khairil Annas Jusoh di sini hari ini.

Muhyiddin menjawab pertanyaan pemberita mengenai cadangan beberapa pihak agar ruangan 'kaum' pada borang dan dokumen rasmi digugurkan.

Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, cadangan berkenaan disuarakan oleh beberapa pihak kerana ia dilihat wajar dilaksanakan.

"Tujuan kajian ini dilakukan kerana ada cadangan dan pandangan mengenainya.Mungkin ada keperluan di pihak kerajaan untuk melaksanakannya supaya kita tidak lihat dari sudut kaum semata-semata," ujarnya.

Ulasan

Penulis amat bersetuju dengan langkah ini biarpun penulis bukan dari kalangan mereka yang mendesak agar ruangan' bangsa ' pada borang-borang rasmi kerajaan digugurkan.

Rata-rata mereka yang mahu ruangan tersebut digugurkan adalah golongan ultra-kiasu yang menganggap dengan meletakkan ruang 'bangsa' pada borang, kononnya, mudah untuk memilih antara Melayu dan bukan Melayu.

Sebenarnya golongan ini hanya bermuka-muka dan bersifat PALING HIPOKRIT kerana , mereka sendiri menolak asimilasi di negara ini. Asimilasi bermaksud berubah menjadi sebahagian dari masyarakat negara 'host' mereka dan mengadaptasi budaya dan adat resam penduduk tempatan.

Dengan menggugurkan perkataan 'bangsa' pada borang-borang, ia merupakan indikasi yang baik bagi permulaan proses asimilasi. Selepas itu, lihatlah golongan ulta-kiasu ini akan menggelupur meminta ruangan 'bangsa' diadakan semula.

Golongan bodoh ini memang mudah diramal.

Tuesday, August 18, 2009

Timbang Rasa? Masa Berdemo Tak Reti Pulak Timbang Rasa?

Utusan Malaysia, Selasa, 18 Ogos 2009

Bertimbang rasalah - MB

KUALA SELANGOR 17 Ogos - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta penduduk Seksyen 23, Shah Alam. bertimbang rasa menerima keputusan kerajaan negeri membina kuil di atas tanah seluas 0.2 hektar berhampiran kawasan perumahan tersebut.

''Kita hidup dalam masyarakat majmuk, bertimbang rasalah,'' katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persiapan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada 330 fakir miskin di Masjid Nurul Iman, Kampung Batu 8, Ijok di sini semalam.

Menurut Abdul Khalid, kuil itu sebenarnya dialihkan dari kawasan lain dan selepas beberapa perbincangan dibuat, ia diputuskan dibina di Seksyen 23.

"Jadi bila kena alih, boleh jadi penduduk di tempat yang kena alih senang hati dan orang yang di tempat yang kita nak bawa itu pula yang tidak suka," katanya.

Ulasan

Bertimbang rasa? Cubalah bina sebuah masjid di tengah penempatan Hindu dinegara ini, dan lihat apa reaksi mereka?

Kenapa apabila melibatkan isu orang Islam, bertimbang rasalah, bersabarlah, beritulah, berinilah, tetapi perkataan 'bertimbang rasalah' tak pernah keluar ketika semangat untuk mengadakan demonstrasi membuak-buak walaupun ia mengakibatkan kerugian sementara kepada pihak lain contohnya peniaga-peniaga?

Bila tertegak sebijik tokong hindu ditengah-tengah kawasan Melayu, berhampiran sebuah surau, ia bukan kerugian sementara, malah kerugian selama-lamanya. Dengan kebisingan loceng pada waktu Maghrib, kesesakan yang diundang oleh penganut yang terpaksa ke situ serta bau-bauan colok yang tidak bersesuaian dengan adat resam Melayu, Khalid Gagap boleh berkata " bertimbang rasalah?"

Cuba tegakkan sebijik tokong hindu di laman rumahnya yang besar tu. Sejauh mana Khalid Gagap akan bertimbang rasa dengan ktang kting ktang ktung loceng yang akan diperdengarkan tok sami hindu tanpa ada sedikitpun 'timbang rasa'. Itu belum masuk pesta pecah kelapa.


Orang Melayu Selangor harus tahu siapa patut diundi. Jika tidak suka Khir Toyo, bukan itu sebabnya untuk tidak mengundi BN untuk mentadbir negeri. Lain orang boleh bikin kasi jadi MB. Aiyo hindu surpa cakap suda.

Saturday, August 15, 2009

H1N1 Memburukkan Musim Demam Kali Ini

Percayakah bahawa dalam minggu kebelakangan ini setiap 10 orang yang anda kenali, lebih separuh dari mereka mempunyai simptom demam dan batuk-batuk. Jika dahulu ia dianggap 'musim' tetapi 'musim' kali ini tiba ketika penularan wabah H1N1 menjadi tajuk dunia.

Diberitakan bahawa H1N1 mampu menjangkiti 5 juta rakyat Malaysia. Tetapi angka itu bukan disebut sebagai 'jatuh sakit serentak'. Menteri Kesihatan menyebut bahawa 98% dari mereka yang dijangkiti akan pulih.

Sehingga hari ini, bilangan mereka yang dijangkiti terus disenaraikan termasuk mereka-mereka yang telah pulih. Angka itu terus bertambah sedangkan jumlah yang benar-benar sakit hanyalah mengikut tempoh sesuatu masa sahaja.

Menakutkan ialah, kali ini, kadar 'jatuh demam' meningkat dengan mendadak sekali. Ini mungkin sesuatu yang dapat diramal sekiranya perubahan musim panas dan kering ke keadaan hujan yang kerap berlaku dengan drastik.

Tetapi, umum mengetahui bahawa negara diancam selsema babi dengan menduduki tangga 10 teratas di dunia. Apakah ini desebabkan oleh udara yang telah tercemar oleh kuman-kuman H1N1?

Ataupun, minda rakyat Malaysia yang terlalu lemah sehingga kepekaan mereka menakut-nakutkan fungsi otak dalam mengeluarkan antiibodi dan menjadikan mereka mudah diserang virus berkaitan selsema.

Jika minda rakyat menjadi lemah, apakah ia disebabkan momokan dari pihak media? Mungkin juga dari pihak kerajaan? Atau mungkin mereka tidak mempedulikan kaitan perubahan musim yang selalunya mengganggu kesihatan seseorang.

Sebenarnya, penduduk pantai Barat Semenanjung yang mencipta tsunami politik sebelum ini telah lama terdedah dengan musibah respiratori.

Cuma kali ini, musim bersin dan batuk kerana hari sudah hujan ini datang dalam musim pandemik influenza sedunia dan ditambah dengan jerebu yang datang dan pergi dengan kerap, serta sisa-sisa industri dan penerokaan tanah.

Nampaknya Pantai Barat Semenanjung tentu akan menjadi zon kawalan pandemik akibat pertambahan penduduk serta kepekaan terhadap alam sekitar yang rendah.

Usah Kutip Undi Dari Poll Di Internet

Pihak kerajaan perlu menghentikan langkah memungut pendapat melalui internet kerana dikhuatiri menjadi medan undi fitnah yang dibuat oleh kumpulan anti-kerajaan di negara ini.

Ini tidak dinafikan dengan kaedah-kaedah spekulasi ciptaan BARAT dalam meruntuhkan sesebuah kerajaan yang menjadikan kaedah ini sangat pantas berkembang di Malaysia.

Diperkenalkan oleh Anwar Ibrahim, kumpulan anti-kerajaan lah yang mula mempergunakan terlebih dahulu tipu daya internet dalam menggubah spekulasi.

Oleh yang demikian, penguasaan mereka di alam siber terlalu berleluasa dan mereka diberi publisiti sebagai media alternatif sehingga mencetus kacau bilau politik hari ini pasca PRU 12.

" Dalam 10 mereka yang anti kerajaan, 8 dari mereka bertukar pendapat melalui internet. Tetapi dalam 10 mereka yang menyokong kerajaan, cuma 2 sahaja." ujar seorang pakcik berumur 65 tahun di sebuah kepai kopi di Taman Perpaduan.

Ini memperlihatkan bahawa penguasaan mereka yang begitu taksub kepada sentimen anti-kerajaan sangat besar di dalam internet.

Justeru, hasil setiap poll yang dibuat bolehlah dikira sebagai sampah-sampah internet. Ini kerana golongan majoriti dalam internet inilah yang mati-mati menyebut suara mereka adalah suara rakyat. Hanya mereka.

Tidak kurang 90% lagi masih sulit atau rumit untuk bersuara melalui medium tersebut. Apakah hasil jawapan tersebut berkredibiliti?

Pendek kata, teman pun tak percaya dengan poll yang teman anjurkan di sebelah atas kolum kiri blog ini.

Wednesday, August 05, 2009

I.S.A : Why Yell Out ??

It was the second day after the government abolished Internal Security Act (ISA) at Bolehland. The newspaper is publishing a statement of one Malay chauvinist from an NGO that stir unrest in the Bolehland. Sedition Act 1948 is just too kacang for him to face seems that more and more Malay are tend to support him.

" Semua orang Cina dan India mesti berhenti menggunakan bahasa ibunda dan identiti berdasarkan bahasa mereka. Sekolah-sekolah vernakular mesti dimusnahkan! Akhbar-akhbar vernakular mesti dihapuskan. Saya menyeru orang Melayu di negara ini bersama saya, demi nasionalisma, kita mula mengikut langkah Thai, Filipina dan Indonesia, memusnahkan agen pecah belah rakyat ini iaitu sistem vernakular!"

( All Chinese & Indian must stop their vernacular system. This is including their language, names that based on their language. All vernacular school and newspapers must be abolished! I call for all Malay to be with me and emphasize on this idea by following the footstep of the nation makers of Thailand, Indonesia and the Philipines to wage a war against the agent of seclusion, the vernacular system!)

Few days after that, the NGO leader was caught by the authority. But more and more people become aware on his idea. Supports came from all four corners.

Some are chanting for "balik tongsan" and "balik india" phrases. The Chinese and Indian are in total limbo. Yes. It is only in this country that they could not only practise, but fortify their proefficency of their mothertongue at least until now.

They have been denied this at Burma, Thailand, Philipines, Indonesia and also at Vietnam, which are adjacently located with China since the early age of those country.

Now, does abolishing ISA really give them benefit more than liabilities? Verily, on such kind of time, they will be the party that cries out loud to reinstate ISA.

This is only an example that I think, will arise without impossibilities. Besides, we can see that the Abolish ISA Movement mobs on Aug 1, 2009 at the center of KL city that created chaos and losses to the petty street traders, has only drew Malay mobsters. Where was the large number of non-Malay that so-called " a prominent opponent of the government?"

Maybe, the non-Malay section is too busy with their money making business and let those Malays compatriots fight for them on the street. Maybe they have the " choosen people - goyim " kind of attitude in this. And stupid Malays are yelling out like mad mobsters for something that they don't really understand. Not even fight on the street, they can also pray on the street.

This might later be the right reason of some one else among them to say " WHAT WAS THE REASON FOR MUSLIMS TO BUILD MOSQUE MORE AND MORE... THEY CAN EVEN PRAY ON THE STREETS.. UNLIKE US.. WE NEED TEMPLES TO PRAY!" Now.. that really sounds bad.

Nothing can turn my idea wrong when the Selangor PKR started to have the "1 Masjid 1 Church" campaign. Sounds infidel but yes, they really have guts to take over the outreach jobs. Now mobsters that pray on the dirty street... Why don't you guys show your dissatisfaction in the same way? Are you wish to solat on Federal Highway?

They will never do that because they perform solat on the street on that stupid day is all about to indicate their showing-off attitude. What will you get by showing off kind of solat? Nothing!

Sunday, August 02, 2009

Punca Bukan Melayu Tidak Sertai Demonstrasi 1 Ogos

Setelah dibuat soal selidik, dapatlah diketahui beberapa punca kaum Cina dan India enggan untuk menyertai perhimpunan anti ISA seperti yang dibuat oleh orang-orang Melayu tunggangan dalam Pakatan Rakyat.

1. Alasan utama ialah, mereka mempunyai kerja, tanggungjawab dan peranan masing-masing dalam usaha mengaut keuntungan dan perniagaan dan pada pendapat mereka, biarlah Melayu-Melayu yang menganggur, tiada komitmen dalam hidup dan sanggup menjadi kuda tunggangan mereka ini, terus membuang masa yang berharga untuk bertempur dengan pasukan keselamatan.

2. Menentang ISA bererti menyembelih leher mereka sendiri. Ini kerana, tanpa ISA akan wujud ekstremis Melayu pro-asimilasi yang mahukan kekayaan dimiliknegarakan dan kekayaan Cina dan India ini akan ditarik balik jika enggan mnghapuskan sistem vernakular dinegara ini. Tanpa ISA, mereka akan lebih rugi dan keuntungan yang mereka dapat tidak seberapa.

3. Mereka menganggap kerajaan Malaysia pimpinan UMNO adalah kerajaan Melayu. Manakala Pakatan Rakyat adalah kesatuan sekular yang meletakkan mereka lebih tinggi dari orang Melayu. Atas perkara ini, orang Melayu dijadikan tentera-tentera jalanan mereka untuk menentang kerajaan Melayu. Apakah mereka ini tentera fisabilillah? Tidak. Ini tentera pi-kat-kafir-lah.

4. Mereka akan bergembira apabila melihat orang Islam di negara ini tidak faham strategi keagamaan dan akan menggunakan nama Allah dijalan-jalanraya untuk kegunaan tentera pi-kat-kafirlah. Jadi laungan takbir bagi mereka berjaya direndah-rendahkan.

5. Lantaran itu, mereka dapat menunjukkan kepada negara bahawa orang Islam boleh bersembahyang dijalanraya. Jadi mereka tidak ada sebab untuk menambah bilangan masjid-masjid dan surau-surau di negara ini kerana bagi mereka, hanya orang Cina dan India yang memerlukan rumah-rumah ibadat untuk bersembahyang.


Kerugian besar sebenarnya jatuh kepada orang Melayu. Jumlah orang Melayu yang bodoh seperti ini tidak ramai. Tetapi jika kesemua mereka berkumpul, ia memang menjadi punca orang Melayu Islam dipandang rendah pada mata mereka.


Bukankah lebih baik mereka ini berkumpul di Shah Alam dan mendesak rakan seperjuangan di dunia mereka, Ronnie Liu, supaya tidak memandai-mandai mentakrifkan beer sebagai minuman ringan.