Monday, September 27, 2010

Malaysia Bantu Tangani Islamofobia di US

The Star
Sunday September 26, 2010 MYT 7:52:00 PM

Ministry prepared to send lecturers to allay Islamophobia in US

TEMERLOH: The Higher Education Ministry is prepared to send lecturers who are experts in Islamic studies to explain Islam to check Islamophobia in the United States and other parts of the world.

Its deputy minister Datuk Saifuddin Abdullah said the country had many experts in the field who could correct the misconception about Islam among Americans and other westerners.

In fact, he said, many lecturers from Malaysia were once lecturers or guest lecturers at foreign universities.

"Whether Islamophobia is deliberately created by the West or they simply fail to understand the religion, it is important for us to correct the misconception about Islam.

"Otherwise, Islamphobia will create problems, especially for companies owned or products produced by Muslims which may be feared or turned away by the West," he told reporters after attending an Aidilfitri open house in Kampung Lebak Seberang, here, Sunday.

Ulasan

Agak menarik dengan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi untuk menghantar pensyarah Islam Malaysia untuk memberi penjelasan kepada rakyat Amerika berhubung Islam dalam memerangi Islamophobia di sana.

Ini mungkin sebagai timbal balik atas permohonan Najib sendiri kepada Obama untuk dihantar sukarelawan pengajar bahasa Inggeris dari Amerika ke rantau Asia Tenggara.

Namun apakah pensyarah tersebut adalah dari golongan yang benar-benar mempunyai ciri seorang Islam seperti menunaikan sembahyang lima waktu dan sembahyang-sembahyang sunat, boleh mengimami solat, boleh membaca doa sesudah solat, boleh mengimami sembahyang, boleh menjadi khatib dan sudah masak dengan apa yang sedang orang Amerika fikirkan.

Tetapi jika golongan ini pergi ke sana, adakah guru bahasa Inggeris Amerika yang berfahaman atheist yang memakai nama Kristian pula yang memenuhi rantau sebelah sini? Proses apakah ini? Untuk bersangka baik, anggaplah mereka akan diislamkan.

Tetapi perlu diingat, di tanah air sendiri penentang Islam sangat ramai. Malah Parti 'Islam" juga bersekongkol dengan kumpulan 'anti-islam'.

Pemain politik hakikatnya adalah mangsa kerahan dari percaturan yang kita belum nampak.

Tuesday, September 21, 2010

Marahkan Kuan Yew, Mengapa Melayu Singapura Dihina?

Polemik yang ditimbulkan mantan diktator Singapura, Lee Kuan Yew memang menyakitkan hati. Tetapi lebih menyakitkan hati apabila melihat rakyat negara ini menghina Melayu Singapura sewenang-wenangnya. Tidaklah wajar marahkan nyamuk, kelambu di bakar.

Contohnya, Utusan Malaysia sewenangnya menyiarkan surat pembaca yang mengulas panjang lebar nasib Melayu Singapura sehingga melampaui batas sensitiviti. Jika saya seorang Melayu Ipoh boleh terasa hati, apakah pula dengan Melayu Singapura.

Kita perlu ingat bahawa UMNO juga mempunyai kubu kuat di Singapura sebelum Singapura keluar dari Malaysia. Geylang dan Bedok merupakan antara kubu kuat UMNO di zaman pra-kemerdekaan republik Cina itu.

Atas dasar ini, tidaklah wajar untuk kita melampaui batas kesusilaan sesama Melayu untuk mengeji nasib Melayu Singapura yang mereka sendiri tidak idamkan untuk berada dalam keadaan terpisah dengan saudara-mara mereka di Malaysia dengan sempadan antarabangsa.

Ketika melawat Bazar Aidilfitri Geylang Serai, saya dan beberapa teman Melayu Singapura sempat berbual mengenai politik Malaysia. Rata-rata mereka menyokong pemerintahan UMNO dan mengeji tindakan banyak berdrama Anwar dan puaknya. Wajarkah mereka dianggap warga asing sedangkan kita sangat dekat di hati mereka? Berkongsi loghat yang sama dan kesusasteraan yang sama.

Kini, akibat tohmahan tidak bersensitiviti ke atas mereka, banyak kedengaran suara-suara sesetengah dari mereka di internet tentang betapa Melayu Singapura sangat berbangga kerana tidak diistimewakan, dan mampu memandu di Singapura dengan kereta berpendaftaran hitam (mahal). Mereka tidak berniat untuk membangga diri tetapi ianya kitalah yang telah mendesak mereka mengulas sedemikian.

Semua ini wujud akibat sikap sesetengah rakyat Malaysia sendiri yang sewenangnya menjaja nasib buruk Melayu Singapura untuk momokan politik negara ini.

Hentikanlah sikap sesetengah kita yang marahkan Lee Kuan Yew dan mengkambinghitamkan Melayu Singapura. Jika kita mahu singkap apa yang kurang pada negara ini, sesungguhnya banyak yang perlu diperbaiki.

Dulu saya bertanggapan buruk pada Singapura. Namun apabila pasport saya di periksa oleh pegawai imigresen Singapura, seorang wanita Melayu tiga paku, dengan kesopanan Melayu yang masih kekal, di pintu masuk kereta di Woodlands, persepsi saya sedikit berubah. Melihat kemesraan rakan Melayu Singapura yang bersungguh membawa saya kalau boleh, ke segenap republik, pandangan negatif saya berubah sama sekali.

Tidak tahulah sama ada penulisan artikel yang memburukkan Melayu Singapura oleh sesetengah Melayu di Malaysia itu dibuat atas dasar personal atau apa. Yang jelas, tiada bezanya mereka dengan Batak si Mustar Bonaventura yang memimpin Bendera di Indonesia, si pengadu domba.

Memang kita bencikan beberapa dasar yang dibuat oleh pemerintah Cina republik pulau itu. Tetapi kita tidak wajar sama sekali untuk membenci warga Singapura kerana mereka juga adalah orang kita yang menjadi mangsa percaturan politik terdahulu.

Thursday, September 16, 2010

Hari Malaysia :Wujud Kealpaan Warga Semenanjung

Penulis mula membelek atlas yang ada di rumah semasa berumur 6 tahun. Atlas tersebut cetakan 1979. Namun, cuma 20 tahun kemudian, penulis mula memahami rasional untuk Hari Malaysia dijadikan cuti umum perseketuan.

Lantaran itu, penulis pernah menulis ke Utusan Malaysia dan The Star bagi dipamerkan dalam ruangan surat pembaca, memohon agar Hari Malaysia diwartakan sebagai cuti umum persekutuan, tetapi tidak disiarkan.

Lima tahun kemudian, di sebalik kekecohan cadangan penipu negara untuk mengambil alih tampuk pemerintahan pada 16 Sept 2008, kesedaran tentang Hari Malaysia semakin meningkat.

Tahun ini buat pertama kali, Hari Malaysia telah menjadi cuti umum persekutuan dan buat pertama kali, warga Malaya menikmati cuti.

Namun, perkara paling dibimbangi ialah apabila sesetengah orang Malaya mempertikaikan apabila penulis menyebut Selamat Hari Malaysia ke 47 kerana mereka berpendapat bahawa ini merupakan hari Malaysia pertama, yakni inisiatif Perdana Menteri yang melancarkan 1Malaysia. Malah ada yang menyebut cuti 1Malaysia.

Hakikatnya pengetahuan masyarakat Malaya masih lemah berhubung sejarah sendiri. Menteri Penerangan perlu memainkan peranan yang lebih lagi dalam memberi kesedaran ke atas masyarakat Semenanjung yang agak alpa.

Tuesday, September 07, 2010

Bugis Kini Bukan Melayu?

"Pulldown Menu" ini dipetik dari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di ruangan untuk mengisi borang bagi jawatan kosong.

Amat menghairankan apabila definisi keturunan bagi BUGIS kini dikeluarkan dari rumpun MELAYU dan menjadi satu keturunan yang tersendiri.


Bagaimana pula MINANG, ACEH, DELI, JAWA dan BATAK? Mereka juga nanti mahu keluar dari rumpun takrifan MELAYU yang terpakai di negara ini.


Apakah hanya kerana PM Najib berketurunan BUGIS menyebabkan takrifan keturunan bagi orang yang berdarah BUGIS kini menjadi eksklusif dan tidak lagi dikira sebagai orang MELAYU?


Apakah ini akibat kedangkalan atau elemen yang tidak dapat dihuraikan sebab musababnya justeru terus menjadi misteri.

Anwar Dan Golkar

Ramai yang sedia maklum, semasa era Suharto hubungan Malaysia Indonesia dilihat berada di kemuncak kemesraan dan kaitan Golkar dan UMNO menjadi adik-beradik.

Hari ini, setelah Golkar jatuh, puak-puak politik di Indonesia, terutamanya dari Golkar, merasa iri dan cemburu dengan keberlangsungan UMNO memerintah Malaysia. Jatuhnya Suharto dan Golkar hanya beberapa bulan sebelum Anwar Ibrahim ditendang keluar dari UMNO.

Hari ini, Abu Rizal Bakrie, seorang Melayu Lampung, yang memimpin Golkar, dan memiliki saluran pengadu domba nombor dua di Indonesia, TVone, (demokrasi sehingga politikus mempunyai stesen TV?), bergandingan dengan Surya Paloh, seorang yang kononnya berdarah Aceh (Batak mengaku Aceh?), telah berjaya digunapakai oleh Anwar Ibrahim (?) dalam kempen menjatuhkan UMNO?

Penyerang Malaysia di Indonesia sukar untuk difahami. Campur aduk mereka menghasilkan wawasan nafsu mengumpat yang berbagai.

Pada satu sudut, mereka menyokong Anwar. Pada satu sudut lagi mereka menyebut tentang kotornya Malaysia dengan pemimpin yang terkait liwat.

Namun sikap keanak-anakan forumer Indonesia tidak menghalang dari terzahirnya hubungan mesra antara Golkar dan Anwar Ibrahim.

Mungkinkah Anwar ditendang kerana terbabit meruntuhkan rejim Suharto? Jika demikian, Anwar pasti dibenci Golkar. Tetapi siapa yang tidak dapat menduga-duga bahawa Anwar mungkin seorang pro-pemerintah yang berpura-pura demi untuk menumbangkan si pemerintah dengan tangannya semasa menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah ikut menyibuk dalam kancah politik Indonesia.

Malangnya hari ini, SBY tidak bersama Anwar dan dalam kempen membenci Presiden SBY dan PM Najib, Anwar bersekongkol dengan pihak pembangkang presiden yang mempunyai agen hasutan berteknologi seperti stesen TV lalu hubungannya sentiasa memerlukan politikus seperti si Abu Rizal Bakrie.

Melayu tidak akan mengkhianati Melayu kecuali ada seorang lagi Melayu yang mengajaknya untuk mengkhianati Melayu.

Monday, September 06, 2010

Tren Laju Ipoh - KL Wajar Kekal RM30.00



Tren Sistem Elektrik yang diperkenalkan KTMB sektor Ipoh-Seremban baru-baru ini amat di alu-alukan. Tambang promosi Ipoh-Kuala Lumupur ialah RM30. Namun tambang penuh ialah RM45. Walaupun KTMB telah mengadakan tren opsyen yang bertambang murah, kadar RM30 itupun masih dingin sambutannya. Seharusnya KTMB melalui anak syarikatnya ETS, mengekalkan tambang Ipoh KL pada kadar RM30 dan menghentikan perkhidmatan tren diesel ulang alik Ipoh KL yang bertambang murah. Perlu diingat, jalur pantai timur masih ketandusan koc-koc yang selesa dan baru. Maka berkhidmatlah koc-koc ekonomi itu untuk penduduk pendalaman Pahang dan Kelantan.





Saturday, September 04, 2010

Jangan Menari Rentak Segelintir Di Indonesia

Ketika saya ke Bandung bersendirian pada bulan Jun yang lalu, saya memilih untuk menjadikan pemandu teksi sebagai 'pemandu pelancong' dan dari pemandu teksilah, banyak perkara dapat diketahui.

Kebanyakan pemandu teksi yang memuji pelancong Malaysia kerana kemurahan hati dalam memberi tip dan mengeji tentang lokeknya pelancong Asia Barat. Syarikat teksi Koputra misalnya menggunakan khidmat Proton Wira dan setiap kali mengetahui saya datang dari Malaysia, mereka bangga menyebut Proton Wira ini lebih menjimatkan.

Tidak terlepas pula dengan pertanyaan oleh seorang pemandu teksi pro-pembangkang yang mencetus pertanyaan krisis Malaysia-Indonesia, perbincangan kami sangat mesra dan pemandu teksi tersebut bersetuju tentang teori adu-domba yang kami perkirakan telah berlaku akibat campurtangan asing.

Selain itu, pengusaha kedai di Pasar Baru Trade Center pula telah terbiasa dengan pelanggan Malaysia sehinggakan pertuturan mereka apabila berurusan dengan pelanggan dari Malaysia, berbunyi sedikit kemalaysiaan. Berapa ribu lagi peniaga yang senang hati malah memperoleh untung dalam berurusan dengan warga Malaysia sekitar Bandung dan Jakarta.

Itu belum dikirakan di Medan, Padang, Pekanbaru, Makasar, Pontianak dan Bali. Jumlah mereka jauh mengatasi kelompok BENDERA, Forum Betawi Rempug dan Laskar Merah Putih, yang merupakan organisasi-organisasi masyarakat yang mengambil kesempatan atas dasar terbuka Indonesia dalam mengetengahkan hak-hak bersuara dan penganjuran tunjuk perasaan.

Sentimen kebencian yang ditiup, dilihat telah dikuasakan oleh organisasi-organisasi ini yang katanya mempunyai kaitan dengan personaliti politik yang sinonim dengan tabiat ingin merampas tampuk pemerintahan dari parti yang memerintah negara kita Malaysia hari ini.

Sokongan ke atas Nurul Izzah oleh forumer anti-Malaysia berhubung isu ketenteraan kelihatan meningkat sehingga timbul jolokan buat Nurul Izzah sebagai Gabenor Malaysia dalam Indonesia Raya. Tetapi forumer ini bertegang jari menaip kebencian yang diselang-selikan dengan tertawaan yang pastinya jelas merupakan platform melepas tekanan seharian dengan cara yang kasar.

Bukan itu sahaja, mereka juga hairan dengan reaksi Malaysia yang dikatakan keterlaluan dalam menghadapi sebuah organsasi masyarakat selemah BENDERA yang pada mereka adalah pemain wayang retorik. Sebilangan forumer Indonesia lain sentiasa mengingatkan tentang permusuhan sesama Islam adalah adu-domba golongan bukan Islam yang perlu diketahui oleh rakyat Malaysia dan Indonesia.

Kepelbagaian wakil rakyat peringkat pusat yang berjumlah dua kali ganda ahli dewan rakyat di Malaysia memang pastinya mencetus pelbagai reaksi yang bertentangan dengan kaedah diplomasi kedua-dua negara. Di laman interaktif akhbar Tempo, bukan sedikit pihak yang mengutuk sentimen yang ada pada wakil Ketua DPR, Taufik Kurniawan, yang menyarankan Upin & Ipin diharamkan dari ditayang di TV Pendidikan Indonesia kerana membawa budaya Malaysia.

Jika dilihat di dalam negara kita sendiri, bukan tiada ahli politik yang mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan semata-mata menyesuaikan sesuatu tafsiran hukum mengikut kemahuan politik sendiri. Kebencian ke atas kaum ini dan kaum itu akibat kenyataan-kenyataan dangkal ahli politik masih sahaja berlaku. Perkauman kenegerian di Malaysia yang terlihat, masih belum pernah reda.

Namun, penzahiran terhadap kemuncak kebencian tersebut tidak berlaku kerana rasional sekeliling dan penguatkuasaan undang-undang yang cemerlang. Tetapi apakah ia akan kekal terpendam sekiranya jumlah golongan yang subur ditanam kebencian ini sangat ramai?

Indonesia dengan 246 juta penduduk itu sendiri pastinya mempunyai berbagai karenah yang sukar untuk difahami berbanding Malaysia dengan 29 juta penduduk. Dari jumlah itu, sekiranya Malaysia mempunyai 0.1% penduduk yang membenci Indonesia, jumlah ini hakikatnya sebesar 29,000 orang yang masih tidak mencetuskan apa-apa mudarat ke atas warga Indonesia di Malaysia sehingga kini.

Sebaliknya, jika peratus yang sama ada pada rakyat Indonesia, mengapa angka 246,000 itu hanya membawa kepada kes baling batu di Ketapang, yang terletak di luar Pulau Jawa, lokasi tempat bertenggeknya BENDERA. Itupun belum diketahui sama ada punca sebenar serangan itu adalah berdasarkan alasan peribadi.

Sensasi yang diburu oleh media Indonesia yang terdiri dari berbelas-belas saluran TV yang bersaing sesama mereka sudah tentulah menganggap kata-kata damai dan tidak setuju oleh 99.9% lagi rakyat Indonesia yang rasional sebagai tidak bernilai.

Apa yang hendak ditekankan ialah, pihak-pihak di Malaysia contohnya pihak pemimpin Majlis Belia Malaysia tidak perlulah bertindak seperti kanak-kanak dengan melihat isu ini dengan konteks kefahaman tentang maruah negara dari sudut yang terbatas. Ini lebih mencela maruah negara di persada antarabangsa. Seolah-olah tiada kematangan berfikir dalam membuat tindakan yang bersifat populis. Lebih sinis, mengibarkan Jalur Gemilang di atas bonet kereta mewah anda lebih mulia dari mencetuskan idea-idea sempit dalam menangani isu ini. Pernahkah tuan lakukan?

Maruah negara ada pada kematangan berfikir pemimpin, rasional dalam isu antarabangsa, pengertian maksud serumpun, tolak ansur yang menguntungkan kedua belah pihak dan ketinggian diplomasi yang telah menjadi reputasi negara ini selama ini dan bukannya pada boneka, bendera tiru-tiruan dan alat-alat tunjuk perasaan buatan sendiri yang dilihat sebagai kobaran simbolik di jalanan.

Biarlah pemerintah Indonesia menangani segelintir penunjuk perasaan, yang jika dinisbahkan dalam kadar penduduk Malaysia, berjumlah berpuluh orang sahaja agaknya. Jika dilihat sentimen tunjuk perasaan anti korupsi yang pernah berlaku seketika dulu di Jakarta, penunjuk perasaan anti-Malaysia itu sangatlah kecil. Memalukan sekiranya Malaysia ikut menari dalam gendang yang dipalu oleh sekelumit manusia yang mahu bermain tahi atau apa jua. Tambahan pula, pemerintah Indonesia telah memberi jaminan keselamatan buat rakyat Malaysia di Indonesia.

Kita tidak boleh menyarankan apa yang patut dan apa yang tidak untuk pemerintah Indonesia lakukan ke atas rakyatnya kerana segalanya melibatkan undang-undang yang sedia ada di sana. Kita juga mungkin marah jika negara lain menyuarakan apa yang patut dan apa yang tidak dalam kita melaksanakan undang-undang di negara kita.

Kita patut melihat bahawa untungnya pembakar Jalur Gemilang telah ditangkap walaupun akhirnya dibebaskan sedangkan kita sendiri dapat melihat pembakaran bendera Amerika Syarikat dan Israel saat berlaku demonstrasi di Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia mahupun Indonesia jarang ada yang ditangkap atas tuduhan membakar bendera negara lain.

Maka seharusnya, rakyat Malaysia jangan mula meniru sikap dan sentimen sebuah negara bermacam ragam seperti di Indonesia kerana pada nisbah penduduk sahaja telah tergambar jawapan bahawa kita patut terus untuk tidak melayani emosi kita pada tindakan beberapa kerat warga Indonesia ultra-nasionalis yang mungkin dipacu oleh dendam peribadi yang dijerang hatinya oleh media pengejar sensasi.

Ini dapat memurnikan status bangsa Malaysia itu sebagai ultra-rasionalis berbanding ultra-nasionalis yang padanya tidak membawa untung yang memanfaatkan dalam dunia perdagangan hari ini.



Boneka Upin & Ipin bergantungan di Cibaduyut, Bandung.

Thursday, September 02, 2010

Dalang Konflik Malaysia-Indonesia

Siapakah dalang sebenar dalam isu Malaysia Indonesia? Jawapan ini jika dilihat di akhbar-akhbar mungkin sukar dicari. Tetapi jika dilihat di Forum Malaysia di Topix yang telah dijajah forumer bukan Islam di Indonesia, kita dapat memberi klasifikasi mudah terhadap pelancar kempen ini.

Mustar Bonaventura, kepala BENDERA merupakan seorang Kristian. Majoriti Cina Indonesia juga beragama Kristian. Dan campuran antara thread mengutuk Islam dan mengutuk Malaysia telah memenuhi Forum Malaysia di Topix.

Lebih buruk, kebanyakan forumer anti-Malaysia di Topix juga terbabit mengutuk Islam di dalam thread-thread yang menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Ini tidak dapat dinafikan lagi apabila penguasaan ekonomi oleh bukan Islam yang terlalu tinggi membuatkan golongan celik IT dan para penghadap internet di negara tersebut ikut tinggi.

Mungkinkah Cina di luar Indonesia turut memainkan peranan dalam perkara ini. Penggeselan sempadan yang dicipta Belanda-Inggeris pada 1824 menjadi punca pertikaian hingga ke hari ini.

Lebih ironik, hasil persempadanan itu melahirkan negara Singapura. Sementara Singapura merupakan satu-satunya negara di rantau lebih 2 juta km² ini yang mempunyai kedutaan Israel, ironisnya, pergeselan ini telah berlaku antara dua negara Islam yang langsung tiada hubungan diplomatik dengan Israel dan di kepalai dengan lantang oleh seorang seperti Mustar Bonaventura.

Juga, difahamkan, beberapa media penyiaran Indonesia juga merupakan agensi penyiaran yang mempunyai majoriti pelaburan dari Singapura.