Saturday, April 30, 2011

Mamat Khalid Join UMNO Gopeng

Teman mengalu-alukan AC Mizal ke dalam UMNO Ipoh Barat. Langkah menjadikan Ipoh medan politik anak seni bukanlah sesuatu yang diperlukan tetapi negara didapati perlu ada seniman politikus. Pastilah ia sepatutnya di Kuala Lumpur.

Tetapi perjuangan setiap manusia banyak di gerakkan oleh dirinya sendiri yang hanya dirinya yang tahu. Justeru, tidak punya hak bagi sesiapapun untuk menilai dari apa terlihat.

Mungkin ada sebab jika dilihat dari rumah mertua AC Mizal yang terletak di Batu 8, dalam UMNO Tambun dan keberadaan AC Mizal dalam UMNO Ipoh Barat yang parlimen tersebut disandang M Kulasegaran dari DAP.

Tetapi, walau apapun, kita harus mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin menelungkup dakyah pepecahan yang di bawa oleh pembangkang.

Kita juga wajar mengalu-alukan Mamat Khalid yang mahu menyertai UMNO Gopeng dan bersesuaian dengan tempat mestautinnya.

Niat pencipta Kg Pisang di layar perak ini dilihat dapat membawa kepada usaha menerbitkan filem-filem mendidik dan menyindir masyarakat dengan konsep pukul anak sindir menantu.

Apapun, selamat berjuang kepada AC Mizal dan Mamat Khalid di bidang seni politik.

Friday, April 29, 2011

Edisi Jujur : Cina Tak Sokong BN Selagi Melayu Berpecah

Ada sebab orang Cina menyokong Anwar. Mereka tidak suka kepada Anwar pada 1999 kerana Anwar terbabit secara langsung atau tidak dalam gerakan mengocak rantau Asia Tenggara pada tahun 1997.

Kejatuhan Suharto membuatkan orang Cina Indonesia yang berjumlah 10 juta, menjadi mangsa kekejaman 'pribumi' ke atas mereka pada bulan Mei 1998. Ini membuatkan Cina Malaysia yang berjumlah 7 juta orang mahu Dr. Mahathir meneruskan pemerintahan.

Ketakutan pada Anwar sangat menghantui mereka. Keindonesiaan Anwar jelas hingga mampu mempengaruhi Tv3 yang dipaksakan bahasa baku dalam beritanya sehingga menyerupai Indonesia.

Perlakuan membakar, menyiksa, merogol dan memusnahkan orang Cina dan apa yang mereka miliki berleluasa di Jakarta pada ketika itu. Angka kematian ditutup pemerintah Indonesia.

Selepas BJ Habibie menjadi Presiden sementara di saat Indonesia baru ditumbangkan sistem yang tenteram, Gus Dur menjadi presiden yang cukup penggal.

Gus Dur merupakan sahabat Anwar dan mereka bedua adalah pendukung utama Jaringan Islam Liberal (JIL) yang semakin ditentang di Indonesia.

Gus Dur telah membebaskan kaum Cina dari sekatan budaya. Tahun Baru Cina dijadikan cuti umum dan tulisan Cina dibenarkan. Keseronokan kaum Cina di Pulau Jawa terpampang hingga ada tokong yang mendewakan Gus Dur.

Indonesia dibebaskan untuk Cina yang hilang akar budaya selama 65 tahun secara undang-undang. Melihat dari kejayaan yang diberi Tuhan untuk Cina Indonesia yang menjadi bebas, Cina negara ini diarahkan oleh ejen Anwar untuk memperjuangkan misi yang belum selesai di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Mereka tetap akan sokong Anwar walaupun Anwar berbuat onar di pentas Dataran Merdeka.

Sebenarnya mereka boleh terus bersikap demikian dengan syarat semua orang Melayu bersatu menolak Anwar. Saat itu mereka akan merasa rugi kerana tidak bersama pemerintah yang popular. Dengan kata lain, ini salah Melayu sendiri.

Thursday, April 28, 2011

Kenaikan Ringgit Mendadak Membimbangkan

Kenaikan ringgit dipasaran tukaran asing perlu diberi perhatian oleh semua. Adakah ini menguntungkan? Atau apakah ada pihak terdesak yang memainkan permainan 1997 untuk memain permainan ini sekali lagi?

Jika benar Bank Negara membeli ringgit dipasaran dan tahu apa yang perlu dilakukan demi ekonomi negara, berita itu mungkin melegakan.

Tetapi bagaimanakah jika sahabat manipulator George Soros padaa tahun 1997 mengulanginya semula. Ringgit dibeli oleh pihak lain sehingga kemudiannya melambakkan ke pasaran dunia hingga jatuh teruk.

Ringgit meningkat ke 2.89 berbanding dollar tiga hari selepas ia naik ke 2.99. Dalam tempoh itu, Ringgit naik dari 2.45 ke 2.37 berbanding dollar Singapura.

Tiga hari sebelumnya, setiap ringgit berharga 2941 Rupiah. Hari ini naik ke 3257. Seringgit pertama kali bernilai lebih 10 Baht sejak lebih 15 tahun manakala di Arab Saudi, setiap ringgit menghampiri 1.33 Riyal.

Rakyat perlu dijelaskan tentang apa yang sedang terjadi kerana pensabotaj negara kini terperangkap dalam mainannya sendiri dan ia pasti mempunyai hasad yang busuk untuk negara ini.

Saturday, April 16, 2011

BN Bawa Sarawak Mendahului Kalimantan

Indonesia Puji Kemajuan Sarawak, Kutuk Wilayah Sendiri

Kamis, 27/01/2011 13:04 WIB
Gamawan Pamer Foto Timpangnya Pembangunan RI-Malaysia di Perbatasan
Adi Lazuardi - detikNews

Jakarta - Pembangunan di perbatasan RI-Malaysia di Kalimantan Barat dengan Serawak ternyata sangat timpang. Kondisi perbatasan di Malaysia sudah tampak lebih maju daripada di perbatasan Indonesia.

"Padahal rumah ini dua-duanya bertetanggaan di satu wilayah Indonesia dan Malaysia," kata Kepala Badan Nasional Pengelola Perbatasan Gamawan Fauzi.

Hal itu disampaikan Gamawan sambil menunjukkan foto-foto perbedaan kondisi perbatasan dalam raker dengan anggota Komisi II DPR, Senayan, Kamis (27/1/2011). Namun Gamawan tak menyebutkan kapan foto-foto tersebut diambil.

Pria yang juga menjabat sebagai Mendagri ini membawa 4 foto kondisi perbatasan RI. 3 Di antaranya perbatasan Kalimantan Barat-Serawak. Sedangkan 1 foto lainnya perbatasan RI-Papua Nugini.

Foto pertama yang ditunjukkan Gamawan ke DPR yakni foto rumah-rumah warga RI dan Malaysia. Gamawan membandingkan rumah warga RI di perbatasan sudah tidak layak huni. Kondisi bangunannya sudah mulai lapuk. Rumah warga Indonesia ini pun terbuat dari kayu.

Kondisi ini berbeda jauh dengan rumah warga Malaysia. Rumah warga Malaysia terbuat dari tembok dengan cat yang masih baru. Bahkan beberapa di antaranya sudah bertingkat dua.

Kemudian Gamawan menunjukkan foto kedua. Di foto kedua ini tampak kondisi jalan di perbatasan RI-Malaysia. Jalan di perbatasan RI terlihat belum diaspal, sebagian berumput dan berbatuan. Sementara di Malaysia sudah diaspal.

"Padahal di Malaysia jarang masuk kendaraan. Kapan kita punya jalan seperti ini di perbatasan," kata Gamawan sambil menunjukkan foto perbatasan Malaysia.

Foto ketiga yang ditunjukkan Gamawan yakni pembangunan gedung sekolah. Gedung sekolah di perbatasan RI sangat menyedihkan. Sekolah tersebut tampak tidak terawat dan luas bangunannya kecil. Sementara di Malaysia, sekolahnya sudah bertingkat 4.

Foto keempat yakni perbatasan RI-Papua Nugini. Di perbatasan ini, kondisinya tidak begitu signifikan. Malah perbatasan Indonesia masih lebih baik dari Papua Nugini.

"Kalau kita dengan Papua Nugini masih baguslah," ujarnya.

Malaysia antara 10 negara paling mesra

FRANKFURT 15 April — Malaysia dianggap antara 10 negara paling mesra di dunia.

Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara-negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri.

Satu kaji selidik oleh Bank HSBC mendapati Malaysia berada di tangga kesembilan dalam senarai negara paling mesra.

Selain kemesraan rakyat tempatan, satu lagi kriteria yang digunakan ialah bagaimana warga asing mudah bergaul dan menerima persekitaran di sesebuah negara itu.

Kaji selidik yang dijalankan dari April hingga Jun 2010 itu meliputi 4,000 orang di 100 negara.

Mereka ini ditanya soalan seperti di manakah mudah bagi mereka mendapat kenalan tempatan, adakah mudah bagi mereka mempelajari bahasa negara berkenaan dan sama ada mereka mudah menerima budaya tempatan.

Sebanyak 80 peratus daripada mereka yang ditemubual itu berkata, bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan mereka dan sebab itulah negara yang banyak menggunakan bahasa itu berada dalam senarai teratas.

Namun terdapat juga negara yang tidak menggunakan bahasa Inggeris berada dalam senarai 10 negara teratas itu.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Kanada merupakan negara paling mesra, diikuti oleh Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman. - BERNAMA

Thursday, April 14, 2011

Raja Petra Pencen Jawatan Pemfitnah?

Teman seperti yang teman post pada 25 Disember 2010, menggesa sekali lagi Raja Petra supaya pulang dan memberi penerangan kepada masyarakat Malaysia berhubung permainan politik Anwar ini.

Sejak tauke pembiaya Raja Petra iaitu Zaid Ibrahim berpatah arang berkerat rotan dengan Anwar, Raja Petra seakan-akan mahu menceritakan hal sebenar kepada umum tetapi pada kedudukannya yang kejauhan, dia seperti malu-malu kucing.

Semalam dia mnceritakan segalanya dari Perth, Australia. Dah dekat dah tu. Harap-harap selepas PRN Sarawak, dia telah berada di negara ini dan berhadapan dengan apa juga kemungkinan dengan cara jantan. Berani kerana benar seperti Raja Petra. Takut kerana salah seperti Anwar.

Sabtu, Disember 25, 2010

Raja Petra Digesa Pulang

Teman mendesak supaya Raja Petra segera pulang dan melaporkan kepada umum bahawa dia telah memfitnah PM Najib berhubung isu pembelian ketenteraan yang dikaitkan dengan Altantuya.

Ini akan membersihkan namanya dan menjauhkan dia dari Pakatan Rakyat yang sedang dicemuhnya.

Teman paham kalau Raja Petra dibayar untuk membuat fitnah dan sebagai penganggur, Raja Petra memang akan mengenepikan moral untuk wang yang diperlukan dalam menyara hidup.

Teman tak mahu kalau Raja Petra nak masuk ke Malaysia dengan Third Force nya, dia akan terus bermain isu Altantuya yang diketahui BOHONG.

Apapun, Raja Petra wajar berbuat apa sahaja selagi undang-undang tidak dapat menafikan haknya.

Cuma dia menafikan haknya yang termaktub dalam undang-undang.

Raja Petra perlu pulang dan "face the music".

Wednesday, April 13, 2011

Kejayaan TLDM Menangkap Lanun Somalia Masih Hangat Diperkatakan

Kejayaan TLDM menangkap 7 lanun Somalia dan menyelamatkan 23 anak kapal Bunga Laurel yang membawa bahan kimia di Teluk Aden pada 21 Januari 2011 lalu merupakan satu kebanggaan buat negara ini yang masih terpahat di dalam dunia maritim.

Ini kerana, Thailand baru sahaja membayar wang tebusan sebanyak 5 juta Dolar bagi membebaskan 27 anak kapal yang dirampas bersama sebuah kapal pada 25 Disember tahun lalu bagi membebaskan anak kapal mereka.

Sementara itu, Indon masih lagi terpinga-pinga, genap sebulan selepas kapal Sinar Kudus yang membawa 20 anak kapal dirampas lanun Somalia dan dituntut sebanyak 9 juta Dolar bagi pembebasan kapal yang membawa bijih nikel bernilai hampir RM3.2 billion.

Kejayaan TLDM jika dibandingkan dengan kejayaan tentera Korea Selatan memang setara tetapi tak sama. Ini kerana, TLDM menangkap perompak ini hidup-hidup dan di bawa ke Kuala Lumpur untuk dibicarakan manakala Korea Selatan bertindak membunuh 8 lanun yang merompak kapal milik negara berkenaan sehari sebelum TLDM menggempur kapal Bunga Laurel yang turut cuba ditawan lanun Somalia.

Sehingga hari ini, lanun Somalia masih memeram hampir 40 buah kapal dengan jumlah anak kapal yang masih menjadi tawanan mencapai 700 orang.

Kejayaan TLDM masih lagi hangat diperkatakan terutamanya di Indon di mana rakyat mereka menganggap pemerintah negara tersebut tidak serius menangani penawanan kapal Sinar Kudus dan membanding-bandingkan kes tersebut dengan keupayaan Malaysia melakukan penggempuran.

Ironiknya, pada masa yang sama, mereka menyalak-nyalak agar tentera negara tersebut berperang dengan Malaysia yang dikatakan bersikap biadap terhadap negara mereka.

Pelik bin Jelik.

Tuesday, April 12, 2011

Introducing Free Sarawak Radio DJ

Peter John JAMBAN.


Ladies and gentleman! Introducing the 'family man' and God fearing soul that is fighting for Justice for the Dayaks in Sarawak.
















Our records show that at last count he had married SEVEN local women and has TWENTY THREE children, most of them school dropouts now.

The number of illegitimate children he had fathered is anybody's guess but friends and ex-colleagues from the Sarawak Land&Survey Dept and Cats Radio claim he could have more than TEN illegitimate children born out of wedlock.


Before his escape to London, this god-fearing man was operating an illegal pub and drug joint in Kuching which also doubled as a front for his ILLEGAL MONEY LENDING business.

Source :
thebenchmark

Ini Rupanya DJ Radio Free Sarawak. Free For Vices

Panas!!! Seks in radio free Sarawak....



Ini ke Peter John Jaban. DJ Radio Free Sarawak yang kerjanya menyebarkan berita-berita politik untuk memecah-belahkan perpaduan rakyat di Sarawak.

Khabarnya, dia sering memperlekehkan Ketua Menteri, Taib Mahmud. Dia juga komited dengan Sarawak Report yang sangat banyak mempersoalkan perkahwinan Taib Mahmud yang dikaitkan sebagai pemimpin yang mempunyai akhlak buruk.

Siapa sebenarnya Peter John a.k.a 'papa orang utan'. Adakah dia papa ayam hutan atau papa ayam belanda yang sekarang ini berjuang bersama papa jahat di bawah...

Berita lanjut di RajahMas