Monday, September 05, 2011

Jasa Terakhir British Ke Atas Umat Melayu Yang Besar Ertinya


Salah satu karya Melayu Tenging.

Tulisan ini bukan untuk mengagungkan penjajah British. Bukan untuk memrolokkan kemerdekaan yang merubah kita hari ini kepada sama ada lebih bersyukur atau hilang rasa bersyukur. Tetapi sekadar ingatan bahawa telah ditetapkan Allah SWT bahawa British akan datang, akan ubah dan akan pergi dengan peringkatnya tersendiri meninggalkan perubahan yang cukup besar.

Jika anda peka akan sejarah dunia, Deklarasi Sejagat Bagi Hak Asasi Manusia 1948 yang diadakan di San Francisco, telahpun memberi jaminan untuk semua bangsa yang terjajah untuk dimerdekakan dan diberi peluang untuk memerintah negaranya sendiri. Ini ditetapkan 7 tahun sebelum Tunku Abdul Rahman ke London untuk rundingan kemerdekaan. Keseluruhannya, kehadiran British selama 181 tahun telah membuatkan kita dapat menilai peringkat demi peringkat bagaimana dasar dan sikap British dalam mentadbir sesebuah bangsa yang tebal adat resam dan pegangan agamanya.

Awal kehadiran British memperlihatkan mereka sebagai oportunis yang menjaja tipu daya dan helah. Tidak sampai 50 tahun, British sudah berani menyebut Pulau Pinang dan Singapura adalah miliknya. 80 tahun kemudian, British mula mendatangkan bangsa asing iaitu kuli Cina secara besar-besaran dan mengubah demografi Semenanjung. Selepas 100 tahun, British cuba 'menduduki' negeri-negeri yang diketuai oleh Raja-raja Melayu dan selepas 130 tahun, British menjadi negara paling kaya di dunia hasil bijih timah dari Malaya sehinggakan mampu membina rangkaian keretapi bawah tanah di Kota London pada tahun 1908.

Selepas 165 tahun mengaut kemakmuran negara ini, British diusir oleh Jepun yang meniup angin perubahan yang baru ke arah perjuangan untuk menjadi pemilik mutlak tanah warisan. Ini adalah rentetan dari kebangkitan hasil Sumpah Pemuda 1928 di Indonesia telah menjadi pembakar semangat gerakan nasionalisme. British tetap mahu Jepun ditentang dari dalam. Oleh kerana Jepun menindas kaum Cina dengan kejam kesan dari sokongan Cina di sini terhadap Cina di Tanah Besar, British memperalat kaum Cina dengan menubuhkan Malayan People Anti Japanese Assocation (MPAJA) dan British membekalkan mereka dengan senjata api dan peluru supaya mereka dapat menyerang kedudukan Jepun dari hutan rimba.

Namun, apabila Jepun berundur, Cina-Cina yang membentuk MPAJA ini mengalihkan sasaran mereka ke atas orang Melayu Islam yang dalam diam, mereka tanamkan kebencian kerana bekerjasama dengan penjajah Jepun dalam urusan pentadbiran. Ratusan nyawa orang Melayu yang yang tak berdosa melayang dalam hanya 14 hari rampasan kuasa puak Cina MPAJA yang menggelarkan diri mereka Bintang Tiga hanya kerana berkhidmat dalam perkhidmatan awam yang dikawal Jepun selama 4 tahun.

Apa yang ada di tangan orang Melayu Islam pada ketika itu untuk menentang Bintang Tiga yang disanjung Melayu anjing hari ini? Bagi menyelamatkan nyawa lebih ramai orang Melayu dari 'penghapusan etnik di bumi sendiri' oleh pemberontak lengkap beruniform dan bersenjata, pihak British lah yang perlu dipanggil untuk dipertanggungjawabkan atas anarki yang dicetuskan oleh senjata yang mereka bekalkan sendiri.

Ketika Indonesia yang kononnya bakal membawa Malaya keluar dari belenggu British dan masuk ke cengkaman Jakarta langsung tidak berbunyi lantaran berhempas pulas mempertahankan kemerdekaan mereka yang diberikan oleh Jepun dari pendudukan semula Belanda, umat Melayu Islam negara ini terpaksa memanggil British dengan harapan dan ketakutan demi mengharapkan perlindungan kerana bukan semua orang Melayu mampu menerbangkan keris dan parang untuk mempertahankan diri.

British membantu membawa masuk senjata dan kelengkapan untuk menentang anjing-anjing yang pada ketika itu berlumba-lumba untuk menggigit tuan. Pendudukan semula British adalah 'penjajahan' yang diharap-harapkan oleh orang-orang Melayu (sudah tentu keluarga tertua Mat Sabu sendiri) yang menghadapi cubaan pembersihan etnik. Keberadaan British di Malaya tidak lagi sama seperti ratusan tahun sebelumnya. British kali ini hanya memikirkan untuk mempersiapkan Malaya yang merdeka, rancangan yang telah lama dibuat sebelum Tunku ke London. Jasa British menyelamatkan orang Melayu dari 'ethnic cleansing' sepanjang tempoh darurat antara 1945 hingga 1960 tidak sebesar hasil bumi Tanah Melayu yang mereka kaut. Tetapi menunjukkan kebencian melampau terhadap kehadiran British saat kegawatan pasca pendudukan Jepun sehingga 31 Ogos 1957 adalah manifestasi kesombongan tertinggi bagi seseorang Melayu Islam di bumi Semenanjung ini.

DENGAN IKHLAS, JAWABLAH WAHAI MELAYU TENGING (DI KETUAI MAT SABU) YANG BERIA-IA MENUNJUKKAN SIFAT ANTI-BRITISH DENGAN MELULU DAN BERSIMPATI PADA PELAKU CUBAAN PEMBERSIHAN ETNIK MELAYU 1945 ATAS NAMA KOMUNISME INI;

1. Adakah bapak si Mat Sabu membekalkan senjata kepada unit-unit Home Guard yang ditubuhkan di kampung-kampung untuk melindungi penduduk yang tidak berdosa? Tidak, senjata ini dibekalkan oleh British.

2. Adakah parlimen di negeri bapak si Mat Sabu yang membahaskan usaha mendapatkan Pattani bagi dimasukkan ke dalam Malaya? Tidak, parlimen British yang membahaskannya.

3. Adakah bapak si Mat Sabu yang meluluskan perlembagaan negara sehingga Islam pada tahap lebih tinggi dari Indonesia walaupun Malaya hanya mempunyai 55% penduduk Muslim berbanding Indonesia yang mempunyai 85% penduduk Muslim? Tidak, pihak British yang meluluskannya.

4. Adakah bapak si Mat Sabu yang memastikan orang Melayu dapat mengundi pada Pilihanraya Umum Pertama 1955 dengan jayanya? Tidak, pihak British yang mengusahakan kejayaan tersebut.

Cukuplah setakat itu.

3 comments:

Anonymous said...

Sila forwardkan artikel ini kepada mat Syabu..mungkin dia bebal dan tak faham apakah DAP & lim guan eng..

changkatlobak said...

2. Adakah parlimen di negeri bapak si Mat Sabu yang membahaskan usaha mendapatkan Pattani bagi dimasukkan ke dalam Malaya? Tidak, parlimen British yang membahaskannya.

salam, tertarik dengan kenyataan ini. minta penjelasan lanjut.

manjoi mari

Anonymous said...

Maksud anda Bapak En Sabu atau Mat bin Sabu? Walau apa pun rasanya nya Mat bin Sabu ni dah lama faham akan perkara ni, akan tetapi, nafsu politik telah mengatasi segala galanya, hatta ugama, bangsa dan negara...sedihhh!!