Wednesday, June 20, 2012

Demi Cium Tumit DAP, PAS Bantah Bina Sekolah Agama Rakyat


Pas, PKR bantah bina SAR

IPOH 19 Jun - Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini.

Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu.

Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.

KHAMIS, MEI 31, 2012 
Ahli Parlimen Gopeng Halang Pembinaan Sekolah Agama Rakyat
Tindakan Ahli Parlimen Gopeng, Lee Boon Chye yang sengaja mencetuskan huru hara di Taman Desa Aman diselar oleh penduduk kawasan itu. 
Petang semalam, Boon Chye telah membawa beberapa orang luar yang dipercayai bukan penduduk Taman Desa Aman bagi mengadakan demonstrasi bantahan ke atas pembinaan sebuah Sekolah Agama Rakyat (SAR) berhampiran taman permainan. 
Berang dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat itu, hampir 50 penduduk kawasan perumahan berkenaan tampil membuat bantahan selain mempertahankan pembinaan sekolah tersebut. 
Ketua Masyarakat Taman Desa Aman, Mohd Nawawi Che Eik, memberitahu demonstrasi tersebut diadakan bagi membantah tindakan Boon Chye yang dianggap menceroboh tapak SAR dan seterusnya mengganggu pembinaan sekolah tersebut. 
“Kenyataan Boon Chye petang semalam hanyalah satu pembohongan apabila dia mengatakan tapak ini belum diluluskan lagi. 
Baca selebihnya di : PERAK TODAY






No comments: