Wednesday, June 20, 2012

Jerebu Pulih Bersifat Sementara?

Walaupun jerebu tebal yang melanda minggu lalu menipis setelah kebakaran di Rokan Hilir dipadamkan oleh hujan pada pagi Ahad lalu, ia tidak memadamkan kebakaran hutan yang masih wujud merata-rata di kawasan Riau.  Kualiti udara yang pulih sementara di Semenanjung masih berupaya untuk memburuk semula kerana asap jerebu kini di alih oleh tiupan angin tenggara yang sementara.

Monsun pada waktu ini ecara konsistennya dipengaruhi oleh angin barat daya. Kelihatan dari imej satelit di bawah, asap masih lagi mencemari udara timur Sumatera dan sekembalinya angin kepada posisi tiupan asalnya yakni dari barat daya, maka jerebu akan kembali lagi, kecuali kebakaran tanah ladang dan hutan di Riau dapat dipadamkan.

Untuk rekod, musim kering sedang melanda Sumatera dan pada musim ini, aktiviti membakar luar kawalan dilakukan di ladang-ladang bagi menyuburkan tanah.


Imej dari Jabatan Meteorologi Singapura


Imej kebakaran di Riau

No comments: