Rabu, Jun 20, 2012

Nasib SAR Berbeza Di Parlimen BN dan Parlimen PR

Diskriminasi terhadap pendidikan Islam amnya Sekolah Agama Rakyat (SAR) khususnya, jelas kelihatan di kawasan yang dimenangi Pakatan Rakyat walaupun kerajaan negeri dikuasai BN. Keberanian Pakatan Rakyat menentang pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Taman Desa Aman, Pengkalan Pegoh, Ipoh menunjukkan mereka serius dalam menyekat pengembangan pendidikan Islam di negara ini walaupun mengabui pengundi Pulau Pinang dengan kenaikan elaun guru KAFA dan sebagainya.

Di negeri majoriti Melayu, PAS mempertonjolkan mereka lebih Islam antara mana-mana orang Islam dan di kawasan majoriti Cina, PAS akan meampakkan diri mereka lebih Cina dari mana-mana orang Cina.

Nilaikan melalui gambar di bawah :

Sekolah Agama Rakyat Taman Perpaduan yang terletak dalam parlimen BN.

Sekolah Agama Rakyat Taman Desa Aman yang terletak di dalam parlimen PR. Mana sekolahnya? Belum buat kerana ditentang oleh PAS atas desakan DAP dan PKR. Kelihatan penduduk memprotes tindakan PR bermati-matian menentang pembangunan sekolah tersebut.

Untuk Rekod, Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang membantah pembinaan SAR Taman Desa Aman ini adalah antara individu PKR yang menyokong sebuah kumpulan penyokong kemurtadan yang berpusat di Singapura di dalam Facebook.

Tiada ulasan: