Friday, August 31, 2012

Bendera 'Sang Saka Malaya' Hina Sabah Dan Sarawak

Pada usia 55 tahun kemerdekaan ini, golongan pembangkang mula mencetus porak peranda pada ladang patriotisme negara dengan menjulang bendera yang didakwa sebagai bendera 'Republik Malaysia' yang mereka namakan Sang Saka Malaya. 

Jelas sekali, Malaya itu adalah Semenanjung dan nampaknya agenda mereka paling jelas ialah untuk mengeluarkan Kuching dan Kota Kinabalu dari pentadbiran Putrajaya.

Amat kelakar apabila mereka melaungkan Republik Malaysia dan pada masa yang sama mengekalkan warna kuning pada bulan dan bintang yang melambangkan kedaulatan raja-raja. Nampak benor tak habis belajar. Sungguh, kecetekan pemikiran dan ketandusan ilmu setiap mereka akan terpamer lebih banyak lagi dari masa ke semasa. 

Tahukah kita peristiwa pembunuhan 5 Sultan di Sumatera pada 3 Mac 1946 oleh Sukarno melalui syaitan-syaitan komunis Indonesia telah membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di istana Sultan Johor? Tahukah mereka bahawa andai Sukarno bersikap toleransi terhadap institusi raja, kita mungkin hari ini berada dalam sebuah negara besar bersama Indonesia dan Singapura? Lihatlah bendera UMNO yang jelas menampalkan lambang yang menggambarkan kedaulatan raja-raja di atas lembaran bendera majapahit yang kini menjadi bendera Indonesia.

Bendera Indonesia bernama Sang Saka Merah Putih dan bendera UMNO bernama Sang Saka Bangsa.

Ada persamaan jelas antara bendera Indonesia, bendera UMNO, bendera Parti Pesaka Bumiputra Sarawak dan bendera Singapura kerana merah putih adalah lambang perjuangan masyarakat Nusantara sekian lama sebelum di ciplak Empayar Majapahit.

Atas sebab itulah Jalur Gemilang dicipta berselangan merah putih dan kebetulan, amalan persekutuan yang hampir sama dengan Amerika Syarikat, membuatkan selangan merah putih itu memberi makna sebuah negara Nusantara yang memakai sistem pentadbiran negeri-negeri ala Amerika Syarikat dan bukannya Jalur Gemilang itu adalah tiruan Amerika Syarikat bulat-bulat.

Ilham bendera Sang Saka Malaya itu tidaklah merupakan satu jenayah, tetapi dengan mengibarkannya atas nama Republik Malaysia pada malam merdeka adalah pengkhianatan kepada negara kerana memberi peluang kepada media asing mentafsir mengikut kaca mata mereka.

Menggerakkan agenda republik dengan nama Sang Saka Malaya di negara tunggal dunia yang mengamalkan monarki bergilir juga merupakan satu pengkhianatan besar ke atas negara dan pengabaian besar ke atas masyarakat Sabah dan Sarawak yang bersama-sama memakmurkan Malaysia sehingga mereka mampu untuk hidup senang lenang dan hari ini, kufur nikmat.

Pada saat negara lain memperkukuhkan patriotisme untuk mengekalkan kedaulatan wilayahnya, sebahagian rakyat negara ini melingkup patriotismenya dan mengimpikan pengecilan wilayah negara.




11 comments:

Anonymous said...

tuh nama sang saka malaya, maksud malaya adalah merdeka dan bebas. digunapakai oleh amcja, putera dan pkmm pada tahun 1947, dengan bawa slogan merdeka. sang saka merupakan bendera kerajaan melayu nusantara, termasuk sabah sarawak, selatan filipina, singapura, namun brunei tidak menggunakkan kerana sistem monarki, kalau tidak brunei juga turut sama menggunakkan sang saka. kerajaan langkasuka, majapahit, srivijaya, melaka juga ada menggunakkan sang saka. merah bermaksud darah@jasad dan putih bermaksud suci@roh. apa salah kita bawa bendera tuh, bukan niat nak tukar, tpi nak ingat semangat dato' nenek moyang kita perjuangkan merdeka.. kata perlu menghayati kemerdekaan?? so, apa salah.. kalau tak, smpai bile2 ar anak2 muda kita xtahu. dato' nenek moyang kita dalam amcja, putera dan pkmm berjuang dengan sang saka MALAYA..

Anonymous said...

bukan niat nak tukar? pirahhh. nampak sgt ko takde facebook kan? bengap..

Anonymous said...

Cuba baca artikel blog "singaselatan.blogspot"... Apa kata mereka... Cerita mereka yg mengibarkan sang saka malaya tu sendiri...

Anonymous said...

Buat Tanpa Nama (31 Ogos 2012 10:15 PTG)- memang mereka takde niat nak tukar.kibar bendera utk hargai jasa pejuang terdahulu salah ke bro?padahal bendera tu memang diguna pejuang malaya trdahulu utk usaha memerdekakan malaya dr penjajah..kaji skit sejarah, jgn trima bulat2 je.Allah bg akal pd manusia utk fikir,kaji..sedangkn quran pun kita kena faham betul2 makna tiap ayat.silap faham dah melencong fahaman kan? jadi jgn setakat trima je..zaman brubah bro, fb smua org ade skrg ni..tp jgn ape je org post kat fb kita trima bulat2..Islam pun anjurkan umatnya kaji sahih sesuatu perkara..jadi kaji dulu sblum nk sembur..ape yg kita blaja dr buku dulu tak sama bro.ade yg dicerita ade yg tak dicerita.so kaji betul2..jgn hnya tengok dan dengar dr satu sumber je..sama jugak kalau kita kibar bendera BN/UMNO/PAS/DAP/ADIL ke time malam merdeka tp bendera yg kita kibar tu org lain tak tahu or tak penah tengok bendera apa..for sure la org akan letak tanggapan yg sama mcm yg media skrg ckp nk ubah bendera la apela..so think wise before u say..

Anonymous said...

adalah lebih baik minta kebenaran daripada tanpa kebenaran.. rasanya dorg xpenah minta kebenaran nak kibar.. so ini hanya politik semata2

Anonymous said...

Dimana yg dikatakan menghina sabah dan sarawak tu
apa salahnya anak muda mahu mengibarkannya lagipun apalah kuasa mereka nak menukar bendera..dah jelas bendera malaysia ni ciplak dari amerika sengaja diciplak ikut amerika sesedap hati saja
Kewujudan bendera sang saka malaya tidak patut dinafikan sbg sebahagian dari awal tuntutan kemerdekaan yg telah dimulakan oleh PKMM.. Bendera ini pernah dikibarkan oleh Dr Burhanuddin semasa satu kongres di india tahun 1938
Tuuduhan bendera ini ada kaitan dgn komunis ternyata dangkal malah seperti mahu menenggelamkan kaitan sejarah nusantara dan bendera sang saka

Anonymous said...

menghina sabah & sarawak kerana penggunaan Malaya daripada Malaysia
Kira bilangan bucu bintang bendera tu, 11 jak? Kunun dicipta tahun 2007? 11 negeri sja kah di Malaysia ni. Bagi orang sabah sarawak Malaya tu Semenanjung Malaysia. Bagi yang pernah tinggal di sabah sarawak faham istilah ini.. sebab itu bila nama Harimau Malaya org sabah sarawak rasa terpinggir pasal kejayaan bola sepak tu hanya untuk org2 di Malaya sahaja.. Fakta yang pahit sebelum penyertaan sabah dan sarawak kaum cina adalah majoriti di Malaya dan org2 Malaya berhutang budi dgn org Sabah & Sarawak selama2nya

IPOH MALAY said...


harimau malaya secara bahasanya agak mengecilkan hati orang sabah dan sarawak, tetapi secara bahasanya tidak. saya pernah membantah penggunaan nama harimau malaya kerana cintanya saya kepada negeri sabah dan sarawak. tetapi analisa saya mendapati secara bahasanya ia boleh diterima kerana harimau malaya adalah spesis harimau yang dipakai oleh FAM. spesis tersebut berbeza dengan harimau sumatera, harimau bengal dan harimau siberia.

tetapi 'sang saka malaya' memang menghina sabah dan sarawak kerana istilah itu dicipta untuk bendera malaysia sedangkan tanpa sabah dan sarawak, malaya tidak dapat menubuhkan malaysia malah mungkin nama malaysia itu dipakai filipina kerana mereka telah lama merancang menggunakan nama malaysia untuk nama negara mereka.

perlu diingati, 'malaysia' adalah gelaran antropologis barat ke atas kepulauan melayu sejak awal abad ke 19.

kepada yang menyanggah, baca sejarah betul-betul. memang sejarah itu membosankan tetapi atasi lah kebosanan itu kerana tanpa pengetahuan sejarah, maka muncul pula orang dungu seperti yang dapat kita lihat bersepah-sepah hari ini.

saya telah huraikan panjang lebar asal usul jalur gemilang yang bukan ciplakan bendera amerika syarikat dalam posting-posting menyusul. sila baca.

punca kedunguan rakyat malaysia ialah kebanyakannya adalah malas membaca bacaan berguna kecuali novel-novel dan buku-buku seks.

tq

Anonymous said...

sang saka tiru indonesia, tiru singapura? http://yasirtamizi.blogspot.com/2012/08/bendera-malaysia-yang-sebenar.html

Anonymous said...

saka2 ni tiru indo dengan singapore??? http://yasirtamizi.blogspot.com/2012/08/bendera-malaysia-yang-sebenar.html

Anonymous said...

Bendera tu tahun 1938 lagi dah ada, antara parti yang berjuang menentang british. Umno pun takda lagi waktu tu. Salah ke mereka kibarkan? Bukan nak tukar bendera malaysia. Apa benak sangat pencacai umno bn. Nama pun sambutan kemerdekaan, tak kan salah bagi tau informasi kepada rakyat sejarah sebenar bagaimana malaysia merdeka. Kenapa umno bn nak sorok2 fakta sebenar, nak reka2 sejarah konon2 umno bn sahaja yang berjuang ke?