Friday, August 31, 2012

DP Twitter Pembangkang Bukti Tukar Bendera Bukan Kerja UMNO


Kepala bapak pembangkanglah bila mereka menyebut anak-anak tolol yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' dan mengedarkan risalah anti Jalur Gemilang adalah budak-budak UMNO yang sengaja cuba mendatangkan benci masyarakat kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimana pula dengan puluhan profil aktivis pro-pakatan yang menukar 'default pic' masing-masing malam tadi  dengan imej bendera merah putih berbulan bintang tu? Kenapa suka buat penafian dengan cara bodoh ? Benarlah, semakin hampir dengan pilihanraya, semakin banyak insiden memalukan menimpa mereka. Syukur kepada Allah.


Profil salah satu kepala bana yang menggunakan DP 'Sang Saka Malaya'

Ada persamaan jelas antara bendera Indonesia, bendera UMNO, bendera Parti Pesaka Bumiputra Sarawak dan bendera Singapura kerana merah putih adalah lambang perjuangan masyarakat Nusantara sekian lama sebelum di ciplak Empayar Majapahit dan kini dipakai oleh NKR Indonesia.

Merah putih telah digunakan seawal abad ke 7 di zaman Langkasuka dan Srivijaya sebelum Majapahit menciplak dan Melaka merampas panji tersebut. Singapura hanyalah pemakai seterusnya kegemilangan merah putih yang hari ini sinonim dengan Indonesia kerana Indonesia telah awal-awal lagi mewartakan merah putih sebagai lambang negaranya.

UMNO juga percaya bahawa merah putih itu adalah lambang perjuangan orang-orang Nusantara amnya, Melayu khususnya dan sama-sama menggunakan merah putih sebagai lambang perjuangan sebelum aksi kejam Indonesia membunuh sultan-sultan dan ratusan golongan raja dan bangsawan di Sumatera pada Mac 1946 telah membuatkan cakra kuning dan keris tertampal di bendera partinya dan PEKEMBAR telah berpecah akibat tindakan tersebut.

Apa bezanya merah putih 'tercemar' cakra kuning berkeris hijau dengan merah putih yang tercemar bulan bintang kuning? Sama-sama 'mencemari' merah putih seperti mana Singapura , negara yang dilahirkan oleh Blok Kapitalis, mencemar merah putih dengan bulan bintang putih.

Ingatlah bahawa merah dan putih menduduki ranking tertinggi dalam Jalur Gemilang. Cuba lihat bait ayat lagu Jalur Gemilang. Warna apakah yang disebutkan terlebih dahulu.

PEKEMBAR yang pada mulanya pro-Indonesia berpecah dengan golongan berhaluan kiri yang pro Indonesia, telah menyertai perjuangan Parti Komunis Malaya atas arahan Sukarno yang merupakan antara pemimpin berpengaruh dalam Blok Komunis yang menentang Blok Kapitalis.

Kelihatannya, idea 'Sang Saka Malaya' yang telah terlihat sejak tahun 2010 itu hari ini dimanifestasikan di jalanraya secara terang-terangan dan secara sinis, pembangkang kelihatan mengorak langkah untuk mengUMNOkan seluruh tanah air. Ironik. Mengapa tak dipakai bendera UMNO sahaja? Tak payah susah susah. Banyak kedapatan di sana-sini. Hahaha.

Bendera Langkasuka , Srivijaya , Majapahit , Negara Kesatuan Republik Indonesia

Bendera Pertubuhan Melayu Bersatu Kebangsaan (UMNO)

Bendera Parti Pesaka Bumiputra Bersatu Sarawak (PBB)

 Bendera Republik Singapura

Bendera Malaysia Versi Pakatan Rakyat


2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

.

(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?



Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.

Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?

Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.

Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.


(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')

IPOH MALAY said...

adik-adik, boleh jalan la... lari topic.. sekolah kat mana dulu? bengap kuasa dua sangat ni..