Jumaat, Ogos 31, 2012

Pembangkang Kibar Bendera 'Republik Malaysia' Di Malam Merdeka

Selamat Hari Kemerdekaan ke 55. Pada usia 55 tahun kemerdekaan ini, golongan pembangkang mula mencetus porak peranda pada ladang patriotisme negara dengan menjulang bendera yang didakwa sebagai bendera 'Republik Malaysia' yang mereka namakan Sang Saka Malaya. 

Jelas sekali, Malaya itu adalah Semenanjung dan nampaknya agenda mereka paling jelas ialah untuk mengeluarkan Kuching dan Kota Kinabalu dari pentadbiran Putrajaya.

Amat kelakar apabila mereka melaungkan Republik Malaysia dan pada masa yang sama mengekalkan warna kuning pada bulan dan bintang yang melambangkan kedaulatan raja-raja. Nampak benor tak habis belajar. Sungguh, kecetekan pemikiran dan ketandusan ilmu setiap mereka akan terpamer lebih banyak lagi dari masa ke semasa. 

Tahukah kita peristiwa pembunuhan 5 Sultan di Sumatera pada 3 Mac 1946 oleh Sukarno melalui syaitan-syaitan komunis Indonesia telah membawa kepada penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946 di istana Sultan Johor? Tahukah mereka bahawa andai Sukarno bersikap toleransi terhadap institusi raja, kita mungkin hari ini berada dalam sebuah negara besar bersama Indonesia dan Singapura? Lihatlah bendera UMNO yang jelas menampalkan lambang yang menggambarkan kedaulatan raja-raja di atas lembaran bendera majapahit yang kini menjadi bendera Indonesia.

Bendera Indonesia bernama Sang Saka Merah Putih dan bendera UMNO bernama Sang Saka Bangsa.

Ada persamaan jelas antara bendera Indonesia, bendera UMNO, bendera Parti Pesaka Bumiputra Sarawak dan bendera Singapura kerana merah putih adalah lambang perjuangan masyarakat Nusantara sekian lama sebelum di ciplak Empayar Majapahit.

Atas sebab itulah Jalur Gemilang dicipta berselangan merah putih dan kebetulan, amalan persekutuan yang hampir sama dengan Amerika Syarikat, membuatkan selangan merah putih itu memberi makna sebuah negara Nusantara yang memakai sistem pentadbiran negeri-negeri ala Amerika Syarikat dan bukannya Jalur Gemilang itu adalah tiruan Amerika Syarikat bulat-bulat.

Ilham bendera Sang Saka Malaya itu tidaklah merupakan satu jenayah, tetapi dengan mengibarkannya atas nama Republik Malaysia pada malam merdeka adalah pengkhianatan kepada negara kerana memberi peluang kepada media asing mentafsir mengikut kaca mata mereka.

Menggerakkan agenda republik dengan nama Sang Saka Malaya di negara tunggal dunia yang mengamalkan monarki bergilir juga merupakan satu pengkhianatan besar ke atas negara dan pengabaian besar ke atas masyarakat Sabah dan Sarawak yang bersama-sama memakmurkan Malaysia sehingga mereka mampu untuk hidup senang lenang dan hari ini, kufur nikmat.

Pada saat negara lain memperkukuhkan patriotisme untuk mengekalkan kedaulatan wilayahnya, sebahagian rakyat negara ini melingkup patriotismenya dan mengimpikan pengecilan wilayah negara.



Tetapi, secara sinis, dapat dilihat bahawa mereka sebenarnya rindu untuk kembali mendampingi merah putih UMNO.

7 ulasan:

baron_indonesia berkata...

Sebelumnya mohon maaf bilamana ada kesan turut campur dalam masalah domestik Anda, namun saya tidak suka dengan nada kebencian dan ketidakjujuran dalam tulisan Anda.

1. Tragedi Maret 1946 di Sumatera Timur bukan rancangan Soekarno, peristiwa tersebut merupakan reaksi sosial masyarakat atas aksi sosial-politik kaum bangsawan Sumatera Timur yang umumnya memihak kolonial Belanda. Rasa tidak suka golongan bawah terhadap kaum bangsawan itulah yang dimanfaatkan kaum Komunis untuk meningkatkan daya tawar mereka dalam hiruk-pikuk gejolak revoolusi agar dapat mengarahkan hasil revolusi sesuai dengan cita rasa mereka.

2. Tragedi Maret 1946 di Sumatera Timur bukan hanya memakan korban dari Kaum Bangsawan Pro Belanda namun juga dari kalangan Pro Republik. Ya, tragedi ini adalah salah satu noktah hitam dalam sejarah kemerdekaan serta perjalanan berbangsa dan bernegara masyarakat Indonesia.

3. Soekarno dan Pemimpin Republik lainnya sangat bertoleransi dengan entitas Kerajaan dan Kesultanan yang ada di Hindia Belanda, tidak ada paksaan untuk menjadi bagian Republik Indonesia, sebagai contoh adalah Kesultanan Yogyakarta, Surakarta, Siak-Sri Indra Pura, Palembang dll yang secara suka rela bergabung dalam Republik Indonesia, baik itu dalam kerangka Negara Kesatuan maupun Federasi.

4. Agar anda tahu, banyak tokoh-tokoh Republik merupakan kaum bangsawan. Salah satunya Amir Hamzah yang menjadi korban dalam Tragedi Sumatera Tiimur.

5. Kegagalan Soekarno mewujudkan Indonesia Raya yang meliputi Gabungan bekas Wilayah Sri Wijaya dan Majapahit bukan karena sikap toleransinya terhadap entitas Kerajaan /Kesultanan namun karena faktor eksternal yang tidak ingin melihat adanya Negara-bangsa baru yang berdiri tegak-merdeka di antara benua Asia-Australia dan Samudera Pasifik-Hindia yang tidak dapat dikendalikan oleh mereka (kaum neo kolonialis dalam istilah Soekarno).

6. Terakhir, ada satu kontradiksi dalam tulisan Anda. Ketika bendera Majapahit berwarna Merah-Putih maka Anda tulis “menciplak”, padahal Anda sebelumnya mengakui bahwa warna Merah-Putih adalah warna Nusantara, apakah Majapahit juga bukan bagian dari Nusantara? Lalu ketika menulis mengenai “Jalur Gemilang” maka Anda menyebutnya “kebetulan sama” dengan Amerika Serikat. Bagaimana jika sebaliknya?

Lebih baik nada-nada kebencian dan ketidakjujuran tersebut dihilangkan, lebih elok lagi bilamana hendak memadamkan masalah domestik janganlah dibiasakan dengan cara membawa-bawa tetangga apalagi menempatkannya dengan nuansa keburukan.

Maaf dan terimakasih.

IPOH MALAY berkata...

1. anda boleh menghujat apa yang saya tulis berdasarkan silabus persejarahan anda yang semestinya tidak sama dengan apa yang boleh diperoleh dari sumber-sumber luar seperti mana kisah penubuhan umno berkait tragedi revolusi sosial sumatera tidak pernah menjadi inti silabus sejarah negara saya sehinggakan saya perlu membaca bacaan luar. mengapa kami tidak memasukkan kisah revolusi sumatera? kerana kami menghormati negara anda. tetapi hormatkah anda kepada negara kami?

2. media negara anda menghina rakyat kami dengan menyatakan kami dibungkam pemerintah dan lihatlah ternyata kami di sini lebih bebas bersuara kerana kami bebas menyatukan opini berdasarkan narasumber yang tidak ditakluki citra nasionalis melulu. saya tidak mahu menghujat sama ada kerajaan-kerajaan dicantumkan sebagai federasi atau kesatuan secara paksa atau rela.

3. pokoknya, siapa perdana menteri indonesia kedua, apa hubungannya dengan sukarno, mengapa dia dihantar pulang ke sumatera ketika gabenor sumatera keluar dari medan untuk ke selatan, bila dan bagaimana dia boleh menjadi perdana menteri dan kenapa dia di bunuh, anda sendiri tahu dan tidak perlu saya ceritakan. jika ditangannya ada darah di tahun 1946, mengapa dia dijadikan perdana menteri di tahun 1947. mengapa masih mengatakan itu bukan perbuatan sukarno? mengapa?

4. soal ciplak, ya ciplak nya majapahit atas bendera itu itu dari siapa? dari kediri, kediri ciplaknya dari siapa? dari srivijaya. srivijaya di mana? palembang. langkasuka dan srivijaya adalah kerajaan yang sama. langkasuka itu duduknya di thailand hari ini. kapan anda akan meluaskan pengetahuan anda di luar dari apa yang disuapkan kepada anda mengikut citra ahli akademik yang iya, memang tugasnya membina sejarah yang sesuai dengan kebangsaan anda, seperti mana ahli akademik kami menulis sejarah sesuai dengan kebangsaan kami sehinggakan ada perkara yang terpaksa ditutup demi menghormati tetangga. saya yakin anda adalah ras jawa yang obses terhadap majapahit sehinggakan asal usul merah putih itu sekadar dirasakan dari majapahit sahaja walaupun notabenenya ia terpakai sejak 600 tahun sebelum majapahit lagi iaitu oleh srivijaya-langkasuka yang melayu. kemudian dipakai di kediri, baru selepas itu oleh majapahit. hanya kerana majapahit lebih sukses keluasan wilayahnya, tidak bermaksud sejarah merah putih harus bermula di jaman majapahit.

IPOH MALAY berkata...


5. Kalau dikatakan bendera Malaysia itu contekan bendera Amerika, kamu salah kerana Malaysia dan Amerika sama-sama menyontek bendera British East Hindies di mana bendera British east Hindies ditiru dari sang saka yang menjadi warisan nusantara. nah kamu lah yang kelihatannya membaca sejarah untuk mengukuhkan rasa benci pada tetangga. menyayangkan apabila sejarah yang kamu baca itu, adalah versi kamu . maka lanjutkan membaca sejarah dari versi yang lebih luas.

6. ini bukan soal malaysia indonesia singapura yang dicipta 1824 selepas inggeris membagi-bagi rantau ini dengan belanda. ini kisah lampau. kenapa dikatakan saya bawa-bawa nama tetangga. tiada siapa yang layak menghalang sejarah besar itu dikecil-kecilkan. apakah sejarah itu cuma selayaknya dipegang oleh bangsa anda sehingga anda boleh seenaknya menghurai mengikut keinginan anda dan memadam apa yang anda tidak suka?

7. saya tidak punya niat mencela negara anda apa lagi bernuansa yang buruk-buruk. ini adalah hal yang telah berlalu. kalau mau lihat yang buruk-buruk, ya, anda boleh lihat tulisan media anda dalam laporan dengan gaya kritis ke atas negara saya yang jaaaauuuuhhh lebih buruk dan lebih ramai pembacanya tetapi apa tindakan anda? contohnya : 'malaysia berulah lagi' .. ulah apa? bagi kami, 'ulah' itu adalah kata yang sangat berat tetapi apakah anda peduli akan hal itu? apapun, saya masih faham itu cuma perbahasaan laporan yang mahu mensensasikan. maka salahnya dimana kalo saya menggantikan kata 'menggunakan' dengan kata 'ciplak'. guru saya ialah media anda sendiri. salahkan mereka.

8. saya malah menulis dengan maksud bahawa di nusantara ini, selayaknya merah putih menjadi asas warna bendera semua negara. keburukan yang saya jelaskan hanyalah kepada cara ia disaran, iaitu melalui cara tidak formal, di atas jalan, bersifat politik dan tidak akademik melalui dokumentasi yang formal yang berhujung, bangsa anda akan menuduh 'malaysia maling lagi'. menuduh malaysia itu maling kan sudah menjadi budaya di sana.

9. tetapi dengan artikel ini, juga perbandingan ini, sudah tentu bangsa anda tetap tidak akan faham dan bukan urusan saya untuk membuat pencerahan sampai ke tanahair anda.

10. fahamkan dengan pemahaman total kerana gaya penulisan saya sama sahaja dengan gaya media negara anda berkata-kata. saya tidak menggeser sesiapa tetapi andalah yang cuba-cuba masuk untuk pergoki saya dengan suudzon yang anda sudah terbiasa, yang sedikit menjengkelkan. tapi yah, saya santai aja.

maaf diterima, sama-sama.

Ngerfan Lennon berkata...

Sebab ni la aku benci manusia. Pantat betul. Kita rakyat dunia, bukan rakyat bendera. Who gives a fuckin fuck?
Tak boleh ke jayakan equality?
Tak boleh ke semua hidup dengan aman?
Jijik betul manusia.

Soki Moh berkata...

sebenarnya lebih elok jika kita berbual isu masa depan negara kita berbanding mengungkit ungkit kisah lalu yang pedih,kalian perlu sedar yang baik dan jahat itu bukan kerna kaum atau negaranya tetapi kerna tangan2 manusia itu sendiri.kamu sendiri tahu lo apa maksud gue.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Mencontek Amerika, Amerika Mencontek British, dan British Mencontek Bendera Majapahit..
dan Majapahit berasal dari Indonesia, artinya semua itu berasal dari tanah Indonesia.

htt p:// 3.bp.blogspot. com/-R0u6KhlJaI8/UFbwCDXZCXI/AAAAAAAAB18/BKPF-V5VL4g/s1600/223802_10151195038751346_1231165310_n.jpg

Tanpa Nama berkata...

Malaysia baru lahir, Indonesia baru lahir, Brunei baru lahir, Singapura baru lahir. Saya benci sejarah versi apapun. Yang benar dan pasti bangsa Eropah telah sukses memenggal bangsa Melayu yang lemah, mudah diadudomba. Kebenaran itu dari Tuhan bukan dari sejarah yang ditulis sesuai dengan kepentingan penulis,