Sebelum PR menang besar 2008, tidak timbul isu ugut dan khianat seperti balingan cat merah, batu, peluru hidup, kelongsong peluru dan terbaru, duit orang Cina mati. Tapi selepas itu, bertingkat-tingkat kes tersebut direkodkan dan ada diantaranya menuju ke pihak pembangkang sendiri.
Jelaslah isu baling cat merah dan batu ke bas dua tingkat Anwar Ibrahim juga adalah kerja jurukhianat dan juruugut yang dilahirkan mereka sendiri.
Terbaru, Chua Tee Yong, menerima nilai 32 billion wang orang mati sebagai amaran agar tidak meneruskan debat dengan Menteri Besar Selangor berhubung isu Talam Corp.
Diugut dengan 'wang orang mati'
PUTRAJAYA 12 Sept. - Timbalan Menteri, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong hari ini membuat laporan polis mendakwa diugut dengan empat keping 'wang kertas orang mati' bernilai '32 bilion' bersama keratan akhbar berbahasa Cina.
Beliau yang juga Ketua Biro Profesional Muda MCA berkata, keratan akhbar itu berkaitan cabaran berdebat dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu penyelesaian hutang membabitkan Syarikat Talam Corporation Bhd. (Talam).
"Saya percaya wang kertas orang mati adalah satu cara ugutan atau amaran kepada saya supaya tidak meneruskan niat untuk berdebat dengan Menteri Besar Selangor berhubung isu Talam.
No comments:
Post a Comment