Monday, May 06, 2013

Masih Belum Mengerti Sebab Keputusan PRU13 ?



Allah itu sebaik-baik hakim. Dia lah seadil-adil pemberi keputusan. Namun keputusan PRU13 ini cukup jelas jika dilihat dari mesej yang boleh kita fahami.


1. Tumbangnya pemimpin PAS yang mengatakan tidak kepada kerjasama UMNO-PAS

2. Penguasaan non-Muslim ke atas institusi pembangkang menguat. Islam minoriti kecil.

3. BN rampas Kedah, PR Tambah kerusi Parlimen.

4. Puak yang menuduh org lain perkauman, kini terperangkap dalam kekangan perkauman.

5. Orang Islam yang mahu menjatuhkan pemerintahan orang Islam diperdaya bukan Islam.


Mesej jelas ialah, bukankah ini arahan 'dari atas' supaya orang Islam di negara ini kembali bersatu? Masa diberi, 5 tahun dari sekarang. Tanpa kuasa politik mencukupi, tidak ada gunanya berdegar-degar memperjuangkan Islam dalam pentadbiran. Fikirkan.

2 comments:

Anonymous said...

Brader,

Sebenarnya ada 2 tsunami yang melanda tapi ramai yg kesan hanya 1 sahaja iaitu tsunami cina. 1 lagi tsunami yang melanda ni orang tak perasan sebenarnya tapi gelombangnya telah mengakibatkan bn gagal ambil Selangor dan Kelantan dan hampir - hampir kalah di Terengganu. Tsunami yang aku maksudkan ialah Ustaz Azhar Idrus. Kenapa bn gagal ambil Selangor sbb UAI kata kalau bn ambil alih dia kata tiada lagi pengajian agama di masjid-masjid. Malahan Ali Rustam pun kena tempias sbb pernah menghalang UAI mengadakan ceramah di Melaka. Pengikut dia ramai dr Kelantan so tak heranlah kalau org Kelantan yang menjadi pengikut ceramah beliau bekerja di KL balik pangkah PAS. Terengganu bernasib baik walaupun UAI berasal dr Terengganu ttp sedikit sebanyk memberi kesan kepada pengundi muda.

Anonymous said...

pas & unmo perlu ada orang tengah. di mula ketua negeri. jangan kutuk mengutuk. hormat dan puji bangsa walaupun lain fahaman. umno perlu mendakati pas, bagitu sebaliknya. buangkan ego sombong.hormat rakan. siasat siapa memburukkan kita. mungkin babgsa lain. cubalah kita tenang fikir anak cucu kita 30 tahun akan datang.