Teman dimaklumkan pihak Persatuan Penjaja Kecil Taman Perpaduan yang merupakan sebuah NGO pro-BN totok yang dianggotai oleh berbagai lapisan kaum, akhirnya telah terpaksa bertungkus lumus mendapatkan sumbangan syarikat-syarikat perseorangan, individu-individu dan para peniaga bagi menjalankan program tersebut setelah melalui halangan yang cukup getir.
Hasilnya, dengan sumbangan usahawan-usahawati dan orang perseorangan yang mahu program ini terus dijayakan, ia telah berjaya dianjurkan dan dirasmikan oleh YB Datuk Aminuddin Md. Hanafiah, ADUN Hulu Kinta yang baru, yang memenangi kerusi tersebut dalam PRU ke 13 yang lalu.
Objektif sambutan tersebut pada mulanya adalah untuk membawa wakil rakyat yang memenangi kerusi Parlimen Tambun dan DUN Hulu Kinta bertemu para pengundi mereka di Taman Perpaduan. Namun ahli Parlimen Tambun yang juga Menteri Kewangan Kedua tidak dapat menghadiri program tersebut kerana perlu berada di Kuala Besut dan mewakilkan kepada ADUN Hulu Kinta.
Syukur, sambutan tersebut telah berjaya dilaksanakan tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak walaupun berlaku keengganan pemimpin masyarakat setempat untuk bekerjasama atas dasar-dasar yang tcukup tidak difahami.
Mereka ternyata tidak seperti peniaga Gerbang Malam yang sawan mendeklerasikan sokongan kepada DAP hanya kerana kemahuan tertentu tidak dipenuhi.
Tahniah teman ucapkan.
No comments:
Post a Comment