Isnin, Julai 08, 2013

Taufan Soulik Diramal Buatkan Jerebu Kembali


Formasi satu lagi taufan dalam musim taufan Pasifik Barat telah berlaku dan kini sedang mengumpul kekuatan dan bergerak ke arah Filipina.

Taufan Soulik dijangka memberi kesan 'pukulan jauh' ke atas negara ini terutamanya rantau Selat Melaka dengan penurunan kelembapan udara yang disedut olehnya dan membuatkan formasi awan hujan sukar terjadi.

Ini mengakibatkan cuaca menjadi kering dan memudahkan kebakaran tanah gambut berlaku yang mana pada ketika itu, asap kebakaran tidak dapat larut di atmosfera lalu menyelimuti permukaan bumi.

Kejadian sebegini menjadi punca jerebu bulan lalu yang menyaksikan bacaan IPU di Muar mencecah 746 apabila kebakaran hutan dan tanah pertanian di Riau tidak dapat dikawal akibat cuaca kering dan pergerakan angin yang ditarik ke perairan Taiwan - Filipina oleh Taufan Leepi dan Taufan Bebircan telah membuatkan asap tebal dari Riau menyelimuti selatan Semenanjung Malaysia dan Singapura.

Imej satelit hari ini jam 10 malam menunjukkan angin gurun yang kering dari Australia Barat dibawa oleh Monsun Barat Daya telah menghampiri Sumatera dari arah tenggara.



Tiada ulasan: