Tuesday, March 15, 2011

Kaum Chetty Mahu Jadi Bumiputra

Kaum Chetty, sub-etnik Tamil yang telah tiba di negara ini sejak 500 tahun lalu, dan berlainan sekali dengan etnik Tamil yang masuk 400 tahun kemudian, hari ini mahu memohon status Bumiputra dengan serius.

Teman sokong. Teman sokong proses pembumiputraan berperingkat. Cuma, untuk kaum Chetti, maaflah, teman reject. Kaum Chetty mungkin layak diberi status bumiputra sebelum segala-galanya musnah seperti hari ini.

Hari ini, oleh kerana pengaruh Tamil, mereka telah kembali mengasingkan diri mengikut etnik - perlu diingatkan bahawa Tanah Melayu adalah kawasan 'paksaan asimilasi' sebelum kedatangan British - maka mereka tidak lagi mengamalkan budaya Melayu dan bahasa Melayu di rumah.

Bagi teman, mana-mana kaum luar yang meninggalkan sub-benua mereka untuk menjadi warga negara Malaysia hari ini, meninggalkan bahasa dan budaya benua asal mereka atau mencampurkan unsur setempat dalam kebudayaan mereka dengan berinteraksi dan berasimilasi penggunaan budaya dan bahasa dengan orang Melayu, layak untuk menjadi Bumiputra.

Kaum Chetty perlu berusaha lebih lagi ke arah itu kerana hari ini mereka semakin menjauhi identiti Chetty zaman Melaka yang memang mengikut ciri-ciri mereka pada waktu itu, layak menjadi sebahagian Bumiputra.

Tuesday March 15, 2011

Chitty seek bumi status

By R.S.N. MURALI
newsdesk@thestar.com.my

MALACCA: Close to 1,500 families from the Chitty community here are hopeful that they will be given bumiputra status just like the Portuguese.

Malacca Chitty Association secretary K. Nadarajan Raja feels the community should be recognised in view of its historical roots in the state.

“The Chitty came here during the reign of founder Parameswara, long before the Europeans.

“We are appealing for bumi status as a way to preserve our identity as a community which existed here since ancient times.

Peta Tsunami Malaysia


Jangan mempersenda kejadian tsunami di Jepun. Ini kerana Malaysia masih mempunyai peluang untuk dihempas tsunami sekiranya berlaku gempa bumi lebih 6.0 pada skala Richter pada titik-titik di atas di dalam empat zon gempa yang memberi ancaman tsunami kepada negara ini.

Walaupun Pantai Timur Semenanjung selalu dihempas badai akibat tiupan monsun, tetapi kawasan ini dan pantai Sarawak mempunyai luatan cetek mengunjur hingga beratus-ratus kilometer ke tengah lautan. Secara relatifnya, kawasan ini dikira 'lindungan tsunami.

Tetapi untuk kawasan lain termasuk persisiran Pantai Barat Semenanjung, kejadian tsunami boleh berlaku jika gempa kuat berlaku di Laut Andaman.

Pulau Langkawi dan Pulau Pinang juga mendapat bentuk muka bumi dari kejadian tsunami besar beribu-ribu tahun lalu.

Perlu diketahui bahawa gempa bumi pada kedalaman minimum kerap berlaku di Laut Andaman dan Laut China Selatan.

Maka, Pantai Barat Semenanjung dan Pantai Barat Sabah merupakan kawasan yang paling terdedah kepada kejadian tsunami.

Pemantauan masa ke semasa boleh didapati di IRIS

Friday, March 11, 2011

Jepun Dilanda Tsunami 1.46 Tengahari Tadi


Imej dari NHK menunjukkan terjangan tsunami merempuh ladang di Kennesuma, Jepun setelah gempa bumi sekuat 8.9 pada Skala Richter menggegar kira-kira 130 km luar pantai di Timur Laut Jepun jam 1.46 petang waktu Malaysia tengahari tadi.

Susulan itu, berlaku gempa bumi di kawasan yang sama sekuat 6.4 pada skala Richter pada jam 2.06 petang, 6.4 pada skala Richter pada 2.07 petang, 6.8 pada skala Richter pada jam 2.15 petang, 7.1 pada skala Richter pada jam 2.25 petang , 6.3 pada skala pada jam 2.48 petang, 6.1 pada skala RichterRichter pada jam 3.14 petang dan 6.3 pada skala Richter pada jam 3.25 petang.

Belum diketahui angka kematian dari gempa bumi luar biasa yang permulaannya sekuat 8.9 pada skala Richter itu turut dapat dirasai di Beijing dan Seoul ini.




Saifudin Nasution Menipu Dengan Menuduh Tun M Penipu

Teman walaupun masih muda pada tahun 1998, masih belum lupa tragedi 2 September 1998, sehari selepas Putra LRT, sistem pengangkutan moden dan canggih tanpa pemandu dilancarkan di ibukota.

Teman masih belum lupa bahawa sumber-sumber yang hari ini berada dalam UMNO mahupun PKR yang menceritakan betapa Tok Nuar pada ketika itu bercakap panjang lebar dengan penuh amarah dan menumbuk-numbuk meja.

Teman juga masih ingat dengan WikiLicks pencacai Tok Nuar yang menyebut pada ketika itu Anwar membantah tuduhan rasuah ke atasnya dengan menyebut, " benda tu siapa yang tak buat?", al-konon untuk menarik beberapa lagi individu yang pada ketika itu sama sepertinya menelan wang haram jadah.

Takkanlah pemimpin UMNO pada waktu itu nak meWikiLickskan statement "siapa tak buat" yang dikeluarkan Anwar masa Mesyuarat Tergempar MT tu ye tak? Siapa yang nak selak kain tunjuk kurap di bontot ye tak?

Maka, jelas, sumber Anwar berucap sampai songkok ke mana apa ke mana ini keluar dari orang yang pada ketika itu taksub kepadanya.

Maka tak perlulah Saifudin Nasution mengharap agar penipuannya ini dilihat sebagai peluang untuk dirinya diangkat menjadi gundik kesayangan Tok Nuar yang sedang bersidang di mahkamah dengan iringan ungka-ungka yang menyokongnya.

Buat malu orang Mendailing je. Mendailing Kelantan. Hahaha. Nampak benor nipunyer. Kelantan mane ade Mendelen.

PKR memang parti kencing. Kurang-kurangkanlah kencing. Kerap kencing itu petanda masalah buah pinggang. Masalah buah pinggang tu petanda...

Thursday, March 10, 2011

Kuda Trojan PKR Dalam Kabinet Najib Mahu Jumpa Bloggers

Dikhabarkan Timbalan Menteri ini mahu berjumpa dengan bloggers malam ini. di Restoran NZ Jalan Ampang. Bloggers mana yang ingin ditemui olehnya? Bloggers pembangkang? Untuk apa? Untuk umum keluar Barisan Nasional ke? Itu kita tak tahu. Memang BN tidak perlukan ahli politik besar kepala seperti ini.

Sudahlah angkuh, dia juga dipercayai seorang Ahli Parlimen yang telah bersiap untuk lompat parti sekiranya Gerakan 16 September benar-benar terjadi. Maka untuk apa disimpan pemimpin jenis ini?

Timbalan Menteri ini pernah mengucapkan kepada bloggers, "You all not intellegent, this is a new politic" dan "Jangan sampai I balun you all bloggers. Tunggu masa saja". Selain itu, dia juga dia turut:

1. Memuji Buku Jingga yang dikeluarkan oleh Pakatan Haram.

"Selain menyokong diadakan forum yang melibatkan wakil-wakil pelbagai parti di universiti bagi menghidupkan roh demokrasi di pusat-pusat pengajian tinggi, beliau juga mengakui pertembungan Buku Jingga dan Buku Biru merupakan sesuatu yang baik kerana boleh menyegarkan demokrasi di tanah air."

2. Memuji kerjasama Pakatan Haram.

" Manakala dasar yang diperjuangkan oleh PKR, DAP dan PAS yang menolak politik perkauman, sememangnya baik bagi melahirkan perubahan politik di tanah air."

3. Dan yang paling memualkan, memuji dan membodek Al Jubs.

"Selain itu, beliau turut mengakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai personaliti yang hebat dan mempunyai pandangan jauh dalam pelbagai perkara, sehingga turut diakui dunia. "Dalam hal ini, bergantung kepada perspeksi masing-masing. Bagi BN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahaya besar, tetapi bagi Pakatan Rakyat, untung besar. Tetapi yang itu bukanlah politik segar yang rakyat nak tengok"

Berapa lama lagi agaknya Timbalan Menteri jenis ini mahu disimpan? Gerakan mendesak Timbalan Menteri kuda trojan pembangkang yang pernah dilamar bagi merealisasikan rampasan kuasa 16 September ini telah pun dimulakan. PM jika berkenan dengannya, wajib sedar, ramai yang tidak berkenan dengannya. Rakyat didahulukan, trojan diterajangkan.

Wednesday, March 09, 2011

Antara Pro-BN Dan Pro-Realistik

Kebanyakan blog Pro-BN seperti Ipoh Malay, sebelum PRU 12, bukanlah pro-BN sangat. Malah blog ini yang mula tumbuh sejak parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008 bersifat skeptikal terhadap BN akibat isu-isu semasa pada ketika itu. Pandangan masyarakat sekeliling juga diambil kira lalu blog ini cenderung kelihatan anti-BN sebelum PRU 12. Malah sebelum PRU 12 lagi, blog ini yakin, BN akan kehilangan dua pertiga.

Tetapi beberapa hari selepas PRU 12, blog ini telah mengubah persepsi terhadap BN apabila perebutan kuasa dan pencabaran atas kuasa politik orang Melayu oleh Barisan Rakyat (nama mereka ketika itu) menimbulkan kemarahan ramai orang Melayu di Perak.

Seterusnya, blog ini mendapati, hanya BN merupakan asas politik yang kukuh untuk mentadbir negara ini berbanding Pakatan Rakyat, walaupun pemimpinnya di peringkat akar umbi sebenarnya adalah liabiliti kepada BN itu sendiri.

Hasilnya, sehingga hari ini, persepsi itu tidak tersanggah oleh kerana PR tidak pernah melakukan perubahan yang meyakinkan untuk dijulang sebagai pentadbir negara ini sebagai alternatif kepada BN.

Jadi untuk menyebut blog ini berdiri sebagai Pro-BN sebenarnya tidak tepat. Blog ini lebih senang dikenalpasti sebagai blog Pro-Realistik yang menyokong mana-mana pihak yang benar-benar layak mentadbir negara ini.

Puak pro-realistik telah berkembang di dalam kelompok orang Melayu hari ini. Ada yang menyebut, "walaupun aku tak suka UMNO, aku akan undi BN, sebab PR hanya akan merosakkan negara"

Mesej seperti ini disampaikan dari hari ke hari oleh blog ini dan banyak lagi blog yang digelar 'Pro-BN'.

Berbanding Unit Media Baru yang ditubuhkan setelah UMNO merasa goyah pasca-PRU 12, UMB seharusnya tidak banyak berbangga kerana puak pro-realistik dalam masyarakat sehingga hari ini tidak berminat dengan UMNO walaupun mereka mengundi BN.

Sebab apa? Bukan sebab siapa-siapa. Sebab UMNO sendiri yang tidak mencermin diri sendiri.

Lebih hebat, puak pro-realistik ini berani mengkritik UMNO sendiri dengan alasan, " Dengan berada di luar UMNO, dengan mengundi BN, kami lebih bebas melontar rasa tidak puas hati kami terhadap pemimpin UMNO peringkat pertengahan yang lebih dari Napoleon sifatnya, kerana apa? Kerana sebab kamilah, mereka mempunyai peluang untuk menunjuk buruk laku, dan sebab kami jugalah mereka sepatutnya berambus".

Tuesday, March 08, 2011

Kuan Yew Akhirnya Mengaku Silap

" Singapura mana ada hantu? Yang ada cuma hantu tua tu je yang nak ngajor kite macam mana nak mentadbir negara " - Husin

Kuan Yew mengaku silap berhubung integrasi Melayu-Islam

08/03/2011 3:39pm

SINGAPURA 8 Mac – Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew mengakui beliau silap tentang integrasi kaum Melayu dan Islam yang begitu baik di Singapura.

Laporan akhbar The Straits Times hari ini merujuk satu kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri itu malam tadi berhubung kenyataannya dalam buku terbarunya “Lee Kuan Yew: Hard Truths To Keep Singapore Going”, dan reaksi yang timbul berikutan kenyataannya.

"Hard Truths adalah sebuah buku berdasarkan kepada siri temu ramah selama 32 jam dalam tempoh masa dua tahun,” kata beliau.

"Saya telah membuat satu kenyataan mengenai integrasi umat Islam dengan komuniti lain pada dua atau tiga tahun lepas. Menteri-menteri dan Anggota Parlimen, kedua-dua kaum Melayu dan bukan Melayu, sejak itu memberitahu saya bahawa Melayu Singapura sebenarnya mengambil usaha-usaha khusus untuk berintegrasi dengan masyarakat yang lain, terutama selepas 9/11, dan bahawa apa yang saya nyatakan itu adalah ketinggalan zaman.

"Saya mengaku silap. Saya harap trend ini (integrasi) akan berterusan pada masa hadapan,” kata Kuan Yew.

Buku itu, berasaskan kepada siri temu bual yang diberikan oleh Kuan Yew kepada sepasukan tujuh wartawan daripada The Straits Times, diterbitkan oleh Straits Times Press dan dilancarkan pada 21 Januari lalu. – Bernama

Gadaffi Sedia Undur Diri, Mahu Keluar Dari Libya, Mahu Jaminan Keselamatan Diri, Keluarga Dan Harta Benda

Maklumat terbaru mendedahkan bahawa Muammar Gaddafi semalam telah menghantar perunding bagi pihaknya untuk berunding dengan Majlis Interim Nasional di Beghazi berkait kesediaannya untuk melepaskan kuasa dan meninggalkan Libya dengan jaminan keselamatan untuk dirinya dan keluarganya.

Sumber menyebut bahawa syarat yang ditetapkan oleh Ghadafi adalah seperti berikut : Kongres Rakyat (parlimen Gadaffi) akan mengisytiharkan Gadaffi meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Majlis Nasional. Sebagai balasan, Gadafi mahukan jaminan keselamatan untuk dirinya, keluarganya dan harta kekayaannya.

Dalam perbualan telefon dengan Asharq al-Awsat, sumber mendedahkan bahawa Gaddafi mahukan bantuan untuknya meninggalkan Libya, yang ingin dilakukan olehnya, tanpa bakal ada desakan dari mana-mana pihak untuk mengheretnya ke mahkamah antarabangsa.

Sumber tidak mendedahkan maklumbalas dari pihak Majlis dan hanya menyebut "belum ada maklumbalas rasmi berhubung tuntutan Gadaffi sama ada positif mahupun negatif". Walaubagaimanapun sumber tersebut menyebut bahawa iklim politik semasa Libya memungkinkan menolak segala bentuk rundingan dengan Gadaffi sekeras-kerasnya.

Sumber juga menyebut bahawa semalam, Gaddafi telah mengagihkan sejumlah senjata kepada "Abna al-Rafaq", sekumpulan muda-mudi yang setia kepadanya di Tripoli bagi mencetuskan huru-hara dan memperlihatkan gambaran yang mengelirukan di mata antarabangsa.

Sumber itu menyebut, golongan ini akan menguasai jalanan dan menembak secara rambang bagi mencetuskan kekacauan dan kepanikan dikalangan rakyat tatkala Gadaffi sendiri memanggil wartawan asing untuk membuat liputan di Tripoli.

Sumber : Asharq al-Awsat


Gaddafi sends negotiators to Benghazi
07/03/2011

By Jamaal Al-Qasass

Cairo, Asharq Al-Awsat- Informed Libyan sources in the city of Benghazi, where the headquarters of the Interim National Council are located, which has recently put forth its candidates to administer the country in the coming period, have revealed that Colonel Muammar Gaddafi yesterday sent a negotiator on his behalf to visit the Council. [Via the negotiator], the Libyan leader declared his readiness to abandon power and leave Libya, in return for ensuring the safety of himself and his family.

KLIK UNTUK BACAAN LANJUT

Selamat Merenung Kejahanaman 8 Mac 2008

Pagi ulangtahun ketiga pilihanraya umum ke 12 di Pulau Pinang, Perak dan Selangor disambut hujan yang turun mencurah.

Kebetulan ini mewarnai politik Selangor dan Pulau Pinang sendiri yang menyaksikan 'kuasa rakyat' dan 'kebebasan' ala Pakatan Rakyat sebenarnya sesuatu yang kotor dan sedang dicuci.

Pulau Pinang menyaksikan penindasan berleluasa bukan sahaja terhadap orang Melayu, malah terhadap orang Cina sendiri akibat pemerintahan kuku besi seorang pendatang luar Pulau Pinang bernama Lim Guan Eng.

Selain orang Melayu yang ditindas dengan pemusnahan tempat mereka berniaga, orang Cina juga berhadapan dengan ancaman seperti ugutan bunuh pemimpin Parti Cinta Malaysia dan bukti dari kejadian cubaan membakar diri depan Ketua Menteri oleh seorang peniaga Cina.

Utusan Malaysia juga disekat kerana terlalu banyak menyiarkan jubur Guan Eng yang berlomoih tahi ketika mulutnya berkokok berderai-derai. Itulah kebebasan dan kuasa rakyat makan rakyat ala Pulau Pinang.

Semantara itu, Selangor yang dikepalai oleh bekas Pengerusi PNB yang dikatakan puas mencuri kekayaan hasil pelabur dengan dipalit dek najis-najis DAP dalam insiden bunuh diri Teoh Beng Hock dan larangan logo 1Malaysia merupakan tunggak lambang kebebasan ala gangster Cina yang menjajah pemimpin Melayu sama seperti Melayu bodoh dahulukala yang akhirnya menyebabkan campurtangan British.

Bukan itu sahaja, Selangor menjadi negeri pertama yang mencampuri urusan SPA sedangkan ramai berpendapat bahawa Tan Sri S.H. dan Tan Sri I. A. , dua nama tertinggi dalam penjawat awam merupakan orang yang pro kepada mereka. Nampaknya ketamakan tidak mengenal sahabat.

Malah, seorang bangang yang pernah diberi jawatan Menteri Kewangan oleh bapa angkatnya walaupun berkelulusan sastera jerit menjerit di tepi jalan, telah dilantik menjadi penasihat ekonomi bagi memantapkan tiga tahun perekonomian Selangor yang telah disuburkan dengan kegiatan curi pasir, hotel-hotel murah dan rumah-rumah urut.

Selamatkah dua negeri ini pada pilihanraya umum ke 13? Jika hujan membasuh kotoran Selangor dan Pulau Pinang selama 10 hari 10 malam sekalipun, ia tidak akan membersihkan apa-apa.

Hanya 1 minit ilham pengundi di bilik mengundi yang akan mengubah segala-galanya.

Kesilapan UMNO dan BN dalam era pra-2008 yang menyaksikan Pak Lah dan KJ menjadi hinaan segenap lapisan rakyat patut dijadikan iktibar.

Selamat merenung kejahanaman 8 Mac 2008.

Monday, March 07, 2011

PAS Bakal Sebut Pengundi Merlimau & Kerdau Sebagai 'Bodoh'

Kemenangan bergaya BN di Merlimau dan Kerdau bakal membuatkan PAS mengutuk dan mengeji para pengundi di DUN dua tersebut; satu tabiat biasa yang sinonim dengan orang Islam ala PAS - iaitu Islam ala Muamar Ghadafi - yang tidak menerima hakikat.

Ini biasa mereka lakukan dengan menuduh pengundi di Sarawak memakai cawat, dan pengundi di pendalaman Kelantan yang dimenangi BN adalah bodoh.

Sepatutnya, merekalah yang perlu menilai kebodohan diri mereka sendiri dan hentikan lawak-lawak jenaka yang tidak menjadi sesuatu yang diperlukan dalam politik. Oh lupa. PAS memerlukan lawak jenaka. Jika tidak, mereka tidak menjaja juri Raja Lawak musim lalu, Bob Lokman yang sudah puas bermaksiatan untuk mengadakan Lawak Tour.

KUALA LUMPUR 6 Mac – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu hari ini dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

Di DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di DUN Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Air (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

Bagi DUN Merlimau, majoriti yang diperoleh oleh calon BN meningkat kepada 3,643 undi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 sebanyak 2,154 undi. Begitu juga di DUN Kerdau, majoriti undi BN bertambah daripada 1,615 undi pada tahun 2008 kepada 2,724 undi pada pilihan raya kecil kali ini.

Thursday, March 03, 2011

Iran Ancam Boikot Olimpik 2012

Iran mengancam untuk memboikot Sukan Olimpik 2012 di London. Alasan utamanya kerana logo Olimpik itu sendiri. Jawatankuasa Olimpik Iran menyebut bahawa lambang tersebut membawa aspirasi Yahudi secara terang-terangan.

Lambang yang agak hodoh itu sebenarnya turut pernah dibantah oleh warga Britain sendiri. Namun pihak penganjur menyebut, lambang yang funky, muda dan kreatif itu akan terus digunakan.

Apa aspirasi Yahudi yang disimbolkan? Ia tidak lain dan tidak bukan ialah terjemahan '2012' itu sendiri yang dikatakan sengaja dibuat supaya menyerupai perkataan ZION.

Zion merupakan nama bukit di Israel yang mana para penyokong aliran Zionis dalam puak Yahudi menyebut bahawa pemerintahan dunia di bawah Zionis akan berpusat di Zion. Dari nama bukit tersebutlah wujudnya pengikut fahaman Zion yang menggelar diri mereka Zionis dan merangka misi memerintah dunia dengan dogma-dogma menyesatkan.