Sunday, July 17, 2011

Akibat Rosmah Mansor Dan Cincin Berlian US$ 24 Juta , Ramai Pilih Ke Neraka

Adakah kerana muka Rosmah Mansor yang ketat itu membuatkan dia boleh difitnah sesuka hati? Bukanlah nak membela sangat orang yang mahal senyuman, tetapi membela orang yang menjaja fitnah dan penipuan lebih azab pengakhirannya.

Fitnah cincin berlian Rosmah Mansor yang kononnya berharga US$ 24 juta, terus di jaja, dan mereka yang tenging, menyambung penjajaan itu dan sudah tentu andai Rosmah Mansor ke neraka sekalipun, dia tidak berada di dasar neraka api hitam legam tempat para pemfitnah ini dikumpulkan.

Setelah meneliti punca fitnah ini dari Blog MiM, dalam masa 1 minit, teman terlihat satu kesilapan pada penipuan dan pengubahsuaian data paparan maklumat Kastam di mana penipuan tersebut dilakukan oleh seorang yang ingin menipu namun dek kerana bodohnya dia, titik noktah yang ditinggalkannya menjelaskan segala-galanya.

Titik noktah dalam sistem komputer tidak digunakan pada keterangan-keterangan pendek. Titik ini digunakan bagi menggambarkan kependekan sesebuah perkataan seperti Saint kepada St. ataupun Yang Amat Mulia kepada Y.A.M.

Pada gambar pertama sendiri telah jelas bahawa penggunaan noktah dihujung ayat tidak menjadi amalan dalam kerja memasukkan data ke dalam sistem.

Namun kegelojohan untuk menipu dan menyelitkan nama Rosmah Mansor dalam dakyah kenerakaan ini membuatkan pengubah data itu lupa bahawa dia telah memasukkannya di ruangan alamat! Bagaimana 'remarks' dalam sesebuah sistem tidak berisi alamat?




Lebih menghairankan, mengikut rekod dari rekod The Most Expensive Journal di http://most-expensive.net/diamond-2008 , hanya terdapat dua bentuk cincin berlian paling mahal di dunia dan jika Rosmah Mansor 'memang membeli' cincin berlian The Wittelsbach-Graff Diamond ini, perkara ini menjadi hebahan dunia barang kemas dunia dan Laurence Graff pasti akan menyebut-nyebut pada siapa dia jualkan cincin itu dan jika dibariskan Rosmah Mansor yang bersuamikan seorang Perdana Menteri bergaji RM22,000 sebulan itu, dengan hartawan-hartawan dunia dan billionair yang turut ingin memiliki khazanah tersebut, siapa yang mahu menjual cincin tersebut kepadanya?

HENTIKANLAH MENJAJA FITNAH INI KERANA DI AKHIR ZAMAN SEPERTI INI, ALLAH MEMBALAS DENGAN SEGERA. SAYANGILAH ANAK BINI IBU-BAPA DAN SEKELUMIT HARTA YANG KITA ADA KERANA DENGAN MENJAJA FITNAH SEBEGINI, KITA MUNGKIN DI DIAMKAN DENGAN SATU PEMBALASAN YANG TIDAK KITA DUGA AZAB SENGSARANYA . :

The Wittelsbach-Graff Diamond – $23.4 million

World's Most Expensive Diamond - The Wittelsbach-Graff

The Wittelsbach-Graff diamond is a 35.56-carat blue diamond mined in India. The historic diamond was chosen by King Philip IV of Spain as part of the dowry for his daughter, the Infanta Margarita Teresa. Her suitor, Leopold I, later became Holy Roman Emperor and passed the diamond on to his heirs after she died in 1673. When the Archduchess of Austria married Bavaria’s Crown Prince in 1722, the diamond became known as “Der Blaue Wittelsbacher” (The Blue Wittelsbach) after the Crown Prince’s family. This diamond became the most expensive diamond in the world after being sold to London-based jeweler Laurence Graff in 2008. Graff immediately had the gem altered in order to enhance its color and remove some damage to its girdle, an action decried by some gemstone experts.

The Graff Pink – $46 million

World's Most Expensive Diamonds - The Graff Pink

Before this 24.78-carat “fancy intense pink” diamond was sold in 2010 to Mr. Graff at a Sotheby’s in London auction, it had last been sold by renowned jeweler Harry Winston. Pink diamonds are extremely valuable and only the rarest weigh more than 20 carats. It is unknown whether or not Graff plans to alter the Graff Pink. Sotheby’s made an additional $60 million on diamonds at the same auction.


P/S :Tolong tanya budak-budak Kastam yang kantoi rasuah awal tahun ni. Siapa punya kerja tak cerdik ni?

Thursday, July 14, 2011

Amerika Syarikat Pandang Serius Tindakan Ganas Polis Malaysia

Main aci kejar di Perancis, tak ganas lah. Gurau manja je.

Main polis sentri lututku di badanmu di Perancis. Tak ganaslah. Ok je.

Acara lepuk-lepuk manja dan balun-balun sayang di Canada. Belum ganas lah.

Pesta polis pijak demonstran yang cukup berperikemanusiaan di Canada.

Acara membanting cota ke perut di Britain, tak kejam, mengubat sakit pinggang.

Acara korek hidung oleh pasukan beruniform. Santai dan mesra di Sepanyol.

Acara kepala siapa tempurung besi di Sepanyol. Tidak ganas. Cuma menghilang migrain.


Kekejaman polis menyembur air kepada para demonstran di Malaysia. Kejam, ganas, dan tidak berperi kemanusiaan kerana boleh mengakibatkan mati lemas, paru-paru berair, sawan babi dan muka herot.

Propaganda tajaan rakyat tempatan yang bukan sahaja memalukan negara, tetapi memalukan diri mereka sendiri. Gi balik la. Jaga anak bini.

Thursday, July 07, 2011

Kononnya Facebook, Tweeter dan Talian Telefon Disekat Pada 9 Julai


Kalau dah kerjanya mengganggu gugat ketenteraman, mereka akan buat apa sahaja untuk memastikan ketenteraman akan digugat. Contohnya dengan mengeluarkan kenyataan berupa hasutan kononnya tindakan menyekat Facebook, Tweeter dan talian telefon mudah alih akan dibuat pada 9 Julai ini.

Perhimpunan yang dibenci orang ini tidak sama dengan di Mesir yang membawa berjuta orang ke jalanan dan itu pun membuatkan pemerintah Mesir mengambil masa beberapa hari sebelum tindakan menyekat laman sosial dan talian telefon dibuat.

Apa sangat dengan perhimpunan bodoh BERSHIT ini? Lihat statistik undian di Facebook di atas. Ini sangat jelas menunjukkan BERSHIT tidak sama dengan gelombang kebangkitan rakyat di Mesir yang menumbangkan diktator Hosni Mubarak yang memerintah berpuluh-puluh tahun dan terang-terangan menipu dalam pilihanraya.

Untuk mengundi di Facebook, klik SINI

Thursday, July 7, 2011

Facebook, Twitter dan mungkin Line Handphone Akan Dimatikan Sabtu Ini

Tulang Besi mendapat maklumat yang tidak dapat Tualng Besi sahkan tapi wajib Tulang Besi kongsi bersama keseluruhan rakyat Malaysia.

Diberitakan ada arahan telah dikeluarkan kepada MCMC untuk menutup aksess kepada Google,Facebook, Twitter, Youtube serta beberapa laman sosial yang lain pada hari Sabtu ini seluruh Malaysia./

Tujuannya adalah supaya semua komunikasi dimatikan bagi menyukarkan peserta-peserta BERSIH berkumpul dan berarak Sabtu ini.

Juga diharapkan supaya maklumat-maklumat yang "merbahaya" kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak mudah disebarkan kepada rakyat Malaysia.

Mereka telah belajar dari Kebangkitan Arab di mana gambar-gambar serta "footage" rakyat ditembak, dipukul, dibelasah dan disiksa tersebar dengan meluas menyebabkan revolusi menjadi semakin marak.

Mereka juga belajar dari Mubarak, Gaddafi, Assad dan Raja Khalifah untuk mematikan aksess ke laman-laman sosial ini bagi menjamin kelansungan perhimpunan BERSIH terjejas.

Tulang Besi juga diberitahu servis handfone sekitar Kuala Lumpur juga akan dimatikan oleh ketiga-tiga operator: CELCOM, MAXIS dan DIGI. Ini selaras dengan tindakan yang diambil oleh Mubarak sewaktu bermulanya Revolusi Mesir tempohari.

Namun, kasihan juga Mubarak sekarang ini disaman berpuluh-puluh juta kerana kerugian yang ditanggung oleh syarikat2 handfone di Mesir.

Maka, bersedialah wahai mereka yang bakal menjadi peserta.

Tuesday, July 05, 2011

300,000 peserta BERSIH?

Raja Petra membidas pemberian kebenaran untuk Ambiga berjumpa dengan YDP Agong dengan menyindir pihak polis dengan perhimpunan haram yang kononnya mampu menarik 300,000 orang ke jalan raya.

Ini kerana katanya, sesebuah stadium tidak mampu menampung lebih dari 200,000 orang dengan ketiadaan tempat letak kereta yang mencukupi, akan menjadikan perarakan ke stadium tersebut tidak jauh beza dengan perarakan BERSIH di tengah jalanraya.

Sejurus selepas Pakatan Rakyat merampas Selangor, satu perhimpunan dibuat di Stadium Kelana Jaya bagi memprotes kenaikan harga minyak. Berapa ratus ribu yang hadir? Sudah tentulah isu ini menarik minat pihak yang menyokong kerajaan juga apabila tiba-tiba menanggung kenaikan harga minyak yang melampau.

Lihat gambar di atas. 300,000 kah? 300,000 adalah sama banyak dengan penduduk Brunei Darussalam, atau seluruh penduduk Ampang Jaya.

Nampaknya perhimpunan kali ini dibenci oleh ramai pihak. Sebanyak mana pula yang mampu mereka kutip untuk dikumpulkan?

Yang penting, baik sahaja Stadium Kelana Jaya digunakan lagi kerana ia terletak dalam negeri Selangor yang diperintah PKR dan yang susah adalah penduduk Kelana Jaya sendiri yang mengundi PKR. Mampus la korang nak berhimpun berapa ratus ribu sekali pun.

Akhirnya BERSIH 2.0 setuju berdemo di stadium

Setelah mengadap Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hari ini, BERSIH 2.0 bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Bagaimanapun setakat ini belum ditentukan stadium mana yang akan digunakan tetapi tarikh pada 9 Julai ini tidak berubah.

NONEJawatankuasa itu yang terdiri daripada pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga, Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dan presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, petang tadi.

Menurut Ambiga, pada sidang media selepas pertemuan itu, pihak jawatankuasa BERSIH 2.0 berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa.

Ditanya wartawan sama ada tindakan itu satu bentuk tolak ansur, Ambiga menjawap 'Ya".

Sebelum ini, sumber yang rapat dengan pihak penganjur, memberitahu Malaysiakini tidak ada ahli politik yang menyertai pertemuan berkenaan.

NONESejak jam 1.30 petang, ketiga-tiga pemimpin itu menunggu di pondok pengawal menanti untuk masuk sebelum dibenarkan berbuat demikian pada jam 1.55 petang tadi.

Kira-kira 15 anggota polis bertugas mengawal keselamatan di pintu masuk Istana negara.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

NONETuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. (malaysiakini)

Friday, July 01, 2011

Contohi Persaudaraan Umat Islam Thailand

Bukan tak boleh berdemo. Tapi tengok isu lah juga. Last teman join demo ialah pada petang bulan puasa yang terik pada tahun 2004 di depan kedutaan Thai susulan kekejaman Thaksin Sinawatra ke atas penduduk Islam Tak Bai.

Hal itu tidak mendapat tempat di meja rundingan. Tidak ada komitmen dari pihak Thailand untuk mengajak umat Islam negara ini yang marah, untuk berunding di meja rundingan. Tidak seprti SPR yang membuka pintu rundingan seluas-luasnya untuk puak-puak yang menggerakkan Bershit 2.0.

Hasilnya lumayan. Selang dua tahun, Jenderal Sonthi Boonyaratlin, pemimpin tertinggi tentera Thailand yang beragama Islam, mendapat mandat dari Raja Thai untuk menggulingkan Thaksin Sinawatra atau nama cinanya Khoo Tat Seng. Tetapi hasilnya ada pihak Barat yang masuk untuk mewujudkan Merah lawan Kuning di sana.

Hari ini, Jenderal Sonthi menjadi pemimpin Parti Matuphumi (Parti Bumiputra), sebuah parti Islam yang mensasarkan 10 kerusi di selatan Thai dalam pilihanraya umum yang bakal diadakan.

Walaupun Sonthi bukanlah merupakan kaum Melayu yang berasal dari Selatan Thai, sebagai umat Islam, walaupun datuk neneknya memang Islam Ayuthia sejak zaman Islam menguasai Ayuthia, rasa persaudaraan yang dekat antara umat Islam dalam negara yang mana umat Islam adalah minoriti kecil, cukup memberi pengajaran kepada negara kita.

Di negara ini, umat Islam berpecah, dan dipecahkan oleh fahaman politik yang rumit dan bercelaru. Umat Islam yang menyokong PAS dilihat tidak langsung mempedulikan tindak-tanduk mereka yang salah semata-mata kerana merasakan diri mereka paling betul.

Perkara seperti ini jelas menjadi bahan tepuk tangan utama pendiri agenda menumbangkan penguasaan Islam di negara ini bagi menjadikan negara ini sekular sekurang-kurangnya pada tahap pancasila Indonesia.

Siapakah yang jelas akan diazab sekiranya negara ini menjadi sekular mutlak? Bukan orang kafir yang memang disediakan tempat khusus untuk mereka di neraka. Sudah tentu umat Islam yang bermati-matian mengikuti mereka atas dasar sombong, benci, dengki dan riak.