Wednesday, May 08, 2013

Wakil Pembangkang Dalam Kabinet?

Bila disebut Kerajaan Perpaduan, puak-puak hitam dalam PAS akan terlompat menentang. Mereka tidak sedar, pemimpin jenis mereka dalam PAS telah ditamatkan Tuhan dari terus menjadi batu penghalang melalui tangan-tangan rakyat.

Mereka menyebut penyokong UMNO cuba menghulur tangan perpaduan untuk bekerjasama ketika UMNO semakin lemah. Lemah? Perhatikan kembali keputusan PRU13. UMNO semakin menguat. 

Ini adalah lantaran rakyat Melayu Islam (kecuali Kelantan dan Terengganu yang bebas ancaman DAP dan Selangor yang berjuang mendominasikan PAS berbanding DAP dan PKR) telah memberi mandat dan sokongan luar biasa kepada UMNO dan mereka kini mengajak PAS bekerjasama dengan UMNO yang mereka kukuhkan.

Sebagai permulaan, tidak mungkin ada salahnya untuk kerajaan BN yang baru ini untuk melantik ahli Parlimen PAS yang pro-perpaduan untuk mengisi portfolio tertentu. Tidak ada salahnya untuk UMNO memperlihatkan keprihatinan mereka ke atas pentingnya kerajaan perpaduan hatta sebelum kerjasama ini ditandatangani secara rasmi.

Segalanya terletak atas pundak kebijakan UMNO sendiri namun untuk dipenuhkan kabinet dengan  ahli Parlimen Bumiputra, sudah tentulah tidak sesuai pula dengan demografi negara ini.

Maka apa pula salahnya jika UMNO melantik wakil DAP yang bersesuaian seperti Tan Seng Giaw sebagai contoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Perlukah dinaikkan wakil dari Gerakan dan MCA yang gagal? Negara kini perlu pimpinan pragmatik dan realistik. Perlukah mereka marah? Mereka mewakili siapa? Orang Cina? Hahaha sahajalah.

Dengan meletakkan wakil pembangkang ke dalam kerajaan memerintah, aspek tertentu dalam ukuran transparansi dapat dicakupi apabila mereka ini berpeluang melihat sama ada tohmahan mereka ke atas ketelusan kerajaan selama ini berasas atau tidak.

MALAH MEREKA AKAN DAPAT SEDAR DENGAN SENDIRINYA UNSUR-UNSUR YANG MENGANCAM INTEGRITI MEREKA SEBAGAI PEMEGANG PORTFOLIO BAGI SESEBUAH KEMENTERIAN DAN BAGAIMANA CARA MEREKA MENANGANINYA.

Dengan memperbaiki persepsi umum melalui penyertaan wakil pembangkang ke dalam kabinet, Malaysia mungkin melakar sejarah baru  dan  lebih dipandang tinggi oleh negara luar.

Ini tentulah menjadi titik tolak ke atas lambang ketelusan UMNO yang pada satu ketika kelak bakal menjadi sejarah ulung peradaban cara Malaysia yang akhirnya terkeluar dari kekangan permasalahan sikap berpuak dan perkauman akibat politik.


7 comments:

Anonymous said...

blogger bodoh..baik ko suruh najib lantik anwar jd menteri kewangan ! mangkok!

Anonymous said...

Anwar nak dilantik jadi menteri kewangan? Tak layak langsung... yang layak untuk peliwat tu adalah menteri LGBT...

Anonymous said...

setakat nak bagi jawatan timb menteri kebudayaan, adat isitiadat, pelancongan, sukan.....aku rase xde masalah

Anonymous said...

Kalau depa menang kau ingat mereka nak lantik menteri dari BN ka?.Berlambak lagi tokoh di luar mana-mana parti yg boleh jadi menteri lantiklah mereka jika mahu.Jangan sesekali pengkhianat di jadi kan rakan.

Anonymous said...

ish ish..sangat tak cerdik pandangan ni.

apa kurang benar MP2 BN dalam kepakaran2 tertuntu sampai nk lanti mereka. kalau mereka menang mampus mereka tak layan MP2 BN ni.

buat baik kat org yang jelas akan gigit jari buat apa.

p/s : yang penting sekarang jawatan Menteri KDN mestilah orang di luar politik. tak tak takut nk buat keputusan sebab tak perlu bimbang hilang undi di parlimen.. cadangan aku Bekas Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Musa Hassan. Rahim Noor okay cuma org PR sangat2 bencikan dia. kan letih nk menjawab serangan peribadi je nanti!!

Anonymous said...

Setuju dgn admin. Mereka spt Tan Sri Lee Lam Tye contohnya wajar difikirkan naik taraf sebagai Menteri bagi mewakili masyarakat cina di dalam kabinet.

Anonymous said...

Apalah blogger ni... masih tak faham-faham lagi pasal hal cina ni. STOP IT.

KITA KENA FIKIRKAN MACAM MANA NAK SATUKAN MELAYU DAN ISLAM!!!!!

DON'T WASTE TIME LA.