Tuesday, April 29, 2014

Nilaikan tahap sakit jiwa macai PR









Penang Front Party, parti pro-BN , musuh baru DAP di Pulau Pinang



PULAU PINANG 28 April - Sebanyak 44 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Cina di negeri ini hari ini merancang membentuk sebuah parti politik baharu dikenali sebagai Penang Front Party (PFP) bagi menentang DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor.

Pengerusi Penaja parti itu, Datuk Go Chui Tiong berkata, gabungan NGO daripada pelbagai latar belakang termasuk pendidikan, perniagaan dan kebajikan tersebut ketika ini mempunyai lebih 4,000 ahli.

Tambah beliau, pihaknya akan menyerahkan dokumen pendaftaran parti itu kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini dan akan bertanding atas tiket Bebas sekiranya tidak sempat diluluskan ROS menjelang PRK Bukit Gelugor.

Menurutnya, keputusan membentuk PFP sebagai alternatif kepada masyarakat Cina di negeri itu dibuat selepas DAP berdepan pelbagai isu yang gagal ditangani menyentuh mengenai kepentingan serta kebajikan rakyat.

Antaranya, tambah Chui Tiong, isu pembinaan projek-projek mewah yang hanya disasarkan kepada golongan kaya, kenaikan tarif air dan pelbagai bayaran cukai tidak munasabah yang membebankan rakyat.

Kerajaan DAP Pulau Pinang juga, kata beliau, tidak memainkan peranan dalam menyediakan peluang pekerjaan baharu sehingga menyaksikan kadar pengangguran di negeri ini semakin meningkat.

"Lebih daripada itu, penubuhan PFP juga bermatlamat menyelamatkan Pulau Pinang daripada terus menjadi alat politik kepada pemimpin DAP dalam mencapai kepentingan peribadi mereka.

"Kita juga akan memastikan negeri ini suatu hari nanti dipimpin oleh anak jati Pulau Pinang sendiri yang lebih prihatin serta sedar dengan tanggungjawab memajukan rakyat serta negeri ini, bukannya ditadbir oleh orang luar," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Menurut Chui Tiong, parti itu yang memilih menjadi pro-Barisan Nasional (BN) akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini.

Katanya, tiga nama setakat ini sudah disenarai pendek dan sekiranya diterima masyarakat Cina di negeri ini, parti tersebut akan meletakkan calon di kesemua kerusi yang dimenangi DAP dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya mengapa baru sekarang memilih untuk menubuhkan parti baharu, Chui Tiong berkata, kesemua NGO itu menunggu masa sesuai dan PRK Parlimen Bukit Gelugor dilihat medan terbaik dalam membuka mata Kerajaan DAP Pulau Pinang bahawa banyak pihak tidak sealiran dengan corak pentadbiran mereka.

Berhubung keyakinan dalam mendapatkan sokongan masyarakat Cina terutama di kubu kuat DAP di Bukit Gelugor, beliau menambah, mereka mempunyai keyakinan tinggi diterima pengundi memandangkan pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang ketika ini lemah.

"Apa yang dibuat Kerajaan DAP Pulau Pinang hanyalah menjual tanah negeri ini untuk membina rumah-rumah mewah kepada golongan kaya dan pembeli luar negara sedangkan ramai penduduk asal masih tidak mempunyai kediaman sendiri," katanya.



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, April 23, 2014

Jeff Ooi desak MB Selangor dipecat


Krisis air di Selangor sudah diramal berlaku pada tahun 2014. Tetapi? Makanlah nasibnya wahai rakyat Selangor. Dalam 20 tahun berapa banyak perumahan baru terbina? Dan dalam tempoh itu tiada empangan baru terbina. Bukankah semudah itu kira-kiranya? Terlalu taksub hanya meranakan hidup.

Monday, April 21, 2014

Apabila harga komoditi getah dipolitikkan

Dakyah disebarkan kononnya kerajaan memerintah tidak peduli apabila harganya menjunam baru-baru ini.

Hairan. Apabila yang cerdik memperbodohkan yang kurang cerdik, persekutuan mereka berleluasa menyebarkan kebodohan ke sana-sini. Getah jatuh kepada RM2.00 sekilo kononnya akibat sikap sambil lewa pemerintah.

Apabila kononnya menteri perlu diingatkan tentang menjunamnya harga getah. Sedangkan getah adalah komoditi yang harganya ditentukan oleh pasaran dunia.

Malaysia bukan pengeluar paling atas komoditi getah. Jika mahu adil, menteri-menteri Thailand dan Indonesia yang menjadi pengeluar utama dan kedua komoditi getah perlu ditempelak juga. Berupayakah mereka?  Harga getah jika dibandingkan dengan harga gula ibarat membandingkan King Jason dengan babi hutan. Itu tidak adil, bukan?

Lupakah mereka semasa harga getah menjadi RM15 sekilo sehingga pokok-pokok getah di kebun-kebun terbiar kembali ditoreh? Sehingga ada pekebun getah menaiki Persona untuk pergi menoreh?

Jika mereka Islam, tentu sekali mereka mengetahui bahawa setiap zaman senang, akan datang zaman susahnya untuk diuji. Kisah Nabi Yusuf menjadi pengajaran betapa hasil dari zaman senang hendaklah disimpan kerana akan datang pula zaman susahnya.

Oh, kebanyakan pembawa dakyah bukanlah orang Islam. Manakala yang ditipu adalah orang Islam yang kolot tentang peringatan dari agamanya sendiri.



Pesawat MH192 selamat mendarat selepas berlegar 4 jam di Selat Melaka

Pesawat penerbangan Malaysia MH192 tujuan Bangalore yang mengalami masalah teknikal telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 1:56 pagi tadi. Ia berlepas jam10:09 malam tadi dan mengalami masalah teknikal pada gear mendaratnya sebaik sahaja berlepas mengakibatkan ia terpaksa berpatah balik sejurus melintasi Klang.

Pesawat yang membawa 159 penumpang dan 7 anak kapal ini terpaksa berlegar-legar di luar pantai Klang selama hampir 4 jam bagi menghabiskan bahan bakar apabila ia didapati perlu mendarat tanpa tayar hadapan. 

Jurucakap jabatan Penerbangan Awam berkata pesawat Boeing 737 yang tiada mekanisme membuang minyak, hanya dibenarkan mendarat setelah bahan api nya kehabisan.

Pihak MAHB dan pasukan bomba bertungkus lumus menyediakan keperluan bagi pendaratan tersebut dengan penyediaan buih pemadam kebakaran memandangkan pesawat perlu didaratkan dengan bertopangkan 'hidung' pesawat.




Wednesday, April 16, 2014

Menakutkan, tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan di negara ini dalam bahaya

APABILA BILANGAN MELAYU ISLAM TAK SEDAR DIRI TERUS MENINGKAT, MAKA KEDUDUKAN MASJID-MASJID, SURAU-SURAU, PERKUBURAN-PERKUBURAN ISLAM DI NEGARA INI YANG TIDAK BERGERAN AKAN TERANCAM.

INI KERANA MELAYU JENIS INI CENDERUNG MENAIKKAN GOLONGAN BUKAN ISLAM YANG CENDERUNG MEMPERTIKAI SEGALA-GALANYA TENTANG ISLAM UNTUK MENJADI PELINDUNG MEREKA YANG JELAS SEKALI AKAN MEMBAWA MUSIBAH KE ATAS UMAT ISLAM DI NEGARA INI.



BENARKAH tanah-tanah masjid, surau, tanah-tanah perkuburan dan institusi keIslaman lain di negara ini tidak memiliki status hakmilik atau geran?

Adakah kerajaan BN yang menaungi beberapa negeri terlalu yakin bahawa negeri mereka akan kekal dinaungi selama-lamanya.

Jika ia berada di bawah BN, atau di bawah Pas seperti di Kelantan mungkin tiada masalah, tetapi bagaimana sekiranya terlepas kepada tangan DAP seperti di Pulau Pinang atau kuasa politik Melayu yang dipegang oleh DAP seperti di Selangor atau Perak?

Saya difahamkan di Selangor hampir kesemua tanah masjid dan institusi agama Islam tidak mempunyai geran hakmilik, yang membuka ruang untuk diambil alih sewenang-wenangnya pada bila-bila masa.

Ingatan ini, saya difahamkan telah dititahkan berkali-kali oleh DYMM al-Sultan Selangor, tetapi tidak diendahkan oleh kerajaan BN yang terdahulu.

Sekarang sudah terlambat. Difahamkan ada antara di negeri pembangkang itu mahu meminta tanah untuk mendirikan masjid pun amat sukar. Macam-macam syarat diletakkan.

Antaranya, jika tanah masjid diberikan, kena agih juga sama rata untuk tanah kuil, tokong dan gereja. Mereka mempunyai kepercayaan semuanya harus sama-rata, termasukkan jika diluluskan lima hektar tanah masjid dalam masa yang sama kena lulus juga lima hektar tanah bagi rumah ibadat agama-agama lain.

Tahniahlah diucapkan kepada orang Melayu Islam yang telah bersetuju dengan langkah tersebut.

Bak kata pepatah Melayu kuno "nasi sudah menjadi bubur." Saya tidak kata kita tidak boleh makan bubur, namun saya masih belum berjumpalah orang memakan bubur sebagai makanan ruji setiap hari.

Jika beras sudah menjadi bubur, ia tidak boleh menjadi nasi semula, walau dilakukan apa sekalipun.

Oleh itu, jadikanlah apa yang berlaku di negeri-negeri pembangkang itu sebagai iktibar kepada kita semua.



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, April 11, 2014

Penjelasan Zahid Hamidi berhubung berita bohong 'pembelot' bakal diterima semula jadi warganegara






Bagaimana Indonesia menjadi penting dalam politik Malaysia



Ia mungkin fakta yang pahit untuk ditelan oleh anak-anak muda generasi hari ini. Namun ia merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Renungilah ia dan pandanglah iktibar dari apa yang cuba disampaikan ini.

Pada pertengahan 1960an ketika Partai Komunis Indonesia menjadi penghasut besar dalam mempengaruhi dasar-dasar Sukarno, Malaysia diserang dan kononnya mahu diganyang. 

Menyedari pertalian Malaysia dengan Indonesia yang menjadi konfrontasi, beberapa tahun kemudian, kaum pendatang yang diberi kerakyatan kurang 15 tahun sebelum itu, menginjak-injak orang Melayu, menghalau orang pribumi keluar dari kota Kuala Lumpur, menggunakan makian, hinaan malah pembunuhan dalam menjalankan misi memijak bangsa pribumi di tanah tempat mereka mendarat untuk menjadi kuli pencacai di lombong-lombong satu ketika sebelum itu.

Tetapi, menjelang pemerintahan Suharto masuk penggal kedua di awal tahun 1970an di mana kerjasama Malaysia- Indonesia menjadi semakin utuh dan kukuh dengan Indonesia menyediakan guru-guru yang mahir, dengan kepakaran-kepakaran yang mereka ada, termasuk ketika kita menubuhkan Petronas, kaum-kaum pendatang yang melampau ini mula terkucil.

Lalu wujudlah tempoh aman sehingga Parti Gerakan yang sangat biadap ketika tragedi 13 Mei, turut menyertai Perikatan yang kemudian menjadi Barisan Nasional. Malah, PAS juga menyertai Barisan Nasional. Ini semua disuguhkan oleh iklim politik rentas sempadan yang banyak dipercantikkan oleh ketinggian diplomasi Indonesia ke atas negara kita pada ketika itu.

Masa berlalu. Jalan perjuangan di bidang ekonomi menjadi berbeza apabila berlaku krisis ekonomi dan kesukaran Indonesia menyamaratakan kekayaan ke pelusuk negara akibat batasan keselerakan negara mereka di samping jumlah penduduk yang sangat tinggi. Malaysia melaju terlebih dahulu dan kesejahteraan Malaysia lebih tampak unggul berbanding Indonesia menjelang tahun 1990an.

Sehinggalah pada tahun 2006 apabila satu demi satu isu dibawa oleh pihak-pihak tertentu yang berkordinasi di antara dua negara ini, atmosfera percanggahan antara rakyat Malaysia dan Indonesia diperlebarkan. Bermula dari isu tenaga kerja Indonesia yang kurang dijaga dengan sempurna oleh majikan mereka di negara ini  TERUTAMANYA MAJIKAN BERBANGSA CINA, malah mendera mereka sehinggalah seremeh-remeh isu seperti perkataan Indon menjadi pertikaian. Padahal Australia yang menggunakan perkataan Indon dalam media mereka tidak pernah dipertikaikan.

Bermula dari saat Malaysia dan Indonesia dilaga-lagakan, kaum pendatang berwarganegara ini kembali dengan agenda 1960an mereka. Mahu memijak kembali orang Melayu. Kali ini dengan bersikap hipokrit dengan Melayu barua yang bodoh anjing, yang tidak faham hala tuju melainkan telah disuntuk benih politik kebencian oleh induk-induk mereka.

Kali ini mereka mencuba pada pilihanraya umum 2008 dan 2013. Mereka berusaha melaga-lagakan Malaysia dan Indonesia dan melaksanakan perancangan-perancangan jahat mereka dalam sela masa perlagaan itu berlaku.

Mereka tidak akan berhenti melakukannya selagi pemerintahan negara ini tidak jatuh ke tangan mereka.

Justeru, adakah kita masih belum mampu berfikir mengapakah hubungan Malaysia -Indonesia itu perlu dijaga dengan baik dan sempurna? Susah sangatkah untuk berfikir?


Thursday, April 10, 2014

Pilihanraya Legislatif Indonesia : Ternyata Jokowi tidak sepopular SBY , Golkar masih ada taring



VIVAnews - 
Hasil quick count Lingkaran Survei Indonesia (LSI) Network menyebutkan tidak ada partai politik yang menang besar dalam penghitungan suara. 

Dari hitung cepat sementara dengan sampel data yang masuk 90,35 persen, hanya dua partai yang unggul dalam perolehan suara yakni PDI Perjuangan 19,77 persen dan Golkar 14,61 persen. Kemudian disusul oleh partai Gerindra dengan perolehan suara 11,80 persen.

Direktur Eksekutif LSI Denny Januar Ali, Rabu malam 9 April 2014, menilai semua partai politik itu butuh berkoalisi untuk mengusung calon presiden pada Pemilu Presiden 9 Juli nanti.

"Saya kira partai politik akan berkoalisi untuk mengusung capres mereka," kata Denny di Kantor LSI, Rawamangun, Jakarta Timur.

Denny menilai PDIP dan Golkar akan memimpin koalisi. Partai pemimpin koalisi tentu membutuhkan sedikitnya lima hal yang harus dipunyai cawapres yang akan digaet para capres. 

Pertama, sosok cawapres yang bisa membantu menambah suara untuk capres. Kedua, cawapres yang mampu memperkuat mesin politik. Ketiga, tokoh yang kapabel di pemerintahan. Keempat, dari faktor keseimbangan primordial. Kelima, cawapres yang mampu menambah dana. 

Lantas jika Jokowi jadi capres, dia butuh dua kriteria untuk pasangannya. "Jokowi butuh tambahan suara dan sosok yang kapabel di pemerintahan," kata Denny.

Kalaupun ada cawapres yang bisa memenuhi kelima kriteria itu, kata Denny, sangat baik untuk Jokowi. "Kalau cawapresnya hanya dua atau tiga kriteria saja, maka PDIP akan mempertimbangkan," ujarnya.

Jokowi tak sekuat SBY

Denny membandingkan, Jokowi tidak sekuat Susilo Bambang Yudhoyono pada pemilu 2009 lalu. 

Menurutnya, popularitas dan elektabilitas Jokowi sekarang hanya 40 persen. Sedangkan SBY pada April 2009 dulu sebesar 60 persen.

"Makanya ketika itu SBY jika dipasangkan dengan siapapun pasti  bisa menang. Kalau Jokowi sekarang belum tentu seperti itu," kata Denny.

Denny menjelaskan, popularitas Jokowi sedikit menurun seiring kampanye negatif yang dilancarkan lawan politik. 

"Berdasarkan survei kami terhadap Jokowi, baru pertama kali suara Jokowi menurun. Dulu selalu naik dia. Kita tidak tahu apakah Juli nanti suaranya akan naik seperti sebelumnya," tuturnya.

Menurut Denny, ada dua kampanye negatif yang membuat popularitas Jokowi merosot. Pertama, janji Jokowi menjalankan tugasnya sebagai gubernur hingga akhir masa jabatan. Kedua, masalah Transjakarta.
 
"Kalau black campaign justru bikin orang simpati kepada Jokowi. Yang membuat jokowi turun adalah negatif campaignBlack campaign itu fitnah, kalau negatif campaign itu nyata, tapi yang negatif soal Jokowi," katanya. (umi)

DAP benar-benar faham Islam setelah 6 tahun meliwat PAS

Kah Kah Kah.

KUALA LUMPUR 9 April - Pas berterusan ditentang rakan sekutunya sendiri dalam pakatan pembangkang berhubung hasrat parti itu untuk mengemukakan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Dewan Rakyat.

Ketika Kerajaan Pusat dan UMNO menyatakan sokongan kepada hasrat Pas itu, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula memberi peringatan keras bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang.

Malah Ketua Publisiti DAP, Tony Pua, secara terang-terangan berkata, DAP selaku parti kedua terbesar dalam pakatan dengan 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang mahu dikemukakan Pas.

"Hudud bukan sebahagian daripada persetujuan pakatan," katanya sebagaimana dipetik dari The Malay Mail Online hari ini.

Tony Pua adalah pemimpin kanan kedua DAP yang tampil menentang hasrat Pas selepas bekas Pengerusi, Karpal Singh lantang mengingatkan Parlimen minggu lalu agar jangan membenarkan usul berkenaan diluluskan.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob memberitahu, rang undang-undang persendirian akan dibentang di Parlimen bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.

Dalam perkembangan sama, Naib Presiden PKR, N. Surendran, juga senada dengan DAP apabila mengingatkan Pas bahawa pakatan pembangkang telah membuat keputusan yang jelas tentang hudud pada tahun 2011.

"Ketiga-tiga pihak secara terbuka mengumumkan bahawa tidak akan melaksanakan hudud kecuali mendapat persetujuan semua pihak dalam pakatan. Tidak ada kata sepakat tentang hal itu," katanya. - UTUSAN



Salah satu imej 'berhala' milik 'penganut' Pakatan Rakyat



Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Penerimaan semula pembelot pukulan sinis kepada Malaysia, humban sahaja mereka ke penjara

Bagai satu penghinaan kepada negara apabila 500 orang yang pernah meludah negara sendiri dengan mengoyakkan pasport mereka satu ketika dahulu kerana merasakan diri masih dijajah British, di terima kembali sebagai warganegara.

Penghinaan ini dilihat bukan dari segi betapa mulianya hati orang Melayu dalam memberi maaf, tetapi betapa hancurnya daulat sebuah negara secara simboliknya apabila mereka yang dengan rela untuk hidup tanpa negara ini menaungi mereka, disua kembali kewarganegaraan tanpa mengambil iktibar sedikitpun dengan apa yang telah berlaku ketika pemberian kewarganegaraan secara besar-besaran kepada kaum pendatang asing tidak lebih 60 tahun lalu.

Mengapa diterima sebegitu rupa sedangkan hak "pembelot" tidak dijamin perlembagaan? Apa akan jadi bila orang yang tak mahu jadi warganegara sesebuah negara di paksakan menerima kewarganegaraan negara itu.  Sekurang-kurangnya mereka perlu melalui proses seperti mana seorang pendatang asing yang perlu melalui proses belasan tahun untuk diterima semula sebagai warganegara melalui kaedah tertentu.

Tetapi paling penting, humban mereka yang mengoyakkan pasport itu ke dalam penjara kerana pasport adalah milik kerajaan, bukan milik mereka.






GEORGE TOWN (4 April): Kira-kira 500 orang yang didakwa "tiada bernegara" (stateless) dari Malaysia yang tinggal di United Kingdom seharusnya menarik nafas lega apabila kerajaan Malaysia memberi jaminan untuk menguruskan kepulangan mereka.

 Ia dilihat sebagai satu kejayaan kepada Ahli Parlimen DAP, Tanjung Ng Wei Aik yang begitu bersungguh-sungguh mahu menyelesaikan masalah kumpulan tidak bernegara itu, yang ada antaranya hidup dalam daif kerana tidak dibenarkan kerja di UK.

Kumpulan itu yang telah menyerahkan taraf kewarganegaraan Malaysia, dan kemudian memohon Taraf Kewarganegaraan Luar Negara British (BOC), setelah mempercayai ia adalah sijil yang laku digunakan di negara itu.

Ketika mendedahkan maklum balas yang diberikan oleh Ahmad Zahid dalam sepucuk surat (pada 3 April), Ng berkata, kerajaan Malaysia telah bersetuju menyediakan perkhidmatan imigresen bagi membolehkan mereka berada di Malaysia secara sah apabila pulang kelak.

Kementerian Dalam Negeri berkata, perbincangan dengan kerajaan British berhubung dengan rayuan pemegang BOC itu juga akan dilakukan.

"Sebuah kaunter khas akan diwujudkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi membolehkan pemegang BOC melapor diri sebaik tiba di Malaysia dan mereka akan dibantu oleh pegawai imigresen di KLIA.

"Zahid berkata pemegang BOC itu akan diberi nasihat oleh atache imigresen Malaysia di UK, serta pegawai-pegawai jabatan imigresen di sini dan KDN," kata Ng dalam satu sidang akhbar.

Wednesday, April 09, 2014

Red Bean Army dari kalangan Melayu



Siasatan teman mendapati beberapa kawan sepermainan teman dari kampung sebelah menjadi Tentera Kacang Merah di Kuala Lumpur. Mereka yang berasal dari kampung tersusun yang dihuni oleh banyak penyokong PAS, merelakan diri untuk dibayar dengan duit entah hasil mana datang supaya menjadi agen maya kumpulan pembangkang yang jelas diketuai DAP.

Rupa-rupanya tidak sedikit orang Melayu yang menadah kencing puak tertentu yang menguasai pembangkang, terus ke dalam mulut mereka sendiri.

Mengapa teman kata demikian? Ini kerana wang yang dibayar kepada mereka datang dari mana? Hasil lendir rumah urut yang bercambah di Selangor? Atau kekayaan negeri Pulau Pinang tetapi khusus cukai-cukai maksiat? Kasihan.Mereka lupa dajal kini di mana-mana. Sebab itulah kita dapat lihat kelakuan mereka terlalu bukan-bukan.

Teman rileks je. Tanpa dibayar. Teman bayar internet guna duit sendiri je. 

Fitnah tanpa bersalah, menutup pintu kritik ke atas pihak sendiri dan menganut fahaman bahawa kutuk, hina, fitnah dan reka cerita memburukkan orang lain yang bukan kalangan mereka itu bagai asas keperibadian utama mereka di dunia maya kerana luar mereka berpura-pura dan kalau boleh menjadi lalang paling baik.  Perbuatan ini sebahagian natijah hasil dari mentekedarah sumber entah mana datang.

Lebih buruk, jika hidup memaksa mereka menyara anak bini dengan wang hasil saluran dari kelompok itu yang boleh dikatakan anti-Islam ini. Entah apa pula hasil jenis makhluk benih mereka itu yang kelak menjadi dewasa.

Red Bean Army sebenarnya turut terdiri dari ramai orang Melayu yang kebulur makan wang haram puak yang menjana kekayaan tanpa sempadan syarak.

Merekalah yang terpersona dengan dunia internet, terdiri dari golongan yang baharu di dunia IT, meneroka segala apa di dalamnya semata-mata mahu meyebarkan rasa benci. Itulah perjuangan mereka. 

Kelebihan masa yang mereka ada membuatkan mereka punya terlalu banyak masa berbanding anak-anak Cina yang hanya berorientasikan musim pilihanraya dan sibuk mencari wang. Sebagai continuity, budak-budak MA LAI CAI ini digunakan kerana siapa tak kenal sifat busuk hati orang Melayu apabila mereka sampai ke fasa tidak faham agama mereka sendiri.

Semoga mereka akan sedar.

Jokowi mampu menang pilihanraya presiden Indonesia Julai ini.

JAKARTA 7 April - Buat kali pertama, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang akan menamatkan tempoh pentadbirannya pada Oktober ini membuat kenyataan terbuka menggesa rakyat Indonesia memberi peluang kepada Joko Widodo atau Jokowi untuk menggantikannya dengan memilih beliau pada pilihan raya Presiden Indonesia (Pemilu) 2014.

Kepada Jokowi yang muncul sebagai calon paling popular untuk menggantikan beliau, Susilo menasihatkan Gabenor Jakarta itu agar meyakinkan rakyat terhadap kemampuannya untuk memerintah Indonesia.

Dalam kenyataan yang disiarkan di YouTube semalam, Susilo juga mencadangkan kepada Jokowi agar menyenaraikan rancangannya untuk menerajui negara ini, sekali gus dapat menyangkal prasangka banyak pihak terhadap kemampuan beliau.

"Saya fikir apa yang paling baik ialah rakyat tidak terlalu cepat menghakimi beliau (Jokowi) sebagai seorang yang tidak berkemampuan. Pada masa sama, Pak Jokowi harus membentangkan idea, cara mengatasi serta polisi yang akan beliau perkenalkan untuk menyelesaikan masalah dalam negara yang sedang dihadapi.

"Dengan memberikan penjelasan tentang program dan bersedia untuk membincangkannya, rakyat boleh menilai kualiti yang ada pada Pak Jokowi berbanding calon lain Presiden. Daripada situ, rakyat boleh membuat pilihan siapa calon paling tepat untuk menggantikan saya," kata Presiden Indonesia itu.

Mengenai dakwaan lawan politik yang menggelarkan Jokowi sebagai boneka kepada Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputeri, Susilo berkata, Jokowi harus membuktikan sebaliknya.

"Ia akan menjadi satu cabaran kepada Pak Jokowi atau sesiapa sahaja yang akan dilantik sebagai Presiden seterusnya untuk tidak membenarkan diri mereka mengikut telunjuk sesiapa, sama ada daripada pelabur atau entiti asing. Saya tidak pernah membenarkan sesiapa untuk campur tangan dengan apa yang saya lakukan sepanjang 10 tahun di pejabat (memerintah)," ujar Susilo.

Artikel Penuh: UTUSAN 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Joko Widodo (kanan sekali) ketika lawatan kerja ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan operasi KL Monorail Jun tahun lalu.

Tuesday, April 08, 2014

Trafik Jalan Ampang - Jalan Tun Razak - Bila keegoan setiap individu menjana kebodohan berkumpulan




Gambaran trafik Kuala Lumpur di persimpangan Jalan Ampang - Jalan Tun Razak yang tersebar di media sosial petang tadi ini dapat kita terjemahkan sebagai menunjukkan bagaimana aliran halatuju Pakatan Rakyat.

Ini adalah contoh apabila keegoan setiap individu di dalam aliran berbeza yang bersekongkol demi menjana kebodohan berkumpulan yang menjadi menjadi konflik halatuju mereka.

Untuk menguraikannnya salah satu aliran perlu dihentikan. Ini bermaksud salah satu parti perlu ditendang keluar dari Pakatan Rakyat. Apakah PKR dan PAS akan menendang DAP? Itu mustahil kerana proksi DAP memenuhi kuota bukan Melayu dalam PKR .

Masih mengusahakan pepecahankah wahai orang Islam?  Fikirkan. 

Pokok Bungor memberi 'musim bunga' kepada Malaysia



Semenjak hujan turun menamatkan musim kemarau, pokok bungor siam atau nama saintifiknya lagerstroemia loudonii telah mengeluarkan bunga lebih banyak dari biasa dan ini menarik perhatian umum kerana berlaku ketika musim bunga di hemisfera utara.

Bungor sendiri mempunyai akar nama yang berbunyi bahawa tumbuhan itu terkenal kerana bunganya.

Fenomena musim bunga yang sedang berlaku di negara ini banyak kelihatan pada pokok bungor yang ditanam secara meluas sebagai tumbuhan lanskap.

Musim kering di semenanjung yang berakhir hujung bulan lepas menyebabkan berlaku 'musim bunga' di mana-mana kawasan yang ditanam pohon bungor secara meluas sebagai pohon lanskap.

Gambar di atas ialah di Putrajaya.

Tuesday, April 01, 2014

MH370 : Teguran Allah kepada kita



8 Mac 2014 negara digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS menuju Beijing. Genap 6 tahun sebelum itu, negara digemparkan dengan kekalahan di lima negeri dalam PRU ke 12 8 Mac 2008.

Sedang angka 8 merupakan angka bertuah masyarakat Cina, mereka disuguhkan dengan dua kisah sekaligus. Antara suka dan duka yang dibezakan 6 tahun garis masa. 

Malah ketika angka 8 dibaluti tuah tahun kuda mulai Tahun Baru Cina yang lalu, pesawat MH370 hilang dan menggegar negara Malaysia di mata dunia terutamanya pada rakyat China yang merupakan 1 per 7 dari penduduk dunia.

Ironis sekali, pada tahun kuda 12 tahun yang lalu, rakyat China berbondong-bondong melawat Malaysia kerana mengatakan Malaysia sedang mempunyai tuah, dengan Perdana Menteri bernama Ma-hathir di sebuah negara bernama Ma-laysia. Ejaan Cina untuk kedua-dua Ma tadi adalah sama dengan Ma untuk kuda.

Apakah segalanya terjadi tanpa sebab yang nyata? Jika dilihat dari segi konspirasi manusia sekalipun oleh pihak-pihak atau khianat individu-individu yang mana-mana sekalipun, ia tidak berlaku tanpa izinNya.

Lihatlah bagaimana Tuhan menegur manusia.  Tuhan tunggal Allah Azzawajalla. Ini kehendakNya ke atas rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang mana? Yang mengaku menyembahNya tetapi berperang sentimen berpecah belah dan memanggil sebarang usaha penaklukan yang bercitarasa besar, untuk masuk mencampuri.

Dan rakyat yang beragama lain yang berebut mahu menggunakan namaNya tanpa mahu bertasbih kepadaNya.

Kini nasi telah jadi bubur. Keterkebelakangan teknologi negara ini adalah bodoh untuk disalahkan kepada kerajaan memerintah apakala sistem pembangkang di negara ini tidak mempunyai otak yang menguntungkan masa depan negara. Tidak pernah pun ada usaha menyarankan pembelian aset termoden yang dikira penting melainkan menghentam angkatan tentera dengan nafsu bagaikan gerombolan tentera asing yang masuk berperang mulut.

Puaskah hati kita melihat NON STOP disusuli DEEP WATER dan disambung CAPTAIN AMERICA ? Dan kita saling berpecah lagi. Kita saling sekongkol walaupun saling saman berjuta. 

Bangunlah dari tidur sebelum 'POMPEII' meletus dan melenyapkan semuanya.