Nak kata Najib tabur dedak, teman tak dapat BR1M. Nak kata teman cybertrooper berbayar, eh, memberitahu sesuatu yang jelas tidak perlu bayaran. Melainkan bertegang urat otak merekacipta penipuan. Sebab untuk memutar belit itu lebih rumit dari untuk berterus-terang.
Najib Razak, setakat ini dipertuduh oleh pembangkang semata-mata. Penganut dewa-dewa pembangkang menerimanya bagai wahyu. Tanpa kertas pertuduhan, penganut dewa-dewa pembangkang berkelakuan seperti segalanya telah sah dari segi perundangan bahawa Najib Razak bersalah. Jika mahkamah menyatakan dia bersalah, penjarakan. Tiada pendewaan di sini. Tetapi buat masa ini, bagi orang yang beragama, tiada hak sama sekali untuk menyebut Najib bersalah hanya bersandar desas-desus dan angka-angka yang kau sendiri tak faham.
Najib Razak, sehabis baik mana pun dia lakukan, secepat mana pun 1MDB nya meraih keuntungan mengatasi kerugian dan selama mana pun pemain-pemain 1MDB pensabotaj dana negara bakal dipenjarakan, terdapat indikator jelas untuk kita sama-sama lihat.
Berikut adalah 7 tahun pertama pemerintahan Mahathir Mohamad dan 7 tahun pertama pemerintahan Najib Razak. Lihat angka-angka ekonomi hari ini yang tercatat.
Padanlah beria-ia benar seorang berusia 92 tahun kembali terjun ke loji kumbahan politik. Ketika pemerintahannya, pinggan tak penuh. Hari ini, dulang pun melimpah. Mungkin lagi 5 tahun, besen pun tak muat. Pembohongan pembangkang tentang ekonomi memburuk sejak 2008 lagi, kekal sebagai pembohongan.
Sebab itulah dalam saat sokongan ke atas pemerintah menjadi kritikal dan genting sekalipun, pembohong masih tak diizin Yang Maha Esa untuk memerintah negara yang diberkati doa alim ulamak terdahulu ini. Mungkin selepas kalah PRU14 ini, boleh lah ditukar nama jadi Pakatan Haprak.
No comments:
Post a Comment