Thursday, August 03, 2017

Pemerintahan semula Mahathir ancaman kebebasan pasca 2003

Ketika masih seronok bersama kerajaan memerintah, pada tahun 2013 Mahathir Mohamad pernah terpacul kesalannya kerana tidak menapis internet, lalu menjadi medan menabur fitnah. 

Katanya, jika berpeluang menjadi perdana menteri semula, beliau akan melaksanakan tapisan internet bagi menangkis perlakuan fitnah (bersangkut hasut, sebar pembohongan) dan pendedahan golongan muda terhadap pornografi.

Tetapi umum tahu sejak 1999 lagi pornografi telah berleluasa di internet. Dan hari ini beliau sedang bersekongkol dengan pemfitnah sehingga puaknya sendiri mencipta tandatangan untuk petisyen dan menjaja isu 1MDB mengikut rentak pembangkang.

Ketagihan pornografi adalah berpunca dari moraliti dan nada sekat menyekat ala mengharamkan cerita hantu di zaman pemerintahan beliau hanya menyonsong pemikiran umum mengikut angin yang dikehendaki kerajaan.

Bukankah zaman Mahathir itu satu zaman yang terkebelakang? Jika isu Najib dan 1MDB serta dana-dana yang dipakai untuk kegunaan parti dan jentera pilihanraya di jaja-jaja. Hanya ketiadaan internet yang menyelamatkan Mahathir di zaman pemerintahannya.

Hari ini, partinya bersekongkol dengan parti-parti yang dibiayai pihak luar bagi menumbangkan kerajaan. 

Kagum khalayak ke atas beliau sudah tentulah hanya tersisa pada golongan yang bodoh dan mentah dalam sepak terajang politik tanah air. 

Apa lagi perlu dikagumi jika bandingan melalui indikasi-indikasi ekonomi menunjukkan negara hari ini membahagikan kekayaannya kepada rakyat lebih dari zamannya yang mana negara membuat keuntungan dengan banyak, namun rakyat hanya dapat monumen-monumen depan mata. 

Jika sekadar itu, nostalgia pemerintahan Mahathir masih menebal di jiwa pematuk dedaknya, jelas sekali satu segmen masyarakat bodoh yang dijerat elemen pendewaan sedang terbentuk di negara ini hari ini. Cerminkan diri. Siapa anda? Mahathir tidak bertanyakan ternakannya pada setiap tindak-tanduknya hari ini. Inilah parti taburan dedak yang diisi binatang.  Setidaknya UMNO masih berani menyanggah pemimpinnya jika ada tindakan tidak memihak kepada ahli secara umum. 



NASIONAL
Sudah tiba masa internet ditapis
10 NOVEMBER 2013

BANGI - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya untuk isi kandungan Internet ditapis memandangkan ramai yang menyalahgunakan kemudahan itu.

Dr Mahathir berkata ini kerana, melalui Internet penyebaran fitnah, berita palsu dan bahan lucah tersebar dengan pantasnya tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

"Jika dahulu kanak-kanak serta masyarakat muda tidak berpeluang melihat gambar serta video lucah tetapi dengan adanya Internet mereka dapat melihat di mana sahaja," katanya dalam ucapan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Tenaga Nasional (Uniten) ke-16 di sini hari ini.

Beliau berkata jika dahulu penyebaran gambar lucah hanya boleh dilihat melalui akhbar dan majalah dari luar negara, namun kemasukannya boleh disekat tidak seperti Internet yang digunakan berleluasa.

Tambah beliau penyebaran bahan lucah juga menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak serta meningkatnya kes rogol dan jenayah lain.

Dr Mahathir juga tidak menafikan terdapat segelintir individu yang menggunakan Internet untuk belajar melakukan jenayah berat seperti membunuh serta merompak.

"Tidak dapat dinafikan bahawa akses kepada bahan lucah menyumbang perlakuan pelbagai jenayah yang dulunya tidak berlaku, kebanyakan gambar dan video yang tersebar juga memaparkan mengenai keganasan yang melampau dan ia mempengaruhi masyarakat," katanya.

Beliau berkata faktor ini juga boleh menyebabkan kestabilan dan keselamatan negara terancam, dengan memberikan contoh terdapat negara maju yang sistem keselamatan telah diceroboh akibat kebebasan berinternet.

Menurut beliau, walaupun semasa di peringkat awal penggunaan Internet kerajaan berjanji tidak akan menyekat penggunaannya, namun kini keadaan telah berubah dan penggunaan Internet berkembang dengan meluas. - Bernama

No comments: