Wednesday, April 29, 2009

Selsema Babi : Amaran Untuk Manusia

Dunia sedang digemparkan dengan virus selsema H1N1 yang dipanggil selsema babi. Ini adalah petunjuk awal kepada manusia yang gemar berbalah bahawa ada perkara yang akan datang dan menunjukkan bahawa manusia itu makhluk yang lemah.

H1N1 telah tersebar dibeberapa negara Amerika, Eropah dan Asia. Kementerian Kesihatan semalam telah mengeluarkan 10,000 risalah jawapan kepada persoalan selsema babi, 5,000 nasihat perjalanan dan beberapa ribu borang kuarantin kepada MAB untuk digunakan di KLIA. Jumlah yang diperlukan melebihi 100,000 dan memaksa kakitangan Kementerian Kesihatan di Bahagian tertentu untuk bekerja hingga 12.00 tengah malam.

Amaran ini seolah-olah menunjukkan bahawa babi itu tidak diperlukan dalam industri ternakan. Tidak seperti selsema burung, selsema babi dikaji mampu merebak dengan pantas dan mampu mengulangi malapetaka influenza 1919, 1959 dan 1968 yang membunuh berpuluh-puluh juta orang pada setiap musim.

Kepada kerajaan negeri yang masih berfikir tentang industri penternakan babi sistematik atau tak sistematik, fikirkanlah cara untuk menggantikan industri ternakan babi dengan gantian kepada sumber makanan yang lain.

Apakah wabak selsema babi ini mempercepatkan petanda akhir zaman. Kemusnahan manusia besar-besaran dan datangnya Nabi Isa a.s. yang akan memimpin umat Muhammad dan mentiadakan jizyah, membunuh babi dan menghapuskan salib setelah membunuh Dajjal?

Jika demikian, ketahuilah bahawa selsema babi yang muncul ini merupakan peringkat awal bagi sesuatu yang bakal menghantui tamadun manusia untuk satu masa yang panjang.

Monday, April 27, 2009

Geografi : Fenomena Bahang Panas

Berikut adalah kadar penurunan kelembapan udara di bandar-bandar utama Malaysia pagi ini Isnin 27 April 2009. Formatnya adalah seperti berikut (No. Stesen Pencerap)(Nama Tempat)(8.00pagi)(9.00pagi)

41529 PRAI 89.0 80.0
48600 LANGKAWI 90.0 80.0
48601 BAYAN LEPAS 90.0 78.0
48602 BUTTERWORTH 86.0 81.0
48603 ALOR SETAR 90.0 86.0
48604 CHUPING 97.0 93.0
48615 KOTA BHARU 92.0 88.0
48616 KUALA KRAI 94.0 91.0
48617 GONG KEDAK 93.0 86.0
48618 KUALA TERENGGANU 93.0 83.0
48620 SITIAWAN 96.0 86.0
48623 LUBOK MERBAU 91.0 84.0
48625 IPOH 87.0 79.0
48632 CAMERON HIGHLANDS 91.0 78.0
48642 BATU EMBUN 96.0 90.0
48647 SUBANG 85.0 78.0
48648 PETALING JAYA 79.0 77.0

48649 MUADZAM SHAH 98.0 90.0
48650 SEPANG (KLIA) 92.0 80.0
48653 TEMERLOH 92.0 89.0
48657 KUANTAN 95.0 87.0
48665 MELAKA 92.0 78.0
48670 BATU PAHAT 96.0 91.0
48672 KLUANG 97.0 91.0
48674 MERSING 89.0 85.0
48679 SENAI 96.0 88.0
96413 KUCHING 96.0 88.0
96418 SRI AMAN 93.0 87.0
96420 KAPIT 97.0 86.0
96421 SIBU 89.0 83.0
96441 BINTULU 84.0 78.0
96449 MIRI 80.0 72.0
96450 LIMBANG 91.0 75.0
96465 LABUAN 87.0 83.0
96471 KOTA KINABALU 71.0 67.0
96477 KUDAT 86.0 69.0
96481 TAWAU 80.0 73.0
96491 SANDAKAN 81.0 78.0


Trend ini adalah normal namun ia menunjukkan kadar kelembapan pagi yang pantas menurun. Kepanasan yang melanda Pantai Barat Semenanjung banyak berkait pada corak tiupan angin yang seperti gambarajah di bawah.


Ini memberikan petunjuk seperti di bawah dalam mengukur kandungan air dalam udara.

Namun kepanasan yang dirasakan di Lembah Klang sejak dua minggu lalu turut dipercayai adalah turut berkait dengan terikan matahari yang berubah-ubah akibat aktiviti-aktiviti yang melestarikan tenaga jisimnya yang boleh dirasai secara bermusim.

Kini ia datang lagi, memberi bukti-bukti lemahnya manusia.

Wednesday, April 22, 2009

Nizar Punya Pasal, Semua Camry Kena Lelong

Utusan Malaysia, Rabu, 22 April 2009

Kerajaan Perak lelong Toyota Camry

IPOH 21 April - Kerajaan Negeri Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini.Dalam kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini, lelongan itu akan dibuat dari 4 Mei hingga 18 Mei di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang. Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah. Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606. Semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009. Kenyataan itu turut menyebut, semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar. Malah, kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan becermin gelap yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan. Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaludin. Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah. Tawaran perlu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.

Ulasan

Agaknya, jika semua Camry itu pulang ke SUK, kereta-kereta tersebut mungkin tak akan dilelong. Tetapi disebabkan AGS10 telah dibawa lari, satu rampasan terhormat akan dilakukan oleh pihak berkuasa dan pihak bank bagi merampas AGS10 yang kini masih dalam genggaman 'Menteri Besar Lama'.

Siapa pula yang meminati AGS10 itu dan berapa tawaran yang akan dibuat. Rasanya, harga AGS10 itu agak mahal dan menarik perhatian penggemar bahan sejarah.

Pun begitu, tunggu dan lihat sahaja sama ada Nizar mahu pulangkan pembelian yang ditandatanganinya itu, atau mahu ditahan ejen tarik kereta di tengah jalan. Bersiap sedialah Unit Amal PAS untuk menterbalikkan trak penunda yang datang 'merampas' harta syarikat kewangan itu satu nanti andai ia terus dibuat harta oleh Nizar.

Monday, April 20, 2009

Nizar Diberi Didikan Diraja

Penulis tak siasat sama ada Nizar Jamaluddin memenuhi jemputan Sultan Perak ke Istana Iskandariah semalam,tetapi yang jelas, Sultan Perak dan Raja Nazrin mahu sekolahkannya.

Sultan Azlan membahasakan kenyataan sulungnya selepas baginda berkeputusan untuk menitahkan Nizar meletak jawatan hasil mahsul separuh ADUN tidak percayakannya lagi Februari lalu.

Nizar perlu sedar bahawa Sultan adalah empunya negeri dan prerogatif baginda lah yang mahu menghentikan proses demokrasi terpimpin bukan pribumi yang telah diperintah kerajaan Perak selama 500 tahun.

Jemputan ke atas Nizar Jamaluddin adalah penghargaan kepada Ahli Parlimen Bukit Gantang itu sendiri kerana dipanggil untuk mendapat didikan diraja. Didikan yang perlu bagi seorang politikus junior yang dahulunya kalah merata-rata di kawasan ditandinginya.

Ibarat red indian dapat senapang, apabila berkuasa, institusi beraja dipinggirkan oleh Nizar. Institusi beraja Perak terpaksa menunggu Hari Keputeraan Sultan Azlan untuk memberitahu bahawa negeri ini bukan kepunyaan mana-mana parti politik.

Kesukaran memahami hakikat ini adalah akibat terlalu terpengaruh dengan 'politik merampas' sebuah parti sosialis pimpinan kaum Cina yang mana, tiada istilah feudalisma. Feudalisma tiada dalam sosialis.

Penolakan ke atas institusi beraja akan terus diperhebat oleh gerakan sosialis yang bertopeng parti DAP.

Hari ini DAP mengajar orang Cina untuk meruntuhkan Raja-raja Melayu dan ianya memerlukan kebangkitan orang Melayu sendiri untuk menolak Malayan Union teknik baru.

Ini bukan satu bentuk rasisma. Konsep 1Malaysia menolak unsur anti-feudalisma. Anda sebagai seorang warga sebuah negara berpelembagaan, mengetahui bahawa Perlembagaan itu sendiri di bawah kuasa raja. Jadi, soalnya, anda bersama negara atau anda bersama musuh negara?

Sebab itulah ahli PAS bawahan berani menyebut " sistem komunis lebih adil dan lebih baik ".

Dunia telah dibolak-balikkan Allah SWT untuk tapisan akhir zaman.

Nota : Tahniah Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun, dan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, ADUN Pangkor, atas kurniaan anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri oleh Sultan Perak sempena hari keputeraan baginda, 19 April 2009.

Thursday, April 16, 2009

DUN Penanti Dikosongkan

MStar, 16 April 2009

ADUN Penanti letak jawatan

PETALING JAYA: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti berkuat kuasa hari ini.


Ulasan

Aduhai Fairus. Kenapalah tak letak jawatan sebulan dua yang lepas. Kalau tidak, bolehlah diadakan PRK Penanti 2 Bukit 1 Batang. Tetapi, apapun yang terjadi, tahniah kepada Fairus kerana berani menunjukkan bahawa ada yang tidak kena dalam pentadbiran Pakatan Rakyat Pulau Pinang, walaupun Malaysia akan diwarnai PRK lagi, dan pekan kecil Penanti akan mengalami PRK lagi. Dulu Azizah letak jawatan. La ni, Fairus pulak. Sukahati hangpa la. Cemuih dah.

Monday, April 13, 2009

"Saya Dijemput Sultan" - Nizar

MStar, Ahad April 12, 2009

Nizar bukan menghadap, dijemput Sultan Perak
Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, beliau tidak menghadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 19 April ini sebaliknya beliau diundang menghadiri majlis sambutan ulang tahun hari keputeraan baginda.

"Saya dijemput oleh Sultan menghadiri majlis (ulang tahun hari keputeraan)...seperti ahli-ahli politik lain (di Perak), saya dijemput, bukan (sesuatu yang) istimewa," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Desas-desus sebelum ini menyebut beliau akan menghadap Sultan Azlan pada tarikh tersebut.

Pada 7 April lalu, Nizar memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan menewaskan calon Barisan Nasional dan Bebas.

Bekas Menteri Besar itu juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang.

Selepas memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang, yang dilihat oleh Pakatan Rakyat sebagai referendum rakyat berhubung isu krisis politik Perak, Nizar meminta diadakan pilihan raya baru negeri dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sidang DUN bawah pokok awal Mac juga meluluskan usul sedemikian dan telah dipersembahkan untuk perkenan Sultan Perak.

Ulasan

Kegawatan baru akan melanda Perak. Kali ini ibarat kapal hanyut dilaut menuju segitiga bermuda. Nizar tetap dengan hasratnya untuk mendesak pilihanraya negeri diadakan. Melihat kepada trend pengundi bukan Melayu di Perak yang berjumlah 45%, Perak akan dirampas pembangkang sekiranya pilihanraya negeri diadakan.

Dakwaan Sultan Perak menjemputnya ke Iskandariah digunakan sebagai medan tunjuk kebesaran diri yang menjurus kepada rasa riaknya selepas menjadi Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Pengaruh istana dalam soal ini dicari lagi oleh DAP, PAS dan PKR untuk mendapatkan semula Perak dari tangan Sultan.

Namun jika PAS meletakkan calonnya di semua kawasan Melayu dan meniup propaganda bahawa Perak perlu di perintah PAS dan bukan DAP, PAS mungkin akan mendapat undi simpati orang Melayu pula.

Setelah memenangi pilihanraya negeri yang kononnya perlu diadakan itu, negeri akan kembali kucar kacir akibat perbutan kuasa dan conflict of interest berlaku dimana-mana dibatasi oleh bahasa dan caraniaga.

Sunday, April 12, 2009

Setuju Wataniah Di Setiap Parlimen

Utusan Online, 12 April 2009, 7.23PM

Tentera Wataniah di semua kawasan parlimen - Zahid
12/04/2009 7:23pm


BAGAN DATOH 12 April — Kementerian Pertahanan akan menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pasukan pertahanan itu akan mengandungi 300 anggota bagi setiap platun yang terdiri pelbagai kaum dan bilangan anggota secara keseluruhan dijangka 600,000 dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Penubuhan Tentera Wataniah adalah sebagai usaha untuk membantu angkatan tentera dalam menjalankan tugas menjaga keamanan negara,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran atas pelantikan beliau sebagai Menteri Pertahanan di sini hari ini.

Katanya kementerian itu juga akan mewujudkan persatuan bekas veteran tentera sebagai tanda penghargaan di atas perkhidmatan mereka dalam pasukan pertahanan pada masa lalu.

Beliau berkata kementerian akan mewujudkan dana kebajikan bagi tujuan membantu meringankan beban bekas tentera yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.

Ahmad Zahid berkata kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran untuk menambahkan lagi jumlah pasukan kadet tentera di sekolah supaya pelajar dapat diberi pendedahan awal mengenai pasukan pertahanan selain membina semangat patriotisme di kalangan mereka.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengumumkan penubuhan satu batalion Kem Tentera di kawasan seluas 80 hektar berhampiran Ladang Jenderata di Hutan Melintang di sini serta sebuah pangkalan mini Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Jeti Bagan Datoh.

— BERNAMA

Ulasan

Cadangan ini sangat wajar kerana terlalu banyak hooligan politik bertaburan semasa pilihanraya umum. Jadi, tentera boleh mengawal keadaan ini dan memastikan makhluk-makhluk ini tidak terjangkit penyakit yang melanda puak-puak demokrasi melampau di Thailand. Dalam perkara lain, mungkin cara ini dapat mengatasi perbuatan sesetengah golongan yang gemar menyuap polis ketika sekatan jalanraya. :-)

Friday, April 10, 2009

Penduduk Parlimen Tambun Berbesar Hati Perlantikan Husni Sebagai Menteri Penuh

Perlantikan Ahmad Husni Hanadzlah sebagai Menteri Kewangan II diramal dapat memberikan keyakinan baru terhadap Melayu Ipoh yang rata-rata, tidak mempunyai masalah dengannya. Penyusutan undi majoriti kemenangannya dari 17,000 undi pada 2004 kepada 5,700 undi pada 2008 hanyalah faktor BN Pusat semata-mata.

Respon-respon yang diperoleh dari semua golongan penyokong kerajaan atau pembangkang, Melayu, Cina atau India, dari pekan Tambun hingga Chemor, Taman Meru dan Manjoi, mengalu-alukan perlantikan beliau sebagai menteri penuh.

Berikut adalah sedikit sebanyak latarbelakang Ahmad Husni Hanadzlah :

Datuk Ahmad Husni Hanadzlah merupakan Menteri Kewangan Kedua Malaysia. Beliau juga merupakan Ahli Parlimen Tambun di Perak.Beliau dilahirkan pada 21 Julai 1952 di Ipoh, Perak. Beliau pernah belajar di Sekolah Rendah St. Micheal, Ipoh pada 1959. Selepas tamat Tingkatan 6 di Sekolah Datuk Abdul Razak di Seremban, Negeri Sembilan, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Ekonomi pada 1976. Beliau turut mempunyai Sijil Ekonomi Islam Universiti Islam Antarabangsa serta Sijil Perakaunan dan Kewangan dari Institut Pengurusan Malaysia. Beliau berkahwin dengan Datin Fauziah Kamarudin.

Kerjaya
1978 - Pengurus di AsiaVest Merchant bankers Berhad
1997 - Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
2001 - Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
2002 - Pengerusi MATRADE
2003 - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

Politik
1983 - Mula menyertai UMNO cawangan Sungai Rokam
1983 - Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1985 - Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1987 - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tambun
1993 - Ketua UMNO Bahagian Tambun



Beliau yang banyak berusaha untuk memajukan kampung melayu terbesar di Malaysia, Gugusan Manjoi hingga sebuah stadium mini terpacak di tengah-tengah Gugusan Manjoi itu mungkin akan membawa pembaharuan lebih lagi dalam menarik golongan pengundi di Parlimen Tambun untuk memberi mandat lebih besar kepadanya pada PRU 13 nanti.

Diharapkan agar manifestasi blog ini yang terbina untuk menjadikan Tambun sebagai kubu BN akan tercapai dengan perlantikan Husni sebagai Menteri Kewangan II.

Thursday, April 09, 2009

Ipohmalay Ucap Tahniah Kepada Husni Hanadzlah

Tahniah kepada Ahli Parlimen Tambun, satu-satunya kawasan parlimen yang mewakili 3/4 Melayu Ipoh, kerana dilantik Menteri Kewangan II. Jangan lupa bahawa Datuk telah menyebut bahawa Datuk merupakan ahli parlimen paling miskin di Dewan Rakyat tahun lepas di Taman Perpaduan, kubu kuat UMNO Tambun. Semoga Datuk dapat menjalankan kerja dengan bersih, cekap dan amanah. Selebihnya, kami yang lebih mengenali Ahmad Husni Hanadzlah, Ahli Parlimen Tambun.

Wednesday, April 08, 2009

Husni Menteri Penuh? Go Husni Go !

Ahmad Husni Hanadzlah merupakan Ahli Parlimen Tambun sejak 1995 menggantikan Nawawi Mat Awin. Pada pilihanraya tersebut, Husni mengalahkan calon S46 dengan lebih 21,000 majoriti

Pada tahun 1999, Husni mengekalkan kerusi Tambun yang kononnya hendak diberikan kepada Ramli Ngah Talib yang mahu ke Dewan Rakyat. Tambahan pula, Husni ketika itu didapati adalah penyokong kem Anwar Ibrahim sebelum 1998. Pada waktu itu, beliau memperoleh hampir 10,000 undi majoriti mengalahkan calon PAS.

Mungkin sebab lain belau hendak dipinggirkan ketika itu ialah sikapnya yang membantah Kerajaan Negeri yang menganugerahkan kawasan sumber alam dan sebuah kolam air panas terkenal di Tambun untuk dibangunkan Sunway yang akhirnya kini, tidak mampu dibeli atau dinikmati orang Melayu kecuali menjadi pembeli di Pasaraya Giant dan pengunjung The Lost World of Tambun.

Pada tahun 2004, beliau mengekalkan kerusi Tambun dengan 17,000 undi mengatasi calon PAS.

Pasa tahun 2008, PKR memberikan saingan kepadanya dan beliau mempertahankan kerusi Tambun dengan majoriti tidak sampai 6,000 undi.

Beliau yang diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan II dalam kabinet Tun Lah dikatakan akan diberi jawatan menteri penuh dalam Kabinet Najib.

Ahmad Husni adalah antara pemimpin UMNO yang dipandang tinggi oleh golongan pelajar yang kini telah berprofesion, juga golongan mudaa di kawasannya kerana sifatnya yang bersahaja mendekati mereka semua dan sentiasa tersenyum. Mungkin muka begini jika diletak di Bukit Gantang, akan menanglah BN dengan bergaya.

Maaf, saya tidak merendahkan sesiapa. Saya cuma berpendapat, raut wajah juga menjadi faktor. Sekali seseorang yang mahu jadi pemimpin itu senyum pada orang dengan lontaran senyuman semulajadi, 10 kali orang akan berhasrat untuk senyum melihatnya.

Ahmad Husni Hanadzlah dalam ucapannya ketika menyampaikan bantuan ribut kepada mangasa di kawasan Hulu Kinta tahun lepas menyebut " Sayalah ahli parlimen paling miskin di dewan rakyat. Saya tak ada apa-apa bisnes. Tengok rumah saya sekarang kat Sungai Rokam. Dulu saya mandi Sungai Kinta je. Saya memang bukan dari keluarga yang senang. Kadang-kadang, ahli parlimen lain memandang saya rendah. Tetapi saya dipilih anda semua dan saya berterima kasih."

Selain itu, beliau juga pernah hampir bertumbuk dengan Jeffery Cheah pemilik Sunway yang berhasrat mahu membuka unit-unit kedai khusus kepada bumiputra di hadapan The Lost World of Tambun kepada pasaran terbuka, kerana ingkar janji.

Semoga Ahmad Husni benar-benar dilantik menjadi menteri penuh dan kekalkan status " AHLI PARLIMEN PALING MISKIN" mewakili Melayu Ipoh di dalam Kabinet.

Tuesday, April 07, 2009

Ipohmalay Ucapkan Tahniah Kepada Nizar


Tahniah kepada Nizar Jamaluddin kerana mendapat mandat lebih 21,000 orang penyokong di Bukit Gantang mengalahkan Ismail Saffian yang disokong lebih 19,000 orang. Namun ia mengecilkan majoriti yang dibayangkan penulis yang memang meramalkan kekalahan Ismail Safian atas faktor diserang secara peribadi. Kesilapan memilih calon mungkin sekali lagi terjadi walaupun yang dipilih adalah anak tempatan.

Nizar selepas ini akan pantas mengiktiraf kuasa raja dan membiarkan BN memerintah Perak kerana dia kini layak memakai Camry yang dilarikan. Isu Kerajaan Perak akan lenyap bila jawatan yang ditarik balik digantikan oleh BN. Jika dirumuskan begitu, adakah penyokong PAS bersetuju bahawa kemenangan Nizar adalah kemahuan BN?

Referendum rakyat apakah apabila anda disokong oleh hanya kurang 22,000 dari keseluruhan lebih 800,000 pengundi di Perak? Itu cuma 2.75%. Janganlah menjadi Yahudi yang mengguna angka yang salah untuk meniup propaganda.

Kadang kadang, kejadian politik lebih rumit dari kewujudan cap jari. Penyokong jerit dan maki hanyalah mobs yang dipergunakan.

Monday, April 06, 2009

UMNO Bakal Menyambut Kepulangan Besar-Besaran

Tun M telah menyeru kepulangan semua ahli UMNO yang keluar bersamanya, atau kerana tidak sukakan Tun Lah, atau kerana memangkah pembangkang dengan niat sabotaj pada PRU12, untuk kembali bersatu di bawah UMNO.

Sanusi Junid turut ikut serta masuk UMNO semula. Sebentar tadi jam 7.00 petang, 5 pemimpin PKR Kedah isytihar keluar parti. Adakah itu kesan sampingannya?

Mereka yang meletak jawatan itu ialah ketua PKR Bahagian Jerlun Azhar Ahmad Ketua Bahagian Baling, Bakar Din, Ketua Bahagian Padang Serai, Hamid Othman, Ketua Bahagian Sik, Wahab Mat Isa dan Ketua Bahagian Pendang, Bakar Hamid.

Perlu diingat, krisis Tun M dan Tun Lah bermula sejak tahun 2006 lagi. PRU 12 2008 menyaksikan padah atas penilaian rakyat yang melihat dan menghakimi perselisihan Tun M dan Tun Lah.

Atas alasan tersebut, hari ini, Tun M kembali memperjuangkan kerajaan memerintah. Tun M pernah menyebut, kemenangan Tun Lah dengan cemerlang pada 2004 dan kekalahan teruk BN 2008 masing-masing adalah faktor Tun Lah sendiri. Kini Tun Lah telah berundur, 12 bulan selepas PRU 12.

Nasihat penulis kepada penyerang blog yang tak ada blog sendiri atau baling batu sembunyi tangan, jangan risau, kebongkakan anda bukan saya yang membalasnya, sebab saya bertuhan.

Sifat hina penyerang blog ialah apabila memberi komen tanpa membaca isi kandungan penulisan yang hendak dikomen. Contohnya begini :

TokMudim said...

Apa hang tulis, sorry aku tak baca, aku baca tajuk aje...

hang bagi 1001 sebab kenapa perlu tolak calon PAS...BN tetap kalah.

Ir Nizar bukan setakat calon PAS tapi mewakili PAKATAN

Dulu masa PAKATAN pandai merangkak, BN hampir tumpang dalam PRU 13, sekarang PAKATAN dah pandai berjalan.

BN kalah.... mereka dah tahu, cuma melayu bodoh macam hang masih melalak kat blog...

Bodoh punya melayu!



Haha. Lihatlah siapa yang 'bodoh dan melalak kat blog'. Sesungguhnya, sifat hina yang tak diinsafi akan ditambahkan lagi kehinaannya. Semoga hatinya terbuka untuk kerja pembersihan.

Selamat Mengundi







Sunday, April 05, 2009

Kaedah Pentadbiran PR Perak Yang 'Memudahkan'

Sampai ke Meja MB 15.1.09

I mau sikit wang.. untuk 'Kongres Orang Asli' yang dirancang '1 Mac 09'.

Bagi pada Ling Lik Hock. Orang Asli takde akaun. ( Pengarah JHEOA kot Ah Lik ni..)

OK! Lulus, bagi sama Ah Lik. Oi Pengarah UPEN, cari mana yang patut! (Sambil Pengarah UPEN terpinga-pinga)

OK, Ngeh, saya tak suka minit pakai bahasa rasmi. Ini government is ours. We are the rakyat! Not the voters!!

Saturday, April 04, 2009

Selamat Pulang Tun M. Tapi Najib Ialah Najib

NST Online 2009/04/04
Updated 3:06pm

Dr M, wife and son rejoin Umno
Bernama

PUTRAJAYA, Sat:

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad; his wife Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; and son Datuk Mokhzani Mahathir have rejoined Umno. They handed in their forms and RM2 fee to the Prime Minister Datuk Seri Najib Razak at noon.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today rejoined Umno after having resigned from the party almost a year ago.

The former Umno president handed his application form and the RM2 membership fee to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak at Sri Satria, the official residence of the deputy prime minister here, at noon.

Ulasan

Sesetengah mengatakan ianya aset, sesetengah lagi mengatakan ianya liabiliti. Itu terpulang kepada penilainya. Ini kerana, zaman telah berubah dan fitrah alamiah manusia menerangkan bahawa manusia selepas kemuncak kedewasaannya akan dikanak-kanakkan semula tidak ternafi oleh kajian manusia moden.

Apapun, selamat kembali ke UMNO. Memang besar jasa, pengaruh, penyatuan dan kekangan terhadap doktrin pro-Yahudi yang dibawa Tun M sepanjang 22 tahun pemerintahannya dan menjadi sejarah besar negara dan tidak keterlaluan dikatakan sebagai lagenda.

Namun, kita tidak mahu PM pak turut lagi. Kita tak mahu PM yang diketawakan kerana menempa ulah dalam membuat keputusan. Kita tak mahu PM yang ditidurkan oleh suara-suara bantuan yang adakalanya tidak selari dengan kehendak masyarakat.

Najib ialah Najib. Tun M ialah Tun M. Tun M menjadi guru Najib. Najib boleh menggunakan cara Tun M. Tetapi Najib mungkin tak perlu menjadi jurucakap Tun M. Najib perlu buktikan daya upayanya sendiri sebagai sela perubahan atas selang pemimpin dalam pejabat yang disenangi, mewakili Perdana Menteri - Perdana Menteri genap negara ini.

Friday, April 03, 2009

Selamat Bertugas DS Najib, Terima Kasih Tun Abdullah

Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam
03/04/2009 10:36am

KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama


Abdullah terima anugerah Tun
03/04/2009 10:35am

KUALA LUMPUR 3 April - Abdullah Ahmad Badawi hari ini menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN), anugerah tertinggi negara yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Bernama


Jeanne terima anugerah bergelaran Tun
03/04/2009 10:37am

KUALA LUMPUR 3 April - Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah hari ini menerima anugerah Seri Setia Mahkota (SMM) yang membawa gelaran Tun daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Bernama

Wednesday, April 01, 2009

Polis Beri Amaran : No Altantuya !

Polis Taiping telah mengingatkan pihak-pihak yang berkempen untuk tidak menyentuh tentang kes Altantuya dan kes penyingkiran MB kontoversi oleh Sultan Perak dalam kempen PRK Bukit Gantang.

Penulis berpendapat, larangan ini tidak akan diendahkan kerana siapa ak tahu bahawa Pakatan Rakyat adalah kumpulan samseng penentang undang-undang. Mereka pastinya lebih ghairah untuk melanggar larangan polis supaya sebarang tindakan undang-undang dan pencegahan nanti membolehkan ianya diguna untuk meraih simpati.

Simpati ini diperoleh dari manipulasi yang menutup mata para pemberi simpati bahawa mereka telah memberi simpati terhadap pencabul larangan.

Apabila dituduh Anwar sebagai pelaku homoseks, bersalak-salakan penyokong Anwar membantah dengan mendakwa tiada bukti dimahkamah Anwar melakukan seks luar tabii.

Tetapi apabila angin fitnah bertiup mengaitkan Najib dan Altantuya, mereka-mereka inilah yang menjadi sendi dan tulang bagi fitnah itu tersebar serata dunia tanpa ada bukti mahkamah mahupun sumpah laknat dalam masjid bersaksikan kitab junjungan.

Hipokrit yang tertanam dalam strategi koalisi parti Islam dan parti sekularis yang tempang ini tidak akan dirahmati.

Kemenangan mereka pada PRU yang lalu hanyalah kaedah untuk mengetengahkan satu persatu kecelaruan pentadbiran mereka di mata umum.