Tuesday, May 07, 2013

Azlan Man Menteri Besar Perlis Yang Baharu



Shahidan sokong lantikan Azlan sebagai MB Perlis

KUALA LUMPUR 7 Mei - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim menyokong penuh pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pauh, Azlan Man sebagai Menteri Besar Perlis yang baharu.

"Kita ikut sahaja keputusan PM (Perdana Menteri). Kita bersetuju dengan calon yang dipilih," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas Perdana Menteri bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), di sini hari ini.

Menurut Shahidan, pelantikan Azlan juga disokong baki dua lagi Ahli Parlimen di Perlis iaitu Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar) dan Shaharuddin Ismail (Kangar). - BERNAMA

No comments: