KUALA LUMPUR 6 Mei - Sudah tiba masanya UMNO dan Pas bergabung sebagai sebuah parti bagi mengekang kemaraan DAP yang penguasaannya semakin jelas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 semalam.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, usaha itu penting bagi memastikan dua parti yang berjuang atas prinsip Islam dapat menyekat DAP yang dilihat semakin bersifat cauvinis.
Jelasnya, UMNO dan Pas perlu melupakan sengketa lama bagi kepentingan umat Islam di negara ini.
"Gambaran keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 sepatutnya membuka ruang lebih luas untuk kedua-dua parti itu mengadakan perbincangan serius mengenai agenda umat secara bersama demi perpaduan dan kebaikan ummah.
"Ini berikutan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 jelas menunjukkan pola pengundian masyarakat Cina lebih memihak kepada DAP," katanya di sini hari ini.
Tambahnya, keputusan tersebut juga jelas menunjukkan kehadiran Pas dalam pakatan pembangkang hanya menguntungkan DAP.
"Para pengundi Melayu hanya memberi undi kepada DAP atas nama setia kawan dalam pakatan sebagaimana yang berlaku di Gelang Patah.
"Namun situasi itu tidak berlaku di kawasan yang minoriti pengundi Cina menyebabkan calon Pas kecundang di kawasan berkenaan," katanya.
Menurutnya, kegagalan BN untuk memperoleh mandat dua pertiga juga perlu dinilai dari sudut positif.
"Sudah sampai masanya bagi UMNO dan BN untuk bermuhasabah dan mengenalpasti segala kelemahan agar selari dengan kehendak serta aspirasi majoriti penyokong parti itu," katanya.
2 comments:
Saya setuju. Dengan tiadanya Nik Aziz dan kelemahan 2nd liners Anwaristas (Mat Sabu, Salahudin Ayob, Husam Musa) maka ada kemungkinan PAS akan teruja untuk menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dengan UMNO. Buat sementara waktu tak usah kira orang2 PKR. Oh ya, tentukan PAS ambil jawatan MB Selangor. Jangan berikan kepada Azmin. Orang2 yang baru masuk PAS (Mohd Taib, Imran) juga berkemungkinan mahu menjaga keutuhan Melayu/Islam di negara ini. Semoga berjaya sdr Dr Hassan dan Ustaz Nasharudin dengan misi ini. Salam.
Jangan hanya pentingkan kuasa dan kedudukan..negara tergadai.Kemungkinan malaysia akan hilang dari tangan MELAYU PRU14 jika PAS masih bersekongkol dgn PAKATAN.Bersatulah wahai UMNO dan PAS demi kedaulatan negara MALAYSIA.Elakkan dari MELAYU merempat di negara sendiri dan mejadi HAMBA..
Post a Comment