Selasa, Mei 07, 2013

Amerika Syarikat Iktiraf Keputusan PRU13

Nampaknya, negara adidaya seperti Amerika Syarikat, awal-awal lagi mengeluarkan kenyataan mengiktiraf keputusan PRU 13 kelmarin dan menyebut, pilihanraya tersebut ialah yang paling kompetitif di rantau Asia Tenggara.

Jurucakap Jabatan Negara US, Patrick Ventrell berkata, Amerika Syarikat bersedia bekerjasama dengan kerajaan yang dibentuk oleh Najib Razak selepas koalisinya memenangi pilihanraya umum walaupun dengan pengurangan undi.

Inilah kaedah demokrasi di Amerika Syarikat yang gagal diterjemahkan oleh Pakatan Rakyat walaupun saling memuja demokrasi negara tersebut.



Tiada ulasan: