Tuesday, May 07, 2013

Idris Haron Ketua Menteri Melaka Yang Baharu


Bekas ahli Parlimen Tangga Batu, yang kini menjadi wakil rakyat DUN Sungai Udang, Melaka telah selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke 10 di sebalik kesedihan yang melanda negeri Melaka akibat kekalahan Ketua Menteri yang mereka sanjungi, Ali Rustam.

Kesedihan melanda mereka apabila Ali Rustam yang mereka anggap sebagai Ketua Menteri yang berjiwa rakyat, mesra rakyat dan berjaya membangunkan Melaka yang maju serta berpersekitaran yang bersih, ditumbangkan oleh sekelompok kecil.

Apa pun, kita mengetahui bahawa Ali Rustam berhajat untuk naik ke peringkat pusat. Ali Rustam menang atau kalah, Melaka tetap mendapat Ketua Menteri yang baharu. Kekalahannya tidak bolehlah dipertonjolkan disebabkan oleh undi Cina sahaja.

Bersangka baiklah. Barangkali mereka kecewa dengan Ali Rustam yang mahu meninggalkan negeri Melaka dek kerana sayangnya mereka terhadap Ali Rustam. Lalu dikalahkan, lalu kekal Ali Rustam mengintai-intai negeri Melaka.

Tahniah diucapkan kepada Idris Haron.

1 comment:

Anonymous said...

Sudah dijangka Idris Haron akan dilantik jadi KM melaka. Apapun tahniah pada YB Idris Haron. selamat menjalankan tugas dan amanah rakyat.