Beri peluang UMNO terajui BN Pulau Pinang
KEPALA BATAS 12 Mei - UMNO Pulau Pinang mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) diberi peluang menerajui kepimpinan BN negeri selepas kegagalan Gerakan dan MCA menarik pengundi kaum Cina pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).Cadangan itu dibuat berdasarkan prestasi buruk dua parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu dalam PRU sejak dua penggal lalu.
Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penolakan pengundi Cina terhadap BN telah berlaku sejak 2008 lagi apabila kaum itu enggan memberikan undi kepada Gerakan dan MCA.
"Kita semua telah maklum dengan penolakan kaum Cina dalam pilihan raya kali ini dan perlu melaksanakan tindakan yang sesuai dengan suasana politik semasa.
"Di Pulau Pinang sendiri, walaupun Gerakan dan MCA gagal memperoleh sebarang kerusi, namun UMNO dilihat sebagai penyelamat kerana kita masih mampu menyumbangkan 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiga kerusi Parlimen," katanya. - UTUSAN ONLINE
4 comments:
Hapuskan SRJK(C)....masa merdeka mmg relevan tapi sekarang SRJK(C) dah tak relevan lagi..
sangat setuju
Sangat setuju, daftarkan anak-anak Melayu Pulau Pinang sebagai pengundi,cari mereka, sedarkan mereka, gunakan strategi pindahkan pengundi yang dilakukan mata sepet sekarang.
klo sume ikhlas nak hak yg sama..mulakan dgn 1 sistem sekolah jer....klo betul2 ikhlas lah
Post a Comment