Monday, January 31, 2011

Kehancuran Buat Mesir Karya Hosni Mubarak

Kebangkitan rakyat di Mesir menuntut Hosni Mubarak yang memerintah Mesir selama 30 tahun digulingkan esok memanggil satu juta umat dijalanan Kaherah dalam apa yang disifatkan sebagai satu bencana yang dirancang pihak tertentu bagi menimbulkan keadaan huru-hara yang sukar dikendali.

Hari ini sahaja ramai yang terperangkap dan kebuluran akibat tekanan harga makanan membuatkan barang keperluan meningkat berpuluh kali ganda. Bencana ini hanya melana dalam tempoh seminggu.

Bermula di Tunisia dan merebak ibarat teori domino, keadaan di Mesir diramalkan boleh menjadi Iraq yang baru berikutan keras kepala Hosni Mubarak yang melawan para mobs yang menggila dengan penubuhan kabinet baru.

Polis sudah tidak menjalankan tugas, penjara dibebaskan dan tentera bersikap toleran terhadap penunjuk perasaan. Malapetaka terbaru sedang dirancang di bumi Mesir oleh Hosni sendiri. Adakah nasibnya menentang sadisme kematian Anwar Sadat?

State TV: Egypt president announces new government
By MAGGIE MICHAEL and HAMZA HENDAWI Associated Press © 2011 The Associated Press
Jan. 31, 2011, 6:57AM

CAIRO — Egyptian President Hosni Mubarak swore in a new Cabinet on Monday, replacing one dissolved as a concession to unprecedented anti-government protests.

In the most significant change, the interior minister — who heads internal security forces — was replaced. A retired police general, Mahmoud Wagdi, was named to replace Habib el-Adly, who is widely despised by protesters for brutality shown by security forces.

Still, the new Cabinet is unlikely to satisfy the tens of thousands of protests who have taken to the streets in cities across Egypt the past week demanding the ouster of Mubarak and his entire regime. When Mubarak announced the dissolving of the previous government late Friday and named his intelligence chief Omar Suleiman.

Belasungkawa Perjuangan Gobi Dalam PKR

Nasib Gobalakrishnan diterajang ke tahap lebih rendah oleh pandangan pucuk pimpinan PKR. Bersempena dengan itu, marilah kita bersama melihat panglima kesayangan PKR ini satu ketika dahulu ketika dia disanjung sebagai panglima merangkap imam di mata penyokong PAS semasa PRK Permatang Pasir.


Jodoh PKR Dan Kaum India Tak Panjang

Tak terlambat teman nak ucapkan Selamat Keluar PKR kepada Panglima Perang PKR Cabang Kaum India, N Gobalakrishnan yang mengisytiharkan dirinya keluar PKR semalam.

Teman dapat bayangkan agenda PKR tidak pernah menyamaratakan kaum-kaum di dalamnya melainkan orang India melaksanakan aktiviti keindiannya manakala orang Melayu menjalankan aktiviti kemelayuannya.

Acara mesyuarat PKR tidaak ada bacaan doa kerana kononnya mengguris hati orang India.

PKR di DUN Hulu Kinta hanya menjalankan acara bergendang dan menari kerana ia dikuasai oleh kaum India satu ketika dulu selepas Perak jatuh ke tangan mereka.

Buktinya, program Kompleks Komuniti Taman Perpaduan yang diusahakan oleh Ahli Parlimen Tambun, Husni hanadzlah dipenuhi acara kaum India PKR.

Hari ini, diketahui umum bahawa convenience marriage antara kaum India dan PKR tak pernah berjaya.

Gobalakrishnan yang berguling di jalan mempertahankan PKR hari ini telah angkat kaki. Kaum India perlu sedar bahawa PKR hanya menjanjikan kekecewaan kepada mereka.

Sunday, January 30, 2011

Melaka, Muar, Negeri Sembilan turut diancam banjir


Hujan lebat bulan Januari jarang berlaku dan bulan Februari tercatat sebagai bulan paling kering dalam taburan hujan sepanjang tahun di Malaysia.

Hujan lebat yang turun dalam tempot 48 jam di selatan Semenanjung mengulangi kejadian pada awal tahun 2007 yang menyebabkan bah besar.

Kali ini, bukan sahaja Tenang yang sedang menghadapi Pilihanraya kecil, ancaman banjir dilaporkan untuk seluruh negeri Melaka, Muar dan Negeri Sembilan.

Cerapan Jabatan Meteorologi jam 4 petang menunjukkan kawasan hujan bermula dari Singapura hingga Tanjung Malim, dari Tioman ke Pangkor.

Peratus Keluar Mengundi Jatuh Akibat Banjir


Sehingga jam 3.00 petang, 65.19 peratus atau 9,618 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, demikian statistik terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bacaan lanjut klik sini

Friday, January 28, 2011

Siti Nurhaliza Dicadang Jadi Ikon Nusantara

Siti Nurhaliza dicadang jadi Duta Kebudayaan Melayu

28/01/2011 4:38pm

BANDUNG 28 Jan. – Di sebalik hubungan Malaysia dan Indonesia yang kadang kalanya “panas”, artis popular dari Malaysia Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dicadangkan menjadi Duta Kebudayaan Masyarakat Melayu dalam usaha mengakrabkan hubungan rakyat di negara-negara Nusantara.

Cadangan itu dibuat oleh Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) berdasarkan penerimaan besar masyarakat terhadap personaliti Siti Nurhaliza.

"Lebih baik gelar itu datang dari masyarakat, lebih baik beliau diterima masyarakat, kerana gelar itu akan menjadi abadi,” kata Ketua Iswami Indonesia, Saiful Hadi Chalid ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Saiful Hadi, yang juga Ketua Pengarang Agensi Berita Indonesia, Antara, sebelum itu menyuarakan cadangan berkenaan semasa memberi ucapan awal pada Seminar Ekonomi Malaysia Indonesia (SEMI 10) dan berharap semua pihak di Indonesia dan Malaysia dapat menerima secara positif cadangan itu.

Seminar sehari itu, yang dianjurkan oleh Iswami, dirasmikan oleh Menteri Kewangan Kedua Malaysia Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Ketika menjelaskan lebih lanjut cadangan beliau itu, Saiful Hadi berkata beliau yakin Siti Nurhaliza boleh memainkan peranan amat berkesan untuk

“menyejukkan suasana” ketika berlaku krisis dalam hubungan Malaysia dan Indonesia, misalnya.

"Ketika ada isu-isu hangat, tak perlu bersusah-payah kita mengirim delegasi Malaysia atau Indonesia untuk menenangkan keadaan, cukup dengan mengirim Siti Nurhaliza menyanyi dan mengatakan buat apa kita bermusuhan.

"Cukup itu saja, ini akan menggugat hati orang yang hanya melihat sesuatu perkara itu dari sisi negatif,” katanya. - Bernama

Indonesia Puji Kemajuan Sarawak, Kutuk Wilayah Sendiri

Kamis, 27/01/2011 13:04 WIB
Gamawan Pamer Foto Timpangnya Pembangunan RI-Malaysia di Perbatasan
Adi Lazuardi - detikNews

Jakarta - Pembangunan di perbatasan RI-Malaysia di Kalimantan Barat dengan Serawak ternyata sangat timpang. Kondisi perbatasan di Malaysia sudah tampak lebih maju daripada di perbatasan Indonesia.

"Padahal rumah ini dua-duanya bertetanggaan di satu wilayah Indonesia dan Malaysia," kata Kepala Badan Nasional Pengelola Perbatasan Gamawan Fauzi.

Hal itu disampaikan Gamawan sambil menunjukkan foto-foto perbedaan kondisi perbatasan dalam raker dengan anggota Komisi II DPR, Senayan, Kamis (27/1/2011). Namun Gamawan tak menyebutkan kapan foto-foto tersebut diambil.

Pria yang juga menjabat sebagai Mendagri ini membawa 4 foto kondisi perbatasan RI. 3 Di antaranya perbatasan Kalimantan Barat-Serawak. Sedangkan 1 foto lainnya perbatasan RI-Papua Nugini.

Foto pertama yang ditunjukkan Gamawan ke DPR yakni foto rumah-rumah warga RI dan Malaysia. Gamawan membandingkan rumah warga RI di perbatasan sudah tidak layak huni. Kondisi bangunannya sudah mulai lapuk. Rumah warga Indonesia ini pun terbuat dari kayu.

Kondisi ini berbeda jauh dengan rumah warga Malaysia. Rumah warga Malaysia terbuat dari tembok dengan cat yang masih baru. Bahkan beberapa di antaranya sudah bertingkat dua.

Kemudian Gamawan menunjukkan foto kedua. Di foto kedua ini tampak kondisi jalan di perbatasan RI-Malaysia. Jalan di perbatasan RI terlihat belum diaspal, sebagian berumput dan berbatuan. Sementara di Malaysia sudah diaspal.

"Padahal di Malaysia jarang masuk kendaraan. Kapan kita punya jalan seperti ini di perbatasan," kata Gamawan sambil menunjukkan foto perbatasan Malaysia.

Foto ketiga yang ditunjukkan Gamawan yakni pembangunan gedung sekolah. Gedung sekolah di perbatasan RI sangat menyedihkan. Sekolah tersebut tampak tidak terawat dan luas bangunannya kecil. Sementara di Malaysia, sekolahnya sudah bertingkat 4.

Foto keempat yakni perbatasan RI-Papua Nugini. Di perbatasan ini, kondisinya tidak begitu signifikan. Malah perbatasan Indonesia masih lebih baik dari Papua Nugini.

"Kalau kita dengan Papua Nugini masih baguslah," ujarnya.

Thursday, January 27, 2011

'Khurafat' Timbulkan Persepsi Negatif Tentang Islam

Teman bukan nak menempelak kreativiti pengarah filem Melayu sekarang. Makin hari makin bagus. Cuma teman benci dengan ekploitasi ayat-ayat Al-Quran di dalam filem hantu Melayu ni. Pendapat teman dipersetujui ramai dalam Facebook peribadi teman.

Bayangkanlah, dewasa ini, anak muda bukan Islam yang mengikuti filem Melayu, contohnya serani Melaka dan bumiputera Sabah dan Sarawak, yang mencari-cari rahsia kebenaran Islam, mula menganggap Al-Quran itu merupakan kitab yang hanya diguna untuk menghalau hantu!

Ini sudah salah! Malah mereka menyebut berasa seram sejuk apabila mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran di masjid-masjid. Astaghfirullahalazim. Salahkah mereka berasa demikian? Mereka bukan orang Islam. Mereka tidak salah. Yang salah ialah kita orang Islam yang sepatutnya mendidik dengan cara yang betul, tetapi memilih untuk mendidik dengan cara yang salah!

Hampir semua cerita hantu Melayu mengeksploitasi ayat Al-Quran. LPF buat apa? Bukankah itu juga unsur yang merosak pemikiran?

Andai kisahnya merupakan gangguan jin yang tidak terlihat riak hantunya kerana ditabir oleh Allah di dalam dunia ghaib, kisah-kisah kerasukan, maka ada ampun jugalah kalau ayat Al-Quran untuk diperlihatkan sebagai perubatan cara Islam. Itu pun bukan dengan bacaan terpekik terlolong!

Tapi kalau hantu yang ditonyoh mukanya oleh jurumekap sampai sehodoh mungkin, mencekik orang sampai mampus, apa kejadahnya tu? Ia sebuah rekaan. Atau kata lain, KEBOHONGAN.

Mengapa kita biarkan ayat Al-Quran dimain-mainkan dengan KEBOHONGAN? Mengapa kita biarkan pembuat filem menyekutukan ayat-ayat suci dengan pembohongan?

Jika hendak membuat cerita bohong, wujudkan pawang pembohong dengan membaca jampi serapah bohong juga. Itukan lebih bagus!

Al-Quran bukan kitab penghalau hantu. Ia adalah kitab panduan umat akhir zaman dalam meningkatkan keimanan dalam mengesakan Allah SWT. Bacaannya dilagukan, bukan dengan terjerit-jerit.

Sebaik-baik ayat untuk mengelak gangguan jin ialah ayat ke 255 Surah Al Baqarah yang dibaca dalam hati dengan iktikad bahawa makhluk tidak mempunyai kuasa. Hanya Allah empunya kekuasaan.

Kita jangan lupa bahawa pendakyah anti-Islam sejak dahulu memfitnah bahawa Rasulullah dirasuk syaitan semasa mendapat wahyu dan kononnya Al-Quran itu wahyu dari syaitan. Nauzubillah.

Mengeksploitasi ayat Al-Quran dalam cerita-cerita hantu hanya memburukkan lagi persepsi bukan Islam, malah satu hari nanti, mungkin anak-anak muda yang dilahirkan Islam yang tidak berpendidikan Islam akan berfikiran serupa.

Filem hantu Melayu hari ini benar-benar sesat lagi menyesatkan. Tidak berlebihan untuk menyebut, ia memang memalukan seluruh umat Islam di mata orang bukan Islam.

Wednesday, January 26, 2011

Anwar Dalang Pindaan 1993, Menghad Kuasa Raja Melayu

Anwar dalam blognya tiba-tiba hendak menjadi hero tua ala Rajinikand dalam isu membabitkan Raja-raja Melayu. Dia menuduh UMNO yang mempelekeh raja-raja Melayu dengan peristiwa tahun 1993.

Jika hendak dibawa kisah tahun 1993, kenapa tak boleh berfikir bahawa dari tahun 1993 hingga 1998, dia yang menjadi orang kedua terpenting dalam kerajaan, tidak membawa apa-apa kebaikan ke atas institusi raja.

Malah, Anwar sebaik jadi TPM, telah mencetuskan pindaan perlembagaan 1993 ini dan umum mengetahui bahawa, sifat anti-feudal Anwar itulah yang membuatkan pindaan 1993 itu berlaku.

Sifatnya itu masih belum pudar hingga hari ini di mana dia masih berani menyebut idea republik sebagainya selepas PRU 12. Hanya setelah mendapati orang Melayu tidak suka perkara itu, Anwar mengambil langkah ke belakang.

Umum mengetahui bahawa pindaan 1993 berlaku akibat kejadian pada 1992 yang melibatkan jurulatih hoki bukan Melayu dikasari oleh seorang Raja. Jika itu berlaku hari ini, siapa yang akan menjuarai kes itu? UMNO atau PKR?

Anwar perlu berhenti dari memainkan isu 1993 kerana hari inipun dia tidak memberi sebarang komen mengenai perbuatan ADUN Sri Muda.

Seratus perkataan Anwar keluarkan, Seribu pembohongan tersingkap. Jangan cakap banyak lah.

“Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”

Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita… kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.

“Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat… (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”

Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.

“Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya. - Blog Anwar Ibrahim

Google Buka Pejabat Di Malaysia

KUALA LUMPUR, Rabu 26 Januari 2011 (AFP) - Google hari ini menyebut akan membuka pejabat Malaysia, yang kedua di Asia Tenggara, berikutan pertumbuhan signifikan dalam penggunaan internet di negara ini.

Ketua Google Asia Tenggara, Julian Persaud menyebut bahawa Malaysia mempunyai salah satu daripada "peratusan tertinggi penggunaan pelayar web Google, iaitu Chrome, di Asia Pasifik" juga selari dengan mempunyai 17 juta pengguna Internet daripada penduduk 27 juta.

"Persekitaran online di Malaysia berkembang pesat, dengan perkembangan yang signifikan di antara akses internet jalur lebar dan aktiviti e-dagang," katanya kepada wartawan.

"Kami amat berbesar hati untuk membentuk operasi terbaru kami di Kuala Lumpur, di mana kita boleh menarik dari bakat terbaik tempatan untuk lebih membantu pengguna mencari maklumat," tambahnya. Klik Untuk bacaan lanjut

Harapan teman tak banyak. Mintak Google perbetulkan Google Translate yang mana untuk Bahasa Melayu, keseluruhannya telah dikuasai oleh Bahasa Indonesia. Oleh kerana Indonesia acapkali meremehkan hakikat bahawa bahasa Indonesia itu bertunjangkan bahasa Melayu, dengan pembukaan Google di Malaysia, teman mahu supaya 'Malay' dalam Google Translate menggambarkan Bahasa Melayu Malaysia, Singapura dan Brunei! Biar Indonesia dengan Bahasa Indonesia mereka. Hal ini perlu dibezakan mengikut kesesuaian dan hakikat semasa.

Tuesday, January 25, 2011

Lee Kuan Yew Sokong Anwar Meliwat

Lee Kuan Yew mungkin bingung apabila bocoran dari Wikileaks membuatkan Malaysia kecoh kerana baginya berjubor itu tiada salahnya. Dia mungkin hairan apabila rakyat Malaysia menyerang Anwar akibat kenyataannya dalam kawat antarabangsa yang dibocorkan menyebut Anwar memang melakukan liwat.

Ini kerana Lee Kuan Yew sendiri menyebut, dia tidak kisah sekiranya cucunya merupakan seorang gay.

Untuk apa Lee Kuan Yew mengeluarkan kenyataan ini? Sudah tentu untuk memberitahu media negara sebelah bahawa apa yang nak dikecohkan tentang perbuatan Anwar. Ia sekadar isu genetik sahaja. Lambat jugak Kuan Yew cuci jamban. Tahi yang ditinggalkan dah kering keras pun.

LKY akan terima jika cucu gay

Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew akan menerima kenyataan jika salah satu cucunya adalah homoseksual, lapor Sin Chew Daily dan Nanyang Siang Pau .

Dalam sebuah wawancara dengan The Straits Times, Lee berkata homoseksualiti adalah isu genetik.

Sin Chew Daily memetik petikan dari wawancara, melaporkan bahawa Kuan Yew menyebut bahawa bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Dick Cheney membenci homoseksualiti namun dia masih mencintai anaknya walaupun anaknya lesbian. - The Star

Tuesday January 25, 2011

LKY will accept it if grandchildren are gay


SINGAPORE’S Minister Mentor Lee Kuan Yew will accept the reality if any of his grandchildren is homosexual, Sin Chew Daily and Nanyang Siang Pau reported.

In an interview with The Straits Times, Lee said homosexuality was a genetic issue.

Sin Chew Daily, which quoted excerpts from the interview, reported Lee as saying that former US vice-president Dick Cheney was against homosexuality but he still loved his daughter even though she was a lesbian.

However, Lee stressed that none of his children was a homosexual.

Raja Petra Mahu Kepalai 'Third Force', 5 Nama Telah Diumum

Raja Petra semakin berangan untuk menjadi 'third force' di negara ini dalam PRU 13 dengan mendedahkan beberapa nama calon yang bakal mereka tampilkan. Tapi kalau setakat tiga empat kerat, tak payah nak sebut 'third force' lah. Malu kat semut je.

Kalau nak jadi third force, kena lah bertanding di 222 kerusi parlimen dan 500 kerusi DUN seluruh negara. Ada berani ke? Duit miker banyak, hasil menjual fitnah selama ni. Laburkan je lah.

KUALA LUMPUR: Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia(MCLM) telah menamakan seorang aktivis wanita dan seorang doktor gigi sebagai calon untuk pilihanraya umum 13.

Bekas presiden
All Women's Action Society Haslinah Yacob dan Dr Nedunchelian Vengu telah menawarkan diri untuk bertanding, umum presiden MLCM Haris Ibrahim di pejabat gerakan tersebut di Taman Desa di sini hari ini.

Haslinah, 49, terlibat dalam hal-hal guaman bagi hak-hak wanita selama 10 tahun.

Pengamal pergigian swasta, Dr Nedunchelian, 42, pula berkhidmat dengan
Malaysian Private Dental Practitioners Association selama tiga penggal.

Presiden Persatuan Hak Asasi Kebangsaan Malik Imtiaz Sarwar dan peguam hak asasi manusia Sreekant Pillai sebelumnya diumumkan sebagai
dua calon pertama MCLM untuk pilihanraya umum berikutnya.

Blogger kontroversi Raja Petra Kamaruddin adalah ketua MCLM .

Dilancarkan pada 30 Okt tahun lalu, MCLM mempromosikan dirinya sebagai "kekuatan ketiga" dalam politik Malaysia dan berusaha untuk mereformasi iklim politik tanahair.
- The Star

99% Pelaburan Pulau Pinang Usaha Kerajaan BN

Kononnya Pakatan Rakyat mampu memberi kemakmuran kepada negara ini andai mereka memerintah. Tetapi semuanya diketahui hanya kencing belaka. Ini kerana pelaburan untuk negeri yang diperintah oleh mereka sendiri dibawa oleh kerajaan pusat.

Perak menjadi negeri yang nyaris muflis hanya 11 bulan ditadbir Pakatan Rakyat. Jika PR selalu menyebut kononnya mereka membasuh kencing berak UMNO-BN, seperti kenyataan Ahli Parlimen Ampang , Muraidah Mak Lampir, mereka lupa, bahawa BN selalu membersihkan najis Pakatan Rakyat yang ditabur di dalam negara dan di luar negara tanpa perlu bermulut murai menjaja kisah.

Pakatan Rakyat jarang menyedari mereka melepaskan najis merata-rata mungkin kerana mereka mengalami masalah menahan najis akibat terlalu banyak dijengah pintu belakang mereka oleh B.A.B.I.

99% pelaburan di P. Pinang usaha kerajaan pusat - Mukhriz

24/01/2011 11:28am

SUNGAI PETANI, 24 Jan. - Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, 99 peratus pelaburan di Pulau Pinang adalah usaha kerajaan pusat, khususnya oleh kementerian itu.

Justeru kata beliau, kerajaan Pulau Pinang yang diteraju pakatan DAP-Parti Keadilan Rakyat-Pas itu tidak harus cepat ‘mengambil kredit’ di atas usaha orang lain dalam mempromosikan negeri tersebut sebagai destinasi pelaburan.

"Kita telah jangka bahawa mereka (kerajaan negeri) akan buat kenyataan seperti itu, tetapi percayalah bahawa pelaburan yang sampai ke Pulau Pinang itu bukan semuanya daripada negara-negara yang mereka lawati.

"Contohnya pelaburan daripada Taiwan, saya sendiri yang pergi ke sana untuk mengetuai misi mempromosi perdagangan dan pelaburan, dan saya yakin daripada hasil kerja-kerja kita itu ada pelabur dari sana akan datang melabur di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di sini. - Bernama

Sejarah Melayu Ipoh 13

Berbeza dengan Gopeng , Sungai Raia, Sengat dan Pulai yang dikuasai orang Mendailing, Kawasan Hulu Kinta dikuasai oleh Melayu Perak. Terdapat sebilangan kecil orang Mendailing dan Jawa yang terdapat di Tambun, sebuah perkampungan dengan deretan kedai kayu pada penghujung dekad 1880an.

Tok Lembang menguasai kawasan ini dengan mengusahakan lombong-lombong kecil dan menghantar bijih timah ke Ipoh. Dia kemudiannya menjalankan bisnes menyewa gajah untuk mengangkut bijih dari Tanjong Rambutan ke Ipoh. Selepas jalan ke Gopeng, jalan ke Tambun di bina. Ini membolehkan kereta lembu dan kereta kuda melaluinya. Perniagaan sewa gajah Tok Lembang menjadi tidak popular.

Tok Lembang dipercayai waris kepada penduduk yang telah ada di kawasan itu sejak zaman Panglima Kinta Kelima, Ngah Ghafar, lebih 60 tahun sebelum itu. Ngah Ghafar merupakan ikon mistik yang telah dilupakan oleh Melayu Ipoh hari ini.

Panglima Kinta Kelima itu hilang ke kawasan air panas Tambun dipercayai mengahwini orang bunian. Di dalam Gua Datuk hari ini masih ada sebuah kerusi yang menghadap kiblat dipercayai tempat Datuk Panglima Ngah Ghafar datang berubat. Beliau hilang ketika upacara penyembuhan dilakukan oleh seorang pawang dalam sebuah balai. Ngah Ghafar digelar Datuk Hilang Di Jalan.

Tok Lembang telah membuka tanah di kaki gunung batu kapur di sekitar Tambun menggunakan pekerja Jawa. Pada zaman ini, limau bali telah ditanam di ladang kerajaan di Jalan Kuala Kangsar. Menurut cerita lisan, orang Jawa lah yang membawa benih limau besar yang disebut 'limau dari Bali' walaupun hari ini sejarahnya tidak diceritakan oleh pengusaha limau tambun yang kesemuanya berketurunan Cina.

Tok Lembang merupakan tokoh kawasan Tambun. Kawasan Tambun pada tahun 1892 dikenali sebagai kawasan hitam kerana kekerapan berlaku samun dan rompak di jalanan sehingga memaksa Ibupejabat Polis Daerah di Batu Gajah dipindahkan ke Ipoh. Tok Lembang menjadi pembantu majistret pada tahun 1904. Namanya diabadikan di Happy Garden, Ipoh dengan nama Jalan Kulup Limbang.

Pertanian di sebalik perlombongan kecil-kecilan di Tambun turut menyaksikan pengenalan tanaman kopi. Kebun kopi terbesar di Tambun adalah milik Leong Fee dan F.J.B. Dykes di Bukit Kopi (Kopisan) yang kini menjadi Taman Perpaduan. Melayu Perak yang paling berjaya di Tambun dalam mengusahakan ladang kopi ialah Ngah Ali. Mereka menanam kopi Liberia yang jatuh harga pada tahun 1895 kerana peningkatan populariti kopi jenis Arabica yang ditanam di tanah tinggi di jajahan Belanda (Indonesia).

Pada zaman ini, Tambun dan Ampang merupakan kawasan yang dibuka untuk pertanian atas galakan Kerajaan British Perak. Tok Muda Wahab membina empangan bernilai $10,000. Frank Swettenham pada 23.11.1893 menyebut, empangan tersebut adalah empangan terbesar di Lembah Kinta dengan panjangnya 150 ela dan tingginya 12 kaki digunakan untuk projek sawah padi yang bakal diusahakan dari Ampang hingga ke Pengkalan Pegoh. Projek ini dipertingkatkan lagi dengan memperbesarkan empangan tersebut sehingga menjadi 780 ela panjang siap pada tahun 1899 dengan kos mencecah $40,000 beserta tali air sepanjang 4 batu!

Walaubagaimanapun, projek ini tidak berbaloi disebabkan masalah dalaman dan kedudukan tanah pertanian yang bakal dibangunkan ini di atas lembangan yang kaya dengan bijih timah.

Kemasukan lebih ramai orang Cina memaksa tanah-tanah pertanian ini dipajak untuk digali dasarnya bagi membongkar bijih timah yang memenuhi lembah ini.

Bersambung esok.

Monday, January 24, 2011

Sejarah Melayu Ipoh 12

Pada tahun 1887, cuma 3,700 orang Melayu Kinta yang mengusahakan bendang terutamanya di kawasan Kampar berbanding 12,000 penduduk Melayu yang ada. Kedatangan pokok getah pada tahun 1890an membuatkan ramai orang Mendailing mula berhasrat menanam getah.

Ladang-ladang getah milik orang Mendailing mula memenuhi Sengat dan Gopeng. Walaupun orang-orang yang mendiami kawasan Sengat hingga Gopeng kebanyakannya adalah Mendailing namun Penghulu Mukim Sungai Raia ialah Tok Domba yang tinggal berhampiran Gunung Lanno (berhadapan tol Simpang Pulai hari ini).

Pendatang Mendailing adalah orang-orang yang bekerja untuk Kulup Riau dan mereka kemudiannya bergabung dengan pengikut Raja Asal yang mundur ke Perak. Orang Mendailing memilih Perak sebagai destinasi terakhir mereka setelah dikerah Pahang untuk berperang di Selangor dan kemudiannya 'diusir' dari negeri tersebut. Ini kerana, terdapat ramai pekerja Mendailing di Perak dan pemimpin mereka terdahulu telah diberi peluang membuka kawasan di Perak oleh pembesar melayu Perak.

Di Perak, orang Mendailing diterima sejak sekian lama sehinggalah mereka terjebak dengan tindakan Raja Asal membantu British memburu Datuk Maharaja Lela.

Kulup Riau pula tidak disenangi oleh Penghulu Melayu Kampar kerana sikap bermuka-muka ketika pemerintahan Sultan Ismail dan tindakannya menggunakan Pengkalan Baru berhampiran Tekkah untuk mengangkut bijih timah melalui Sungai Raia bagi mengelak melalui Sungai Dipang dan membayar tol kepada Kampar.

Kulup Riau sanggup membina jalan dari Gopeng ke Sungai Raia, 12 km ke utara, semata-mata mengelak dari melalui Sungai Dipang di mana kemudiannya, hasil bijih di bawa ke selatan iaitu ke Durian Sebatang (Hilir Perak) melalui Sungai Raia - Sungai Kinta.

Pada tahun 1890an juga British membina Jalan Ipoh ke Gopeng tanpa melalui jajaran Kulup Riau. British memilih untuk berurusan dengan Tok Domba kerana British masih menganggap Mendailing sebagai 'foreign Malay'.

Seorang juru ukur tanah Perancis, De Morgan yang mendapat konsesi melombong di Klian Lalang (Ulu Tekkah) yang mahu mendaki Gunung Lanno tetapi dinasihatkan supaya jangan oleh Tok Domba kerana berpenunggu yang akan menggulingkan batu dari atas. Sebab itulah kawasan itu dinamakan Keramat Pulai.

Tok Domba mewarisi kawasan perlombongan di antara Gunung Rapat dan Gunung Terendum (laluan PLUS membelah kuari batu Simpang Pulai hari ini), hingga ke Ulu Pinji. Lembah gunung batu kapur ini merupakan sempadan antara orang Semai di selatan dan Temiar di utara.

Selain Kulup Riau, nama besar ketua-ketua Mendailing pada dekad 1890an ialah Imam Perang di Gopeng dan Tok Setia Raja di Batu Gajah. Tok Setia Raja pernah membantu Raja Asal dalam Perang Kelang.

Orang Mendailing beralih kepada pertanian setelah mencuba bidang perniagaan di pekan Gopeng dan gagal bersaing dengan orang Cina. Kebun-kebun getah mula dibuka selain padi huma dan tanaman kontan.

Orang Melayu Perak pula dikepalai oleh Tok Domba dan anaknya Penghulu Che Wahab yang membuka Kampung Kepayang Baru (Kg. Kepayang Sungai Raya hari ini) . Pada tahun 1898, Kg. Kepayang Baru hangus terbakar dan siap dibina semula 3 tahun kemudian dengan pembinaan pasarnya ditender oleh Penghulu Che Wahab.

Bersambung esok.

Sunday, January 23, 2011

Sejarah Melayu Ipoh 11

Sultan Ismail dan Datuk Maharaja Lela telah dijerat oleh Siam di Pattani atas bantuan William Maxwell. Siam merupakan sahabat British. Mereka telah dibawa ke Singapura untuk dibicarakan dan alat kebesaran pertabalan ke negeri Perak telah dikembalikan.

Sultan Ismail dibuang ke Skudai bersama beberapa orang kanannya. Datuk Maharaja Lela dihukum mati. Datuk Sagor yang terlebih dahulu ditangkap di Kuala Kangsar telah pun dihukum mati.

Kekacauan akibat Perang Perak dan kesangsian Melayu Perak atas orang Mendailing yang membantu British memerangi kesultanan Perak. Maka berlakulah keganasan-keganasan akibat perbalahan ini dan ia dipulihkan sedikit setelah Raja Idris menjadi Sultan yang sah pada tahun 1887.

Penduduk Cina di Ipoh pada tahun 1879 adalah seramai 900 orang berbanding Melayu kira-kira 3000 orang. Tetapi dalam masa 3 tahun, penduduk Cina telah mencapai 5000 orang dan tahun 1881 merupakan saat Melayu Ipoh mula menjadi minoriti sehingga ke hari ini.

Sultan Abdullah yang dibuang ke Seychelles bersama pembesar Perak yang lain meninggalkan takhta yang kosong dan dipangku oleh Raja Yusuf. Kemangkatan Raja Yusuf membolehkan Raja Idris menjadi Sultan Idris Shah yang terkenal sebagai sahabat baik British.

Bermulanya era Datuk Panglima Kinta Ke-10, Muhammad Yusuff yang mula bertugas pada tahun 1884, telah menjadi titik tolak pembangunan besar-besaran Ipoh sebagai sebuah bandar. Pada tahun tersebut juga, pemangku residen, Frank Swettenham memindahkan ibu pejabat pentadbiran Kinta dari Kota Baru ke Batu Gajah dan kekal hingga ke hari ini.

Tanda-tanda kemakmuran Kinta semakin jelas apabila bangunan-bangunan batu mula dibina di Papan, Batu Gajah, Ipoh, Lahat, Dipang dan Gopeng. Pada tahun 1889, pengeluaran bijih timah Kinta buat pertama kalinya melepasi pengeluaran di Larut dan semakin ramai pekerja Cina berpusu-pusu masuk ke daerah Kinta.

Menurut Swettenham, para pembesar Melayu di daerah Kinta adalah orang Melayu paling kaya di Tanah Melayu pada ketika itu. Sutera dan songket mahal di Terengganu dan Batubara di Sumatera ditempah oleh mereka. Mereka memiliki rumah besar, dan ladang kuda serta memiliki rumah sendiri di tanah suci Mekah.

Selain dari penduduk Melayu tetap di sekitar Ipoh yang secara tradisinya mengerjakan bendang dan lombong, terdapat juga orang Melayu yang menjadi orang sampan menjual barang dagangan dari hilir sehinggakan menimbulkan rasa tidak puas hati saudagar-saudagar Melayu yang berkedai atas darat di Ipoh.

British menggalakkan orang Melayu Kinta bertani untuk memenuhi keperluan makanan pekerja Cina yang dikerah dilombong-lombong. Tetapi orang Melayu lebih memilih untuk bertani dan menyara hidup mereka sendiri dan membiarkan bendang tidak diusahakan beberapa tahun bagi menyuburkan kembali tanah.

Kesempatan bertani diambil oleh Melayu luar terutamanya Mendailing kepada tanaman-tanaman yang diperkenalkan oleh British seperti kopi, limau, oren, lada hitam dan limau bali. Ini dibantu oleh langkah kerajaan negeri Perak membuka kawasan pertanian dengan mengiklankan tawaran tanah tidak lebih 500 ekar dengan premium sebanyak 30 sen untuk 2 tahun.

Namun keutamaan diberi kepada aktiviti perlombongan dan kerajaan negeri berhak mengambil semula tanah dengan membayar pampasan untuk dilombong dan ini membunuh aktiviti pertanian di Kinta beberapa tahun kemudian.

Orang Melayu Ipoh sebenarnya tidak lagi berminat untuk bertani. Perlombongan bijih timah memberi peluang kepada mereka mengambil upah membersih kawasan, membekal kayu-kayan, menjadi penyedia khidmat perahu, menjadi polis, tukang kayu dan pembina rumah yang menjajikan pulangan lumayan, selagi beras masih mampu dibeli.

Ini kerana, pada tahun 1885, British mendaftar kira-kira 500 lombong di mana 3 diusahakan oleh syarikat Eropah, manakala selebihnya ialah kawasan lombong orang Melayu yang mendakwa lombong itu milik mereka turun temurun. Akibatnya, British menetapkan bahawa lombong turun temurun yang tidak diusahakan selama 2 tahun akan dimansuhkan status milikan. Maka sebab itu, orang Melayu menyewakan tanah mereka kepada pelombong Cina dan Mendailing dan mengutip hasil komisen sahaja.

Bersambung esok.

Saturday, January 22, 2011

Sejarah Melayu Ipoh 10

Setelah berjaya mengusir Sultan Ismail dan pengikutnya dari Papan, lombong-lombong Sultan Ismail di Papan diserahkan kepada Raja Asal. Namun ini menimbulkan rasa tidak puas hati Gabenor Negeri-Negeri Selat yang mempertikaikan pemberian tersebut.

British dengan licik mendakwa hanya membenarkan Raja Asal mengusahakan lombong peninggalan Sultan Ismail dan bukannya membuka lombong-lombong baru. Ini kerana British menyedari bahawa kawasan Papan merupakan kawasan deposit bijih timah terkaya di Tanah Melayu pada waktu itu.

Raja Asal yang kecewa dikatakan membunuh diri namun warisnya menyangkal dakwaan tersebut dan menyifatkan beliau meninggal pada 14.11.1877 kerana sakit tua dan dikuburkan di Pengkalan Kaca berhampiran Pengkalan Pegoh.

Orang Mendailing yang telah ada di kawasan-kawasan lombong di Kinta menyambut pengusiran Raja Asal dari Selangor dan mereka bergabung dengan orang Mendailing yang masuk bersama Raja Asal dan membantu Raja Asal yang membantu British memburu Datuk Sagor dan Datuk Maharaja Lela. Ini menimbulkan kemarahan di kalangan Melayu Perak ke atas orang Mendailing.

Mengikut web Mendailing.org:

Kehadiran orang-orang Mandailing di Malaysia meledakkan peperangan di tiga negeri yang berlangsung selama 30 tahun. Dari Melaka, pelarian Mandailing mengungsi ke Sungai Ujong (Seremban), melombong/menambang mas sebelum terlibat dalam Perang Rawa, 1848. Mereka kemudian mengungsi ke tambang/lombong mas di Pahang, di mana mereka terheret dalam Perang Orang Kemaman (Perang Pahang, 1857-1863). Kemudian mereka coba menguasai tambang bijih timah di Selangor yang menjadi rebutan, sebelum mengepalai Porang Kolang (Perang Selangor, 1867-1873). Menjadi buruan orang Melayu Pahang, Bugis dan British, mereka melepaskan diri ke negeri Perak dan menjadi askar-askar upahan British dalam Perak War (1875-1876) menentang orang Melayu Perak. Sampai ke hari ini, keturunan "pengacau-pengacau" Mandailing masih dapat ditemui di Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan di Perak. Mulanya sebagai pelombong, pedagang/peniaga dan askar upahan, mereka kemudian menjadi pentadbir (penghulu), pendidik dan forester.

Anak Raja Asal, Raja Bilah, kemudiannya telah menjadi Penghulu di Papan dan mengusahakan lombong warisan bapanya sehinggalah British mengharamkan relau semut yang mengakibatkan hutan-hutan menjadi gondol kerana ia menggunakan kayu keras dan menggantikannya dengan relau tongka. Ini menyebabkan Raja Bilah mengalami kerugian dalam mengoperasikan lombongnya.

Raja Bilah menjual lombongnya pada tahun 1889 walaupun harga timah naik mendadak kerana kerugian masih tidak tertanggung akibat hutang yang banyak. Raja Bilah menumpukan hanya pada kegiatan mengutip cukai, dan meninggal dunia pada tahun 1909.

Walaupun orang Mendailing banyak menjadi bahan pengkisahan di Kinta dan Kuala Lumpur, di kawasan Kinta, gelaran Panglima Kinta sentiasa milik orang Melayu Perak. Sejak Panglima Kinta ke-5, Ngah Ghafar meneroka ke Hulu Kinta dan Hulu Pinji dan menetap di Gunung Datuk, Tambun pada sekitar 1820an, aktiviti perlombongan orang Melayu menggunakan pekerja-pekerja Mendailing dan Jawa tidak pernah terganggu.

Peneroka Melayu Kinta telah pun meneroka melalui denai hutan masuk ke Hulu Kinta menelusur Tanjong Rengkong (kini Tasek) ke Gunung Temuan (kini kuari batu antara Bercham dan Tg Rambutan) Kinding hingga ke Jalong dan menghilir Sungai Kerdah untuk ke Pelus , Chegar Galah dan terus ke Hulu Perak dan Kedah. Semuanya kerana untuk mencari kawasan melombong.

Laluan ini juga dikatakan laluan purba dan telah digunakan sejak abad ke 6 lagi semasa zaman Srivijaya dan juga laluan darat pendalaman untuk ke selatan Semenanjung di zaman penguasaan Siam.

Kewujudan orang Melayu Perak di kawasan Hulu Kinta seawal itu sudah tentu diperkukuhkan dengan penempatan Datuk Panglima Kinta Ngah Ghafar pada tahun 1820an. Kira-kira 60 tahun kemudian, penguasaan Tok Lembang, dikenali saudagar kelian Tambun, ke atas laluan aktiviti perlombongan dan penempatan dari Tanjong Rambutan hingga ke Ipoh pada tahun 1880an membuktikan kawasan ini telah lama dihuni Melayu Perak. Tanjong Rambutan telah dikenali sebagai sebuah perkampungan orang Melayu sejak tahun 1870an lagi.

Tok Lembang menguasai aktiviti mengangkut bijih timah melalui jalan darat dengan menyewakan gajah antara Tanjong Rambutan dan Ipoh. Jeram-jeram di Sungai Kinta antara Kampung Kepayang hingga Tanjong Rambutan membuatkan pengangkutan menggunakan sungai adalah mustahil.

Ini bermakna, setelah serangan British dan Mendailing pada tahun 1875, Melayu Kinta telah terkepung kerana wujudnya wilayah orang Mendailing menguasai kawasan dari Gopeng di pinggir Banjaran Titiwangsa hingga Papan di pinggir Banjaran Kledang.

Bermula dari zaman itulah, British mula membangunkan bandar Ipoh yang asalnya merupakan sebuah kampung yang terletak antara Kampung Paloh dan Kampung Kepayang. Mengikut data populasi tahun 1880, kampung-kampung di kawasan sekitar Kampung Ipoh termasuk Kampong Kepayang, Kampong Paloh, Kuala Pari dan Kampong Tembok telah mencecah 4,000 orang Melayu Perak dengan populasi Cina hanya 900 orang.

Bersambung esok.

Friday, January 21, 2011

'The World' Dubai Semakin Ditelan Laut

The World, sebuah kepulauan buatan manusia terdiri dari 300 pulau di Dubai yang menyerupai peta dunia, semakin terbenam ke laut menurut sebuah kajian hartanah.

Pulau-pulau ini terletak agak jauh dari pantai Dubai. Bentuknya yang seakan-akan peta dunia hanya dapat dilihat dari satelit atau dari atas menara tertinggi di dunia yang juga terletak di Dubai, Burj Khalifa.

Kini dilaporkan, pasir-pasir pulau telah terhakis dan saluran pelayaran yang berada di antara pulau-pulau buatan menjadi cetek.

"Pulau-pulau ini perlahan-lahan kembali menjadi laut," kata Richard Wilmot-Smith penyelia kualiti dari Penguin Marine, seperti dipetik dari The Telegraph. Katanya, banyak bukti telah menunjukkan adanya hakisan dan kemendapan 'The World'.

Namun, salah satu jurucakap pemaju Nakheel membantah dengan mengatakan pulau-pulau itu tidak tenggelam.

"Berdasarkan pemerhatian ukur berkala dalam tempoh tiga tahun terakhir, tidak berlaku hakisan berpanjangan," kata jurucakap Nakheel.

Menurut pemaju, 70% dari 300 pulau telah terjual. Beberapa selebriti dilaporkan telah membeli pulau di 'The World'. Misalnya, Tommy Lee mengumumkan bahawa dia membeli Pulau Yunani untuk bekas isterinya, Pamela Anderson. Brad Pitt dan Angeline Jolie pula dikhabarkan telah membeli 'Ethiopia'.

Pengembang 'The World' adalah anak syarikat Dubai World, yang sebagian besar sahamnya dimiliki Emir Dubai merangkap Perdana Menteri UAE, Sheik Mohammed bin Rashid Al-Maktoum.Syarikat ini pernah menanggung hutang di tahun 2009.

Gambaran Salah Tentang Melayu Singapura?

Teman tak lah selalu ke Singapura. Tapi ada jugalah teman ke sana bertemu kawan-kawan teman. Bila teman tanya, kalau Singapura masih lagi dalam Malaysia, parti apa mereka pilih, mereka pantas menjawab UMNO! Demer kutuk Anwar Ibrahim sebagai bacul dan tak boleh memimpin.

Itu lah penangan dari Singapura. Maaflah posting jujur teman kali ini tak popular. Sebab menyanggah Tun M. Teman difahamkan, Bedok dan Geylang merupakan kubu kuat UMNO antara 1946 hingga 1965. Kawan-kawan teman berasal dari situ tetapi sekarang dah merata-rata. Tempines, Pasir Ris dan Bukit Batok, hasil penyusunan semula penduduk.

Masa teman kecik, teman selalu dimomokkan dengan kisah Melayu Singapura. Malang lah, terancam lah, hilang tanah lah. Tapi bila teman ke sana, jelas sekali, Melayu Singapura lebih beruntung dari Melayu Pulau Pinang. Adakah sama Singapura yang memiliki 14% penduduk Melayu dengan Pulau Pinang yang memiliki 41% penduduk Melayu? Sudah tentu tidak. Tetapi nasib siapa yang lebih malang?

Ini kerana walaupun perkampungan nelayan mereka dimusnahkan untuk pembangunan, perkampungan nelayan Cina juga turut menjadi mangsa. Dalam soal sosial, mereka amat takut jika pemerintahan mereka dilihat mengenepikan Melayu.

Teman sampai Woodlands pun disambut pegawai imigresen Melayu wanita tiga paku. Dia cakap Inggeris, teman cakap Melayu. Teman apa peduli. Last-last dia cakap Melayu. Tapi teman dapat lihat kawan-kawan teman pun kerja gempak-gempak jugak. Pakai kereta plet hitam jugak.

Teman rasa, tak payah nak bandingkan dengan Singapura. Singapura adalah negara pulau, negara bandar, dan pendapatan negaranya mencukupi untuk menyara semua penduduknya. Bukan semua Cina di Singapura kaya raya. Lihat saja pasar karat mereka berhampiran persimpangan Sungei Road dan Kelantan Lane. Daif juga. Melayu Singapura tak berniaga di pasar karat pun. Majoriti adalah Cina. kalau ada muka Melayu pun pendatang Indonesia. Situasi berbeza dengan Ipoh. Walaupun komposisi Melayu, Cina dan India di Ipoh sama dengan Singapura, orang Melayu yang menguasai pasar karat di Memory Lane.

Dalam bab pemerintahan dan ketenteraan kita boleh akui Melayu terpinggir secara kuantiti. Dan kita boleh melihat perkara yang seupa di Malaysia apabila kita berjaya melipatganda penduduk Melayu dan menjadikan orang Cina cuma 14% dari penduduk Malaysia. Hari ini orang Cina masih 28% dari penduduk Malaysia. Jumlahnya 6.5 juta.

Melayu Singapura kalau cuti ke Brisbane lah, Perth lah, Phuket lah. Kalau nak beli rumah apa susah, Iskandar kan ada. Singapura cuma tempat mereka cari duit jer. Mereka tak dipandang remeh oleh Cina di sana tak seperti Melayu di negara kita. Cina sesuka hati mengutuk Melayu.

Jadi janganlah melulu mengaburi penduduk Melayu di Malaysia ini dengan momokan yang mereka tidak pernah lihat. Kita perlu lihat sahaja di Kuala Lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang betapa orang Cina, tanpa memerlukan pemerintahan, telah berjaya mengenepikan orang Melayu dari setiap sudut.

Tengok sahaja di Mont Kiara di Segambut , Sunway City di Tambun dan berlambak-lambak lagi di Pulau Pinang. Siapa yang menguasainya. Sebenarnya, kita tunduk kepada kapitalis Cina yang menyokong pembangkang atas nama menggerakkan ekonomi dan apabila Melayu terpinggir kita bagi gambaran yang salah mengenai Melayu Singapura. Ini tidak betul.

Selatan Sudan Sah Bakal Merdeka

Sah. Selatan Sudan bakal menjadi negara baru. Ini berikutan kemenangan puak pro-kemerdekaan untuk berpisah dari Khartoum yang dikuasai Arab-Islam. Referendum itu juga memastikan sebuah negara baru majoriti Kristian bakal tertubuh di benua Afrika.

Referendum yang ditaja Amerika Syarikat itu bakal membuatkan Sudan Utara di bawah Khartoum yang banyak bergantung kepada hasil bumi wilayah selatan tersebut bakal berhadapan krisis ekonomi berikutan kedudukannya di tengah padang pasir.

Sejumlah besar pelaburan Malaysia juga terletak di wilayah Selatan yang kaya dengan hasil minyak.

Majoriti penduduk selatan Sudan setuju merdeka

JUBA, Sudan 20 Jan. - Penduduk selatan Sudan memperolehi majoriti yang diperlukan pada pungutan suara yang diadakan baru-baru ini untuk membentuk sebuah negara baru setelah 60 peratus pengundi mengundi menyokong wilayah itu berpisah daripada Sudan.

Berdasarkan angka yang dikumpulkan oleh AFP menunjukkan sesetengah kawasan menunjukkan junlah sokongan tertinggi sebanyak 99 peratus pengundi menyokong supaya wilayah itu berpisah daripada Sudan.

Beberapa negeri daripada 10 negeri di wilayah itu termasuk Jonglei, baru memulakan pengiraan kertas undi hari ini selepas kertas undi dan keputusan dibawa daripada pusat-pusat pengundian di seluruh wilayah itu.

Bagaimanapun, angka yang dikumpul oleh AFP daripada para pegawai pilihan raya di negeri dan mukim di selatan Sudan menunjukkan 2,224,857 pengundi menyokong untuk merdeka, berdasarkan kertas undi yang dipulangkan petang semalam.

Jumlah itu mengatasi majoriti mudah sebanyak 1.89 juta undi yang diperlukan untuk membolehkan negara itu membentuk negara baru dan sekali gus berpisah daripada Sudan.

Sejumlah 96 peratus daripada keseluruhan 3,932,588 pengundi berdaftar mengundi pada pungutan suara tersebut yang berlangsung selama seminggu sejak 9 Januari lalu. - AFP


Sejarah Melayu Ipoh 9

Pada 20.07.1875, Birch memaksa Sultan Abdullah menandatangani perjanjian penyerahan kutipan cukai dengan ugutan bahawa jika baginda enggan, British tidak lagi mengiktiraf baginda sebagai Sultan. Sultan Abdullah menjadi marah dan berkeras enggan tunduk pada tuntutan tersebut.

Akhirnya Birch dan British memutuskan untuk melaksanakan pengambil alihan kutipan cukai dan memansuhkan pengiktirafan Sultan Abdullah. Inilah yang mencetuskan pembunuhan Birch pada 2.11.1875 yang mendapat sokongan orang Melayu Perak termasuk pembesar jajahan Larut, Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Makmor (kecuali Mendailing yang membantu British menawan Perak).

Pembunuhan Birch dikutuk sebagai ' tindakan pengecut' oleh web Mendailing.org :

The cowardly murder of J.W.W. Birch, the first British Resident to Perak, on Hari Raya day, November 2nd, 1875, at Pasir Salak in Lower Perak, gave rise to the Perak War of 1875.

dan

Ex-Sultan Ismail who was ousted by the Brtish through the disastrous Pangkor Treaty 1874, was known to have owned at least four mines, the most valuable being at Papan. Ex-Sultan Ismail's mines were given to Raja Asal by Swettenham as a reward for his military services in the Perak War. The Papan mines were described as "the most productive in the State" as well as "probably the richest tin mines in the Malay Peninsula."

Akibat pembunuhan ini, British mengambil langkah drastik dengan mengerah bala tenteranya menawan Perak dengan bantuan pejuang-pejuang Mendailing yang lari ke Perak setelah terbabit dalam peperangan di Pahang dan Klang. pemimpin mereka, Raja Asal diusir dari Selangor bersama pengikutnya dan sekumpulan Cina Hakka yang menyokongnya turut mengikut Raja Asal mundur ke Perak.

Oleh kerana Sultan Ismail memberi perlindungan kepada Datuk Maharaja Lela yang merupakan penghulu Pasir Salak, kedudukan Sultan Ismail juga diserang. British dengan bantuan orang-orang Mendailing ternama seperti Raja Uteh, Raja Asal dan Raja Mahmud menyerang kedudukan Sultan Ismail di Papan dengan menggunakan roket pelancar bom.

Tetapi Sultan Ismail terlebih dahulu berjaya melarikan diri. Baginda lari ke Kampung Kepayang (di Fair Park sekarang) dan menurut sumber orang kampung yang diceritakan kepada British, Sultan Ismail membawa bersamanya alat-alat kebesaran pertabalan kesultanan Perak dan 20 ekor gajah dan meminta bantuan mereka untuk membantu beliau menentang orang British dan Mendailing tetapi orang Kampung Kepayang enggan membantu.

Baginda sangat kecewa kerana penduduk Kampung Kepayang telah berpaling darinya lalu bersumpah dengan memacak pedangnya ke tanah bahawa dia akan kembali memerintah negeri Perak. Baginda, Datuk Maharaja Lela, orang-orang kanan dan isteri-isterinya kemudian meredah hutan belantara ke kawasan Chemor.

Dari Chemor, mereka melintasi laluan belantara Jalong, Ulu Piah, terus ke Krunei, dan memasuki Kedah melalui Baling.

Bersambung esok.

Thursday, January 20, 2011

Mahfuz Tuduh Tun M Lupa Sejarah Untuk Tunjuk Yang PAS Sebenarnya Lupa Sejarah!

Bodohnya Mahfuz ni. Bila blogger kata dia tenging, dia kata fitnah, pastu diorang solat hajat. Padahal diorang yang suka putar belit. Terbaru, Mahfuz dok cerita PAS memang dah letak calon wanita pada tahun 1959 lagi. Kenapa cerita zaman sebelum PAS jadi sesat?

PAS zaman tu bukan PAS hasil rogol 'ulamak' yang belum lagi reti nak turun takhta, dan terus membuat fatwa-fatwa pecah belah umat yang paling buruk pernah dihasilkan 'ulamak' oleh dunia Islam.

PAS dakwa Dr. Mahathir lupa sejarahBlockquote
Rusly Yasmin

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Me
nteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.

Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.


PAS tak bagi orang perempuan jadi calon ialah pada zaman PAS mula jadi jaguh Islam ala fundamentalis teroris di hujung tahun 1970an dan awal 1980an. Kerjasama dengan Cina dan India adalah kafir katanya.

Jangan sebab banyak sangat kerjasama dan mengaku 'terkafirkan diri sendiri' mengikut amanat Hadi Awang hari ini, PAS mula cakap berbelit macam orang kafir jugak.

Sama la dengan tahun 1959. Zaman 'PAS jahil'. Tapi bagi menghalalkan tindakan mereka hari ini, taik kering pun depa lumur ke muka balik. Sudahlah Matput.

Bukan Tun M lupa sejarah. Hangpa yang putar belit sejarah. Sebab hangpa tau tahap berfikir penyokong hangpa tak tinggi mana.

HINDRAF Tuduh Polis Sebagai 'Polis UMNO'

Hindraf, organisasi paling menyesatkan tidak wajar dibiarkan bebas. Terbaru mereka menuduh polis yang menyuraikan kekacauan di Batu Caves sebagai 'polis UMNO'.

Habis, yang menyuraikan demonstrasi India di Kg. Buah Pala dulu 'polis DAP' kah? Yang menyelesaikan masalah orang India yang menjadi mangsa jenayah pula, 'polis MIC' kah?

Jangan terlalu bodoh lah Hindraf. Semakin hari semakin ramai orang membenci pertubuhan pelampau ini.

Ini kerana kebodohan pemimpin mereka menunjukkan tahap berfikir mereka yang menyokong kumpulan ini. Mereka tidak layak menjadi sebahagian warga progresif dan maju.

Live reports- UMNO’s police attack Indians in Batu Caves today at the Thaipusam festival now. This is a blatant replay of the 25th of Nov at the Batu Caves temple.


7 activists and several members of the public have been arrested by the UMNO police.Our activists who have been arrested that we are able at this time to name are – Jayathas, Selvam Mani, Mohan , Samy . They with uthayakumar led the people in Batu Caves to block the sinner of a PM Najib from entering the compound of the Batu Caves temple. They succeeded in blocking Najib and his coteries . Najib left the complex without entering . This is happening right now as I write this and it all began about 10.30 am. The support from the public is tremendous. The temple entrance is swarming with FRUs and FRU trucks with water cannons are parked at the entrance. All of this is a stark reminder of the 25th of Novrember.

'Polis DAP' sedang menyuraikan demonstrasi Kg. Buah Pala, 3 September 2009.

Anwar Nafi Ajak PM Debat

Haha. Selepas diselar dengan sindiran sinis PM Najib, Anwar mengatakan bahawa dia tidak mengajak debat, cuma ajak berbincang. Apa punya turr lah.

Agaknya dia tahu apa yang diistilahkan sebagai sesuatu yang membolehkan dia jatuh demam. Nampaknya PM Najib mempunyai senjata ampuh. Apakah senjata itu? Rahsia ditangan beliau.

Anwar pasti ketakutan dengan demam yang mungkin membuatkan dia tak kebah-kebah.

“Saya tidak ajak PM debat, hanya berbincang” - Anwar

19/01/2011 8:02pm

ALOR SETAR, 19 Jan. - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Pembangkang.

“Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Program Bicara Tokoh bertajuk “Maqosid Syariah dan Masyarakat Majmuk” di Kolej Universiti Insaniah di sini hari ini. - Bernama