Tuesday, May 07, 2013

Kini Orang Melayu Sangat Perlukan Akhbar Bertulisan Jawi



Dewasa ini, sebarang kenyataan yang diluah untuk mencerminkan perasaan berhubung polarisasi kaum akan dilabel sebagai 'racist'.

Walaupun para pelabel ini telah terperangkap dalam dunia rasisme ciptaan mereka, mereka tetap menggunakan hak mereka untuk melaporkan kepada polis mana-mana kenyataan yang mereka anggap sebagai rasis.

Mereka menggerakkan agenda rasisme tanpa bersuara. Malah menggunakan bahasa dan himpunan kaum yang kita tidak pernah ada untuk menyaksikannya.

Papa Gomo ditahan polis kerana mengubah dirinya kepada ultra-Melayu setelah orang-orang Cina memilih kumpulan ultra-Cina yang menentang kerajaan.

Utusan pula disiasat kerana polemik tajuk akhbar tanpa mereka menilai langsung apa isi perkhabaran tersebut.

Kini umat Melayu diancam oleh pertuduhan rasis dan polis-polis Melayu digunakan untuk menguatkuasakan undang-undang yang semakin hari semakin menghimpit orang Melayu.

MAKA KINI TELAH DATANG SAATNYA WADAH DAN LIDAH PERJUANGAN ORANG MELAYU DITERBITKAN DALAM TULISAN JAWI BAGI MEMUDAHKAN ORANG MELAYU MEMBAIKI DIRI DAN MEMUDAHKAN KESEDARAN DISAMPAIKAN DENGAN MEDIUM YANG TERBAIK UNTUK ORANG MELAYU.

Majulah ke hadapan mereka yang mempunyai kuasa dan wang. Zahirkan kewujudan keperluan orang Melayu ini.

7 comments:

Anonymous said...

Kita Melayu terlalu berlembut dan bertolak-ansur hinggakan cacing naik ke mata, kini tibalah masanya kita bertindak sesuatu spt akhbar tulisan jawi diterbitkan semula spt mana Ipoh Malay sarankan, memang bagus!

Anonymous said...

Tulisan jawi boleh diperkasakan mulai di IPTA. Kita lihat respond dari menteri baru di Kementerian Pengajian Tinggi. Selama ini bahasa Inggeris dijadikan medium pengajaran. Tibalah waktunya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengajaran terutama di fakulti kejuruteraan yang sangat degil itu.

Anonymous said...

Tulisan jawi digunakan untuk bahasa pengajaran di fakulti kejuruteraan? Iye la sangat... tolong berpijak dibumi yang nyata...

Anonymous said...

Bukan tulisan jawi le, bahasa melayu diperkasakn dan dijadikan bahasa pengajaran di fakulti kejuruteraan. Baca elok2 sebelum nk komen ok...

Mmg telah sy praktik semasa mengajar di fakulti kejuruteraan di salah satu ipta

Kesian dgn anak2 melayu, mereka bukan tidak pandai bahkan sgt2 bersemangat utk belajar bidang ini. Kebykan mereka sgt2 terang hati...Alhamdulillah

Anonymous said...

Orang cerita pasal tulisan jawi, tetiba keluar pasal bahasa Melayu di fakulti kejuruteraan. Lari jauh tu yob. Dah banyak buku terjemahan kejuruteraan dalam bahasa Melayu ke?

alfindani said...

Selain itu orang Melayu juga sepatutnya mempelajari bahasa cina. Mungkin cina2 yang Muslim boleh memainkan peranan dlm hal ini.

Anonymous said...

Tak perlu Cina Muslim , main peranan belajar bahasa cina. Saya boleh cakap dan baca Mandarin atas usaha sendiri...dan saya orng Melayu..

Selain itu saya merayu Utusan mengeluarkan kembali sisipan jawi sebab masih ramai kami pencinta Jawi yg mengikuti sisipan tersebut.