Tuesday, January 29, 2013

Pra-PRU13 : Imbasan 2009, Keruntuhan Kerajaan PR Perak

Perak dikatakan diambil alih melalui sabotaj BN. Katanya tidak telus kerana tidak diadakan pilihanraya semula. Padahal kesombongan Ngeh, Nga dan Nizar membuatkan tiga wakil rakyat mereka angkat kaki. Bahkan selepas BN ambil alih Perak, ADUN Malim Nawar dari DAP pun angkat kaki.

Mereka lupa bahawa ada yang lebih berkuasa di atas sana. Taksubnya mereka kepada kebenaran diri sendiri membutakan mata mereka bahawa itulah balasan akibat menipu dalam pilihanraya. Kalau ada bukti setiap pengundi PAS, PKR dan DAP tahu bahawa mereka akan bekerjasama atas nama Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008, teman bagi sejuta.

Sudahlah tidak menerima sama sekali balasan akibat menipu, mereka masih berani untuk memanggil pilihanraya umum negeri yang kos mengendalikannya tidak kurang RM40 juta. Harga sebatang jalan  20km  yang perlu dikorbankan kerana kesalahan mereka. Juga semata-mata mempertikaikan ketentuan Allah. 


AHAD, FEBRUARI 08, 2009


Perak : Kembalinya Kuasa Kepada Yang Berhak


Pecahan Perolehan Undi PRU 2008 Negeri Perak

Inilah suara majoriti yang dinafikan selama ini oleh penipuan kesepakatan Pakatan Rakyat di Perak selama 11 bulan yang mana peluang yang diberi oleh suara majoriti untuk gabungan kumpulan yang berpura-pura sepakat ini untuk memerintah telah disia-siakan dengan kontroversi yang pelbagai.

Penulis melintasi kediaman MB Perak pada jam 2.00 pagi tadi. Kelihatan beberapa orang petugas Unit Amal PAS sedang 'berkawal' dipintu masuk.

Kemudian beberapa kereta melintasi hadapan mereka dengan laungan "DAULAT TUANKU". Mereka hanya mampu mengangkat tangan. Ada yang melaung sindiran " DEMI KARPAL SINGH!" dan ada yang menjerit "BALIKLAH JAGA ANAK BINI".

Penulis kasihan melihat mereka berembun mempertahankan MB yang telah dibatalkan jawatannya oleh Sultan. Tiada Cina, tiada India di situ. Semata-mata Melayu Islam berlebai berkopiah.

Bila ditanya seorang apek, jawabnya " Itu sultan sudah sack. Tak boleh cakap apa lor." Tetapi Melayu juga yang beria-ia menyembah derhaka mengutuk sultan di internet.

Selama mana mereka akan bertahan. Selama mana Nizar mahu berkeras kepala? Majoriti yang berhak semakin bersuara. Penduduk Ipoh jemu melihat drama mereka. Adakah mereka menunggu dibaling selipar.

Mereka dibelenggu emosi yang menafikan hakikat. Sedangkan penduduk Ipoh meneruskan aktiviti seperti biasa. Bersiar-siar di pasar Gerbang Malam, menonton wayang dan berjogging di Padang Polo, bersantai di kedai mamak hingga dinihari bergelak ketawa, seperti tidak ada apa yang berlaku.

Mereka seolah-olah menunjukkan luahan hati bahawa "akhirnya, runtuh juga kerajaan eksperimen yang gagal ini.. lebih baik layan mereka seperti tiada."

Monday, January 28, 2013

Transformasi Gagal Andai PRU13 BN Kemuka Muka Lama Yang Kalah

Cukup ironi apabila mendapati majoriti penyokong PKR hari ini adalah golongan yang tidak menyokong parti itu pada awal pembentukannya.

Contoh dari kawan teman yang kuat PKR, ketika PRU 1999 dan 2004, hamba Allah ini belum membenci UMNO. 

Tetapi selepas PRU 2008, dia menjadi penyokong totok PKR sehingga ke hari ini. Lebih banyak wajah sebenar pembangkang didedahkan, lebih berat sindrom penafian mewabaki hidupnya.

Bila di kaji sejarahnya, pergerakan wang dalam hidupnya adalah sangat laju. Sejak terkencing dek entah siapa, dia telah menjadi marah-marah kepada UMNO.

Tidak tahu siapa individu yang mengencingnya, marah-marahnya terhadap UMNO berlanjutan ke hari ini sejak tahun 2006 - 2007.

Walaupun banyak memperlihatkan simpati kepada nasib Palestin, dia membalas kenyataan 'saya menyokong semua usaha memastikan keselamatan Israel' dengan 'Felda jual minyak sawit ke Israel'.

Ia seperti kanak-kanak sekolah rendah yang bermulut jahat bermain-main nama bapa masing-masing.

Tiada yang relevan dapat dilihat paksi sokongan mereka yang bersama PKR hari ini melainkan kebencian yang meluap-luap seolah-olah mereka tidak dibenci sesiapa. Kebanyakan mereka adalah mereka-mereka yang dikecewakan oleh himpunan individu penipu yang menggunakan nama UMNO dalam dasawarsa yang lalu.

Jiwa-jiwa kecewa ini tidak pula menghentam si penipu mereka melainkan pucuk pimpinan UMNO yang tiada kena mengena dengan mereka.

Transformasi politik dan ekonomi yang sedang berjalan mulus tidak seharusnya diganggu oleh proses pilihanraya yang tidak telus dalam menampilkan muka wakil rakyat. 

Mereka yang kalah pada tahun 2008 harus ditiadakan melainkan terdapat bukti sokongan yang meyakinkan.

Justeru, kedengaran ada negeri yang dengan selamba mengugut untuk tidak menyokong calon baru jika muka-muka lama tidak dikembalikan merupakan langkah anti-transformasi yang menjijikkan.

Mereka harus ada sebab besar perlu dikalahkan pada PRU 2008 yang sebenarnya, paling kotor dalam sejarah kerana terdapat berjuta-juta undi boikot dan sabotaj.

Jika para pemimpin hanya sekadar mengambil janji supaya jangan dilakukan perkara tersebut lagi kepada ahli UMNO sendiri, bagaimana pula dengan kehendak mereka? 

Atau kita perlu wujudkan Pilihanraya Pusingan I , Penamaan Para Calon. Kalau teman, memang setuju benorlah.


Wednesday, January 23, 2013

Mahmoud Abbas Kecam, Kutuk Lawatan PM Najib Ke Gaza


Lawatan PM Najib ke Gaza dan ke atas pemimpin Hamas menerima kecaman Mahmoud Abbas yang disifatkan boneka Israel oleh penduduk Gaza. Mahmoud Abbas, Presiden Palestin yang juga ketua pegerakan Fatah mendakwa tindakan PM Najib memecahbelahkan lagi Palestin dan mengumumkan pejabat presiden menolak dan mengutuk lawatan PM Najib ke Gaza yang dianggap mengenepikan Palestin yang pada mata mereka mewakili Tebing Barat dan tidak membawa kebaikan kepada negara Palestin.

Namun PM najib bertegas bahawa lawatannya adalah persinggahan untuk memberi sokongan kepada penduduk Gaza yang selama ini ditindas dengan ganas selain menacap batu asas sekolah yang dibiaya oleh kerajaan Malaysia, sebelum kembali dalam rangka lawatannya ke Mesir.

Mahmoud Abbas juga mengugut untuk meminta Kuala Lumpur memberikan sebab atas lawatan PM Najib yang mengambil kesempatan untuk ke Gaza atas kelonggaran yang mula diberikan oleh Mesir ke atas kawalan sempadan masuk ke Gaza melalui Rafah.

Reaksi Mahmoud Abbas dinilai sebagai kecemburuan semata-mata kerana PM Najib yang dilihat ketua pemerintah Malaysia, sebuah negara yang banyak memainkan peranan dalam membantu perjuangan Palestin, tidak memasukkan agenda melawat Tebing Barat, yang merupakan pusat pemerintahan negara Palestin.

Gaza merupakan daerah kecil Palestin yang dikuasai Hamas, terpisah dengan tanah Palestin utama iaitu Tebing Barat yang dikuasai Fatah oleh negara haram Israel.

Dasar tak sadar dek untung Mahmoud Abbas ni menunjukkan Fatah dah terkena penyakit PAS. Dah la tak pernah nak tolong Gaza sebab perbezaan politik, dikutuknya orang yang nak tolong Gaza. Takkan nak tolong Hamas salur ikut Fatah? Entah ke mana dicurahnya duit tu nanti. Akai tarak.


Malaysian PM in solidarity visit to Gaza

Najib Razak crossed into Gaza via its land border with Egypt for what he describes as a humanitarian visit.
Last Modified: 22 Jan 2013 18:56



Malaysia's prime minister has defied Israel's blockade of the Gaza Strip to visit the Palestinian enclave, a move that has earned the ire of West Bank leaders, despite Najib's pledge of solidarity with the Palestinian people.
Najib Razak, along with a group of Malaysian ministers, crossed into Gaza on Tuesday via its land border with Egypt for what he described as a humanitarian visit.

He told a joint news conference in Gaza City with Hamas leader Ismail Haniya that he came "to express my solidarity with the Palestinian people."

"This is a humanitarian visit to express our deep concerns for what happens to the Palestinian people in Gaza and to express our opposition to the aggression on Gaza," he added.

But the visit drew criticism from the office of Mahmoud Abbas,  the Palestinian president, who also heads the Fatah movement.

"The Palestinian presidency announces its rejection and condemnation of the Malaysian prime minister's visit to Gaza," a statement carried on the official WAFA news agency said.

"It undermines Palestinian representation and reinforces the division and does not serve Palestinian interests," it continued, saying Abbas' bureau would ask Kuala Lumpur "for clarification."

Call for reconciliation

Najib said his visit was intended "to show solidarity" and called for renewed reconciliation efforts between the Hamas and the rival Fatah party, including attempts to form a consensus government to pave the way for new elections.

"We believe in this unity government and we pray to Allah that the talks will be successful and a united government will become a reality in the near future," Najib said.

Najib visited a Gaza university and government offices, as well as the family of top Hamas military chief Ahmed Al-Jaabari, whose assassination by Israel in November started an eight-day war in which more than 160 Palestinians and six Israelis died.

Before leaving for Egypt, he laid the first stone at a Malaysian-funded school.

Najib was the second world leader in recent months to defy the five-year blockade and accept an invitation from Hamas, which Western states regard as a terrorist group.

Qatar's emir, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani, made a brief visit to Gaza in October and promised $400 million in aid for infrastructure.

On February 9, Moncef Marzouki, Tunisian president, is scheduled to make his first trip to the coastal strip, according to Hamas officials.

The visits have been made possible in part by Egypt's decision to loosen some of the restrictions on travel through its Rafah border crossing with Gaza, the only entry point to bypass Israel.

Imej dan sumber berita : Al-Jazeera

PAS Anggap Revolusi Syria Satu Konspirasi Untuk Jatuhkan Rejim Bashar Al-Assad

Kini kekejaman kerajaan Syiah Alawi Syria pimpinan Bashar Al-Assad telah membunuh lebih 60,000 orang awam berfahaman Sunni di negara tersebut.

Di hadapan kita, pemuka-pemuka hipokrit PAS mengutuk rejim Assad, malah menyamakan kerajaan UMNO-BN seperti kerajaan Assad yang perlu ditumbangkan.

Tiada satu pun pemuka-pemuka hipokrit PAS ini berani menempelak hakikat bahawa Timbalan Presidennya, Mat Sabu ketika mengunjungi Syria menyokong rejim Bashar Al-Assad dengan menyatakan PAS bersetuju bahawa itu bukan revolusi rakyat melainkan perlakuan tersembunyi dari mereka yang mahu menghancurkan Syria.

Jika demikian, mengapa penganut PAS di negara ini masih bermati-matian menentang rejim Bashar Al-Assad  sedangkan parti mereka sendiri berpendirian bahawa penentangan tersebut hanyalah 'rekayasa puak-puak jahat'?

Sama ada anda pernah atau belum pernah mengetahuinya, sama-sama kita imbas kembali melalui gambar-gambar di bawah :
Petikan gambar dari pertemuan tersebut adalah seperti berikut:
Pertemuan empat pasangan mata di pejabat menteri (Kalau di Malaysia – di Putrajaya lah!)
Rakaman pertemuan ini disiarkan TV Syria dengan tersiar juga sedikit ”bahasa Inggeris” yang diguna Mat Sabu 
Mat Sabu ditemani oleh orang kuatnya yang juga berjawatan dalam parti PAS peringkat negeri
SUMBER : IBRAHIM BABA 
Video asal dari TV di Syria
 

Tuesday, January 22, 2013

PAS Keluar Pakatan Rakyat Jika Menang PRU13 ?

Dikhabarkan oleh kawan teman yang totok PAS dari Manjung, bahawa parti tersebut sebenarnya merancang untuk keluar Pakatan Rakyat sekiranya mereka menang PRU13. 

Kononnya ini strategi rahsia yang tidak diketahui oleh geng-geng DAP dan PKR. 

Nada mereka ini hampir sama dengan strategi yang teman serukan sejak akhir tahun 2010 supaya PAS  keluar Pakatan Rakyat segera dan bertanding di semua 222 Parlimen dan 555 DUN bermodalkan deposit RM11 juta.

PAS dikatakan hanya akan keluar dari Pakatan Rakyat sekiranya menang PRU13 kerana mereka masih lagi memerlukan undi-undi bukan Islam di bandar-bandar. Kemudian, mereka akan kononnya menjadi kuasa ketiga yang menentukan pihak mana yang akan bersama mereka menubuhkan kerajaan campuran.

Kaedah ini bagi teman adalah satu bentuk penipuan politik. Ia tidak ubah seperti mana mereka menipu pada pilihanraya umum 2008 kerana pada masa itu Pakatan Rakyat tidak pernah kedengaran di telinga rakyat Malaysia.

Hanya sebulan selepas pilihanraya, mereka menubuhkan Pakatan Rakyat yang jelas sekali mengecewakan pengundi mereka yang mengundi bukan atas dasar untuk dipijak oleh PKR dan DAP.

Jika sentimen kebencian terhadap pemerintah BN pada tahun 2008 menghasilkan undi-undi belot, undi-undi sabotaj yang dibanggakan oleh Pakatan Rakyat hari ini, tidak mustahil mereka akan kalah dengan kekalahan lebih besar pada PRU ke 13.

Seperti teman yang telah kembali bersedia meminjamkan undian teman kepada UMNO-BN setelah meminjamkan undi teman kepada pembangkang pada PRU yang lalu, tidak dapat tidak, gelombang ini turut menerpa lebih ramai pengundi-pengundi lain yang mengundi dengan bijak atas penilaian yang wajar dan bukan berasaskan sokongan yang melulu.

PAS dalam agenda menipu pengundi sekiranya mereka menang PRU 13. Tetapi jika hari ini mereka menyebut soal moral, soal ketelusan, soal ketulusan, soal kejujuran dan sebagainya, tindakan keluar Pakatan Rakyat selepas PRU 13 mungkin sahaja sia-sia kerana segalanya telah terlambat untuk dilakukan 'damage control'.

Teman kata, itu menipu namanya. Dia kata, itu strategi namanya. Maka jelas sekali, strategi mereka ialah MENIPU. 

Kalau isu kalimah Allah sahaja PAS tertelan lidah berhadapan seekor binatang kalangan mereka yang menghina Islam dan al-Quran, beranikah mereka menangkis hinaan beribu ekor lagi andai mereka keluar Pakatan Rakyat?

Kaki mereka dibelenggu dengan rantai bernajis puak kafir anti-Islam yang di depan mereka berlakon Khalifah segala. Mampukah mereka melepaskan diri?

Sunday, January 20, 2013

Selatan Johor Dilanda Banjir


Akibat hujan tanpa henti selama lebih 12 jam, kawasan selatan Johor telah dilanda banjir. Berikutan itu lebih 1,000 penduduk telah dipindahkan. Tidak dipastikan sama ada perubahan hidrologi kesan dari kerja-kerja menambak oleh Singapura sekali lagi menjadi punca kepada masalah ini.


Banjir di Johor, 1,318 mangsa dipindahkan


Banjir di Johor, 1,318 mangsa dipindahkan








KUALA LUMPUR: Setelah Kelantan, Pahang dan Terengganu, kini Johor pula dilanda banjir. Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat 11.30 pagi tadi bilangan mangsa banjir adalah seramai 1,318 orang. Mereka dipindahkan ke empat pusat pemindahan sementara.

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Laut dan Kampung Sungai Tiram di Johor Baharu, Kampung Baru Sungai Mas di Penawar, Taman Aman, Taman Mawai di Johor Lama dan PPMS Kampung Batu, Teluk Ramunia di Kota Tinggi.

Mangsa banjir ditempatkan di tiga pusat pemindahan Kota Tinggi iaitu Dewan Kota Kecil, Dewan Kampung Baru Sungai Mas, Dewan Kampung Baru PPMS Teluk Ramunia manakala satu di Sekolah Kebangsaan Batu 10 Johor Bahru.

Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia menasihatkan penduduk sekitar Batu Pahat agar mengambil langkah berjaga-jaga.

Ini kerana paras air Sungai Lenik di Ladang Chaah sudah mencapai tahap 5.63 meter, melepasi paras amaran yang ditetapkan.

Berita mula diterbitkan pada: Januari 20, 2013 15:07 (MYT) Astro Awani

KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke akan dipasang di Kedah


Motonation labur RM30 juta bina kilang motosikal KTM di Jitra

MUKHRIZ Tun Dr. Mahathir (kanan) diberi penerangan tentang enjin oleh Ketua Bahagian Teknikal, Phillipp Moeller (kiri) ketika melawat dalam kilang pemasangan tempatan motosikal KTM di Motonation Manufacturer Sdn. Bhd di Jitra. UTUSAN/KAMAL BASIR

KUBANG PASU 20 Jan. - Walaupun baru tiga tahun beroperasi sebagai pengeluar dan pengedar motosikal mewah termasuk pengedar unggul jenama terkemuka, KTM, di negara ini, Motonation Manufacturer Sdn. Bhd. (Motonation) kini maju setapak dengan memiliki kilang sendiri.
Motonation melabur sebanyak RM30 juta bagi membangunkan kilang seluas 1.21 hektar terletak di kawasan Perindustrian Darulaman Jitra Kubang Pasu itu sejak Julai tahun lalu.
Menurut Pengarah Kewangan Motonation, Yeoh Teik Poh, dua jenis model motosikal terkenal dari Austria itu iaitu KTM 200 Duke dan KTM 690 Duke akan dipasang di kilang tersebut.
"Pembinaan kilang itu juga akan menjadikan harga motosikal tersebut lebih murah antara 20 dan 30 peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kilang tersebut yang disempurnakan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130120/ek_01/Motonation-labur-RM30-juta-bina-kilang-motosikal-KTM-di-Jitra#ixzz2IUZNNPzu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, January 19, 2013

"Lepas saja Apau Kayan masuk jadi wilayah Malaysia"

Walaupun kerajaan Malaysia menggunakan istilah penyeludup ke atas warga Indonesia di sempadan Sarawak, namun mereka yang dikatakan tidak diambil peduli oleh pemerintah Jakarta terpaksa melakukannya demi untuk meneruskan kehidupan.

Malah mereka menganggap diri mereka sebagai pengemis dan akibat marahnya mereka terhadap pemerintah Jakarta, mereka menyebut, jika tidak ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah mereka, lepaskan sahaja wilayah mereka untuk menjadi sebahagian negara Malaysia.

Penuhi Kebutuhan Sembako, Warga Perbatasan Rela 'Mengemis' ke Malaysia

Robert - detikfinance 
Sabtu, 19/01/2013 13:09 WIB 
Samarinda - Masyarakat yang tinggal di perbatasan Apau Kayan, Kabupaten Malinau, Kalimantan Timur, dengan Long Busang, Sarawak, Malaysia, harus rela meminta kebutuhan sembako ke Malaysia, disebabkan tidak mudah mendapatkan kebutuhan serupa dari dalam negeri.


Bahkan sebagian besar bahan kebutuhan pokok, yang disubsidi pemerintah Malaysia, ikut dinikmati oleh masyarakat Apau Kayan di perbatasan. Barangnya antara lain gula pasir, minyak goreng, garam hingga tepung.



"Ini fakta, tidak bisa dipungkiri atau pun dibantah. Sebagian besar barang kebutuhan yang dijual di Apau Kayan yang memiliki 4 Kecamatan, asalnya dari Malaysia," kata salah seorang tokoh masyarakat Apau Kayan, Ibau Ala, dalam perbincangan bersama wartawan saat berada di Samarinda, Kalimantan Timur, Sabtu (19/1/2013).



Keberadaan Ibau Ala di Samarinda, menyusul ketiadaan angkutan pesawat penerbangan perintis ke Long Ampung, Apau Kayan, Malinau, sejak 1 Januari 2013 lalu hingga saat ini.



Menurut Ibau, banyak penyebab yang mengakibatkan masyarakat Apau Kayan, harus rela meminta dan membeli kebutuhan sembako dari Malaysia. Selain biaya angkutan barang penerbangan perintis yang disubsidi pemerintah pusat melalui Kementerian Perhubungan belum banyak membantu masyarakat, juga disebabkan wilayah Malaysia yang bisa ditembus dengan jalan darat meski harus melalui 'jalan tikus'.



"Masyarakat Apau Kayan dapat sembako itu dari kamp sebuah perusahaan perkayuan milik Malaysia. Tidak perlu malu, untuk urusan perut, kita rela beli sembako ke Malaysia. Sembako subsidi pemerintah Malaysia, kita juga ikut menikmati," ujar Ibau.



"Mau bagaimana lagi, tarif angkutan barang di pesawat perintis berkapasitas 12 seat saja sudah Rp 30.000 per Kg. Akses jalan darat ke ibu kota Kabupaten Malinau, tidak tembus. Kami semua di sini, petani. Bukan pengusaha," tegasnya.



Masih di Apau Kayan, dominan berseliweran kendaraan roda empat dan roda dua bernomor pelat wilayah kepolisian Malaysia. Pemandangan itu, menurut dia, tidaklah mengherankan bagi masyarakat Apau Kayan, meski Apau Kayan sendiri berada di wilayah provinsi Kalimantan Timur.



"Paling dekat dengan Sarawak (Malaysia) adalah Desa Beta'oh di Kecamatan Kayan Hulu. Bahan bakar minyak, juga termasuk yang disubsidi pemerintah Malaysia. Kami di Apau Kayan, memang beli mahal dari Malaysia Rp 23.000 perliternya.," sebut Ibau.



"Pemerintah Malaysia sebenarnya juga marah, setelah tahu kami di Indonesia, ikut menikmati kebutuhan sembako subsidi mereka. Ada beberapa akses jalan menuju Sarawak, yang diputus pemerintah Malaysia. Tapi kami tetap berusaha mendapatkan sembako itu," terang Sonda, warga Apau Kayan lainnya.



Sejauh ini, sambung Sonda, pemerintah terlihat lebih fokus memperhatikan Pulau Sebatik, di Kabupaten Nunukan, yang juga berada di perbatasan. Namun demikian, di Sebatik, warga setempat masih bisa mendapatkan pasokan sembako dari transportasi laut.



"Masalah perbatasan bukan hanya di Sebatik. Kami di Apau Kayan, tidak akan menutup mata kalau kami masih istilahnya menyusu ke Malaysia, terutama soal sembako," ungkapnya.



"Kami mengharapkan pemerintah pusat melalui APBN, menambah subsidi angkutan barang. Keluhan kami ini sudah berulang-ulang kali disampaikan. Kalau kami tidak diperhatikan soal sulitnya sembako dari dalam negeri sendiri, lepas saja Apau Kayan masuk jadi wilayah Malaysia," tegasnya.



"Pemuda-pemuda di Apau Kayan saja, sebagian besar bekerja di perusahaan-perusahan yang ada di Sarawak (Malaysia). Biasanya setelah bekerja 1-2 tahun, pulang ke kampung, memiliki keterampilan yang bisa digunakan untuk membangun kampung," tutupnya.

Isu Kalimah Allah : Perbezaan Sabah, Sarawak Dengan Semenanjung

Enam jam yang lalu, perempuan bermasalah jiwa, Abby Abadi dengan selamba menjawab isu kalimah Allah dengan jawapan kononnya penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Sabah dan Sarawak telah diluluskan oleh UMNO sejak sekian lama.

Maka teman pun suka untuk menjawab kepada umum. Bukan kepada perempuan sakit ini. Kerana dia tak layak mentelaah hal-hal yang rumit seperti ini. Dikhuatiri terpaksa ke Tampoi atau Tanjong Rambutan pula.

Hakikatnya, jika negara ini sekular seperti Turki dan Indonesia, sebuah negara yang peratusan penduduk Islamnya melebihi 75%, sudah tentu tiada siapa yang mampu menghalang liberalisasi kalimah Allah.

Namun, semua pihak telah mempersetujui bahawa perlembagaan negara ini meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan. Namun bagaimana pula dengan penggunaan kalimah Allah yang telah berakar umbi di Sabah dan Sarawak di kalangan penganut Kristian?

Sebelum menyertai Malaya dan Singapura untuk menubuhkan Malaysia,  Sabah dan Sarawak telah dibiarkan terumbang ambing oleh British sebaik sahaja Jepun menyerah kalah.

Serentak dengan kekalahan Jepun, Indonesia mengisytiharkan kemerdekaan mereka walaupun tidak diiktiraf selama 4 tahun. Kemerdekaan yang berdasarkan Pancasila , satu bentuk pluralisme terancang yang menyamatarafkan Islam dengan Kristian, Buddha dan Hindu. Ia merupakan satu bentuk fahaman komunisme yang diubahsuai dengan memasukkan kepercayaan kepada Tuhan agar sesuai dengan persekitaran rantau ini. Untuk lebih menepati citarasa, kata nama khas ALLAH digunapakai seerti dengan Tuhan yang langsung tidak dikhususkan kepada mana-mana agama. Ada yang menyebutnya dengan bunyi Allah, Alloh, Alwuoh, Aluah.

Selama 18 tahun, Sabah dan Sarawak 'digodam' oleh Indonesia dan berbagai input kenegaraan berorientasikan Indonesia dipupuk ke atas masyarakat Sabah dan Sarawak.

Ini termasuklah di bidang agama, hiburan, berita dan politik. Mubaligh-mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak membawa masuk kitab-kitab Injil terjemahan bahasa Indonesia secara pukal ke Sabah dan Sarawak.

Dari sinilah datangnya penggunaan perkataan ALLAH di dalam kitab Injil versi Indonesia yang digunakan dengan meluas di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini.

Justeru, tiada siapa melarang penggunaan ALLAH oleh Kristian di Sabah dan Sarawak kerana ia berlaku sebelum mereka menyertai Malaysia lagi. Eksklusifnya mereka dalam hal ini adalah seeksklusifnya mereka menggubal undang-undang imigresen mereka sendiri.

Ia berlaku di kalangan umat Kristian yang menggunakan Al-Kitab, Injil versi bahasa Indonesia, sebagai rujukan agama Kristian mereka. Hasil Al-Kitab inilah juga, pribumi Sabah dan Sarawak semakin mahir berbahasa Melayu.

Apa yang ditentang ialah, niat puak Kristian di Semenanjung yang terdiri dari kaum Cina dan India yang bukan pengguna bahasa Melayu ini. Mereka malah sebelum ini tidak pernah mendaulatkan bahasa Melayu sesama mereka. Tidak pernah pula menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pergaulan sesama keluarga dan komuniti mereka.

Tiba-tiba, tentu sahaja dengan niat provokasi dan mendatangkan sakit hati, Kristian-kristian di Semenanjung, tanpa sebab musabab yang utuh, merebut kata nama khas 'Allah' untuk Al-Kitab bahasa Melayu yang mahu dicetak oleh mereka.

Paling sedih, hal ini berlaku setelah mereka berjaya menakluk dan menjinakkan PAS , sebuah parti yang tidak diterima di Sarawak dan Sabah,  supaya terkurung dalam kandang mereka dan mudah pula untuk di anjingkan.

Adakah tuntutan mereka bersifat intelek atau provokatif? Tidakkah ia lebih kepada kurang ajar? Tetapi oleh kerana kebodohan abadi kekal subur dalam Pakatan Rakyat, pembohongan Abby Abadi tak akan diperbetulkan sesiapa.


Friday, January 18, 2013

Sinar Harian : Fulus Dan Jerlus ?

Bukan  tiada siapa yang tak tahu bahawa bangsa yang menggerak Sinar Harian ini bukan main lagi menjilat Khir Toyo semasa dia sedang berkuasa. Merata-rata fuction yang ada Khir Toyo , di situlah ada mereka.

Tetapi kerana ingin menjadi media perdana seandainya DAP berkuasa, Sinar Harian pun mempelajari teknik sesumpah bertukar warna. Sehinggakan gambar muka depan sempena HKR kelmarin pun bukan main lagi menggunakan gambar ubahsuai.

Walaupun teman tidaklah minat dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian, tetapi hakikatnya teman lebih menyampah dengan Sinar Harian yang bertugas menjilat tanpa pegangan.

Tolong bezakan akhbar-akhbar dengan naskah-naskah jenama Harakah, Roket dan Suara Keadilan kerana itu selayaknya tisu jamban.

Serentak dengan kejatuhan Khir Toyo yang dikhabarkan diperdajal oleh kawan-kawan sendiri, teman juga dengar cerita tentang perasaan ada udang di sebalik mi kuala sepetang yang terhidang di Karangkraf. 

Teman tak tuduh. Teman rasa-rasa je. Empunya diri lah yang perlu menafikan. Kalau nak selak lebih banyak lagi, nanti ada yang panas telur. Nasihat teman, kalau nak tulus dan telus, anda sendiri tahu bagaimana untuk jadi tulus dan telus melalui patah perkataan anda.  Anda para editor bukan baru dalam dunia kewartawanan. Kecuali anda lupa anda semua lulusan entah mana.

Turut tersebar ialah kaedah Sinar Harian memuatkan berita. Tulus ke fulus? Cukup jijik. Baca di sini 

Andai Selangor jatuh kembali ke tangan BN, tidak dapat tidak, Sinar Harian akan kembali menukar warnanya. 

Lihat sahajalah kelak.




Apabila Kebodohan Dibangga-banggakan Tanpa Disedari

Keluarga di bawah ini adalah lambang kebiadapan satu segmen bangsa tersebut yang kurang ajar tetapi hasilnya, jatuh kasihan pula apabila kebodohan keluarganya menjadi pameran merata negara. 

Ia hanya memperlihatkan bahawa mereka hidup di atas dunia ini ialah untuk, mengutip duit sebanyaknya dan membuat provokasi sebanyaknya sehingga tersilap langkah hingga tersingkap kebodohan mereka sebodohnya.

Wong Chai Soon cuba bersifat kurang ajar tetapi untuk menyebarkan sifat kurang ajarnya ke seluruh negara, natijahnya perlu dihadap. Dia sekeluarga kelihatan terlalu bodoh kali ini.

Tiada siapa yang menyuruh kamu tunduk atau ikut pemerintah dek kerana bantuan RM100 tersebut adalah untuk pelajar-pelajar rakyat Malaysia. Bukan untuk mereka yang tunduk kepada pemerintah.

Kecualilah mereka ini rakyat kelas dua. Bukan kita yang meletakkan mereka ke taraf itu. Mereka sendiri yang meletakkan diri mereka ke taraf itu. Sebab ketololan mereka.

Kebodohan sekeluarga Cina ini bersama-sama 15 ibu bapa yang lain hanya menunjukkan sifat haram jadah yang menebal dalam diri mereka sahaja.

Sifat kutip duit sebanyak mungkin, dan sakitkan hati seramai mungkin dengan provokasi sekerap mungkin. Walaubagaimanapun, negara ini semakin bebas, termasuklah kebebasan mempamerkan kebodohan. Benih dari keturunan apakah ini.



Tindakan sekumpulan 15 ibu bapa pelajar yang tampil menerima bantuan persekolahan RM100 dengan memakai baju berwarna kuning sempena perhimpunan BERSIH 3.0, telah menjadi buah mulut di laman sosial apabila gambar mereka dengan pakaian berkenaan dimuatkan oleh pengguna.


Seorang daripadanya Wong Chai Soon ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau bertindak demikian untuk menyatakan bahawa mereka bukan menerima bantuan itu dengan senang hati.


"Sebenarnya saya memakai baju BERSIH untuk menarik perhatian pihak berkuasa bahawa (apakah) dengan pemberian wang ini membuatkan kita perlu tunduk, bersetuju dan senang hati. 


"Sebaliknya, saya menerimanya dengan hati risau dan memikirkan mengenai keadaan negara kita pada masa akan datang," kata Wong Chai Soon yang menerima bantuan tersebut di SMJK(C) Chan di Seremban semalam.


Wong, 45, berkata sekumpulan ibu bapa lain turut memakai baju kuning pada majlis tersebut. Bacaan lanjut di SINI  

Thursday, January 17, 2013

Banjir Di Jakarta Semakin Parah, Istana Presiden Turut Banjir

Banjir di Jakarta semakin buruk. Episod Februari 2007 mungkin berulang. Sehingga jam ini, Istana Presiden telah dimasuki banjir. Hujan dikhabarkan masih belum berhenti.

Turut ditenggelami air ialah kawasan Kedutaan Malaysia di Jalan Rasuna Said, Kuningan. 

Menghairankan apabila Gabenor Joko Widodo yang sebelum ini dipuji-puja mula dicemuh.



Istana Presiden yang mula dimasuki air jam 11.15 pagi waktu Malaysia.






Kamis, 17/01/2013 10:29 WIB

Lingkungan Istana Kepresidenan Terendam Banjir

Elvan Dany Sutrisno - detikNews

Jakarta - Banjir benar-benar mengepung Jakarta. Istana Kepresidenan di kawasan Jl Medan Merdeka, Jakarta, tak luput dari banjir.

Berdasarkan foto yang dikirim oleh Biro Humas Istana Negara, Kamis (17/1/2013), pukul 10.15 WIB, komplek Istana negara telah terendam banjir. Ketinggian air di lingkungan Istana Negara hampir mencapai lutut orang dewasa.

Akibat banjir ini, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) menunda sejumlah acara penting di Istana Negara. Salah satunya pertemuan penting dengan Presiden Argentina 
Cristina Fernandez De Kirchner. 

Masuknya air ke lingkungan Istana Negara karena terus naiknya pintu air Manggarai. Ketinggiant erakhir melampaui 1000 cm. 

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) memang telah melaporkan potensi banjir di Istana Negara. Melalui BNPB, Presiden juga telah menyatakan siap menghadapi banjir.

Wednesday, January 16, 2013

Baru Rancang Terowong ala SMART, Jakarta Terus Dilanda Banjir

Sedang Jakarta mempertimbangkan pembangunan terowong ala SMART yang bernilai RM 15 billion, kota tersebut dilanda banjir terburuk sejak tahun 2007 hari ini.

Sehingga kini 320 kawasan dalam wilayah Jakarta telah ditenggelami air antara 0.5 hingga 7 meter. 

Gabenor Jakarta, Joko Widodo menerima kecaman-kecaman orang ramai yang menganggap ia adalah balasan kata-katanya ketika berkempen beberapa bulan lalu dengan ayat " Jokowi datang, banjir hilang".

Namun lumrahnya Jakarta menerima curahan hujan yang tinggi dalam bulan Januari dan Februari.

Banjir terburuk yang lepas berlaku pada bulan Februari 2007.

TV One

Imej Detik

 Imej Detik

Imej Detik

Patrick Teoh Minta Maaf Selepas Hina Islam Secara Terbuka Dan Biadap

Patrick Teoh meminta maaf setengah jam lalu dengan nada yang menjelaskan bahawa permohonan maaf dan penarikbalikan kenyataan dibuat hanya setelah mendapat bantahan mencurah-curah. Tentu sahaja itu bukanlah 'sincere apologies'.

Ini bermakna dia kekal dengan pendapatnya yang menghina Islam dan memohon maaf tanpa rela.

Kebiadapan Patrick Teoh menghina Islam diselar dengan meluas hari ini di media sosial. Dia yang menempelak PAS Kedah berhubung larangan mengadakan persembahan seksi di Tahun Baru Cina tanpa rasa bersalah memasukkan perkataan-perkataan yang dinilai menghina Islam.

Adakah sesuai perkataan seperti ini diungkap oleh minoriti di negara penuh toleransi ini. Toleransi bukan penerimaan. Toleransi boleh ditarik balik.

Keceluparan Patrick Teoh telah menaikkan namanya di Trending Twitter mengalahkan Sharifah Zohra Jabeen dan Bawani yang menjadi polemik di UUM.

Kecaman terhadap Patrick Teoh kini bertali arus di Twitter.

Untuk itu, Patrick Teoh harus sanggup berdepan dengan akibat atas perbuatan biadapnya. Sama ada secara verbal, atau fizikal.

Terlalu banyak muka diberikan kepada bangsa jenis ini. Inilah hasilnya.




Monday, January 14, 2013

Halimah Yaacob Kini Speaker Parlimen Singapura

Michael Palmer, Speaker Parlimen (Yang Dipertua Dewan Rakyat ) Singapura yang letak jawatan kerana skandal seks menerusi SMS beberapa ketika lalu telah diganti.

Buat pertama kali, jawatan tersebut dipegang oleh seorang wanita Melayu bertudung iaitu Halimah Yaacob.


Senin, 14/01/2013 17:15 WIB

Wanita Muslim Resmi Diangkat Menjadi Ketua Parlemen Singapura

Rita Uli Hutapea - detikNews




Singapura, - Seorang wanita muslim hari ini resmi diangkat sebagai ketua parlemen Singapura. Wanita itu menggantikan ketua parlemen sebelumnya yang mundur setelah mengaku berselingkuh.

Dengan pelantikannya ini, seperti dilansir kantor berita AFP, Senin (14/1/2013), Halimah Yacob menjadi ketua parlemen wanita pertama di Singapura. Wanita berumur 58 tahun itu sejak awal merupakan satu-satunya kandidat untuk posisi tersebut.

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong telah menunjuk wanita berjilbab itu sebagai pengganti Michael Palmer. Menurut PM Lee, Halimah memiliki pengalaman yang mumpuni dalam pergerakan buruh, kerja sosial dan pendidikan pra-sekolah. Halimah diyakini akan mampu menjalani tugas barunya dengan baik.

Penunjukkan Halimah dilakukan sebulan setelah pendahulunya, Michael Palmer tiba-tiba mengundurkan diri dari parlemen dan partai berkuasa, People's Action Party (PAP). Palmer meletakkan jabatannya karena skandal seks yang menghebohkan publik.

Palmer yang telah beristri ini mengakui berselingkuh dengan seorang staf lembaga hukum setempat. Palmer mengakui dirinya terlibat 'hubungan tidak pantas' dengan seorang staf lembaga People's Association (PA).

Bukan 500,000 Yang Hadir HKR, Tapi 3 Juta!

Katakanlah bahawa 1 meter persegi hanya boleh diisi seramai 3 orang dengan jarak lebih kurang 30 ke 40 cm antara satu sama lain? Maknanya untuk kawasan 5 meter x 5 meter, 75 orang disesakkan bagi menurut hukum 1 meter persegi boleh diisi 3 orang berdiri.

Maka dengan itu, 500,000 orang jika berhimpit-himpit mengikut hukum 1 meter persegi hanya boleh diisi 3 orang berdiri, sebuah padang seluas 36 ekar diperlukan untuk menampungnya.

Ini bermakna jika 500,000 orang hadir ke Himpunan Kebangkitan kelmarin, limpahan manusia dari Stadium Merdeka akan meliputi seluruh Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Tuah, Jalan Maharajalela termasuk Jalan Pudu secara serentak dengan berhimpit-himpit mengikut hukum 1 meter persegi boleh diisi 3 orang berdiri.

Stadium Merdeka hanya seluas 8 ekar. Padang ditengahnya hanya seluas 2 ekar. Dengan hukum 1 meter persegi boleh diisi 3 orang berdiri yang sesak itu pun, padang tersebut hanya dapat menampung 30,000 orang.

Mengetahui angka tersebut sangat sedikit, kita berilah markah kesian kepada mereka dengan menyebut 100,000. 

Tetapi untuk menipu hingga 500,000 iaitu 25% dari jumlah jemaah haji yang mengerjakan haji di Makkah saban tahun, itu bohong.

Alang-alang nak bohong, mereka patut sebut himpunan tersebut dibanjiri 3 juta orang. 

Satu meter persegi diisi 83 orang. Maka, 3 juta yang datang.

Sunday, January 13, 2013

Kacau Bilau Jika Pakatan Rakyat Diundi

Kacaunya negara ini andai Pakatan Rakyat menang sangat buruk. Bayangkan sebuah parti yang menjanjikan negara Islam  akan memerintah bersama dua buah parti yang paling mempertahankan sekularisme dan liberalisme agama.

Perang akan berlaku antara mereka dan demonstrasi demi demonstrasi akan menyubur selaras dengan keterbukaan yang mula diterapkan.

Seterusnya ini akan menjadi budaya seperti di Indonesia. Tetapi menakutkan sekiranya pertentangan puak liberal dan sekular dengan puak yang hendak menegakkan sebuah negara Islam ini membawa pertelagahan fizikal.

Dengan kemenangan besar sekalipun, PAS tidak dapat menubuhkan sebuah negara Islam ala impian mereka kerana percanggahan pada pertentangan yang serius memandangkan PKR dan DAP dipenuhi peguam-peguam sivil yang semahunya inginkan Malaysia yang tidak bersangkut paut dengan agama pada perlembagaannya.

Walau 100% Melayu mengundi PAS sekalipun, andai PAS ingin menubuhkan negara Islam, mereka tetap ditentang oleh PKR dan DAP. Pas kalah 2-1. Negara akan menjadi sekular mutlak.

Mengundilah dengan bijak.






Saturday, January 12, 2013

Demokrasi Negara Catat Sejarah. Lanjutkan Transformasi. Undilah Barisan Nasional.

Kalau cuma seramai itu sahaja yang boleh mengisi stadium yang berkapasiti penonton 30,000 itu tanpa sekatan pihak berkuasa, jangan lagi pakai nama RAKYAT. Kalau dicampur pengundi DAP seluruh Ipoh Timor dan Ipoh Barat pada PRU lepas sekali pun, jumlahnya lebih ramai dari HKR 2012. Rakyat Malaysia bukan 100,000. Itu 0.3% dari penduduk negara ini. Itu cuma 2.5% dari pengundi Pakatan Rakyat pada PRU 2008. Mana 97.5% lagi?  Itu pun kalau benar-benar 100,000. Kalau jumlah sebenarnya kurang dari itu? Di katakan Anwar Ibrahim naik pentas jam 4.20 petang. Sangsi. Adakah peserta perhimpunan semakin susut?

Akhirnya terfikir pula betapa demokratiknya pemerintah negara ini. Negara telah berubah. Fanatik Anwar terperangkap dalam masa lalu. Jadi apa isunya untuk tidak mengundi BN atas dasar BN tidak demokratik?


Namun ini gambar yang tersebar versi Pakatan Rakyat. Mengikut ini, tidak kurang dari 100,000. Mungkin sahaja 60,000. Tetapi imej ini dipertikaikan dengan gambar tersebar selepas gambar ini.

Ini dikatakan gambar versi yang sebenar. Ikut logik, mana geng hijau dalam gambar di atas? Tak solat kah?

Ini gambar versi yang tersebar di Twitter.

Friday, January 11, 2013

Anwar Hebahkan Di Indonesia Najib Bakal Ketua Pembangkang

Anwar ke Indonesia lagi. Entah bertemu siapa misinya. Tetapi yang jelas, dia bercita-cita besar untuk menjadikan PM Najib sebagai Ketua Pembangkang dalam hebahannya kepada mangsa-mangsa kencingannya di sana. 

Dia menyebut kebebasan media tidak ada di Malaysia. Dia menuduh demokrasi di Malaysia mati. Dua hari sebelum anjing-anjingnya akan memenuhi Stadium Merdeka.

Paling kelakar, ada pembaca yang menyelarnya dengan menyebut, bercakap tentang kebebasan media sedangkan di negeri yang dikuasai partinya sahaja, terdapat wakil media tertentu yang dihalang membuat liputan. 


Kamis, 10/01/2013 22:38 WIB

Anwar Ibrahim dan Cita-cita Menjadikan Najib Razak Oposisi




Jakarta - Tokoh oposisi Malaysia Anwar Ibrahim berbicara keras soal masa depan politik Malaysia. Dia pun merancang cita-cita untuk masa depan pemerintahan di negeri jiran itu. Anwar ingin menjadikan Najib Tun Razak, PM Malaysia sebagai oposisi. Anwar ingin merebut kemenangan di pemilu Malaysia.

"Kita akan lantik Najib menjadi oposisi baru," kata Anwar dalam diskusi Forum Pemred yang digelar di Hotel Crowne, Semanggi, Jakarta, Kamis (10/1/2013) malam.

Anwar optimistis bisa melakukan itu apabila pemilu di Malaysia digelar dengan jujur dan adil. "Untuk di kawasan barat (Malaysia) suara sudah mulai naik," imbuhnya.

Dalam diskusi yang dibuka Pimred Tempo Wahyu Muryadi dan dimoderatori Pimred Republika Nasihin itu berlangsung ramai. Hadir juga Pimred Cek & Ricek Ilham Bintang, Pimred Media Indonesia Usman Kansong, serta sejumlah pimpinan media.

Anwar secara panjang lebar juga bercerita mengenai kebebasan pers, termasuk di Malaysia. Bagi Anwar, demokrasi tidak berfungsi dan bermakna tanpa adanya kebebasan pers.

"Media yang bebas harus bisa menyelami aspirasi golongan yang tertindas," tuturnya.

Thursday, January 10, 2013

Himpunan Kebangkitan Mana Yang Lebih Baik?



Azhar Idrus andalah contoh agamawan politik yang menunjukkan belangnya. Terbaru dia akan menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat. Teman selalu dengar dia menghina orang yang membuat perkara sia-sia. Teman pun kali ini mengambil kesempatan menghina dia atas perbuatan sia-sia.

Mana lebih baik antara mempersiapkan diri untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat dan mempersiapkan diri untuk Himpunan Kebangkitan Dari Kubur? Jawab lah Azhar Idrus. Jika yang kedua itu lebih baik, maka tenginglah kamu memilih yang kurang baik berbanding dari yang baik.

Selain itu, satu lagi perhimpunan kebangkitan yang patut diadakan ialah Himpunan Kebangkitan Waktu Pagi Tapi Tak Dapat Mandi. Himpunan ini juga sangat penting bagi mendesak Kerajaan Selangor membantu SYABAS yang telah mereka lingkupkan dengan air percuma 20m³ selama lebih 4 tahun, tanpa mereka sendiri menanggung subsidi tersebut melainkan membiarkan SYABAS menanggung rugi.

Jangan suka memakai nama RAKYAT untuk dijadikan cawat menutup tokak dan kurap di sekeliling abdomen pemimpin kotor. Pemimpin yang menyemarakkan rasuah satu ketika dahulu. Pemimpin yang gemuk saudara maranya ketika dia masih berkuasa.