Tuesday, May 07, 2013

Sultan Kelantan Reject Husam Dari Senarai Exco


"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," - MB Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Husam digugur kerana tidak mendapat 'restu' sultan

KOTA BHARU 7 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa digugurkan daripada senarai nama Exco kerajaan Pas Kelantan yang baharu setelah tidak mendapat 'restu' Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Besar Kelantan yang baharu, Datuk Ahmad Yakob ketika berhadapan dengan beberapa penyokong setia Husam yang tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, di rumahnya petang ini.

Menurut Ahmad, nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti lain untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

Jelas beliau, selain Husam nama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman juga ada dimasukkan dalam senarai tersebut, namun turut tidak mendapat persetujuan baginda.

"Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) dan termasuk juga Ustaz Latiff (Abdul Latiff) ini nama kita kemukakan untuk mendapat kebenaran atau pun keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

"Apabila diangkat, tuanku tak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya.

Ahmad berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada Timbalan Pengarah II Majlis Tindakan DUN Pas Salor, Mohd. Nuri Mat Yaacob yang hadir ke rumah beliau bersama kira-kira 150 yang lain untuk menyerahkan memorandum sebagai bantahan dan meminta penjelasan daripada Ahmad mengenai penyingkiran nama Husam itu.

Terdahulu pertang ini, Mohd. Nuri dalam satu sidang akhbar menyatakan penyingkiran itu dibantah oleh masyarakat di Salor kerana berpendapat Husam layak untuk terus menjadi Exco kerajaan berdasarkan kepada pengalaman dan kedudukannya sebagai Naib Presiden Pas. - UTUSAN ONLINE


P/S : ADAKAH SULTAN KELANTAN TIDAK MAHU AGEN PENENTANGAN KERJASAMA UMNO-PAS INI MENJADI PENGHALANG KERJASAMA UMNO-PAS DI MASA DEPAN?

3 comments:

Anonymous said...

Sultan pun dah naik menyampah dengan memanda batu asas. Yang kagum dengan dia hanyalah pork nick sorang je..

Bertih_Jagung84 said...
This comment has been removed by the author.
Bertih_Jagung84 said...

Siapa "pork nick" tu? bro tanpa nama..kalau ko maksudkan Tok Guru..pi mintak maaf la..Org baik sanggup orang cakap gitu.Ingat, dosa dengan manusia kena pi mintak maaf dengan manusia.